News Categories
“Dah dua tahun tunggu nak jadi juara,” – Erin (KARRA)
Baru sahaja minggu lepas Squad Up Athena Mobile Legends: Bang Bang sudah berlangsung untuk peringkat negara dan peringkat antarabangsa bakal berlangsung esok.
Bagi kapten pasukan Karra, Erin, dia ingin berkongsi tentang kejayaan pasukannya yang berjaya bergelar juara bagi kejohanan wanita ini.
1. Apa perasaan anda dan pasukan kini berjaya mewakili Malaysia untuk peringkat antarabangsa Squad Up Athena MLBB?
“Bila fikirkan balik pertandingan ini adalah sesuatu yang besar dan selama dua tahun kami sudah bercita-cita untuk menjadi juara.
“Banyak kekangan yang kami hadapi dan ada yang tidak kesampaian tetapi dengan masa dan orang yang betul ditambah lagi dengan platform yang betul, Alhamdulillah kami dapat menjadi juara untuk hari itu.
“Lebih-lebih lagi kami juga akan membawa nama Malaysia. Boleh dikatakan pencapaian ini adalah sangat tinggi dan kami akan buat yang terbaik,”
2. Apa persiapan pasukan Karra untuk perlawanan nanti?
“Disebabkan semua dah sedia tahu mengenai pertandingan dari November, jadi kami terus berlatih.
“Namun, disebabkan ramai pemain kami adalah streamer, kami banyak berlatih pada setiap minggu termasuklah dengan scrim.
“Untuk scrim kami pernah berlawan dengan pasukan lelaki dan di Facebook juga ada banyak group mencari skuad untuk Karra berlawan.
“Dari segi meta pula, kami akan cuba bermain benda baru dan sentiasa mengambil tahu meta baru untuk bermain dengan cara terbaik.
“Kami juga ada membuat analisis sendiri dan banyak mengambil pelajaran dari M3 dan MPL,”
3. Pasukan yang paling susah untuk dilawan?
“Bren Esports Victress dengan Team Volt dari Indonesia,”
4. Berbanding Indonesia dan Filipina yang mempunyai banyak pasukan MLBB, apa pandangan terhadap arena MLBB di MY untuk wanita?
“Perkara ini sudah lama cuba diketengahkan oleh ramai orang seperti Mariah Ahmad, ChuChuGaming dan ramai lagi.
“Tetapi bagi Erin, sebenarnya susah untuk perkara ini membuahkan hasil. Bajet pertandingan di Malaysia juga tidak setinggi negara jiran Indonesia.
“Adap penganjur pernah cuba untuk mengetengahkan perkara ini tetapi impak yang didapati tidak begitu membuahkan hasil.
“Liga-liga yang besar juga tidak ada lagi untuk menarik lebih ramai pelabur,”
5. Pernah terdetik tak Erin dan pasukan untuk pergi ke MWI.
“Ya. saya percaya dengan rakan pasukan yang baik, bukan sahaja kebolehan tetapi keserasian juga boleh memberikan kemenangan untuk kami.
“Kami akan cuba untuk menang dengan dengan sedaya upaya. This is the time,”
Squad Up Athena dianjurkan oleh IGN SEA dan disokong oleh Moonton. Kejohanan ini menyediakan dua slot Malaysia untuk menyertai Kejohanan Jemputan MLBB Wanita (MWI).
PUBG diserang pemain untuk bayaran balik dek menjadi ‘Free-to-Play’
Awal minggu ini PUBG: Battlegrounds, kini sudah melakukan peralihan ke Free-to-Play (F2p).
Namun tidak ramai orang menyukai perkara ini.
PUBG yang kini F2p sudah mendapat banyak peningkatan sehingga 670 ribu pemain serentak di Steam.
PUBG hit 670k peak concurrent players on Steam today, after going free to play.
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) January 12, 2022
This is double its usual concurrent user figure in the past month.
However, the game also received 13x the usual number of negative reviews from people that previously paid / annoyed by cheaters. https://t.co/kX1jmpjawu
Banyak pemain lama PUBG banyak meninggalkan review marah dan tidak berpuas hati.
PUBG Corporation berkata F2P adalah satu perkara yang dikatakan sesuai dan perlu dibuat.
“Saya tahu ramai yang berminat dengan PUBG: Battleground tetapi tidak pernah berpeluang untuk bermain disebabkan beberapa sebab. Jadi inilah masa yang tepat untuk menjadi F2P.”
Namun, banyak pemain yang tidak berpuas hati dan membuat banyak review tidak suka di Steam.
Semalam sahaja seak PUBG: Battlegrounds menjadi percuma, terdapat sebanyak 5,000 review negatif dalam 24 jam.
