CONSOLE
Permainan Malaysia, The Company Man, akan hadir di Nintendo Switch hujung bulan ini
The Company Man adalah sebuah permainan hasil ciptaan Forust Studio yang bertapak di Selangor, Malaysia. Permainan indie ini asalnya dilancarkan pada 28 Mei tahun lepas dan menerima pujian dari pelbagai pihak dan media. Malah, permaianan ini mempunyai peminat dari serata dunia.
Kini, The Company Man akan dilancarkan di konsol hibrid Nintendo Switch.
Sebagai Jim dalam The Company Man, anda bermain sebagai pekerja yang baru memulakan kerjaya di Good Water Company. Sebaik sahaja bermula, anda menyedari bahawa anda tidak menyukai cara syarikat itu dijalankan dan memulakan misi untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dalam apa jua cara yang diperlukan.
Pemain perlu berlari, melompat dan berjuang melalui tujuh jabatan korporat sambil anda berusaha ke puncak syarikat untuk mengalahkan bos terakhir, iaitu bos anda. Setiap tahap mempunyai pelbagai kesukaran supaya anda boleh mengubah cabaran agar sesuai dengan tahap kemahiran anda semasa anda bermain.
Forust Studio amat aktif dalam menambah baik permainan ini kerana mereka peka akan komen serta kritikan positif yang ditujukan kepada memperbaiki permainan ini.
Jika anda berminat untuk melihat apa yang dilakukan oleh Forust Studio, anda boleh melawati laman Facebook mereka di sini, atau jika anda ingin permainan ini di Steam, boleh dilihat di sini.
Permainan ini akan dilancarkan di Nintendo Switch pada 21 Januari dengan harga AS$19.99 (RM84). Permainan ini juga akan dilancarkan secara fizikal di Asia dalam masa akan datang.
Permainan Horizon Forbidden West yang hampir siap sudah tertiris
Antara permainan PlayStation 5 yang ditunggu oleh orang ramai pada tahun ini adalah sambungan kepada permainan dunia terbuka siri Horizon iaitu Horizon Forbidden West. Permainan ini menawarkan visual yang menarik dan pasti akan menyambungkan plot cerita mantap yang ditinggalkan oleh Horizon Zero Dawn.
Namun, bagi peminat yang menunggu permainan ini, anda disarankan berhati-hati kerana sudah terdapat tirisan permainan ini yang tular di media sosial.
Menurut VGC, permainan yang tertiris ini adalah sah dan mengandungi dekat 80% aset dan kandungan yang akan digunakan dalam permainan lengkap nanti.
Rentetan itu, segala tirisan yang dijumpai di media sosial sudah diturunkan atas arahan Sony. Ini memberi implikasi bahawa tirisan itu adalah benar dan Sony ingin mengelakkan insiden spoiler seperti yang berlaku pada The Last of Us 2.
Setakat ini, permainan ini tidak dikongsi di laman web perkongsian, tetapi yang pasti adalah Sony akan lebih berhati-hati tentang kejadian ini kerana ia pernah berlaku dengan permainannya dahulu.
Horizon Forbidden West akan dilancarkan di PlayStation 5 pada 18 Februari.
Sumber rujukan: Gameort
Elden Ring menjadi permainan paling diinginkan di Steam
Permainan RPG, Elden Ring, adalah permainan Steam yang paling diingini di Steam pada masa ini.
Ia hasil gabungan idea From Sofware dan pencipta Game of Thrones George R.R. Martin yang menyumbang kepada pembinaan penceritaan dunia berjaya mengatasi permainan zombi dunia terbuka, Dying Light 2 Stay Human, awal minggu ini untuk mendapatkan tempat teratas sebagai permainan yang paling diingini di Steam.
Menurut carta SteamDB, Dying Light 2 menduduki tempat teratas carta Steam yang paling diminati sepanjang tahun 2021, dan menurunkan Cyperpunk 2077 daripada tempat pertama senarai itu pada penghujung tahun 2020. Ia menandakan kali pertama Elden Ring mengungguli senarai itu.
