News Categories

PC

Bekas pembangun Riot Games ingin membantu CSGO dalam masalah ‘hacker’

Penipuan serta hack dalam permainan kompetitif seperti Dota 2, Counter Strike Global Offensive (CSGO) dan VALORANT adalah perkara yang tidak diingini oleh mana-mana pihak berintegriti. Namun, perkara ini bukan perkara yang jarang berlaku.

Kali ini, seorang bekas pembangun VALORANT dalam bidang anti-penipuan menawarkan bantuan untuk menyelesaikan masalah hack dalam CSGO.

Perbualan itu didorong oleh siaran media sosial daripada pembangun Valve yang menggelar penipuan sebagai masalah yang merebak merentas semua permainan kompetitif dalam talian. Hasil perbualan ini belum didedahkan, tetapi setiap peminat CSGO tahu bahawa Valve memerlukan bantuan kritikal yang boleh diperoleh untuk menghentikan hacker.

Nemanja Mulasmajic, atau Nemi di Twitter adalah seorang pakar program yang sebelum ini membangunkan aplikasli anti-penipuan untuk Riot Games dan Activision-Blizzard.

Sumbangan beliau tidak dapat dikenal pasti, tetapi kemungkinan besar beliau membantu mencipta program anti-penipuan Riot Vanguard untuk VALORANT.

Syarikatnya, Byfron Technologies, secara khusus mencipta program anti-penipuan untuk permainan dalam talian.

Semoga Valve terbuka hati untuk menerima tawaran ini kerana masalah spinbot serta wallhack agak menjadi-jadi kebelakangan ini.

Read More

MOBILE

Pandangan J Hunter, OnTheGo dan Pengurus Team Secret, Arif terhadap PMPL MYSGPH

Baru-baru ini PUBG Mobile di Filipina sudah mengumumkan bahawa mereka akan menjadi wilayah PMPL ketiga bersama MYSG (Malaysia dan Singapura) dan membuatkan PMPL MYSGPH terbentuk.

Penulis berpeluang menemubual beberapa orang yang sudah banyak membantu dalam membangunkan e-sukan PUBG Mobile di Malaysia.

Beberapa pandangan dari tiga individu yang sangat menonjol dalam e-sukan PUBG Mobile di Malaysia.

Partibhan “OnTheGo” Petchayappen (Pengulas)

“Saya rasa keputusan oleh Tencent sudah lama dibincangkan dan dibuat kajian.

“Malaysia juga antara negara yang terbaik dalam Asia Tenggara dan pernah melayakkan diri ke kejohanan dunia. Penambahan FIlipina ke PMPL MYSGPH sudah diperincikan dengan baik.

“Saya menerima dan menyokong keputusan mereka (Tencent),” katanya.

OnTheGo juga mengatakan, sebagai bekas pengurus pasukan, dia sudah lama menunggu liga Malaysia dijadikan francais.

Katanya, banyak faedah untuk ekosistem e-sukan secara menyeluruh. Namun, katanya, adakah Malaysia sudah bersedia untuk liga francais?

“Sebagai contoh, pasaran Indonesia adalah sangat besar dan ramai pelabur. Malaysia pula tidak mempunyai pasukan yang banyak seperti Indonesia.

“Mobile Legends Bang Bang juga berjaya membuat liga francais di Singapura dan hal ini sepatutnya dilihat baik untuk PMPL. Penambahan ini adalah satu permulaan baru untuk francais liga kita,” katanya.

Tambahnya, Filipina yang menyertai PMPL sebenarnya mempamerkan prestasi yang hebat. 

“Malah saya rasa ramai pemain tidak mengadu mengenai hal ini. Gaji mereka juga akan dinaikkan akibat slot yang menjadi lebih sukar dan kompetitif.

“Jadi perkara ini sebenarnya lebih baik untuk organisasi. Saya akan sokong sepenuhnya hal ini!,” katanya.

Dia mengakhiri perbualan dengan mengatakan komuniti tempatan perlukan masa untuk menyesuaikan diri dan dia bersyukur Tencent memikirkan lebih kepada masa hadapan PUBG Mobile.

