News Categories

PC

Riot melancarkan treler sinematik VALORANT terbaru yang berjudul ‘Warm Up’

Dunia VALORANT penuh dengan watak yang penuh personaliti yang menarik. Kini, dengan penambahan Neon kepada barisan watak VALORANT, ia menjadikan jumlah watak kepada 19 dan ini membuka peluang untuk Riot Games menjadi lebih kreatif dengan dunia permainan itu.

Syarikat itu berjaya menghasilkan salah satu animasi yang terbaik sepanjang tempoh permainan itu dilancarkan. Animasi itu boleh ditonton di bawah:

Berdasarkan animasi di atas, kita boleh lihat perwatakan setiap watak dalam permainan ini. Sebagai contoh, Killjoy dan Raze antara watak yang penuh bertenaga, manakala Phoenix watak yang berlagak dan yakin.

KAY/O pula sebuah robot yang berperwatakan garang. Jett dan Yoru pula yakin seperti biasa. Kali terakhir kita melihat Yoru adalah di sedutan video Episode 2: Retake, dan kini kita dapat lihat beliau bersosial bersama pasukannya. Cypher pula menjadi bahan lawak yang dikatakan mati pada setiap treler sinematik.

Kita juga dapat lihat bahawa pasukan itu, juga digelar VALORANT Protocol, diketuai oleh Brimstone dan Sage. Berdasarkan penceritaan dunia VALORANT, Brimstone dan Viper adalah ahli terawal VALORANT Protocol, tetapi Sage adalah antara Radianite, iaitu seseorang yang mengawal kuasa luar biasa tenaga Radiant, yang terawal yang menjadikan beliau mahir dengan kuasa itu.

Video animasi ini juga menimbulkan beberapa soalan. Adakah Riot Games akan menghasilkan siri animasi VALORANT sepertimana mereka lakukan dengan League of Legends dan Arcane?

Ia pasti menarik jika mereka dapat menghasilkan siri animasi VALORANT.

Read More

MOBILE

Pencipta ‘hack’ PUBG Mobile didenda AS$10 juta, mahkamah arah mendedahkan kaedah mencipta aplikasi penipuan

Permainan dalam talian sering dibelenggu masalah ini: penipuan atau lebih dikenali sebagai ‘cheat’ dan PUBG Mobile tidak terkecuali. Walaupun pembangunnya, Krafton, sudah melakukan pelbagai usaha seperti menggantung pemain yang menggunakan kaedah terkutuk ini, isu ini masih berleluasa.

Malah, Krafton mengambil langkah untuk menutup akaun-akaun media sosial yang menjual aplikasi penipuan ini.

Mereka juga mengambil langkah drastik dan membawa isu ini ke pihak mahkamah. Mujurnya, mereka berjaya memenangi kes itu dan pembangun aplikasi penipuan itu didenda sebanyak AS$10 juta (RM42 juta) yang perlu dibayar ke Tencent dan Krafton. 

Pembangun ‘hack’ itu juga diarahkan untuk menghentikan sebarang aktiviti lanjut mengenai pembangunan penipuan dan mendedahkan segala butiran tentang sebarang eksploitasi yang mereka gunakan untuk membolehkan pembangunan aplikasi penipuan dalam PUBG Mobile.

Melalui wang yang akan diterima ini, Tencent dan Krafton akan melaburkan wang ini kepada usaha pembangunan teknologi anti-penipuan. Antara teknologi baru hasil dua syarikat ini adalah ‘device ban’ yang menghalang peranti daripada log masuk atau mencipta akaun baru di PUBG Mobile.

Nampaknya usaha Tencent dan Krafton dalam menangani isu penipuan ini membuahkan hasil.

Sumber rujukan: Dotesports

Read More

CONSOLE

EA dan DICE kini ingin menutup subreddit Battlefield 2042 demi menyorokkan isu dan masalah permainan itu

Battlefield 2042 mengalami kritikan hebat sejak ia mula dilancarkan pada bulan November dan dikatakan antara permainan yang paling teruk di Steam tahun lepas.

Peminat seluruh dunia menggunakan media sosial untuk menyuarakan kekecewaan mereka tentang Battlefield 2042 demi meminta pembangun memperbaiki keadaan permainan ini. Malah, penulis juga turut kecewa dengan permainan ini.

Pengarah komunikasi global EA, Andy McNamara menghantar satu siri kicauan di Twitter yang dipadamkan yang menjelaskan bahawa, meskipun beliau memahami kebimbangan peminat, pembangun memerlukan masa untuk berehat.