Permainan lain yang menduduki kedudukan sepuluh teratas tahun ini adalah Party Animals, God of War, Hollow Knight: Silksong, The Day Before, Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2, Stalker 2: Heart of Chernobyl, Starfield, dan Frostpunk 2.
Permainan Soulsbourne dunia terbuka ini akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox Series X and Series S, PlayStation 5, Xbox One, dan PC pada 25 Februari.
Sumber rujukan: Dotesports
EA dan DICE kini ingin menutup subreddit Battlefield 2042 demi menyorokkan isu dan masalah permainan itu
Battlefield 2042 mengalami kritikan hebat sejak ia mula dilancarkan pada bulan November dan dikatakan antara permainan yang paling teruk di Steam tahun lepas.
Peminat seluruh dunia menggunakan media sosial untuk menyuarakan kekecewaan mereka tentang Battlefield 2042 demi meminta pembangun memperbaiki keadaan permainan ini. Malah, penulis juga turut kecewa dengan permainan ini.
Pengarah komunikasi global EA, Andy McNamara menghantar satu siri kicauan di Twitter yang dipadamkan yang menjelaskan bahawa, meskipun beliau memahami kebimbangan peminat, pembangun memerlukan masa untuk berehat.
Beliau juga berkata bahawa jangkaan peminat untuk Battlefiled 2042 adalah melampau dan ciri itu mengambil masa untuk ‘skop, reka bentuk dan dilaksanakan.’
Kicauan ini, serta keadaan permainan menyebabkan moderator subreddit Battlefield 2042 mengancam pengguna dengan penutupan keseluruhan subreddit.
Ini berlaku selepas sejumlah besar pengguna toksik membanjiri subreddit berikutan kicauan McNamara.
Ringkasnya, moderator menawarkan tiga pilihan kepada pengguna: jika toksik dikurangkan, tiada apa yang berlaku; jika ia berterusan, bebenang akan ditutup awal untuk mengurangkan komen toksik; dan jika ia menjadi lebih teruk, subreddit akan dikunci sepenuhnya.
Masalah ini nampaknya berlarutan sejak pelancaran permainan yang tidak mencapai jangkaan peminat. Malah, ia juga kelihatan seperti tidak akan selesai selagi masalah-masalah tidak dibetulkan dalam permainan itu.
EA dan DICE juga sudah memperbaiki beberapa aspek permainan pada hujung tahun lepas, tetapi ia mungkin tidak menyelesaikan masalah yang lebih kritikal yang dihadapi pemain.
Sumber rujukan: Reddit
Dying Light 2 Stay Human menawarkan 500 jam permainan, pengguna Twitter respon dengan sinis
Permainan dunia terbuka seperti GTAV atau Assassin’s Creed semestinya memerlukan puluhan jam untuk menamatkan permainan itu. Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana permainan dunia terbuka ini menawarkan pemain pelbagai aktiviti serta bahan untuk ditemui dalam alam permainan.
Namun, permainan dunia terbuka bertemakan zombi dan parkour, Dying Light 2 Stay Human, dilaporkan akan memerlukan 500 jam untuk menamatkan permainan.
Menurut kicauan oleh pembangun permainan di Twitter, permainan ini akan memakan masa selama 500 jam ditamatkan dan mereka juga membandingkan perjalanan dari Warsaw ke Madrid yang memakan masa 534 jam jika berjalan kaki.
To fully complete Dying Light 2 Stay Human, you’ll need at least 500 hours—almost as long as it would take to walk from Warsaw to Madrid!#DyingLight2 #stayhuman pic.twitter.com/Sk3KFpRJoA
— Dying Light (@DyingLightGame) January 8, 2022
Respons dari perminat agak berbeza-beza, tetapi kebanyakkannya pasti berbunyi sinis. Peminat tegar permainan ini menghantar maklum balas dengan beratus-ratus hingga beribu-ribu jam yang mereka habiskan di dalamnya. Bagi yang terkejut dengan pengumuman itu, mereka memberi respons sinis sahaja.
