News Categories

MOBILE

4 aplikasi terbaik untuk anda mencari rakan ‘gaming’ selain Discord

Bosan bermain ‘game’ seorang diri? Nak cari rakan-rakan ‘online’ untuk bermain permainan video dalam talian seperti Call Of Duty?

Ini senarai empat aplikasi untuk mencari rakan ‘gaming’ selain Discord.

1. Gamerlink

Gamerlink adalah aplikasi rangkaian sosial permainan yang membantu pemain berhubung, mencari dan berinteraksi dengan pemain yang lain.

Tujuan aplikasi ini untuk menghubungkan pemain dengan kemahiran yang sama dan gaya permainan yang sama.

Ini termasuklah di platform Xbox, PlayStation, PC dan mudah alih.

Ia menyokong lebih 280 permainan di platform-platform utama.

Jika anda ingin mencari rakan sepasukan yang ‘sekepala’, anda boleh memuat turun di aplikasi App Store dan Playstore.

2. Gametree

GameTree ialah aplikasi baru untuk pemain yang membantu mencari rakan dan permainan yang ingin anda mainkan.

Keunikan aplikasi ini ialah kebolehan anda untuk mencari rakan berdasarkan personaliti mereka.

Kuiz personaliti boleh membantu anda mengetahui sejauh mana anda dan rakan anda akan bersosial.

Aplikasi ini akan meminta anda menyertai kuiz agar dapat menemukan orang yang berfikiran sama seperti anda.

Ini membolehkan anda menyediakan sesi di mana anda boleh memberitahu pemain lain permainan yang anda sedang mainkan, berapa lama anda akan bermain dan bilangan pemain yang masih anda perlukan untuk bermain di pasukan anda.

Anda boleh mendapatkannya di aplikasi PlayStore dan AppStore secara percuma.

3. PLINK

PLINK adalah impian para ‘gamers’ menjadi kenyataan.

Anda tidak perlu risau tentang bermain bersendirian kerana algoritma carian mereka akan menganalisis kebolehan permainan dan memadankan anda dengan rakan sepasukan yang terbaik.

Melaluinya, anda boleh membentuk pasukan sendiri dengan ramai pemain di sini.

PLINK juga mempunyai perbualan suara (voice chat) berkualiti tinggi, sembang berkumpulan dan mesej peribadi.

Aplikasi ini tersedia di Play Store dan App Store.

4. WeGamers

WeGamers adalah aplikasi komuniti sosial untuk ramai orang selain ‘gamers’.

Anda boleh mempelajari taktik daripada penstrim dan pemain lain dalam komuniti ini.

Ia menawarkan tips untuk membantu pemain di seluruh dunia dengan meningkatkan pengalaman permainan mereka.

WeGamers juga menyediakan artikel seperti tips untuk anda menambah ilmu pengetahuan dari pemain lain.

Ia boleh didapati di aplikasi Playstore dan Appstore.

 

Foto: Shoor.com

Sumber Rujukan: unblnd.com 

Read More

MOBILE

Isu provokasi: Team OP mohon maaf, tiga pemain ditamatkan kontrak serta merta

Susulan isu provokasi antara pemain dari pasukan MPL Singapura, Team OP dengan pemain Geek Fam, Nik Aqieff (Dominus), akhirnya organisasi itu memuat naik permohonan maaf di laman sosial mereka.

Selain itu, tiga pemain, Ryeb, PA dan DarA dikenakan hukuman tamat kontrak serta merta. Pemain lain iaitu Bush akan dikenakan denda berjumlah besar yang akan didermakan kepada badan kebajikan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by OP (@teamop.xyz)

Selain itu, tiga pemain mereka yang terbabit juga sudah memuat naik permohonan maaf secara terbuka di satu posting berlainan, mengatakan mereka tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi.

Team OP juga meminta maaf kepada organisasi Geek Fam dan komuniti MLBB keseluruhannya di atas insiden ini.

