News Categories
Zeri dari Zaun – champion ADC baru League of Legends
League of Legends kini mengumumkan champion yang ke-158 mereka. Zeri, The Spark of Zaun akan datang nanti untuk musim ke-12 League of Legends.
Riot Games mengumumkan karakter ini dengan mengeluarkan biografinya di laman League of Legends.
Zeri berasal daripada Zaun yang menjadi salah satu tempat yang menonjol dalam Arcane.
Zeri dikatakan akan menjadi AD Carry baharu.
Senjata yang akan digunakan oleh Zeri ialah senapang yang menembak peluru berdasarkan emosinya.
Pistol ini juga akan menggunakan kuasanya yang mempunyai elektrik.
Champion ini juga akan menonjolkan kehebatan bergerak dengan pantas.
Nantikan maklumat lanjut dari Riot Games untuk pengumuman Zeri seterusnya.
Need For Speed mudah alih sedang dibangunkan oleh TiMi Studios
TiMi Studios salah satu pembangun permainan mudah alih yang amat berpengaruh di industri permainan. Antara permainan yang dihasilkan mereka seperti Pokemon UNITE, Call of Duty Mobile, Honor of Kings, Arena of Valor dan lain lagi.
Kini, TiMi Studios akan menghasilkan permainan Need For Speed baru untuk peranti mudah alih.
Perkara ini dijumpai di Reddit oleh pengguna bernama u/RemKiad di mana beliau terjumpa tawaran kerja Tencent Careers yang mencari animator 3D, pakar reka bentuk, perancang permainan dan pengurus projek antara jawatan lain di dalam dan di luar Shenzhen dan Shanghai.
Peluang perkejaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
“Reka bentuk pelbagai mod permainan permainan mudah alih perlumbaan realistik dunia besar atau reka bentuk pengalaman perlumbaan 3C; penyusunan pelbagai pelan reka bentuk yang berkaitan dan senarai permintaan; membuat keputusan dan susulan pelbagai tugas dalam proses penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan komunikasi yang berkualiti dan lancar dalam kumpulan; ikut Advance dan analisis data statistik, rumuskan rancangan pengoptimuman susulan berdasarkan data dan maklum balas, dan susulan pembangunan khusus.”
Berdasarkan kenyataan di peluang perkejaan itu, kita boleh memberi inferens bahawa permainan itu akan menjadi permainan mudah alih dan juga akan mempunyai dunia terbuka yang besar yang boleh diterokai oleh pemain.
Sebuah bukti yang dijumpai oleh pengguna Reddit itu juga adalah rancangan permainan yang menunjukkan permainan yang bakal hadir.
Setakat ini, belum ada makluman rasmi tentang permainan ini, tetapi ia dijangkakan akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.
Sumber rujukan: Reddit
Gordon Ramsay tidak tau Twitch, akaun Twitch menukar bio sebagai respons
Gordon Ramsay adalah seorang chef yang dikenali ramai. Beliau amat aktif di TikTok bersama anak-anaknya. Pada episod perdana rancangan baharu Gordon Ramsay, Next Level Chef, chef British itu mendedahkan bahawa beliau langsung tidak mengetahui apa itu Twitch.
Perkara yang menarik ini didedahkan apabila Ramsay bertanya kepada peserta Tricia Wang apa yang dia lakukan untuk mencari rezeki, dan diberitahu bahawa beliau seorang penstrim profesional yang pakar dalam memasak.
Ramsay membalas dengan terkejut, bertanya “apa kejadahnya Twitch?”
Dialog ini boleh ditonton melalui sedutan video di bawah.
Gordon Ramsay with the early gaming clip of the year “What the f*ck is Twitch?” pic.twitter.com/SXrC4Nld3C
— Jake Lucky (@JakeSucky) January 3, 2022
Selepas sedutan video itu dikongsi di Twitter, Ramsay mengubah bio Twitter seperti di bawah.
Twitch pula membalas sedemikian.