Basically it’s going to be like this? https://t.co/xY5R6xQ8cJ
— Murloccd (@murloccd) January 9, 2022
Memandangkan ramai peminat tidak berpuas hati, akaun Twitter itu menerangkan keadaan dengan kicauan susulan agar dapat meredakan situasi.
Note: It’s about 100% completion rate, most of the players who are in for story and side quests will be able to complete the game quicker, it will still be a solid experience though!
— Dying Light (@DyingLightGame) January 8, 2022
Secara asasnya, permainan in boleh ditamatkan dalam 70-80 jam, tetapi jika pemain ingin meneroka setiap penjuru peta serta mengumpul segala yang ditawarkan oleh permainan ini, ia pastinya akan memakan 500 jam
Sumber rujukan: Twitter
Lagi penipuan PS5, kerugian RM63,000 lesap dek PS5 murah
Seorang penjual dalam talian sudah kerujian Rm63,000 akibat terkena penipuan di media sosial yang menjual PlayStation 5 rendah dari harga pasaran.
Menerusi laporan The Star, Chew Jia Yi sudah membayar 25 unit PS5 kepada penjual yang berasal dari Pulau Pinang tahun lepas namun barang yang dinantikan tidak sampai sehingga sekarang.
“Saya pernah membeli daripada penjual yang sama sebanyak lima unit dan barang sampai dengan selamat.”
Chew sudah membuat beberapa pemindahan wang sejak 27 September hingga 29 September ditambah dengan dua lagi transaksi pada 10 Oktober dan 11 Oktober yang berjumlah RM63,000.
Dia yang juga bersama Chong Pak Leong menjadi rakan kongsi turut pergi ke alamat di Pulau Pinang namun tidak menjumpai penjual itu.
Kegiatan penjual itu mula mencurigakan apabila Chew diberi beberapa alasan untuk tidak menerima PS5 itu dan terus menutup akaun sosial medianya.
Mereka kemudian membuat laporan polis di balai polis cawangan Kepala Batas untuk mencari penipu itu.
Puan Yuan Toung yang juga salah seorang mangsa penipuan juga membuat laporan polis bersama.
Menurut Pesuruhjaya Polis Mohd Asmadi Yusoff, penipu itu menggunakan bank akaun ibunya untuk transaksi dalam talian.
Mohon sesiapa yang mahu membeli PS5 dinasihatkan untuk membayar secara berhadapan bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku.
Rujukan: The Star
Lagu Megalovania Undertale dimainkan dihadapan Pope Francis
Siapa sangka baru sahaja masuk tahun 2022 , kita sudah disajikan dengan satu video menarik.
Persembahan ini dibuat oleh satu kumpulan sarkas dan lebih menakjubkan mereka memainkan lagu Megalovania yang menjadi salah satu lagu permainan video yang viral Undertale.
Megalovania yang dimainkan di hadapan Pope Francis sudah pasti satu memori yang tidak dapat dilupakan.
This year just started and we already have the insanity of Megalovania being performed in front of the Pope. pic.twitter.com/QBxGtl9v1c
— Ultima | #вʟм (@UltimaShadowX) January 6, 2022
Video ini adalah benar dan anda boleh melihat video ini laman rasmi Vatican di Youtube.
Undertale adalah permainan video yang mempunyai beberapa jenis pengakhiran mengikut berapa banyak raksasa yang anda bunuh.
Perkara yang menjadi ironi adalah lagu Megalovania dimainkan untuk bos tengkorak iaitu Sans di mana anda akan berlawan Sans apabila membunuh terlalu banyak karakter.
Yang menjadi persoalan mengapa lagu Megalovania?
Naughty Dog sedang mengusahakan beberapa lagi permainan
Presiden Bersama Naughty Dog, Neil Druckmann mengesahkan kepada peminat bahawa studio itu sedang dalam usaha menyiapkan beberapa projek baharu pada masa ini.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Naughty Dog menjalankan pelbagai projek yang kami ketahui secara terbuka.
Antara beberapa projek ini seperti pasukan pembangun The Last of Us Part II untuk membantu studio filem Uncharted yang akan datang dan siri TV The Last of Us. Walaupun ia kelihatan seperti Naughty Dog sedang komited dengan projek-projek itu, syarikat itu memberitahu peminat bahawa ia masih mempunyai beberapa perkara baharu yang sedang disiapkan untuk PlayStation 5.
