News Categories

eSPORTS

Soloz Club menang tempat kelima bagi kategori Youtubrity Terbaik Malaysia

Personaliti e-sukan popular tanah air, Faris Zakaria atau Soloz berjaya menggondol tempat kelima bagi anugerah Youtubrity Terbaik Malaysia, semalam.

Kemenangan itu diraih mengikut populariti yang diperoleh saluran Youtubenya iaitu Soloz Club.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by HomeBois (@homebois__)

Sementara itu, Nureddy Nursal (DaddyHood) pula memenangi anugerah kategori Saluran E-Sukan Terbaik.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by HomeBois (@homebois__)

Tahniah diucapkan kepada Soloz dan DaddyHood atas kemenangan mereka!

Untuk rekod, Soloz Club mencatatkan 1.55 juta subscribers manakala saluran DaddyKr3w kini dengan 599 ribu subscribers.

Daddy menerusi salurannya gemar merakam aktiviti sosial bersama ahli-ahli HomeBois seperti jamming dan sebagainya manakala Soloz pula lebih kepada video highlight bermain MLBB.

Read More

MOBILE

Savior kini ke Nigma Galaxy jadi jurulatih PUBG Mobile dan BGMI

Muhammad ‘Savior’ Hazwan Halim kini sudah menjadi jurulatih untuk Nigma Galaxy bagi pasukan PUBG Mobile dan Battlegrounds Mobile India.

Beliau sebelum ini merupakan coach untuk Team SMG selama tiga musim PMPL.

Savior yang berkecimpung dalam dunia PUBG Mobile sejak 2018 kini menjadi coach untuk Nigma Galaxy yang menjadi antara salah satu organisasi e-sukan yang terkenal.

Pengumuman ini dibuat di laman rasmi Facebook Nigma Galaxy.

Savior turut berkongsi berita gembira itu di Facebook peribadinya.

Tahniah diucapkan kepada Savior dan semoga berjaya bersama pasukan baru ini.

Read More

MOBILE

RM464 bilion dibelanjakan di permainan mudah alih bagi tahun 2021

Mengikut statistik dari App Annie, pasaran permainan mudah alih sudah memecahkan rekod termasuk perbelanjaan dalam aplikasi, masa bermain dan lain-lain.

Menurut laporan dari State of Mobile 2022 mengatakan sebanyak AS$116 bilion (RM464 bilion) sudah dibelanjakan.

We're Spending a Third of Our Waking Hours Staring at Our Phones

Menurut laporan itu, Roblox berada di kedudukan pertama, diikuti oleh Genshin Impact di tempat kedua.

Bagi jumlah pengguna pula, PUBG Mobile menjadi yang pertama untuk jumlah pemain, Roblox yang kedua diikuti oleh Candy Crush, Free Fire, dan Among Us.

Kini dengan Take-Two Interacting menjadi syarikat induk untuk Rockstar Games yang mengeluarkan Grand Theft Auto, sudah membeli syarikat FarmVille, Zynga dengan $12.7 bilion atua RM50.8 bilion.

Read More

CONSOLE

Sony meningkatkan pengeluaran PlayStation 4 demi mengatasi kekurangan PlayStation 5

Ketandusan barangan elektronik tahun ini bukan sesuatu yang baharu. Malah, isu ini sudah hampir setahun berlarut dan industri-industri sudah melakukan pelbagai langkah untuk mengatasi isu ini. Sebagai contoh, Intel memperkukuh kilangnya di Malaysia untuk menambah penghasilan produknya.

Tetapi Sony mengambil langkah yang sedikit pelik. Demi menangani masalah kekurangan stok PlayStation 5, syarikat itu memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran konsol generasi lepas, PlayStation 4. 

Walaupun Sony mengumumkan untuk menamatkan penghasilan PlayStation 4 pada hujung tahun 2021, ketandusan yang kritikal ini menyebabkan Sony terpaksa menukar rancangan asal mereka. Langkah ini akan menambah kira-kira sejuta unit PS4 tahun ini untuk membantu mengimbangi tekanan ke atas pengeluaran PS5.