Beliau juga berkata bahawa jangkaan peminat untuk Battlefiled 2042 adalah melampau dan ciri itu mengambil masa untuk ‘skop, reka bentuk dan dilaksanakan.’

Kicauan ini, serta keadaan permainan menyebabkan moderator subreddit Battlefield 2042 mengancam pengguna dengan penutupan keseluruhan subreddit.

Ini berlaku selepas sejumlah besar pengguna toksik membanjiri subreddit berikutan kicauan McNamara.

Ringkasnya, moderator menawarkan tiga pilihan kepada pengguna: jika toksik dikurangkan, tiada apa yang berlaku; jika ia berterusan, bebenang akan ditutup awal untuk mengurangkan komen toksik; dan jika ia menjadi lebih teruk, subreddit akan dikunci sepenuhnya.

Masalah ini nampaknya berlarutan sejak pelancaran permainan yang tidak mencapai jangkaan peminat. Malah, ia juga kelihatan seperti tidak akan selesai selagi masalah-masalah tidak dibetulkan dalam permainan itu.

EA dan DICE juga sudah memperbaiki beberapa aspek permainan pada hujung tahun lepas, tetapi ia mungkin tidak menyelesaikan masalah yang lebih kritikal yang dihadapi pemain.

Sumber rujukan: Reddit

Read More

CONSOLE

Dying Light 2 Stay Human menawarkan 500 jam permainan, pengguna Twitter respon dengan sinis

Permainan dunia terbuka seperti GTAV atau Assassin’s Creed semestinya memerlukan puluhan jam untuk menamatkan permainan itu. Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana permainan dunia terbuka ini menawarkan pemain pelbagai aktiviti serta bahan untuk ditemui dalam alam permainan.

Namun, permainan dunia terbuka bertemakan zombi dan parkour, Dying Light 2 Stay Human, dilaporkan akan memerlukan 500 jam untuk menamatkan permainan.

Menurut kicauan oleh pembangun permainan di Twitter, permainan ini akan memakan masa selama 500 jam ditamatkan dan mereka juga membandingkan perjalanan dari Warsaw ke Madrid yang memakan masa 534 jam jika berjalan kaki.

Respons dari perminat agak berbeza-beza, tetapi kebanyakkannya pasti berbunyi sinis. Peminat tegar permainan ini menghantar maklum balas dengan beratus-ratus hingga beribu-ribu jam yang mereka habiskan di dalamnya. Bagi yang terkejut dengan pengumuman itu, mereka memberi respons sinis sahaja.

Memandangkan ramai peminat tidak berpuas hati, akaun Twitter itu menerangkan keadaan dengan kicauan susulan agar dapat meredakan situasi.

Secara asasnya, permainan in boleh ditamatkan dalam 70-80 jam, tetapi jika pemain ingin meneroka setiap penjuru peta serta mengumpul segala yang ditawarkan oleh permainan ini, ia pastinya akan memakan 500 jam

Sumber rujukan: Twitter

Read More

MOBILE

Tarian ‘Tunak Tunak Tun’ diabadikan di Fortnite

Fortnite amat terkenal dengan memperkenalkan sensasi hangat terkini sebagai kandungan dalam permainanya. Baru-baru ini, Spider-Man menyertai permainan itu sebagai watak yang boleh dimainkan. Malah, The Rock juga diperkenalkan sebagai watak permainan itu. Kini, sebuah meme klasik yang dikenali ramai sudah dijadikan sebagai emote dalam Fortnite.

Tunak Tunak Tun oleh Daler Mehndi kini akan diperkenalkan di Fortnite untuk pemain semua. Berdasarkan tirisan yang tular di media sosial, ia bakal dilancarkan di Fortnite dalam masa yang terdekat, namun belum ada tarikh rasmi untuk tarian Bhangra ini.

Rupanya, perminataan untuk tarian hasil Daler Mehndi ini sudah lama berlegar di ruang internet. Ada yang menyatakan bahawa sudah 3 tahun sejak permintaan ini pertama dijumpai.

Setakat ini, tiada tarikh atau maklumat lain tentang kandungan lain yang bakal hadir ke dunia battle royale Fortnite.

Sumber rujukan: Dexerto

Read More

GAME

Ejen Ali sedia ambil tindakan undang-undang terhadap karya berbaur lucah

Ejen Ali siri animasi dari WAU Animation kini mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai salah guna animasi Ejen Ali yang digunakan sebagai kandungan eksplisit di media sosial.

Hal ini tular di Twitter dan beberapa karakter Ejen Ali dan trademark Ejen Ali digunakan untuk tujuan tidak baik.

WAU Animation Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd menyatakan bahawa karya seni eksplisit itu bukan dari mereka.

