Wild Rift: Camille adalah champion pertama dikenakan nerf

By Hazril Md Nor | September 30, 2020

Nampaknya League of Legends: Wild Rift telah mengenakan satu nerf yang agak berat buat pertama kalinya pada fasa beta tertutup.

Mereka menumpukan pada champion Camille yang dikatakan mendominasi perlawanan di peringkat lebih tinggi (ranked games).

Dalam satu ciapan di Twitter, nerf itu sudah dikenakan pada Camille bermula 25 September (lima hari lalu). Ia memfokuskan pada stats yang dikurangkan nilainya dan kuasa ketiga, Hookshot yang membolehkan Camille bergantung di dinding dan menerjah musuh. 

Riot Games membuang 50% pengembalian cooldown apabila kuasa itu terkena pada musuh.

Ramai juga pengguna membalas, mengatakan nerf itu adalah memadai. Ada juga yang mengatakan 70% kadar kemenangan Camille membuatkan nerf ini sangat diperlukan.

Penulis sendiri mencuba Camille dan tak dinafikan pada late game, beliau sangat kuat dan mampu kunci ADC dengan mudah menggunakan ulti.

Foto: Esports Talk

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.