Lantaran itu, pelbagai penstrim berminat untuk berkerjasama bersama chef British itu untuk bersama di Twitch. Pokimane berkata bahawa dia sebenarnya memiliki keratan kadbod Ramsay yang boleh dilihat semasa strimnya, malah secara terbuka memintanya menyertainya untuk segmen memasak.
xQc malah menawarkan untuk memberikan nombor telefonnya, supaya dia dan Ramsay boleh membincangkan sesuatu.
HasanAbi pula berkata bahawa Twitch adalah platform di mana ramai orang menonton Ramsay.
Ramsay dan Twitch juga berbalas kicauan secara gurau.
Of course, but let’s go big. We’ll teach you how to live stream if you teach us how to cook a proper wellington.
— Twitch (@Twitch) January 3, 2022
Adakah ini petanda bahawa Ramsay bakal menggunakan Twitch tidak lama lagi? Mungkin juga, kerana beliau memang aktif di pelantar media sosial seperti Twitter dan TikTok.
Sumber rujukan: Twitter
Ini azam tahun baru DrDisrespect
DrDisrespect salah seorang penstrim profesional yang dikenali dengan pakaiannya yang menarik itu. Beliau juga seorang yang bercita-cita tinggi dengan membangunkan studio permainannya tersendiri, Midnight Society.
Kini beliau berkongsi akan azam tahun ini yang melibatkan beberapa perkara di bawah pengelolaan beliau.
2022 Goals… pic.twitter.com/vgl73ejnFG
— Dr Disrespect (@DrDisrespect) January 1, 2022
Azam pertama dalam senarai beliau ialah ‘AS$100 Juta Dikumpul untuk Midnight Society.’ Beliau ingin mengumpul dana demi memperkukuhkan studionya, yang diasaskan oleh DrDisrespect dengan sekumpulan pembangun Halo dan Call of Duty.
Azam kedua beliau adalah sedikit lain daripada lain dengan beliau menyatakan ingin membuka bisnes bourbon, sejenis minuman keras. Ini mungkin bermaksud sama ada belau ingin membuka kilangnya tersendiri atau hanya melabur dalam rangkaian minuman keras.
Seterusnya, beliau juga ingin melancarkan album muziknya tersendiri.Apabila bercakap mengenai muzik, DrDisrespect pernah membuat muzik, jadi ini bermaksud beliau mungkin sudah merancang beberapa lagu untuk dilancarkan.
Beliau juga menyenaraikan ‘Doc-Con 2022’ di dalam senarai azamnya. Ini mungkin sebuah perhimpunan, tetapi apa sebenarnya yang ada pada strim itu tidak diketahui. Beliau mungkin hanya bergurau dengan Twitch. DrDisrespect digantungkan secara kekal daripada platform pada 26 Jun 2020. Twitch akan menganjurkan TwitchCon pada satu ketika pada bulan Julai.
Akhir sekali, azam beliau yang paling istimewa kerana beliau menonjolkan azam itu adalah untuk ‘tidak digantung dan dibayar besar’. Ini mungkin berkaitan dengan senarai azam sebelumnya di mana beliau sinis terhadap Twitch.
Apakah azam tahun baru anda?
Sumber rujukan: Twitter
Anime Dota 2, Dragon’s Blood mungkin ditangguhkan
Anime DOTA Dragon’s Blood yang dilancarkan pada Mac 2021 adalah salah satu anime yang menarik bagi peminat Dota 2. Ia dianggap perkembangan latar belakang penceritaan kepada dunia Dota dan pasti akan menjadi tarikan perhatian bagi yang ingin mendalami lebih lagi ke dunia Dota.
Namun, laporan menyatakan bahawa musim kedua Dragon’s Blood akan ditangguhkan.
Menurut halaman DOTA: Dragon’s Blood di Netflix, musim kedua “akan datang pada 18 Januari,” apabila sebelum ini ia menyatakan bahawa musim itu akan keluar pada 6 Januari tahun ini.
Bagi mereka yang sudah menonton musim pertama dan tidak sabar menanti musim kedua, mereka mungkin perlu menunggu pengumuman rasmi daripada Valve walaupun kemungkinan besar tarikh tayangan dipindahkan ke 18 Januari.
