WiGout Mengajak Wanita Untuk Mengenali Lebih Dekat Tentang Industri Video Game

By Intan Mawarni | June 26, 2019

Kita sering lihat orang teratas dalam industri digital didominasi oleh lelaki. Kini, ramai perempuan telah berkhidmat secara aktif dan jadi pemimpin dalam sektor ini seperti ketua pegawai eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri.

Women in Games Hangout (WiGout) adalah komuniti yang menghimpunkan wanita bekerja secara langsung dan bukan langsung dalam industri game yang dilancarkan pada bulan Mei lepas. Ia ditubuhkan untuk mewujudkan suasana selamat bagi golongan-golongan yang kurang bernasib baik dan memberi galakkan serta sokongan kepada pembangun-pembangun ini untuk terus berkembang maju.

Untuk mengenali lebih lanjut tentang usaha ini, WiGout menganjurkan satu panel buat kali pertama yang bertajuk, What a Game Dev looks like“. 

Panel ini dibarisi oleh pengaturcara (programmer), Joanna Khoo daripada Gameka, artis seni konsep (concept artist), Ellie Yong daripada Metronomik dan penulis, Priya Kulasagaran daripada Kaigan Games bersama seorang moderator, Sophie Azlan bagi membincangkan peranan dan pengalaman mereka sebagai wanita dalam industri yang dikuasai oleh ramai jejaka.

Bagi orang ramai yang berminat atau ingin untuk mengetahui lebih lanjut tentang penglibatan wanita dan golongan kurang bernasib baik dalam industri game, korang boleh hadiri panel yang bakal diadakan pada hari Jumaat (28 Jun 2019) bertempat di Level Up Inc, Vertical Corporate Towers, Bangsar South.

Korang boleh layari laman Facebook dan Twitter rasmi WiGout untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara seterusnya dan maklumat lain.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.