“Walaupun kami percaya pada kebebasan berkarya, tetapi kami tidak menyokong penciptaan, penerbitan dan pengedarankarya seni eksplisit itu,”

WAU Animation Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd juga sudah membuat tindakan sewajarnya dan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Mereka juga kini bersama penasihat undang-undang untuk sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap pemilik akaun media sosial dan atau artis yang mencipta kandungan itu.

Pihak Ejen Ali juga berterima kasih kepada orang ramai dan peminat Ejen Ali untuk membantu dalam usaha mengekalkan komuniti yang beretika.

Sekali lagi, kita sebagai peminat apa-apa jenis francais pun haruslah menjaga dan mencipta ruang yang selamat untuk semua orang terutamanya sebagai peminat Ejen Ali dalam kes ini.

Read More

PC

Kerana ‘kawan’, seorang pemain beta Genshin Impact versi 2.5 didenda RM312 ribu

Genshin Impact dan miHoYo sangat mengambil serius apabila terdapat seseorang yang menyebarkan leak dan ramai juga yang sudah didenda dan disaman oleh miHoYo.

Harapkan pagar, pagar makan padi.

Inilah yang berlaku kepada sorang pemain beta tester Genshin Impact yang dikenakan saman dan denda sebanyak AS$ 78,000 atau RM312,000 kerana menyebarkan fasa beta versi 2.5.

Apa yang berlaku ialah pemain itu sudah memberi kawannya klip video baharu dari permainan beta namun rakannya pula telah menyebarkan klip video tersebut kepada orang lain.

“Apa yang boleh dibuat. Saya sudah menandatangi perjanjian. Apa yang saya mampu buat?

“Saya tidak kisah dengan jumlah saman itu tetapi akaun saya sudah hilang. Akaun setahun yang mempunyai 30 barang lima bintang dan Keqing yang dibina sepenuhnya,” katanya.

MiHoYo dapat mengesan klip video itu kerana terdapat UID pemilik akaun beta itu dan akhirnya menyaman pemain yang didakwa.

Dalam perkara ini pemain itu sudah menandatangai persetujuan untuk tidak menyebarkan leak dari beta Genshin Impact.

Read More

eSPORTS

UiTM Vendetta menang Cyberathlete Collegiate Mobile Legends, bawa pulang RM21,000

Kuala Lumpur: Wakil Malaysia ke Cyberathlete Collegiate Mobile Legends, UiTM Vendetta dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya menjuarai edisi pertama kejohanan itu semalam.

Selepas menewaskan Gunadarma (Indonesia) di peringkat final dengan kemenangan bersih 3-0, mereka layak untuk ke Grand Final yang dijadualkan berlangsung Disember tahun ini sekali gus berpeluang merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$250,000 (RM1.05 juta).

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Cyberathlete (@cyberathleteofficial)

Tahniah diucapkan kepada mereka berjaya membawa nama Malaysia di peringkat ini!

UiTM Vendetta diwakili oleh Muhammad Nabil Japri (Abey), Muhammad Badrun Ahmad Puad (Ahmad Jennie), Danish Haziq Azrul Yussaini (Deft), Akmal Hakim Mohd Hisham (Toyz), Muhammad Zafri Che Moh Zulkifli (Squpoz) dan Muhammad Zulhafiz Md Yusuf (Pengurus).

Kejohanan ini mengumpulkan pasukan dari institut pengajian tinggi (IPT) di serata Asia Tenggara.

Read More

CONSOLE

Lagi penipuan PS5, kerugian RM63,000 lesap dek PS5 murah

Seorang penjual dalam talian sudah kerujian Rm63,000 akibat terkena penipuan di media sosial yang menjual PlayStation 5 rendah dari harga pasaran.

Menerusi laporan The Star, Chew Jia Yi sudah membayar 25 unit PS5 kepada penjual yang berasal dari Pulau Pinang tahun lepas namun barang yang dinantikan tidak sampai sehingga sekarang.

“Saya pernah membeli daripada penjual yang sama sebanyak lima unit dan barang sampai dengan selamat.”

Chew sudah membuat beberapa pemindahan wang sejak 27 September hingga 29 September ditambah dengan dua lagi transaksi pada 10 Oktober dan 11 Oktober yang berjumlah RM63,000.

Dia yang juga bersama Chong Pak Leong menjadi rakan kongsi turut pergi ke alamat di Pulau Pinang namun tidak menjumpai penjual itu.

Kegiatan penjual itu mula mencurigakan apabila Chew diberi beberapa alasan untuk tidak menerima PS5 itu dan terus menutup akaun sosial medianya.