Terdahulu, pemain Team OP dilaporkan mengeluarkan komen berbaur perkauman dan agama terhadap pemain Geek Fam, Dominus dalam satu perlawanan Ranked.

Tindakan itu seterusnya dirakamkan dan rata-rata netizen Malaysia mendesak organisasi itu membuang pemain yang terbabit dan mengenakan denda kerana menghina agama Islam.

Streamer mereka, NashGaming turut terpalit dan diserang netizen. Bagaimanapun, dia mengatakan dirinya tidak terbabit dalam insiden itu dan mengharapkan komuniti tidak menjadi toksik.

Read More

MOBILE

Diablo Immortal – pra-pendaftaran kini dibuka, banyak perubahan baru

Blizzard Entertainment baru-baru ini mengumumkan kemaskini terbaru mengenai Diablo Immortal yang akan datang melalui dua catatan blog.

Melalui blog pertama, mereka menyatakan beberapa kosmetik menarik yang Immortal akan sediakan kepada pemain untuk menyesuaikan dan mencantikkan watak.

Mereka juga berkongsi butiran tentang ciri baharu yang akan ditambah pada permainan selepas pelancaran yang membenarkan pemain menukar kelas tanpa perlu mencipta semula watak baharu.

Anda boleh membaca blog di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Melalui blog kedua pula, mereka menyatakan pra-pendaftaran bagi Android, iOS dan iPadOS sudah pun dibuka hari ini di DiabloImmortal.com.

Tahun ini, mereka mahu mencapai 30 juta pra-pendaftaran di iOS, iPadOS dan Android sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada akhir tahun.

Berita kurang baik buat peminat, tarikh pelancaran Diablo Immortal pada 30 Jun bukanlah tarikh pelancaran rasmi,  ia hanyalah tarikh sasaran mereka semasa membangunkan permainan mudah alih itu. 

Anda juga boleh melayari gamespress untuk semua info berkaitan Immortal.

Foto: Dexerto

Read More

CONSOLE

Sambutan ulang tahun ke-20 Kingdom Hearts tamagotchi diumumkan

Lebih daripada dua puluh tahun yang lalu, Tamagotchi adalah sebuah permainan yang popular di seluruh dunia.

Permainan ini mendapat sambutan hebat kerana ia sangat mudah digunakan.

Tampaknya, Tamagotchi tidak pernah hilang.

Sudah 20 tahun Kingdom Hearts dikeluarkan di Jepun, jadi mungkin sudah tiba masanya untuk anda semua kembali menjaga haiwan peliharaan maya dengan Kingdom Hearts Tamagotchi edisi khas ini.

“Egg Watches” (terjemahan untuk Tamagotchi) pertama kali dihasilkan pada November 1996 di Jepun oleh Bandai.

Sejak permainan ini dilancarkan, mereka sudah menjadi kegilaan mainan di seluruh dunia dengan berpuluh-puluh juta salinan di seluruh dunia.

Terdapat ratusan atau bahkan ribuan versi yang berbeza.

Kingdom Hearts Tamagotchi

Bagi memperingati ulang tahun dua dekad permainan itu, Kingdom Hearts menempatkan sentuhan sendiri padanya.

Bagi Kingdom Hearts Tamagotchi, terdapat versi mod terang dan mod gelap.

Pemilik Tamagotchi edisi khas ini boleh memainkan watak Kingdom Hearts mereka sendiri seperti Sora, Riku, Kairi, Donald dan Goofy.

Secara keseluruhan, 20 watak sudah didedahkan setakat ini dan syarikat itu masih memutuskan watak mana yang akan berada dalam permainan.

Dua lagi watak sedang diundi oleh peminat.

Kingdom Hearts Tamagotchi akan dijual sekitar Rm84 (2,530 Yen) untuk setiap satu permainan manakala versi Premium pula Bandai akan membuka pra-pesanan sehingga 5 Mei ini.

Pesanan akan mula dihantar pada bulan Oktober tahun ini.