Hal ini menimbulkan beberapa isu yang agak penting. Adakah konsol ini masih ada permintaan di pasaran? Persoalan ini muncul kerana terdapat pelbagai permainan yang akan hadir yang mungkin tidak akan tiba di konsol PS4 seperti God of War Ragnarok atau Horizon Forbidden West. 

Tambahan pula, ia meragukan apabila pemain perlu membeli konsol dua kali dengan PS4 dan PS5 apabila konsol generasi hadapan itu akhirnya mempunyai stok.

Tetapi menurut laporan oleh seorang jurucakap Sony, sistem PlayStation 4 adalah sebuah sistem yang terlaris di pasaran dan pasti akan ada permintaan.

Adakah langkah ini akan mengurangkan tekanan Sony untuk memenuhi permintaan PlayStation 5? Kita akan lihat pada beberapa bulan yang akan datang.

Sumber rujukan: Bloomberg

Read More

CONSOLE

Battle royale anime My Hero Academia diumumkan

Pelajar UA High School akan menjadi Plus Ultra menentang satu sama lain tidak lama lagi. Bandai Namco mengumumkan bahawa permainan battle royale percuma untuk dimainkan, My Hero Academia: Ultra Rumble.

Menurut Gematsu, Bandai Namco mendedahkan permainan itu dalam keluaran terbaru majalah Weekly Jump. Tarikh pelancaran belum diumumkan lagi, tetapi majalah Jepun mengacaha bahawa pemain akan bekerjasama “untuk memenangi pertempuran sebanyak 24 pemain dalam aksi berbilang pemain.”

Permainan ini akan dilancarkan sebagai beta tertutup buat masa yang terdekat untuk menguji kestabilan permainan sebelum dilancarkan sepenuhnya.

Bagi yang berminat untuk menyertai ujian beta tertutup ini, pemain boleh mendaftarkan diri di laman web rasminya di sini. Namun, laman web itu tidak beroperasi sewaktu penulisan ini.

Bandai Namco belum lagi mendedahkan tarikh pelancaran permainan ini setakat ini, tetapi yang pastinya permainan ini akan dilancarkan di PS4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC.

Read More

MOBILE

Among Us bakal dijadikan adaptasi Manga

Permainan Among Us adalah salah satu permainan sosial yang amat berjaya dan permainan ini berjaya merentasi pelbagai pelantar seperti mudah alih, PC, dan Nintendo Switch. Tambahan pula, pemain boleh bermain bersama merentasi semua pelantar itu. Disebabkan konsep permainan yang unik tetapi mudah, permainan ini boleh dinikmati tanpa batasan umur.

Innersloth, pembangun permainan, mengumumkan bahawa permainan Among Us akan menerima adaptasi manga tidak lama lagi.

Menurut kicauan oleh pembangun itu, manga itu akan dilancarkan di majalah Bessatsu Corocoro sekitar bulan April tahun ini.

Namun persoalan besar masih berlegar, adakah kita akan menerima anime Among Us suatu hari nanti? Buat masa ini, kita hanya boleh mengimpikan sesuatu seperti itu untuk berlaku.

Jadi, mari kita nikmati pembukaan anime Among Us hasil peminat yang rajin ini.

Sumber rujukan: Twitter

Read More

MOBILE

Krafton saman Apple, Google, Garena kerana Free Fire?

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG adalah salah satu permainan genre battle royale yang paling terkenal. Ini kerana ia adalah permainan yang paling awal dalam genre itu. Permainan itu dilancarkan pada awal tahun 2016 dan PUBG Mobile pula dilancarkan pada tahun 2018.

Kini, Krafton, syarikat induk pembangun dan penerbit PUBG, menyaman Apple, Google dan Garena, mendakwa pelanggaran hak cipta oleh permainan battle royale mudah alih Free Fire.

