Wild Rift: Xin Zhao akhirnya kena nerf, Blitzcrank dan Vayne juga dilemahkan

By Hazril Md Nor | November 10, 2020

Akhirnya tiga champions League of Legends: Wild Rift iaitu Xin Zhao, Blitzcrank dan Vayne dikenakan nerf atau dilemahkan berikutan kadar kemenangan dan kadar dipilih sangat tinggi dalam perlawanan ranked.

Maklumat patch ini boleh ditemui di bawah dalam Bahasa Melayu. INI ADALAH MAKLUMAT ASAL DARIPADA LAMAN WEB WILD RIFT.

 

BLITZCRANK

Blitz sepatutnya perlu berharap pada tembakan cangkuknya untuk melakukan plays tetapi sekrang ini dia hanya perlu datang kepada anda tanpa melakukan tembakan cangkuk dan masih boleh solokill champion squishy anda.

STATISTIK ASAL

Nyawa: 690 → 650

Health Regen setiap tahap: 1.07 → 0.81

(ULT) STATIC FIELD

Damage: 250/375/500 → 200/325/450

Tempoh Silence: 1s → 0.5s

 

VAYNE

Vayne di Duo lane sangat bagus tetapi Vayne di Solo lane akan terasa sangat susah untuk dilawan. Kami akan membuatkan Vayne sedikit lemah dengan mengurangkan movespeed dia. (2) Silver Bolts juga akan diberi nerf kerana Vayne terlalu banyak kali melakukan true damage yang sangat susah untuk counterplay.

STATISTIK ASAL

Movement Speed: 330 → 325

(P) NIGHT HUNTER

Movement Speed bonus: [30 @ Tahap 1] → [15 @ Tahap 1] / [20 @ Tahap 5] / [30 @ Tahap 9]

(2) SILVER BOLTS

Damage: 50/70/90/110 → 30/50/70/90

 

XIN ZHAO

Topik asal daripada patch 1.0 adalah pick rate dan win rate Xin Zhao yang agak tinggi bagi kedua-duanya. Kombo penuh Xin Zhao adalah dengan melibas musuh sehingga terhapus dan rakan sepasukannya langsung tidak boleh menandingi kekuatannya jika dia melakukan ultimate. Kami akan memberikan nerf pada statistik paling penting bagi Xin Zhao, Attack Damage sementara membuatkan dia lebih squishy.

STATISTIK ASAL

Attack Damage: 70 → 64

Nyawa setiap tahap: 115 → 105

Armor setiap tahap: 4.3 → 3.9

Magic Resist: 38 → 30

(3) AUDACIOUS CHARGE

Jarak gunaan: 6 → 5.5

(ULT) CRESCENT GUARD

Cooldown: 80/70/60s → 100/85/70s

Sumber rujukan: Wild Rift