Walaubagaimanapun, nampaknya tidak akan ada versi bahasa Inggeris bagi permainan itu.

Tamagotchi edisi terhad agak sukar untuk anda dapatkan, jadi kepada yang ingin mendapatkannya perlu mengimport dari Jepun atau membeli daripada penjual dalam talian.

Read More

GAME

5 permainan video yang ramai orang tak pernah habiskan

Permainan video selalunya direka untuk anda mainkan sehingga tamat.

Namun, terdapat juga permainan yang membuat orang tidak mampu habiskan sehingga ke penghujung.

Jom tengok 5 Permainan Video yang ramai orang tak pernah habiskan.

1. Cuphead

Cuphead mempunyai grafik seakan-akan animasi tahun 50-60an.

Permainan video ala retro ini tersangat susah sehingga tidak semua orang mampu untuk menghabiskan Cuphead.

Permainan sentiasa memaksa anda untuk menggunakan semula kebolehan bermain dengan lebih baik.

2. Battletoads 1991

Permainan video tahun 1991 ini antara punca ramai orang merosakkan alat kawalan mereka.

Malah Battletoads sangat terkenal sebagai permainan video yang sangat susah.

Diwujudkan untuk berlawan dengan Teenage Mutant Ninja Turtles, katak-katak ini sentiasa akan membuat anda berasa dalam kesusahan.

3. Siri Dark Souls

Sudah pasti Dark Souls akan ada dalam senarai. Ia permainan video yang sentiasa terkenal dengan tiada belas kasihan.

Permainan video ini mengajar anda untuk sentiasa berusaha menjadi lebih baik.

Jika anda mati anda perlu ulang dan ulang sehingga anda tahu bagaimana untuk menang.

4. Super Meatboy

Permainan video pelantar ini sangat susah disebabkan memerlukan pergerakan yang sangat tepat dan jitu untuk tidak mati.

Malah, Meatboy adalah permainan video yang sangat susah dan satu kesilapan sedikit boleh menghukum anda.

Setiap Level di dalam Meatboy pasti akan membuat anda mati dengan perangkap yang sangat berbahaya.

5. Jump King

Permainan video ini tampak sangat mudah.

Apa yang perlu anda buat hanya lompat ke atas tanpa jatuh tetapi memerlukan ingatan otot yang sangat tepat.

Anda perlu menekan butang space untuk melompat ke kiri dan ke kanan.

Tetapi setiap lompatan memerlukan masa yang berbeza untuk lompat lebih tinggi atau lebih jauh.

Apa lagi permainan video yang anda rasa tidak mampu habiskan?

Read More

MOBILE

“Jangan pernah bawa isu agama dalam ‘game’,”- Kelvin Pang

Berikutan isu provokasi yang sedang hangat dibicarakan ini, seorang pengguna Facebook iaitu Kelvin Pang, meluahkan rasa kecewa terhadap isu ini.

Katanya, sebagai seorang individu yang mempunyai ramai kawan beragama Islam, dia menekankan hal berkaitan agama tidak sepatutnya dibawa ke dalam industri e-sukan.

“Saya tak kisah awak datang dari mana. Jangan gelar diri anda seorang profesional jika anda tidak mempunyai kesopanan dan tidak mempunyai sedikit pun toleransi berkaitan agama.

“Walaupun anda mahir dalam permainan, tetapi jika anda tidak boleh berusaha menjadi manusia yang baik di luar, tiada gunanya,” katanya.

Dia juga menyatakan, setiap tindakan yang dilakukan pasti mempunyai kesan.

“Seseorang pemain professional seharusnya menjadi contoh yang baik kerana apa yang dia cakap dan apa yang dia buat akan diperlihatkan kepada orang ramai.

“Kini tiba masa untuk membayarnya,” tulisnya.

Sama-sama kita jadikan perkara ini sebagai pengajaran agar tidak akan berlakunya isu provokasi ini.

