Warhammer: Chaos & Conquest Mengekalkan Konsep Utama Francais Ini, Akan Dilancarkan Ke Mobile

By Hazril Md Nor | November 29, 2018

Francais Warhammer menerima banyak adaptasi jadi mungkin korang akan keliru sikit dengan setiap permainan yang keluar.

Tapi belum sempat pun peminat mencuba kesemuanya, Games Workshop berkolaborasi bersama Hunted Cow dan Tilting Point membawakan permainan mudah alih baru berkonsepkan strategi.

Dinamakan Warhammer: Chaos & Conquest, versi beta untuk PlayStore hanya boleh dimainakan di Filipina setakat ini. Kita mungkin perlu menunggu agak lama sebelum keluaran global diumumkan tahun depan.

Macam mana ia dimainkan?

Korang menjadi Chaos Lord dan misi korang adalah untuk menakluk empayar lain. Banyak lagi aktiviti lain boleh dibuat bersama kawan untuk korang tubuhkan satu pakatan bagi mencari Chaos Lords yang paling hebat.

Ia mungkin mempunyai gameplay sama seperti Game of Sultans.

Kalau nak diikutkan, adaptasi ini sangat dekat dengan identiti Warhammer dan kemungkinan ia takkan menerima kecaman seperti Command and Conquer: Rivals atau Diablo: Immortal.

Kedua permainan itu dikecam teruk dari komuniti.

 

Sumber: Pocketgamer