XPAXKEK: Team Parahmen Adalah Grand Finalis Pertama Mobile Legends

By Hazril Md Nor | November 24, 2019

Team Parahmen dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (PSA) berjaya menempah slot ke Grand Final Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) semester 2 selepas mempamerkan persembahan luar biasa dengan rekod 2-1 ke atas skuad Team Blank dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Dalam pertembungan best of 3 itu, hero-hero meta seperti Chang’e dan juga Karrie berjaya membuatkan Team Parahmen tidak gentar untuk bermain dengan agresif.

Mereka bakal bertembung pemenang antara Ultra Instinct dan 7th Generation yang akan berlawan di semi final kedua sebentar nanti.

Untuk menyaksikan persembahan mereka di semi final tadi, saksikan video di bawah:

https://www.facebook.com/mygameondotmy/videos/3196766870394733/

Celcom XPAXKEK Semester 2 mengumpulkan 16 pasukan Mobile Legends dan 16 pasukan PUBG Mobile bertanding merebut hadiah terkumpul RM180,000 selain berusaha mengharumkan nama kampus mereka.

Dengan #DemiMaruahKampus, universiti dengan pasukan-pasukan terbaik akan dicari pemenangnya hari ini.