Musim pertama Dragon’s Blood mengandungi 8 episod jadi boleh dikatakan bahawa musim kedua mungkin mengandungi 8 episod juga.
Sumber rujukan: AFK Gaming
Melissa hero marksman baru akan datang ke MLBB nanti
Melissa adalah hero marksman terbaru yang akan datang ke Mobile Legends.
Hero Melissa ini adalah karakter yang bekerja sebagai tukang jahit dan membantu orang ramai.
Marksman ini boleh digunakan di Mobile Legends Advance server.
Sebagai marksman, Melissa boleh dikatakan unik dan lain dari marksman lain.
Boleh dikatakan dia adalah counter pick untuk beberapa hero yang mempunyai Summoned Units.
Skill
Pasif – Doll Buster (Buff)
Melissa akan membuat damage lebih banyak terhadap Summoned Units sebanyak 150%.
Skill 1 – Falling! (Blink, Buff)
Melissa akan bergerak ke hadapan dan meningkatkan Attack Speed sebanyak 50-100% dalam masa empat saat.
Skill 2 – Go! Muddles! (Debuff,AoE)
Melissa akan membaling patungnya; Muddles ke pihak musuh dan memberi damage sebanyak 250-400 (+80% Physical ATK) dalam satu kawasan.
Apabila mengena, Muddles akan membuat satu link kepada setiap musuh terdekat selama enam saat.
Musuh yang dikenakan link ini akan mengena semua basic attack Melissa.
Skill ini hanya berfungsi ke atas hero musuh sahaja.
Ultimate Skill – Cuddles, Protect Me! (Summon, buff)
Melissa akan membuat satu barrier besar yang akan menolak musuh jauh dari Melissa untuk lima saat.
Barrier ini tidak boleh dimasuki oleh pihak musuh dan akan menghilang jika Melissa keluar dari barrier tersebut.
Apa kelebihan Melissa?
Melissa mempunyai dash dimana tidak banyak Marksman ada.
Ini akan membantu Melissa untuk lari dari pihak musuh disamping menambah attack speed sendiri dan menukarkan posisi anda ke posisi lebih baik.
Skill 2 Melissa adalah skill yang penting untuk Melissa.
Muddles akan membuat link ke setiap hero musuh yang berada di dalam AoE dan semuanya akan menerima auto attack Melissa.
Skill ini pasti akan menjadi lebih hebat dengan CC dari Gatokaca, Tigreal dan hero yang mempunyai CC yang banyak.
Ultimate Melissa nyata unik dari Marksman yang lain.
Mengeluarkan barrier yang tidak boleh dimasuki musuh membuat Melissa sentiasa selamat di dalam ultimate itu.
Apabila kombo dibuat dengan Skill 2 Melissa, mudah untuk membunuh banyak hero musuh serentak.
Melissa pasti akan menjadi meta apabila keluar nanti dan berkemungkinan kuasa pasif Melissa juga baik untuk menjadi counter pick bagi sesetengah hero.
Mereka juga dijangka akan keluar selepas Yin.
Rujukan: GamingOnPhone
Permainan pencipta Bioshock seterusnya menghadapi masalah pembangunan
BioShock adalah salah satu permainan terbaik pada eranya hasil idea Ken Levine. Ia berjaya menggabungkan elemen seram bersama plot penceritaan yang amat mantap. Manakala, sambungannya, BioShock Infinite pula ditukar hala tuju dan permainan itu lebih ke arah permainan aksi. Walaupun begitu, BioShock Infinite masih mengekalkan tahap penceritaan luar biasa dan permainan itu masih hebat jika dimainkan pada waktu sekarang.
Namun demikian, laporan menyatakan permainan baru Ken Levine, ketua studio permainan itu, menghadapi masalah pembangunan.