Arif (Pengurus Team Secret)

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Secret (@teamsecret)

“Secara jujur saya merasakan kemasukan pasukan Filipina ke dalam PMPL kali ini akan membuat pertandingan lebih kompetitif dari yang lepas.

“Banyak pasukan yang kuat dari Filipina terutamanya Blacklist International.

“Saya juga mengharapkan pasukan Malaysia dapat meningkatkat lagi prestasi terutamanya disebabkan penambahan ini untuk musim hadapan,” katanya.

JHunter

“Bagi saya keputusan PMPL kali ini adalah cuma slot tambahan sahaja dan saya menerima keputusan ini. Filipina pula selalu membuat meta baru dan hal ini sepatutnya boleh dicuba pemain-pemain kita. 

“Kenapa tidak untuk membantu lagi pemain-pamain dari Malaysia.

“Bagi saya sebenarnya lebih bayak positif yang kita akan dapat daripada keputusan ini,” katanya.

J bagaimanapun menyatakan kerisauannya berkenaan suasana permainan yang mungkin lebih toksik.

“Namun, semua ini sebenarnya tidaklah toksik macam yang disangka. Pemain-pemain lain pun saya rasa ramai tidak takut atau tidak puas hati dengan keputusan ini.

“Ada orang yang berfikiran keputusan ini akan kurangkan peluang tetapi sebenarnya ini menjadikan PMPL MYSGPH lebih kompetitif.

“Slot untuk PMPL juga bertambah dan hanya dua slot tambahan jadi saya rasa hal ini tidak membawa masalah,” katanya.

Kata J, jika dibandingkan dengan e-sukan lain, Tencent dan PUBGM agak baik hati berbanding format e-sukan lain yang mana sesetengahnya sangat sukar memasuki pusingan kelayakan.

Bagi kejohanan besar seperti PMPL Asia Tenggara, berkemungkinan besar pasti akan ada pasukan Malaysia.

———

Ramai sebenarnya berpendapat bahawa penambahan Filipina menjadi PMPL mempunyai lebih banyak impak positif dari negatif.

Semoga keputusan yang dibuat ini dapat membantu dan memperbaik lagi situasi e-sukan PUBG Mobile di Malaysia terutamanya untuk PMPL.

Read More

eSPORTS

Suhaz Junior sertai Kejohanan Jemputan Gorilla Putih

Suhaz Junior adalah pencabar baru di dalam arena kompetitif Mobile Legends. Mereka mula mendedahkan barisan pemain mereka sebelum ini.

Tujuan skuad ini ditubuhkan adalah untuk bersaing di dalam peringkat kelayakan MPL MY musim kesembilan.

https://www.instagram.com/p/CYXv91nom_B/

Kini, Suhaz Esports mengumumkan bahawa Suhaz Junior akan bertarung di Kejohanan Jemputan Gorilla Putih anjuran Team Baekdowh Esports.

Pengumuman itu dibuat di dalam Instagram rasmi Suhaz Esports. Pertandingan itu akan bermula pada 7-9 Januari ini.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Suhaz Junior. Semoga beroleh kemenangan dan menimba lagi pengalaman untuk bersiap sedia menghadapi pusingan kelayakan MPL MY musim kesembilan.

Sumber: Suhaz Esports

Read More

MOBILE

Roster Lock MPL ID S9 bermula 11 Januari ini?

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Indonesia musim kesembilan akan bermula di dalam sebulan lagi. Juara musim kelapan iaitu ONIC Esports akan mempertahankan gelaran mereka di musim kesembilan.

Sebelum ini, Clover membocorkan roster lock akan berlaku pada 11 haribulan ketika sedang podcast bersama Zeys, Donkey dan Luch. 

Meskipun tidak menyebut bulan berapa namun kita dapat menduga ianya akan berlaku pada bulan ini oleh kerana MPL Indonesia akan bermula di bulan hadapan.

https://www.instagram.com/p/CYL9NMGKtjD/

Jika benar apa yang dibocorkan oleh Clover, pasti banyak pasukan sudah bersiap sedia dengan pemain baru atau lama yang bakal bermain di musim kesembilan ini.

Namun begitu, Donkey menyatakan bahawa kemungkinan bulan Februari oleh kerana masih ada pasukan yang sedang mencari pemain-pemain baru.

Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Nyatakan di ruangan komen.

Sumber: @emak_moba

Read More

MOBILE

PABZ Esports melepaskan kesemua pemain MLBB mereka

PABZ Esports adalah satu pesaing arena kompetitif Mobile Legends di Indonesia, mereka mula melebarkan sayapnya ke Malaysia selepas membawa masuk bekas ahli pasukan Orange Esports.

Namun begitu, tidak berapa lama kemudian, LinkEzaa dilihat menyertai pasukan baru iaitu Team Caracal.

https://www.instagram.com/p/CYWWzJrJKYn/

PABZ Esports kini melepaskan kesemua ahli pasukan MLBB mereka. Mereka turut mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua ahli pasukan mereka untuk bermain di pasukan baru.

Kemanakah hala tuju bekas ahli pasukan PABZ Esports ini? Kita bakal saksikan.

Foto: PABZ Esports

Read More

eSPORTS

E3 2022 akan diadakan secara dalam talian

Setiap para gamer pasti tahu apa itu E3.

E3 antara acara permainan video terbesar terpaksa ditukarkan kepada acara digital sahaja untuk tahun ini menurut Entertainment Software Association.

Hal ini disebabkan kerisauan yang melanda disebabkan varian baru COVID-19 iaitu Omicron.

Malah, E3 tahun lepas juga seolah-olah sudah digantikan oleh Summer Game Fest 2021.

Setakat ini pengumuman untuk E3 2022 masih belum ada.

Read More

MOBILE

Todak bakal mencari bakat-bakat baru untuk permainan FPS Mobile

Organisasi Todak adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena e-sukan Malaysia mahupun dunia. 

Mereka mula bergiat aktif untuk mencari pemain-pemain yang mampu membawa nama Todak ke pentas dunia seperti kita lihat di Kejohanan Dunia M3.

Kini pasukan Todak mengumumkan bahawa akan ada sesuatu perubahan yang besar bakal berlaku.

https://www.instagram.com/p/CYY5myflQo8/

Mereka ingin mencari pemain-pemain untuk divisi PUBG Mobile, Free Fire Max, COD Mobile, PUBG New State dan juga Sausage Man.

CEO pasukan Todak iaitu Lan memohon Nazmi dan juga Ikuto untuk membuat pencarian bakat-bakat baru itu untuk mengembangkan lagi empayar pasukan Todak.

Pemain-pemain itu hendaklah bersemangat dan memahami visi dan misi Todak untuk menjadi pasukan nombor satu di dunia.

Nantikan pengumuman mereka tidak lama lagi. 

Read More

MOBILE

Moonton mendedahkan rancangan penambahbaikan Mobile Legends sepanjang 2022

Pembangun MOBA paling terkenal seluruh dunia, Moonton, mendedahkan rancangan penambahbaikan untuk permainan terulungnya, Mobile Legends: Bang Bang. Rancangan ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang sekian lama diadu oleh pemain dan meningkatkan taraf permainan ini.

Ini lah beberapa langkah yang Moonton umumkan untuk tahun ini.

Matchmaking lebih seimbang

Moonton berdedikasi untuk mencari titik pengimbangan optimum yang akan memadankan pemain dengan lawan yang paling padanan sekata dalam masa paling singkat yang boleh dilaksanakan, tanpa mengira keadaan.

Dedikasi mereka membuahkan hasil yang menjanjikan. Dengan pengenalan pilihan giliran pantas tahun lepas, masa mencari perlawanan berkurangan dengan ketara.

Memadankan dengan rakan sepasukan dan lawan dari peringkat yang hampir sama juga membantu meningkatkan jurang kedudukan. Perlawanan berat sebelah tidak akan lagi menjadi perkara biasa. Perbezaan Gold antara kedua-dua pasukan kini agak kecil selepas setiap perlawanan, menunjukkan bahawa pemain dari kedua-dua pasukan mempunyai jumlah pengalaman yang hampir sama.

Sistem Senarai Hitam

Anda juga mampu menghalang pemain yang anda tidak minat melalui sistem senarai senarai hitam. Jadi, pemain yang disenaraihitamkan tidak akan muncul lagi dalam perlawanan anda.

