Wind of Nature dan Winter Truncheon, kenapa dua item ini penting?

By Hazril Md Nor | March 15, 2022

Dalam Mobile Legends: Bang Bang, banyak hero yang mempunyai kebolehan untuk membunuh musuh dengan hanya satu kombo. Sebagai contoh, Eudora dan Lancelot yang sememangnya sangat menakutkan pada fasa awal hingga pertengahan perlawanan.

Kedua hero ini mempunyai kuasa yang susah untuk nak elak melainkan anda sememangnya mahir menjaga posisi dan tidak tertangkap.

Selain menggunakan item seperti Athena’s Shield dan Radiant Armor (untuk menahan magic damage), ada yang menggunakan Twilight Armor atau barang yang memberikan armor bagi menahan serangan fizikal.

Tapi bagaimana pula dengan pengguna marksman dan mage? Mereka sering menjadi mangsa kepada jungler seperti Lancelot, Hayabusa, Aulus dan lain-lain. Jadi pembelian item Wind of Nature dan Winter Truncheon sangatlah penting untuk kelangsungan hidup karakter anda.

Wind of Nature

Item ini sebenarnya sangat berguna untuk marksman. Buat pemain baru, anda pasti jarang menggunakan item ini.

Ia sebenarnya boleh memberikan kekebalan kepada serangan fizikal selama dua saat (jika anda marksman). Ini bermakna serangan dari hayabusa atau Lancelot tidak memberikan kerisauan lagi. Cooldown adalah 70 saat jadi gunakan dengan betul.

WON juga memberikan attack speed yang banyak dan juga lifesteal jadi ia adalah item yang sangat lengkap.

Pengganti kepada WON adalah Rose Gold Meteor yang memberi perisai apabila nyawa karakter anda sangat sedikit.

Winter Truncheon

Bagi Mage pula, anda boleh membeli Winter Truncheon untuk mengelakkan serangan seperti Wan-Wan, jungler mahupun dari mage lain seperti Vale atau Kagura. 

Winter Truncheon membuatkan anda kebal dari segala serangan dan debuff selama dua saat. Ia memberikan 400 nyawa, 60 magic power dan 25 ketahanan fizikal.

Item ini sesuai dibeli pada akhir perlawanan sebagai ganti kepada Immortality. Beli Blood Wings untuk tambahan perisai pada minit akhir perlawanan dan juga nyawa serta magic damage yang tinggi.