Mereka kemudian membuat laporan polis di balai polis cawangan Kepala Batas untuk mencari penipu itu.

Puan Yuan Toung yang juga salah seorang mangsa penipuan juga membuat laporan polis bersama.

Menurut Pesuruhjaya Polis Mohd Asmadi Yusoff, penipu itu menggunakan bank akaun ibunya untuk transaksi dalam talian.

Mohon sesiapa yang mahu membeli PS5 dinasihatkan untuk membayar secara berhadapan bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku.

Rujukan: The Star

Read More

PC

Hyper Front: Bukan sekadar klon VALORANT di pelantar mudah alih

Hyper Front yang dahulunya dikenali sebagai Project M dibangunkan dan dikeluarkan oleh NetEase.

Project M pada awalnya dikritik ramai orang akibat persamaan yang sangat ketara dengan VALORANT.

NetEase juga sudah mengeluarkan treler rasmi untuk Hyper Front.

VALORANT Mobile pula akan dikeluarkan untuk pelantar mudah alih tidak lama lagi.

Netease kini menukarkan Project M menjadi Hyper Front dengan cara bermain yang hampir sama.

grip hyper front

Hyper Front mempunyai tiga mod berbeza iaitu Death Fight, Arms Race dan Conquest Mode.

Manakala mod Ranked akan menggunakan mod Search and Destroy untuk menaiki rank.

Setiap pemain boleh memilih heroes yang ada dan setiap karakter akan mempunyai dua kebolehan masing-masing bersama ultimate.

Malah ada beberapa kebolehan yang diambil terus dari Valorant seperti anak panah yang menunjukkan musuh, healing, walls dan lain-lain.

Boleh dikatakan walaupun banyak meniru dari permainan video popular lain, Hyper Front boleh dikatakan cukup berbeza dari Valorant.

Hyper Front kini boleh dipra-daftar di Google Play namun masih belum ada untuk pelantar iOS.

Read More

PC

Pemain VALORANT berang bonus XP dari Battle Pass amat sedikit

Seperti biasa, setiap musim baru VALORANT akan disertakan dengan Battle Pass baru yang menawarkan pemain pelbagai bonus dalam permainan. Antara bonus yang biasa dilihat adalah kostum senjata baru serta pilihan kostum lain untuk akaun VALORANT anda. Baru-baru ini, Riot Games memperkenalkan bonus XP untuk pemain yang membeli Battle Pass VALORANT.

Namun, terdapat pemain yang tidak berpuas hati dengan bonus XP yang rendah jika dibandingkan dengan permainan lain, dan meminta akan perubahan.

Seorang pengguna dan pemain VALORANT mengeluh di Reddit tentang hal ini. Pengguna itu juga membandingkan dengan Fortnite yang menawarkan bonus 50% apabila membeli Battle Pass, dengan tambahan 10% rangsangan apabila bermain dengan rakan-rakan.

Ramai pengguna membalas bahawa ia sebenarnya tidak begitu sukar untuk melengkapkan Battle Pass VALORANT, lebih-lebih lagi jika anda menyelesaikan misi harian dan mingguan. 

Selain itu, pemain juga turut menyatakan harga kostum Protocol 781-A yang agak mahal serta kos Radianite untuk menaiktaraf visual senjata yang tinggi. Radianite adalah salah satu matawang premium VALORANT.

Musim VALORANT seterusnya, Episode 4 Act 1: Disruption, akan bermula pada 11 Januari.

Sumber rujukan: Reddit

Read More

MOBILE

MPL PH musim kesembilan akan bermula pada 18 Februari ini

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) PH menyaksikan ramai pemain-pemain yang mempunyai kemahiran mekanikal yang tinggi seperti Karltzy, Kairi, OhMyV33nus dan juga Oheb.

Pemain-pemain ini menggegarkan pentas dunia Kejohanan Dunia M3 sebelum ini. Mereka menewaskan pasukan dari Indonesia untuk membuktikan mereka adalah pencabar yang paling hebat ketika itu.

https://www.instagram.com/p/CYZC_wRheur/

Kini, MPL PH musim kesembilan akan dimulakan sekali lagi pada 18 Februari ini untuk menentukan pasukan manakah yang layak bergelar juara.

Terdahulu, pasukan Blacklist International berjaya muncul juara musim kelapan dan menjadi pasukan yang memegang gelaran back to back champion.

Adakah musim kesembilan ini kita bakal menyaksikan pasukan-pasukan seperti Bren Esports meningkatkan kembali momentum mereka yang hilang sebelum ini? Kita bakal saksikan.

Foto: MPL PH

Read More

Showing 181 - 192 of 269 Results