Yakuza 0 & Yakuza Kiwami Untuk PC Terima Naik Taraf Percuma

By Burhanudin Zamri | March 9, 2020

SEGA, penerbit untuk siri permainan video Yakuza, telah menghadiahkan sesuatu yang menarik untuk semua pemilik Yakuza 0 dan Yakuza Kiwami versi PC.

Kalau anda sudah memiliki atau baru sahaja membeli Yakuza 0 dan Yakuza Kiwami, anda akan dapati kedua-dua permainan video tersebut telah dinaik taraf ke versi Deluxe secara percuma.

Versi Deluxe untuk kedua-kedua permainan video tersebut mengandungi beberapa kandungan menarik seperti manga digital, pek ikon, dan juga imej latar belakang (wallpaper).

Pada waktu ini, jualan “Best in Japan” di Steam yang merangkumi permainan video terbitan Sega masih berlangsung dan akan berakhir pada 10 Mac 2020.

Dalam jualan tersebut, anda boleh membeli Yakuza 0 pada harga RM21.25 dan Yakuza Kiwami pada harga RM42.50.

Sumber: Siliconera

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.