Dari “Bagi balik duit saya?” sehingga “free 2 play = cheat 2 play” malah ada juga yang mengatakan “Dari membaiki masalah penipu, mereka sebaliknya memberi PUBG secara percuma.”
Pemain yang sedia ada sebenarnya akan mendapat Special Commemorative Pack yang akan memberi banyak akses kekal dan beberapa bonus.
HomeBois mengacah pemain baru mereka bakal diterajui Ironpro
HomeBois adalah salah satu pasukan yang akan bermain di Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) MYSGPH musim kelima.
Mereka mengumumkan Ironpro menjadi pemain mereka di samping empat lagi pemain yang belum diumumkan kemunculan mereka.
Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka sendiri.
https://www.instagram.com/p/CYk-ezJrNTH/
Sebelum ini, HomeBois mendapat tempat ke-16 di peringkat akhir PMPL MY/SG musim ke-4. Keputusan itu menyebabkan mereka gagal layak ke Kejohanan Asia Tenggara PUBG Mobile (SEA Championship).
Adakah barisan pemain baru ini bakal mengubah nasib HomeBois di musim kelima nanti? Kita bakal saksikan.
Foto: HomeBois
Bren Esports mengumumkan barisan pemain baru mereka
Bren Esports adalah salah sebuah pasukan yang kuat di dalam arena kompetitif Mobile Legends.
Mereka berjaya muncul juara MPL PH musim ke-6 dan seterusnya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Mobile Legends M2.
Bren Esports terus melakar sejarah apabila mereka berjaya muncul juara M2 tidak beberapa lama kemudian.
https://www.instagram.com/p/CYn7A01lUa1/
Walau bagaimanapun, prestasi mereka mulai menurun apabila menjelang musim kelapan MPL PH. Mereka gagal tembus ke playoff dan menyebabkan Karltzy membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan itu dan mencari pengalaman di pasukan Echo.
Kini, Bren Esports tampil dengan pemain baru dan bersiap sedia untuk musim ke-9. Mereka adalah Joy Boy, Super Marco, Saxa, Pandora, Stown dan juga Jowm.
Adakah barisan pemain baru ini dapat membantu Bren Esports menjadi pasukan yang akan menguasai Land of Dawn kembali? Kita bakal saksikan.
Foto: Bren Esports
Red Esports kembali, tapi netizen ingin lihat ‘muka’ baru
Red Esports menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan ketika Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-8.
Mereka gagal layak ke peringkat playoff selepas tewas pengumpulan mata dengan pasukan Team Bosskurr.
Red Esports memohon maaf di atas prestasi mereka yang merosot sebelum ini dan akan bergerak di belakang tabir.
https://www.instagram.com/p/CYqWy99rCZ4/
Kini, mereka mengumumkan saat mereka comeback ke dalam arena kompetitif Mobile Legends dan akan bersaing untuk musim ke-9 ini.
Adakah pasukan Red Esports akan mengekalkan barisan pemain lama mereka seperti musim kelapan?
Atau kita akan melihat wajah baru di dalam pasukan ini, nantikan pengumuman mereka tidak lama lagi.
Foto: Red Esports
Todak umumkan kolaborasi baru bersama seorang wanita
Todak kini mengumumkan akan ada era baru kolaborasi bersama seorang wanita yang tidak didedahkan identitinya.
Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi @todakmlbb.
Menurut mereka, “Bersiap sedia untuk memberikan laluan kepada ratu kami,”. Setakat ini, kolaborasi ini masih menjadi lagi satu misteri untuk para peminat.
https://www.instagram.com/p/CYqoZeMMFBa/
Namun ada di antara netizen yang menyatakan bahawa wanita di dalam hantaran itu adalah @lejosette, seorang streamer dan juga cosplayer dari Malaysia.
Malah, Ikuto juga pernah mendedahkan di media sosialnya yang Josette pernah ada perjumpaan dengan Todak.
Sejauh manakah kebenaran itu akan terjawab tidak lama lagi apabila pasukan Todak umumkan kolaborasi ini.
Sama-sama kita nantikan berita gembira ini.
Foto: Todakmlbb
Prestasi pemain MLBB dari Indonesia merudum akibat streaming?
Kebanyakkan pemain profesional Mobile Legends dari Indonesia melakukan streaming di pelantar Nimo TV.
Ini menjadi trend buat para pemain ini di samping bermain secara kompetitif di dalam Land of Dawn.
Ada juga yang menyatakan bahawa prestasi mereka kian merudum oleh kerana sibuk dengan streaming pada lewat malam seperti Ferxiic.