Ciri ‘Dodge’ Diperkenalkan

Kadangkala perlawanan tidak menyebelahi anda, dan ini sangat mengecewakan lebih-lebih lagi pada fasa pemilihan hero. Kini, anda boleh ‘dodge’ atau elakkan daripada menyertai perlawanan itu.

Penggunaan AI dalam Sistem Matchmaking

Moonton kini menggunakan sistem AI atau kecerdasan buatan untuk menjaminkan pemain dapat bertarung dengan adil di Land of Dawn. Sistem ini akan menilaikan beberapa metrik seperti kedudukan, Gold dalam perlawanan dan lain-lain. 

Pemain akan digandingkan dengan pemain lain yang mempunyai tahap kebolehan yang sama seperti mereka berkat sistem padanan baharu yang dikuasakan oleh sistem AI.

Ia akan mengenal pasti peranan pilihan yang seseorang itu mahu lakukan kebanyakan masa dalam sesuatu situasi. Akibatnya, mereka akan digandingkan dengan pemain dalam pelbagai posisi, menghasilkan barisan permulaan yang sangat berkuasa.

Pengimbangan Item dalam Permainan

Perubahan item yang berlaku pada bulan Jun adalah salah satu penambahbaikan paling ketara yang berlaku di Mobile Legends pada tahun lepas.

Item untuk hero Roamer dan Jungler yang dirombak juga menawarkan peluang baharu untuk dua peranan itu yang kini mempunyai lebih banyak pilihan berbanding sebelum ini. Dengan item baru ini, Roamer dan Jungler kini boleh memilih daripada pelbagai pasif roaming dan jungling yang disesuaikan dengan barisan lawan yang mereka hadapi.

Vexana dan Feramis

Dua hero ini adalah salah satu daripada golongan hero yang jarang dipilih kerana kebolehan mereka yang tidak menyerlah dalam meta terkini.

Moonton menjanjikan rombakan kepada dua hero ini pada masa akan datang. Selain Vexana dan Feramis, Hanabi dan Akai juga mungkin akan menerima perubahan kepada set kebolehan mereka.

Perubahan Lain

Selain yang diumumkan di atas, Moonton juga sudah merancang beberapa lagi perubahan penting dalam Mobile Legends seperti perubahan kepada hero-hero lama seperti Karina, Sun, Alpha, Balmond dan sebagainya.

Moonton juga merancang untuk mengemas kini sistem Emblem agar pemain dapat memahami sistem dengan lebih jelas. Ia juga akan menerima perubahan visual yang lebih menarik.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke YouTube rasmi Mobile Legends: Bang Bang di sini.

Sumber rujukan: YouTube

Read More

PC

ImmortalFaith kesal dengan pemain yang mengubah fail Dota 2 di EU DPC

Baru-baru ini di Twitter, Daniel “ImmortalFaith” Moza yang juga jurulatih Team Tickles menunjukkan satu video offlaner Tundra Esports Neta “33” Shapira yang menggunakan Spiderlings dari Broodmother satu persatu dengan terlalu baik.

Pergerakan satu persatu ini sepatutnya hanya mampu dibuat jika anda sudah menukarkan fail di dalam Dota 2.

ImmortalFaith menanyakan DreamHack selaku penganjur European Dota Pro Circuit 2021-22 (EU DPC) dan Valve jika perkara ini boleh dibuat atau tidak.

Sebagai peraturan, Spiderlings di Dota 2 dikira sebagai satu kumpulan dan menekan butang Tab akan memilih kesemua Spiderlings yang ada.

Untuk mengasingkan Spiderlings anda perlu menekan satu per satu dan klik ke tempat yang anda mahu tuju.

Namun dalam video itu, 33 hanya menekan minimap dengan pantas dan beberapa Spiderlings dengan mudah berpecah mengikut arahan.

ImmortalFaith menganggap perkara ini sama sahaja seperti menggunakan script bot untuk godam.

Read More

MOBILE

Pemain baru Geek Fam ‘ada pengalaman MPL’, tunggu 21 Januari ini – Amoux

Jurulatih Geek Fam, Ariff Iswandi atau Amoux memberi bayangan pemain baharu Geek Fam mempunyai pengalaman dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL).