Menurut wartawan industri permainan video Jason Schreier, bahawa Ghost Story, bahagian Take-Two Interactive yang mempunyai kakitangan bekas ahli studio lama Ken Levine, Irrational Studios, pada asalnya sepatutnya melancarkan permainan kecil pada tahun 2017. Projek itu adalah penembak sci-fi yang terletak di stesen angkasa lepas yang penuh misteri di mana tiga puak akan bertindak balas terhadap tindakan pemain tersebut.
Tetapi skop projek itu nampaknya lebih besar daripada yang boleh dikendalikan oleh pasukan 30 orang, termasuk ‘sistem dialog rumit yang akan berubah berdasarkan pilihan pemain.’ Sehingga 2022, projek itu nampaknya berulang semula beberapa kali dan masih tidak mempunyai nama atau tarikh pelancaran.
Levine juga dikatakan sebagai punca masalah ini kerana beliau inginkan kesempurnaan. Menurut beberapa staf yang pernah berkerja bersama beliau, mereka mengatakan bahawa projek akan tiba-tiba dibaik pulih atau dibatalkan selepas berbulan-bulan bekerja. Oleh itu, permainan ini dilaporkan sudah bertukar arah berkali-kali.
Sumber rujukan: GameRant
Shenhe kini tiba di Genshin Impact – Video Demo Karakter
Shenhe merupakan salah satu karakter baru lima bintang Cryo untuk Genshin Impact.
Shenhe akan datang ke Genshin Impact untuk kemas kini 2.4 bermula esok 5 Januari 2022.
Karakter baru ini akan menjadi karakter support atau sub-dps cryo yang menggunakan polearm.
Elemental Skill: Spring Spirit Summoning
Elemental Skill Shenhe digelar Spring Spirit Summoning apabila digunakan akan memberi satu buff kepada pasukan lain dengan efek Icy Quill sambil menyerang musuh.
Elemental Burst: Divine Maiden’s Deliverance
Elemental Burst pula digelar Divine Maiden’s Deliverance yang akan mengeluarkan satu Roh Cryo untuk menyerang musuh dan juga mengurangkan Cryo resistance terhadap musuh.
Sesuai untuk membuatkan karakter cryo anda mendapat lebih banyak damage.
Dalam cerita Genshin Impact Shenhe adalah seorang yang berkait rapat dengan Cloud Retainer.
Shenhe juga adalah makcik kepada Chongyun yang juga termasuk dalam clan yang sama.
Kemas kini terbaru Genshin Impact Versi 2.4 akan datang 5 Januari ini.
Team Caracal dah bersedia di MEC 2021/2022, ada gaming house sendiri di Melaka
Team Caracal adalah salah satu pasukan pilihan yang kini menuju ke peringkat akhir kategori Mobile Legends di Malaysia Esports Championship (MEC) 2021-2022 yang akan berlangsung pada 7 Januari ini.
Mereka kini berada di kedudukan lapan teratas iaitu suku akhir dan bakal berdepan skuad Cyduken. Difahamkan, skuad lawan mempunyai pemain hebat seperti Abey Gaming.
Ketika ditanya persiapan mereka menuju MEC, wakil Caracal berkata, mereka sudah berlatih sebanyak mungkin.
“Untuk gameplay dan keserasian pemain-pemain, kami sudah berlatih selama lapan hingga 12 jam sehari.
“Ini bagi memudahkan kami untuk mengadaptasi dengan patch terbaru MLBB,” katanya.
View this post on Instagram
Wakil itu juga berkata, mereka sudah ada gaming house di Melaka.
“Kesemua pemain tinggal bersama dan berlatih bersama-sama,” katanya.
Team Caracal terdiri daripada:
- Muhammad Aiman Mohamad Abas – Aim
- Ealtond Rayner – Lolealz
- Mohd Norhadim Yusup – LinkEzaa
- Izme Haqeem Hamsjid – Kaizer Kim
- Jamil Nurolla – Zaraki
- Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi – Leixia
- Muhammad Azam Ahmad – Neo
- Ajwad Mohd Yusof – Kuja (jurulatih)
Mereka adalah gabungan bekas pemain Orange Esports, Team Bosskurr dan RSG MY.
