Yoru menerima penambahbaikan ketara untuk set kebolehannya

By syazwanbahri | December 11, 2021

Semasa Yoru dilancarkan di VALORANT, pemain menganggapnya sebagai seorang watak yang mampu menggegarkan meta dengan kebolehannya yang memfokuskan permainan yang licik.

Namun, Yoru tidak mampu melakukan sedemikian kerana peranan Duelist yang meta seperti Jett dan Reyna masih mendominasi kejohanan-kejohanan besar atau kecil.

Ini kerana kebolehan kedua-dua Jett dan Reyna jauh lebih berharga berbanding Yoru.

Oleh itu, Riot Games menjanjikan perubahan besar kepada Agent ini dalam masa akan datang.

Buat masa ini Riot Games sudah mengumumkan beberapa perubahan besar kepada set kebolehannya.

Ini antara perubahan yang bakal dilakukan:

Gatecrash

Kebolehan Gatecrash adalah kebolehan utama Agent ini. Kebolehan ini membolehkan Yoru untuk teleport ke lokasi bebola itu.

Namun, kebolehan ini seringkali menyumbang kepada kejatuhan pemain yang kurang berpengalaman.

Kini kebolehan ini akan bergerak makin pantas serta jarak pengesanan musuh kepada bebola itu dikurangkan.

Akhir sekali, pemain Yoru boleh mengacah pihak lawan dengan membunyikan kebolehan itu tanpa teleport ke lokasi itu.

Fakeout

Juga dikenali sebagai footsteps, kebolehan ini mampu mengacah pemain lawan apabila mendengar bunyi tapak kaki dari belakang dinding.

Tetapi, kelemahan utama adalah ia tidak memberi impak yang besar kepada permainan.

Riot Games bercadang untuk menjadikan kebolehan ini lebih berbisa dengan menghasilkan imej tiruan Yoru dan bukan sekadar tapak kaki sahaja.

Apabila musuh menembak imej tiruan ini, ia akan memberi kesan debuff kepada musuh.

Riot Games belum mengesahkan secara rasmi perubahan kebolehan Yoru, tetapi ini langkah awal dari mereka untuk menambahbaikkan Agent ini.

Yoru sudah lama memerlukan penambahbaikkan kerana beliau adalah Agent yang paling kurang dimainkan di mana-mana perlawanan.

Ini mungkin akan mengubah gaya permainan Yoru agar menjadi watak Duelist yang lebih berbisa.

Sumber rujukan: Riot Games