News Categories

MOBILE

Bigetron Era muncul juara MWI 2022

Kejohanan Jemputan Wanita MLBB (MWI) kini sudah tamat, pemenang yang berjaya membawa piala ini tidak lain tidak bukan adalah Bigetron Era.

Bigetron Era sememangnya terkenal dengan kekuatan mereka di dalam liga wanita MLBB di Indonesia. Mereka kerap menjadi juara dan digelar queen of sea oleh para peminat.

https://www.instagram.com/p/CZWuUBiPe7F/?utm_medium=copy_link

Selepas menewaskan pasukan tanah air iaitu Karra, mereka mara ke peringkat akhir. Mereka menang mudah ke atas pasukan GPX Basreng dengan skor 3-1.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bigetron Era dan syabas diucapkan kepada Karra dan OnAir kerana sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama Malaysia.

Foto: Bigetron Esports

Read More

MOBILE

Ryzen masih bersama Red Aliens

Pemain Profesional e-sukan PUBG Mobile dari Indonesia iaitu Ryzen kini masih bersama pasukannya Bigetron Esports.

Pengumuman ini dibuat oleh organisasi itu di dalam Instagram rasmi mereka.

https://www.instagram.com/p/CZT904SqFt8/

Terdahulu, ada ura-ura mengatakan bahawa beliau tidak mahu untuk memperbaharui kontraknya bersama BTR.

Adakah Ryzen mampu meningkatkan mutu permainan beliau di dalam tahun 2021 untuk mengembalikan zaman kegemilangan BTR? Kita bakal saksikan.

Sumber: Bigetron Esports

Read More

MOBILE

Moon kini sudah bertunang

Raja Mage Malaysia iaitu Todak Moon atau nama sebenarnya Zikry Shamsuddin kini sah bergelar tunang orang.

Moon memuat naik ucapan tahniah dari rakan-rakan serta peminat di Instagram Story beliau.

Tahniah diucapkan kepada Moon di atas ikatan pertunangan ini. Semoga beliau beroleh rezeki untuk meneruskan hasrat untuk mendirikan masjid tidak lama lagi.

Read More

MOBILE

PUBG Mobile menerima peta baru, Aftermath, di kemaskini seterusnya

Krafton mengumumkan peta baharu bernama Aftermath beberapa minggu lalu. Seperti biasa, terdapat unsur unik pada peta yang menjadikannya lebih menarik. Lebih-lebih lagi, ia adalah Livik yang dibayangkan semula. Ia adalah peta mod klasik.

Sementara itu, terdapat perubahan bentuk muka bumi dalam 2×2 km kecil. Krafton juga mengubahnya disebabkan oleh bom dan letusan gunung berapi. Sebab itu kita boleh lihat kawasan zon permainan sedikit kecil.

Ditetapkan pada masa hadapan, semua senjata dipasang dengan teknologi baharu yang dipanggil  AC Core Module. Ini menjadikan senjata itu lebih stabil dan lebih mudah untuk disasarkan. Selain itu, semua watak diberikan Tactical Glasses, yang menunjukkan jumlah damage yang diberikan kepada musuh.

Pemain juga akan dapat menghidupkan semula rakan sepasukan dalam mod ini seperti di Apex Legends. Ini boleh dilakukan dengan mencari Recall Tower untuk menghidupkan semula rakan sepasukan.

Perubahan lain pada peta ini termasuk zipline baharu yang memudahkan pergerakan. Saiz kawasan bandar dan kepadatan zon permainan dikurangkan juga untuk memudahkan pengesanan musuh.

Sumber rujukan: Twitter

Read More

CONSOLE

5 bos permainan video yang layak digelar bos testz

Banyak bos di dalam permainan video pasti akan membuat anda geram, terpegun dan berasa sangat berpuas hati untuk berlawan. Namun tidak semua bos yang layak menjadi bos. Ada beberapa bos di dalam permainan video yang tidak layak untuk menjadi bos. Tidak bermakna semua bos yang dilawan ini adalah susah. Ini adalah 5 Bos Permainan Video yang layak menjadi Bos:

1. xxFatalis (Monster Hunter World : Iceborne)

Fatalis adalah Black Dragon yang dikatakan Elder Dragon yang lebih kuat dari biasa. Bos ini sudah menjadi mimpi ngeri untuk ramai pemain Monster Hunter. Fatallis yang menjadi bos terakhir dari Iceborne ini membuat semua bos-bos yang sebelum ini tampak mudah. Dia juga sangat hebat dan sangat susah untuk dilawan. Anda perlu mematahkan tanduk Fatalis kerana jika anda membiarkan tanduk tersebut Fatalis akan membuat dunia anda bagaikan lautan api yang boleh membunuh serta-merta. Jika anda tidak mempunyai Armor endgame anda tidak ada peluang langsung untuk berlawan dengan Fatalis. Apa yang diperlukan untuk mengalahkan Fatalis adalah kordinasi yang sangat baik di dalam pasukan anda.

