What Remains of Edith Finch Kini Percuma Di Epic Games Store

By Intan Mawarni | January 11, 2019

What Remains of Edith Finch adalah game percuma di Epic Games Store selepas Super Meat Boy.

Daripada pembangun The Unfinished Swan, game ini memfokuskan tentang Edith Finch pulang kembali ke kampung halaman di Washington untuk menyiasat salasilah keluarga yang mana semua ahli keluarga meninggal dunia dalam keadaan aneh. 

Korang mendalami kisah Edith dalam perspektif first-person yang turut menjadi narator dalam game ini sambil menyelusuri setiap genap rumah pusakanya. Kalau korang suka game naratif seperti Firewatch, Gone Home dan Everybody’s Gone to the Rapture, maka korang memang patut main What Remains of Edith Finch.

What Remains of Edith Finch boleh didapatkan secara percuma di Epic Games Store bermula sekarang sehingga 24 Januari 2019. Sebaik sahaja korang tebus, game ini akan jadi milik korang selama-lamanya tersimpan dalam akaun Epic.

Epic Games Store akan memberi satu game percuma yang akan bergilih ganti setiap dua minggu. Baru-baru ini, Epic Games baru sahaja mendapatkan hak eksklusif bersama Ubisoft untuk The Division 2