Terdahulu, pemain Team OP dilaporkan menulis komen yang dianggap provokasi kerana membabitkan agama kepada pemain Geek Fam, Dominus.

MPL MY juga sedang menyiasat isu ini.

Foto: Facebook Kelvin Pang

Read More

MOBILE

Isu provokasi: MPL MY sedang siasat

Berikutan isu provokasi yang dilakukan oleh pemain dari Team OP, pihak MPL MY pantas membuat keputusan. Katanya, isu itu sedang dalam siasatan.

Ia berkaitan insiden membabitkan pemain Geek Fam dan Team OP yang berlaku pada pagi hari ini. 

https://www.instagram.com/p/CbriXiatJ3Y/

Mereka juga berkata maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat kerana siasatan sedang dijalankan.

Marilah kita sama-sama menantikan hasil siasatan mereka yang akan diumumkan nanti.

Terdahulu, Team OP dipercayai melakukan provokasi dengan menulis komen berbaur agama dan rasisme.

Sumber: MPL MY

Read More

CONSOLE

Xbox PC Game Pass akan datang ke Malaysia: RM15 sahaja setiap bulan!

Sebagai sebahagian daripada pengembangan Xbox PC Game Pass di Asia Tenggara, Microsoft telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi negara seterusnya untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Filipina, juga bakal mendapat perkhidmatan itu.

Orang di Malaysia boleh mencuba perkhidmatan itu dengan mendaftar di aplikasi Xbox Insider.

Bayaran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM15 sebulan untuk perkhidmatan tersebut.

Untuk melakukan ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan Xbox Insider, yang boleh didapati di Microsoft Store pada Windows 10 atau Windows 11.

PC Game Pass menawarkan permainan video seperti Minecraft, Forza Horizon 5, Age of Empires IV, Sea of ​​Thieves dan Microsoft Flight Simulator.

Permainan video Xbox Game Studios yang baharu seperti Halo Infinite juga akan tersedia pada hari pertama dilancarkan, bersama-sama dengan permainan terkenal seperti Fallout dan The Elder Scrolls daripada Bethesda Softworks.

EA Play juga turut disertakan di dalam perkhidmatan itu, dengan menampilkan beberapa francais terbesar dunia termasuk FIFA, Battlefield, The Sims dan Mass Effect.

Sebaik sahaja tahun ini berakhir, Microsoft akan mengumumkan dengan lebih lanjut mengenai PC Game Pass untuk Malaysia.

Walau bagaimanapun, tarikh yang tepat masih belum lagi diketahui.

Rujukan: Lowyat

 

Read More

MOBILE

Isu Rekt: Nocturn akan bersikap tegas terhadap netizen

Berikutan isu kapten EVOS Legends iaitu Rekt “dihujat” pada 25 mac, kini maldiansyahj atau lebih dikenali sebagai Nocturn mengeluarkan kenyataan.

Dia menyatakan bahawa mereka sudah menyelesaikan masalah dengan pihak yang terlibat dan dia secara peribadi sudah bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan.

Namun begitu, para netizen dan EVOS Fam tidak berpuas hati sehingga kini dan melakukan doxing ke atas dirinya serta mempersendakan pasangannya di dalam media sosial.

https://www.instagram.com/p/CbpR61vLk6u/

Oleh kerana itu, dia akan bersikap tegas dengan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab tentang isu ini kerana ianya sudah berada di luar kawalan.

Menurutnya juga, nombor peribadinya sudah disebarkan oleh netizen ketika ini. Diharap isu ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Sumber: @emak_moba

Foto: GGWP.ID

Read More

CONSOLE

Dua karakter baru Genshin Impact diumumkan untuk versi 2.7

Hoyoverse tanpa terlepas akan mengumumkan karakter baru bagi versi seterusnya. Versi 2.6 akan dilancarkan minggu ini dan Kamisato Ayato bakal membuat kemunculan pertamanya di Genshin Impact. Semalam, dua karakter baharu bagi versi 2.7 sudah pun diumumkan oleh Hoyoverse.

