XPAXKEK: Lapan Pasukan Layak Ke Suku Akhir Mobile Legends

By Hazril Md Nor | November 23, 2019

Grand Final Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Semester 2 hari ini akhirnya menemukan siapa yang bakal layak ke saingan suku akhir petang nanti.

Pasukan-pasukan universiti ini akan cuba yang terbaik untuk merebut hadiah wang terkumpul RM180,000 berserta biasiswa RM50,000. Tapi yang paling penting, siapa akan mengharumkan nama kampus mereka di kejohanan e-sukan ini?

Jom tengok senarai pasukan layak ke suku akhir.

 

Group A

Di kumpulan A, Pasukan Skadoosh (Politeknik Port Dickson) dan Proxy Alliance dari Universiti Sains Malaysia (USM) masing-masing mendominasi dengan dua kemenangan dan hanya satu kekalahan. Sementara itu, agak mengejutkan apabila pasukan Godz Genesys Esports dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) gagal untuk mara ke peringkat seterusnya.

 

Group B

Di peringkat kumpulan B, juara semester lepas, Ultra Instinct dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya ke suku akhir walaupun berdepan kekalahan pada perlawanan pembukaan. Team Blank dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pula turut mara dengan dua kemenangan.

 

Group C

Di kumpulan C pula, Maximus Rex dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mara dengan 7th Generation dari Universiti Malaya.

 

Group D

Team Pyro dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) berjaya mara selepas mendapat tiga kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan. Team Parahmen dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah juga layak selepas mendapat dua kemenangan.

 

Saksikan livestream suku akhir Celcom XPAXKEK Semester 2 di FB: MyGameOn dan TV9 serta Youtube (TV3).