Dalam perkongsian baru-baru ini daripada Druckmann di sidang akhbar Sony CES 2022, pengarah Naughty Dog itu bercakap lebih lanjut mengenai perkara yang dilakukan oleh studio itu kebelakangan ini.
Druckmann secara khusus bercakap tentang filem Uncharted dan menerangkan bagaimana rasanya melihat Tom Holland menggambarkan watak ikonik Nathan Drake di layar pawagam. Beliau juga menyentuh siri The Last of Us HBO, tetapi tidak memberitahu terlalu banyak tentang siri itu.
Druckmann juga menyatakan bahawa Naughty Dog secara keseluruhannya masih mengusahakan permainan baharu juga.
“Kami teringin berkongsi dengan anda pelbagai projek permainan yang kami sedang usahakan di Naughty Dog,” kata Druckmann.
Walau demikian, beliau tidak mendedahkan siri permainan apa yang sedang diusahakan pasukan pembangun itu.
Sumber: VGC
PlayStation mula bersedia untuk integrasi Discord
Pada Mei 2021, Sony mengumumkan perkongsian baharu dengan Discord yang bertujuan untuk membawa perkhidmatan komunikasi popular ke konsol PlayStation.
Malangnya, tarikh pelancaran yang tepat untuk integrasi yang dijangkakan tidak didedahkan oleh Sony atau Discord, tetapi pengumuman itu menjangkakan bahawa ia akan berlaku pada awal 2022.
Buat masa ini, Sony dan PlayStation masih senyap dan tiada pengumuman baru tentang integrasi ini. Namun, seorang pengguna Discord nampaknya dapat memautkan akaun PlayStation mereka sebelum pelancaran rasmi ciri ini, dan berkongsikan pengalaman beliau di Reddit.
Walaupun siaran itu sudah dihapuskan oleh moderator Reddit, seorang pengguna menggunakan subreddit Discord untuk mendedahkan bahawa mereka dapat memautkan akaun PlayStation Network mereka ke Discord.
Dalam imej, di bawah tab ‘Connections’ pada Discord, pengguna Reddit itu dapat memautkan akaun biasa mereka seperti Facebook, Steam dan banyak lagi, sambil turut mempunyai pilihan ‘PlayStation Network’ tersedia.
Nampaknya Discord dan PlayStation tidak lama lagi dapat berborak dalam satu pelayan yang sama.
Sumber: PushSquare
Peranti realiti maya generasi hadapan, PlayStation VR2, didedahkan
Selepas bertahun-tahun khabar angin, PlayStation VR2 didedahkan secara rasmi oleh Sony untuk PlayStation 5. Jadual pelancaran untuk set kepala dan alat kawalan masih belum diumumkan, tetapi PlayStation sudah mengeluarkan spesifikasi penuh dan mengumumkan permainan baharu yang besar iaitu Horizon Call of the Mountain.
Peranti realiti maya akan menawarkan 4K HDR, paparan OLED dengan resolusi 2000×2040 setiap mata, penjejakan pengawal berasaskan set kepala bermaksud anda tidak memerlukan kamera luaran, penjejakan mata, medan pandangan 110 darjah dan getaran pada set kepala.
Alat dengar akan serasi dengan pengawal Sense baharu PlayStation. Pengawal Sense akan menampilkan sistem penderiaan gerakan enam paksi, maklum balas haptik dan banyak lagi.
Untuk pelancaran PSVR2 ini, Sony mengumumkan sekali permainan Horizon Call of the Mountain yang akan dimainkan bersama peranti realiti maya ini.
Permainan VR ini sedang dibangunkan oleh Guerilla Games bersama Firesprite. PlayStation memperoleh Firesprite pada September 2021 dan studio ini pernah bertanggungjawab untuk permainan seperti The Playroom, The Playroom VR dan The Persistence.