Menerusi ONE Esports, Pengurus lokal Nimo TV iaitu Veronica menjelaskan kepada mengenai perkara ini. Menurut beliau, “Kami sedar akan perkara ini dan tidak ingin pemain profesional mengalami burnout kerana terus bermain.
“Kami juga sudah menerapkan peraturan berbeza kepada mereka dengan tidak mengenakan penalti jika tidak dapat memenuhi sasaran.
“Pada setiap tahun, kami melakukan empat kali on season dan off season kepada mereka. Ini kerana kami melihat kitaran arena kompetitif Mobile Legends dan PUBG Mobile seperti itu. Jika mereka tidak mencapai sasaran di on season, kami tidak akan mengenakan penalti,” tambah beliau.
Veronica juga menyerahkan keputusan untuk seorang pemain profesional itu melakukan streaming kepada organisasi masing-masing. Jika ada prestasi yang merudum oleh kerana faktor melakukan streaming, maka ia harus dikurangkan demi kebaikan pemain itu sendiri.
Sumber: ONE Esports
Pokemon UNITE akan jadi sebahagian dari Kejohanan Dunia 2022
Siapa tak kenal permainan mudah alih Pokemon UNITE? Ia kini menjadi permainan mudah alih yang boleh dijadikan sebagai e-sukan.
Sejak dilancarkan pada September tahun lalu, UNITE berjaya mengumpul ramai pemain muda dan kanak-kanak untuk bermain. Malah, ia juga menyediakan kemaskini dengan kerap kepada pemain.
Baru-baru ini, Pokemon UNITE dikhabarkan akan menjadi sebahagian dari Kejohanan Dunia Pokemon 2022 yang akan diadakan di London.
Producer untuk Pokemon UNITE, Masaaki Hoshino mengatakan permainan ini berjaya di pasaran dan mempunyai strategi serta gaya permainan yang menarik. Ia juga sudah sedia untuk selangkah ke depan dalam aspek e-sukan.
#PokemonUNITE is joining the Pokémon World Championship Series! Learn more about what else is ahead in our latest letter from the producer: https://t.co/UTudv0dfJT pic.twitter.com/lOnQDoHdGe
— Pokémon UNITE (@PokemonUnite) January 12, 2022
Anda boleh membaca berita lanjut menerusi pautan di atas.
Bagi menyesuaikan UNITE dengan komuniti tempatan, pembangun juga bercadang mengadakan fungsi tukar bahasa namun ia bakal menyokong Bahasa Indonesia, Thai, Hindi, Russia, Portugis dan Turki pada masa akan datang.
Bahasa lain mungkin akan hadir kemudian.
Sumber: gamingonphone
Layla dan Fanny akan dapat skin anime baru, The Aspirants
Nampaknya Layla dan Fanny bakal mendapat dua skin menarik yang bertemakan anime!
Kedua karakter wanita dalam Mobile Legends: Bang Bang ini bakal menjadi dua hero pertama yang akan dipaparkan dalam skin line “The Aspirants” yang menggunakan lakon suara istimewa dari Jepun.
Ia akan hadir pada 22 Januari hingga 25 Februari ini tapi hanya boleh didapatkan melalui acara cabutan dan bukan di stor.
Layla akan dilakon suara oleh Yoshino Nanjo yang pernah melakonkan suara Eli Ayase dalam Summer-Colored High School manakala Fanny pula dilakon suara oleh Nana Mizuki yang pernah membawa watak Hinata dalam siri Naruto.
Dapatkan lebih info dalam video di bawah ini:
John Cena berminat meneroka dunia Twitch dan NFT
Ahli gusti terkenal, John Cena, amat aktif dalam dunia sosial media. Malah beliau manjadi sensasi panas denga pelbagai video di mana beliau fasih berbahasa Mandarin dan perkataan “bing qi lin” yang sekadar bermaksud ‘ais krim’ menjadi meme di sekitar dunia internet.
Kini, bekas ahli gusti itu ingin belajar lagi tentang dunia penstriman Twitch dan NFT.
Menurut satu temubual baru-baru ini di Spotify, Cena menerangkan sebab beliau aktif di media sosial. Beliau berkata beliau ingin melihat dunia dengan lebih luas.
“Ia sukar untuk mengikuti garis masa kerana jumlah orang yang saya ikuti, tetapi saya cuba mempelajari lebih lanjut tentang dunia,” kata bekas ahli gusti serta pelakon berumur 44 tahun itu.
“Saya baru sahaja menerokai budaya tarian EDM, dan NFT, dan juga pelantar Twitch kerana saya tidak tahu apa-apa tentang mana-mana perkara ini.”
Cena berkongsi juga tentang matlamat penerokaan beliau ke bidang-bidang baharu yang belum pernah beliau lalui ini.