Menurut laporan daripada Reuters, Free Fire dikatakan meniru beberapa aspek permainan PUBG seperti “struktur permainan, item dalam permainan, peralatan dan lokasi,”

Walaupun Garena disaman kerana membangunkan Free Fire itu, Google dan Apple disaman sekali kerana mengedarkan Free Fire di gedung aplikasinya.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa Krafton sudah memohon Garena, Apple, dan Google untuk berhenti daripada mengedarkan permainan itu Disember lalu. Disebabkan tiada tindakan dari pihak tiga syarikat itu, Krafton membawa kes ini ke mahkamah di California untuk menyekat permainan dan menuntut ganti rugi yang dikatakan termasuk keuntungan Garena daripada jualan item dalam permainan.

Selain itu, Krafton juga menyebut Free Fire MAX sebagai salah sebuah permainan yang juga meniru elemen permainan hasil Krafton itu. 

YouTube juga dinamakan sebagai defendan kes ini kerana pernah menganjurkan video permainan Free Fire, serta filem Cina yang dikatakan oleh Krafton sebagai dramatisasi aksi langsung permainannya.

Walaupun PUBG Mobile dengan cepat menjadi judul permainan mudah alih terkemuka sejak dikeluarkan empat tahun lalu, ia menghadapi persaingan daripada Garena Free Fire.

Tuntutan Krafton datang tidak lama selepas syarikat itu mengeluarkan permainan mudah alih baharu, PUBG: New State, yang dikeluarkan pada bulan November.

Sumber rujukan: Reuters, Dexerto

Read More

PC

Lelaki Filipina melamar cinta hati dalam Genshin Impact

Siapa kata pemain game tidak romantik?

Ronica Pilar Mejica Cabasag dilamar oleh teman lelakinya Jerome Javillonar melalui Genshin Impact.

Jerome pada malam itu mengajak Ronica untuk ke rumahnya kerana ada kejutan yang dibuat olehnya.

May be an image of text that says "Jessie UID 805893455 GENSHIN IMPACT"

Teman lelakinya adalah seorang yang sangat pendiam dan jarang sekali menunjukkan kasih sayang secara berdepan.

Cabansag hanya mengjangkakan cuma malam yang biasa.

Namun, Jerome sudah membuat satu kejutan yang paling comel melalui Serenity Teapot.

Selepas beberapa ketika, Jerome terus melamar teman wanitanya dengan memberikan cincin.

No photo description available.

Tidak sangka Genshin Impact yang menjadi permainan kegemaran dan kesukaan ramai boleh menjadi medium untuk sesuatu seperti ini.

Read More

CONSOLE

Microsoft menamatkan pengeluaran Xbox One untuk fokus pengeluaran Xbox Series X/S

Ketandusan cip dan komponen elektronik tahun ini memberi impak kepada pelbagai industri, Microsoft tidak terkecuali. Dalam langkah menangani kekurangan komponen ini, Microsoft memutuskan untuk menghentikan penghasilan konsol generasi lepas Xbox One untuk memfokuskan usaha kepada pengeluaran Xbox Series X dan S, iaitu konsol generasi hadapan syarikat itu.

Berbeza langkah dengan syarikat pesaing Sony di mana mereka menambahkan jumlah pengeluaran PlayStation 4 untuk mengurangkan tekanan permintaan PlayStation 5 yang melambung tinggi.

“Untuk menumpukan pada pengeluaran Xbox Series X dan S, kami menghentikan pengeluaran untuk semua konsol Xbox One menjelang akhir 2020,’ kata Cindy Walker, pengarah kanan pemasaran produk konsol Xbox.

Xbox Series X dan S

Setakat ini, Microsoft mampu memenuhi permintaan pasaran. Namun, cabaran stok rendah itu masih menjadi cabaran kepada syarikat itu dan langkah ini diharapkan dapat membantu Microsoft untuk mengelakkan masalah kekurangan stok konsol generasi hadapan itu.