EVOS Legends bakal bawa masuk pemain hebat di MPL ID S9 – Antimage
EVOS Legends adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends di Indonesia mahupun di dunia.
Juara M1 ini berjaya mendapatkan piala MPL ID musim ketujuh namun gagal mempertahankan takhta mereka di MPL ID musim kelapan seterusnya tidak layak ke Kejohanan Dunia M3.
Menjelang musim kesembilan, Antimage berkongsi dengan peminatnya di dalam penstriman langsung tentang kejutan besar bakal dilaksanakan oleh pasukannya.
https://www.instagram.com/p/CYRUlhJq8RM/
“Kejutan besar untuk EVOS di musim kesembilan. Saya tidak mahu bercakap lebih, akan tetapi musim kesembilan akan terjadi sesuatu yang dasyat,” katanya kepada Revival TV.
“Saya sudah tahu siapa barisan pemainnya, cuma tidak boleh diberitahu. Bakal ada pemain-pemain yang hebat,” tambah beliau.
Adakah kita akan menyaksikan nama-nama seperti Branz akan masuk ke dalam barisan pemain EVOS untuk musim kesembilan?
Sumber: @emak_moba
Saya tidak keberatan jika direkrut oleh RRQ – MobaZane
BTK adalah salah satu pasukan dan pencabar baru yang berjaya menggegarkan arena Kejohanan Dunia M3 sebelum ini.
Mereka berjaya menewaskan pasukan Blacklist International yang dianggap sebagai paling kuat di dalam Kejohanan itu.
Meskipun mendapat tempat ketiga, pasukan ini menjadi salah satu saingan yang kuat dan mereka mampu untuk melangkah jauh tanpa penganalisis mahupun jurulatih.
https://www.instagram.com/p/CYLaVREr8TE/
Di dalam satu kenyataan beliau di dalam penstriman langsung. “Jika RRQ ingin merekrut kami, tentu mereka akan melakukannya. Saya pun tidak keberatan direkrut oleh mereka tapi keputusan itu tergantung kepada RRQ,” ujarnya.
Ternyata MobaZane juga berminat bersama dengan organisasi dari Asia Tenggara dan beliau tidak sesekali keberatan untuk bersama organisasi itu jika diberikan peluang.
Terdahulu, MobaZane bertukar jersi dengan RRQ Xinnn di Kejohanan Dunia M3 dan kita dapat lihat beliau mengenakan jersi itu ketika melakukan penstriman langsung di platform Youtube beliau.
Sumber: ONE Esports
Zeys dan Rekt ungkap alasan EVOS Legends gagal lolos ke M3
Kejohanan Dunia Edisi M Mobile Legends menjadi satu benchmark oleh semua pasukan profesional permainan peranti mudah alih itu di serata dunia.
Malang sekali buat EVOS Legends, mereka gagal melayakkan diri selepas prestasi yang tidak begitu baik ditonjolkan di MPL ID musim kelapan.
Mereka tewas di lower bracket final oleh ONIC Esports. Zeys selaku jurulatih mengungkapkan mengapa pasukan mereka gagal layak ke Kejohanan Dunia M3.
“Saya fikir di musim ini (MPL ID Season 8), kami tidak benar-benar bermain sebagai sebuah pasukan. Semuanya bermain secara individu, melakukan segalanya secara tidak bersama dengan pasukan, lalu masuk ke sebuah pertandingan,” ucap Zeys.
“Jujur, saya berfikir kami memang sangat layak untuk kalah dan kami tidak berjaya untuk lolos ke M3 atau menjuarai sebarang pertandingan,” tambah beliau.
Rekt sebagai kapten mengaku impian pasukan untuk layak ke Kejohanan Dunia M3 menjadi satu beban yang amat berat buat pasukan.
“Mungkin saya terlalu bercita-cita untuk berjaya lolos ke M3. Mohon maaf juga tidak dapat membawa EVOS ke M3 karena terlalu bercita-cita tinggi,” ujar REKT.
Adakah kita akan melihat pasukan EVOS Legends mengubah nasib mereka di MPL ID musim kesembilan? Kita bakal saksikan.