“Matlamat akhir bagi saya ialah saya mendapat skop yang lebih luas tentang perkara yang berlaku, dan saya boleh mempelajari perkara yang saya tidak tahu, dan mudah-mudahan, dapat mewujudkan komuniti. Jika anda melihat orang yang saya ikuti di Twitter, mudah-mudahan anda akan melihat apa yang saya maksudkan,”
Cena juga baru sahaja tamat dengan penggambaran siri PEACEMAKER untuk HBO Max, yang bakal ditayangkan pada 14 Januari. Jadi, beliau ingin menggunakan masa lapang barunya dengan perkara yang berfaedah seperti ini.
Sumber rujukan: Dexerto
Ares kini senjata paling berbaloi dan kuat di VALORANT
Baru-baru ini, VALORANT menerima kemas kini yang memperkenalkan watak ke-19 iaitu Neon dari Filipina yang pantas dan berkuasa petir. Selain itu, pelbagai senjata serta peta menerima perubahan yang ketara. Anda boleh membaca perubahan dengan terperinci di sini. Pendek kata, Ares menerima penambahbaikan yang tidak dijangka dan kini mendominasi permainan penembak taktikal itu.
Jelasnya, VALORANT kini diambang meta baharu pada musim ini.
Neon pushes the tempo, some weapons come out of the shadows, Bind and Breeze get updates—all this in more in VALORANT Patch Notes 4.0. Devour them here: https://t.co/jOipRNdREr pic.twitter.com/8XVfSwKUZ8
— VALORANT (@PlayVALORANT) January 11, 2022
Menurut nota kemas kini, Spectre menerima perubahan signifikan kepada sifatnya sebagai senjata run-and-gun. Spectre kini dijadikan tidak konsisten agar dapat mengurangkan kejadian run-and-gun.
Hal ini menjadikan Ares yang sudah ditambah baik sebagai senjata yang lebih bermanfaat pada pusingan awal.
Ares juga menawarkan klip peluru yang besar serta kebolehan untuk menembus beberapa permukaan.
Malah, Ares kini menjadi pilihan yang berdaya maju kerana ia lebih berbahaya daripada Vandal dan Phantom kerana kepantasan senjata itu.
Tambahan pula, Ares hanya bernilai 1,550 manakala Vandal dan Phantom hampir dua kali ganda lagi mahal, bernilai 2,900.
Pemain profesional juga bersetuju bahawa Ares musim ini akan mengubah meta permainan. Tangkapan layar dari kicauan di bawah ini diambil dari kejohanan NSG yang menunjukkan 9 Ares dalam pusingan awal perlawanan.
this ares shit is the most dumb thing i’ve seen in valorant pic.twitter.com/LKoK1C9t2H
— TSM FTX Payen (@pay3n) January 12, 2022
Nampaknya musim ini meta baru akan muncul, dan ini menunjukkan pemain terpaksa menyesuaikan diri dengan meta baharu ini.
Sumber rujukan: Twitter
The Witcher 3: Wild Hunt akan tiba di konsol generasi hadapan, menerima DLC baru
The Witcher 3: Wild Hunt akan menerima DLC baharu dalam masa terdekat. Pada tahun 2021, konsol generasi hadapan seperti PlayStation 5, Xbox Series X dan S sepatutnya menerima permainan ini versi terkini, tetapi pelancaran tergendala kepada tahun ini. Nampaknya, pelancaran itu sepatutnya akan dilancarkan sekitar awal tahun ini berdasarkan kicauan ini.
The Witcher 3: Wild Hunt next-gen update is coming to PS5, Xbox Series X/S, and PC this year! Here’s a sneak peek of our updated cover art.
— The Witcher (@witchergame) July 9, 2021
Spoiler alert: we also prepared some free DLCs inspired by @witchernetflix 🤭
More info coming soon! pic.twitter.com/Hs7LwWzUAt
Bagi mereka yang tidak mengetahui, DLC ini tidak akan berada pada tahap dua pengembangan permainan sebelumnya: Hearts of Stone dan Blood of Wine, yang menawarkan hampir 100 jam kandungan baharu.
Sebaliknya, DLC baharu yang diilhamkan oleh rancangan Netflix The Witcher pasti tidak sebesar itu. DLC ini mungkin akana menambah kostum baharu pagi pemburu raksasa itu, tetapi ia tidak mustahil untuk permainan itu menerima kandungan baharu seperti misi atau senjata.
Tarkih pelancaran DLC ini belum diumumkan. Walau apa pun, kita dapat mengharapkan agar pelancaran ini tidak tergendala sekali lagi, dan peminat siri ini dapat menikmati permainan versi baharu tidak lama lagi.
Sumber rujukan: Twitter