Kuki Shinobu – Inazuma

Image Kuki Shinobu adalah karakter empat bintang baharu dengan elemen electro. Setakat ini senjata apa yang digunakan Kuki masih belum diketahui dan berkemungkinan senjata yang digunakan adalah Sword. Kuki Shinobu adalah naib ketua untuk Arataki Gang dan bekerja di bawah Arataki Itto. Konstelasi yang digunakan oleh Kuki Shinobu adalah Tribulatio Demptio.

Yelan – Liyue

Image Yelan merupakan karakter lima bintang baharu yang diperkenalkan Hoyoverse dengan elemen Hydro dan senjata Bow. Yelan adalah karakter yang penuh misteri namun dikatakan bekerja di Kementerian Hal Ehwal Sivil Liyue. Karakter ini dikatakan akan muncul secara misteri ke salah satu acara dan selalu menyamar sebagai orang biasa dan hilang tanpa disedari. Malah karakter Yanfei yang menjadi peguam juga sangat berhati-hati dengan Yelan. Konstelasi karakter ini digelar Umbrabilis Orchis. Jangan lupa cuba Genshin Impact Versi 2.6 yang akan dilancarkan pada 30 Mac ini. Saksikan video demo karakter Kamisato Ayato.

Read More

MOBILE

Team Lemah sertai RED Esports?

Pasukan RED Esports baru sahaja mengumumkan mereka akan bermain di MPL MY musim ke-9 selepas mereka mendapat slot dari Team Bosskurr. Kini RED Esports sekali lagi mengacah barisan pemain baru mereka yang terdiri dari pasukan Impact. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi mereka. https://www.instagram.com/p/CZYbuTfrJSw/ Menurut RED, pasukan Impact adalah pasukan MLBB yang berstatus underdog. Mereka juga menggunakan hashtag Team Lemah di dalam hantaran itu. Adakah Team Lemah akan menjadi pelapis untuk pasukan RED Esports? Setakat ini kita masih belum mengetahui barisan pemain MPL MY musim ke-9 untuk pasukan RED Esports. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi mereka tidak lama lagi.  

Read More

PC

VALORANT tidak akan menerima watak baru di Episode 4 Act 2, Riot fokus memperbaiki permainan

Watak terkini VALORANT, Neon, ditambah ke permainan beberapa minggu lalu. Namun, pemain sudah mempersoalkan beberapa perkara seperti penambahbaikan Yoru serta watak seterusnya. Riot Games kini menjawab persoalan-persoalan pemain. Anna Donlan, ketua pasukan pembangun untuk VALORANT, menjelaskan rancangan Riot Games untuk Episode 4 Act 2 dalam segmen Dev Diaries baharu. Donlan bermula dengan imbasan ringkas 2021 sebelum beralih kepada perkara yang boleh diharapkan oleh peminat dalam Act seterusnya. Peminat biasanya boleh menjangkakan Agent atau peta baharu dalam setiap Act, tetapi ini tidak akan berlaku untuk Act 2. Sebaliknya, Riot Games menumpukan pada meningkatkan kualiti permainan VALORANT. Kemas kini baharu akan menumpukan pada ‘keseimbangan ejen, peta sedia ada, mempromosikan tingkah laku pemain yang baik’ dan pengalaman yang lebih baik. Donlon juga memberi jaminan kepada pemain bahawa mereka akan terus mendengar daripada mereka tentang kemas kini yang akan datang kepada permainan. Peminat masih boleh mengharapkan kandungan yang menarik dalam Act 2, seperti Battle Pass komuniti pertama dan kostum baharu. Agent baharu akan datang dalam Act 3, jadi pemain tidak perlu menunggu terlalu lama untuk watak lain menyertai barisan. Sumber rujukan: Dotesports

Read More

Showing 13 - 24 of 269 Results