Sony tidak mendedahkan titik harga untuk peranti ini, tetapi persediaan PlayStation VR asal agak mahal. Dengan PlayStation 5 masih sukar didapati pada harga berpatutan, kita pasti dapat melihat nilai yang sanggup dibelanjakan oleh pengguna untuk peranti VR yang baharu sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, jika Horizon adalah petunjuk bahawa lebih banyak permainan Sony utama akan mendapat permainan VR, mungkin lebih ramai pemain akan mencuba alam VR ini.
Sumber: Twitter
Sephiroth versi Ronald McDonald – diabadikan sebagai mod FFVII Remake Intergrade
Sejak munculnya Final Fantasy 7 Remake Intergrade di Windows PC Disember lepas, ramai modders sudah mengeluarkan pelbagai jenis mods yang ada.
Dari menukarkan pakaian karakter sehingga memperbetulkan masalah pepijat dan pelbagai lagi mods yang tidak tercapai dek akal fikiran.
Mod ini digelar Sephironald dan dibuat oleh Crandiff pada 29 Disember tahun lalu.
Anda boleh memuat turun mod ini di Nexus Mods.
Sebenarnya asal usul mod ini adalah dari sorang cosplayer yang menggabungkan Sephiroth dengan Ronald McDonald iaitu maskot McDonalds.
Siapa sangka Sephiroth yang menjadi antara antagonis paling hebat dalam dunia permainan video bakal ditambah dengan solekan Ronald McDonald.
Melihat Cloud berlawan dengan Ronald McDonald pasti akan membuat anda tertawa walaupun dalam adegan yang sangat serius.
i should never have been allowed mods for final fantasy 7 remake pic.twitter.com/ue53cK7dON
— hannah✨ (@louiseyhannah) January 3, 2022
Seorang streamer bernama Louiseyhannah memuat naik beberapa kompilasi kelakar Cloud memakai gaun ketika di Don Corneo termasuklah kemunculan Sephironald.
Banyak lagi mods akan datang yang bakal membawa benda-benda yang tidak masuk akal.
Malah bukan FFVII sahaja malah banyak lagi permainan video lain yang mempunyai mods mereka tersendiri.
Ada boleh memuat turun pelbagai jenis mod untuk pelbagai jenis permainan video di Nexus Mods.
Permainan pencipta Bioshock seterusnya menghadapi masalah pembangunan
BioShock adalah salah satu permainan terbaik pada eranya hasil idea Ken Levine. Ia berjaya menggabungkan elemen seram bersama plot penceritaan yang amat mantap. Manakala, sambungannya, BioShock Infinite pula ditukar hala tuju dan permainan itu lebih ke arah permainan aksi. Walaupun begitu, BioShock Infinite masih mengekalkan tahap penceritaan luar biasa dan permainan itu masih hebat jika dimainkan pada waktu sekarang.
Namun demikian, laporan menyatakan permainan baru Ken Levine, ketua studio permainan itu, menghadapi masalah pembangunan.
Menurut wartawan industri permainan video Jason Schreier, bahawa Ghost Story, bahagian Take-Two Interactive yang mempunyai kakitangan bekas ahli studio lama Ken Levine, Irrational Studios, pada asalnya sepatutnya melancarkan permainan kecil pada tahun 2017. Projek itu adalah penembak sci-fi yang terletak di stesen angkasa lepas yang penuh misteri di mana tiga puak akan bertindak balas terhadap tindakan pemain tersebut.
Tetapi skop projek itu nampaknya lebih besar daripada yang boleh dikendalikan oleh pasukan 30 orang, termasuk ‘sistem dialog rumit yang akan berubah berdasarkan pilihan pemain.’ Sehingga 2022, projek itu nampaknya berulang semula beberapa kali dan masih tidak mempunyai nama atau tarikh pelancaran.
Levine juga dikatakan sebagai punca masalah ini kerana beliau inginkan kesempurnaan. Menurut beberapa staf yang pernah berkerja bersama beliau, mereka mengatakan bahawa projek akan tiba-tiba dibaik pulih atau dibatalkan selepas berbulan-bulan bekerja. Oleh itu, permainan ini dilaporkan sudah bertukar arah berkali-kali.
Sumber rujukan: GameRant