“Kami sebenarnya boleh membina lebih banyak cip Series S dalam ruang cetakan cip yang sama seperti mana kami boleh membina Siri X,” kata Phil Spencer, Naib Presiden Eksekutif Gaming di Microsoft.

Itulah sebab utama mengapa stok Xbox Series S kelihatan stabil, hasil keputusan Microsoft untuk menghentikan penghasilan Xbox One S demi konsol generasi seterusnya.

Sumber rujukan: The Verge

Read More

CONSOLE

Logan Paul hilang RM14 juta demi kad Pokemon

Personaliti internet, peninju dan peminat tegar Pokemon, Logan Paul membuat satu pengumuman bahawa beliau mengeluarkan AS$3.5 juta bersamaan RM14 juta untuk kotak yang dikatakan mempunyai kad Pokemon edisi pertama yang sudah disahkan.

Selepas pembelian itu, ramai komuniti kad Pokemon berkata kotak itu sebenarnya adalah palsu.

Paul akhirnya pergi ke Chicago untuk melihat kad itu dan mengumumkan semua yang berada di dalam kotak itu adalah palsu.

Malah, ramai Youtubers dan orang ramai yang tahu menahu mengenai keaslian penjualan kad Pokemon mengatakan kotak itu terlalu merisaukan.

Malah, semua benda yang berada di dalam kotak itu adalah kad G.I Joe.

Hari ini Logan sudah mengeluarkan video yang menceritakan kes penipuan ini.

Pembelian ini adalah pembelian kad Pokemon paling tinggi nilainya di dunia.

Read More

PC

Ramai marah dengan Valve kerana batalkan Dota Pro Circuit Winter Tour Major 2022

Sejak pembatalan Dota Pro Circuit Winter Tour Major 2022 (DPC), Valve sudah banyak menerima kritikan dari pemain profesional dan juga peminat.

Valve bertindak untuk membatalkan Major itu dan membuat pengumuman di blog mereka.

Pemain profesional, pencipta kandungan, krew penyiaran dan juga peminat tidak menyukai keputusan ini.

Sumail juga sudah mengeluarkan pendapat beliau mengenai hal ini.

“Jika semua pasukan membuat keputusan untuk tidak bertanding mungkin sistem akan lebih stabil, komunikasi yang lebih baik atau Dota mati sepenuhnya. Kedua-dua ini lebih baik dari apa yang berlaku sekarang,”

Ponlodota juga membuat kenyataan beliau mengenai hal ini.

“Kenapa sedikit daripada prize pool tidak diberikan secara adil kepada semua pasukan yang layak atau akan layak?”

DPC major ini mempunyai jumlah wang terkumpul yang besar iaitu AS$500,000 yang membawa banyak pasukan hebat dari pelbagai negara untuk DPC.

Ada juga orang yang mengatakan Valve sebenarnya tidak melihat pengulas, pemain dan pasukan sebagai partner tetapi sebagai kontraktor yang hanya dibayar asalkan mereka menolong.

Valve juga sudah mengeluarkan kenyataan mohon maaf dan juga sedang membuat pelan baru untuk LAN kedua.

Read More

MOBILE

Rippo kembali ke Indonesia, bakal bermain di MPL ID S9

Pemain kelahiran Malaysia, Muhammad Arif Abdul Halim atau Rippo kini bersama Bigetron Esports kembali selepas bercuti panjang pada Disember lalu.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story @mpl.id.official, mereka merakamkan sesi fotografi ‘media day’ bagi persediaan menghadapi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) ID musim kesembilan.

Dalam satu hantaran itu, kelihatan kelibat Rippo yang turut sama menghadiri sesi bersama rakan sepasukannya.

MPL Indonesia S9 dijangka bermula pada Februari ini mengumpulkan 8 pasukan terbaik Indonesia yang bersaing selama beberapa minggu.

Kalau diikutkan format sebelumnya, hanya enam pasukan akan layak ke playoffs. 

Read More

Showing 133 - 144 of 269 Results