Ketika dihubungi MyGameOn, Amoux bagaimanapun tidak ingin mendedahkan lanjut siapa pemain itu atau di musim MPL berapa dia pernah bermain.

“Memang akan ada pemain baru di MPL MY S9 tapi bukannya ‘baru’ juga.

“Apa saya boleh katakan, 21 Januari memang ada kejutan besar nanti. Nantikan semua,” katanya.

Sebelum ini, salah seorang pemain mereka, Poh Chun Wai (Panda) meninggalkan organisasi itu. Mungkin ini adalah pengganti Panda yang dicari-cari selama ini.

Terdapat juga khabar angin mengatakan Rumpel akan kembali ke Geek Fam. Sejauh mana kebenaran ini, anda perlu nantikan pada 21 Januari nanti.

Foto: Twitter / @Ariff_Iswandi

Read More

CONSOLE

Naughty Dog sedang mengusahakan beberapa lagi permainan

Presiden Bersama Naughty Dog, Neil Druckmann mengesahkan kepada peminat bahawa studio itu sedang dalam usaha menyiapkan beberapa projek baharu pada masa ini.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Naughty Dog menjalankan pelbagai projek yang kami ketahui secara terbuka.

Antara beberapa projek ini seperti pasukan pembangun The Last of Us Part II untuk membantu studio filem Uncharted yang akan datang dan siri TV The Last of Us.  Walaupun ia kelihatan seperti Naughty Dog sedang komited dengan projek-projek itu, syarikat itu memberitahu peminat bahawa ia masih mempunyai beberapa perkara baharu yang sedang disiapkan untuk PlayStation 5.

Dalam perkongsian baru-baru ini daripada Druckmann di sidang akhbar Sony CES 2022, pengarah Naughty Dog itu bercakap lebih lanjut mengenai perkara yang dilakukan oleh studio itu kebelakangan ini.

Druckmann secara khusus bercakap tentang filem Uncharted dan menerangkan bagaimana rasanya melihat Tom Holland menggambarkan watak ikonik Nathan Drake di layar pawagam. Beliau juga menyentuh siri The Last of Us HBO, tetapi tidak memberitahu terlalu banyak tentang siri itu.

Druckmann juga menyatakan bahawa Naughty Dog secara keseluruhannya masih mengusahakan permainan baharu juga.

“Kami teringin berkongsi dengan anda pelbagai projek permainan yang kami sedang usahakan di Naughty Dog,” kata Druckmann.

Walau demikian, beliau tidak mendedahkan siri permainan apa yang sedang diusahakan pasukan pembangun itu. 

Sumber: VGC

Read More

MOBILE

Bazooka Tango mengumumkan Vainglory: Legion of One, permainan MOBA yang digabungkan dengan Battle Royale

Vainglory: Legion of One, permainan spin-off dalam dunia Vainglory diumumkan oleh Bazooka Tango baru-baru ini. Pasukan pembangun itu berhasrat untuk mengembalikan permainan ini ke asalnya dengan tajuk baharu ini. Vainglory asal ialah permainan MOBA popular yang boleh dimainkan pada pelbagai platform.

Dibangunkan oleh Super Evil Megacorp, Vainglory adalah salah satu permainan yang dikenali di seluruh dunia dan berjaya memenangi beberapa anugerah.

Bazooka Tango melancarkan permainan Vainglory All-Stars tahun lepas dan ia seakan-akan Brawl Stars oleh Supercell di mana pasukan yang terdiri daripada 3 pemain akan menentang pasukan lawan menggunakan watak dari dunia Vainglory.

Menurut akaun Twitter rasmi untuk Vainglory: Legion of One, permainan ini akan menggabungkan aspek MOBA dan battle royale menjadi satu pengalaman bermain permainan yang tidak seperti yang lain.

Oleh itu, permainan MOBA baharu ini akan mengekalkan semua ciri tipikal permainan Vainglory asal sambil turut membezakan dirinya daripada puluhan permainan MOBA yang tersedia untuk peranti mudah alih di pasaran.

Sumber rujukan: GamingOnPhone

Read More

Showing 205 - 216 of 269 Results