2. Myra (Evil Within 2)

Myra adalah bos dari permainan Evil Within 2 dan Myra sangat seronok untuk dilawan dan layak menjadi bos. Dia akan mempunyai beberapa tempat kelemahan yang anda perlu tembak untuk berlawan. Apabila menukar bentuk, Myra akan meletup dan mengeluarkan begitu banyak labah-labah yang sebenarnya membantu anda untuk bentuk seterunya dengan memberi peluru dan pelbagai barang lain. Bos ini juga tidak semudah yang disangka.

3. Lady Maria (Bloodborne)

Walaupun Lady Maria tidak sesukar bos-bos lain di dalam Bloodborne tetapi mechanic yang Lady Maria ada membuatkan perlawanan sangat menyeronokkan. Fasa kedua dan ketiga yang menjadikan Lady Maria unik. Lady Maria akan menusuk diri dengan pedangnya dan mengeluarkan kuasa baru yang membuatkan serangan Lady Maria menjadi sangat jauh dan beberapa pergerakan lain yang menggunakan kuasa darah dengan api. Satu kesilapan boleh terus membuatkan anda mati.

4. Lernie, The Bone Hydra (Hades)

Lernie adalah bos yang sangat unik dan sukar. Setiap kepala juga akan bertukar setiap kali anda berlawan Lernie. Dari tembakan laser, serangan api dan banyak kepala lain yang hanya ada untuk menyusahkan anda. Lernie pada awal adalah antara bos yang sangat sukar tetapi lama kelamaan dia akan menjadi mudah untuk anda. Tetapi Lernie masih menjadi bos yang sangat seronok untuk dilawan.

5. Sigrun (God of War)

Sigrun adalah Permaisuri Valkyrie. Walaupun hanya bos rahsia dalam God of War, Sigrun menaikkan tahap kesusahan permainan ini ke tahap yang anda tidak sangka. Apa yang membuatkan Sigrun susah ialah terlalu banyak jenis serangan yang anda perlu ambil tahu. Dia boleh bergerak sepantas kilat di dalam arena, menyerang dari udara yang sudah pasti akan membunuh anda dalam satu serangan. Sigrun adalah bos yang menghukum pemain-pemain yan tamak dan tidak sabar. Sedikit kesilapan bakal menjadi kejatuhan anda. Siapa lagi bos yang anda rasa layak untuk menjadi bos?

Read More

CONSOLE

Battle royale keluaran Ubisoft, Hyper Scape, akan ditutup

Ubisoft mengumumkan bahawa ia akan menutup permainan battle royale Hyper Scape, kurang daripada dua tahun selepas ia dilancarkan. Dibangunkan oleh Ubisoft Montréal, Hyper Scape ialah FPS battle royale 100 pemain percuma untuk dimainkan dalam persekitaran bandar futuristik yang dipanggil Neo-Arcadia. Permainan ini dilancarkan dalam bentuk beta terbuka pada Julai 2020. Walau bagaimanapun, hanya setahun selepas dikeluarkan Ubisoft telah berhenti mengeluarkan kemas kini utama untuk permainan itu. Musim terakhirnya dilancarkan pada Mac 2021. Dengan strim langsung E3 Ubisoft pada bulan Jun, Hyper Scape tidak disebut sama sekali. Hyper Scape juga salah satu permainan yang mempunyai watkak dari Malaysia iaitu Noor Casulin. Nama sebenar watak itu adalah Noor Azimah Binti Yusof, dan watak itu terkenal di majalah VR Remaja 2054 dalam permainan itu.
Noor Azimah
“Kami membuat keputusan yang sukar untuk menamatkan pembangunan Hyper Scape dan menutup permainan pada 28 April,” kata Ubisoft. “Kami berhasrat untuk mencipta pengalaman penembak yang unik, jarak dekat dan pantas dan kami amat berterima kasih kepada komuniti kami kerana menyertai kami dalam perjalanan kami. “Kami akan mengambil pembelajaran penting daripada permainan ini ke dalam produk masa hadapan,” katanya. Sumber rujukan: Polygon

Read More

PC

Cyber Space, permainan battle royale mirip Apex Legends, dilancarkan

Cyber Space, sebuah permainan mirip Apex Legends yang disulam bersama tema Cyberpunk, dilancarkan dalam akses awal. 

Permainan ini dibangunkan menggunakan enjin yang sama seperti di Final Fantasy 7 Remake dan Fornite, iaitu Unreal Engine 4. Ini menunjukkan bahawa permainan itu semestinya akan kelihatan mantap.

Seperti battle royale yang lain, pemain akan memasuki peta dan melengkapkan senjata, perisai dan bahan lain untuk membantu mereka bertahan.

Pemain akan melarikan diri daripada zon yang dinamakan Ring. Selain bertarung dengan pemain lain, pemain juga boleh bertembung dengan raksasa dan musuh yang berkeliaran di peta. Seperti Apex Legends, permainan ini sungguh pantas dan lancar.

Secara visual, permainan ini kelihatan sungguh menarik, cuma ia terdapat beberapa masalah visual yang akan diperbaiki.

Video treler Cyber Space ini pasti akan menarik minat anda.

Setakat ini, Cyber Space hanya dilancarkan di Android dan hanya terdapat di Amerika Syarikat. Tetapi anda masih boleh memuat turun permainan ini menggunakan VPN dan mencipta akaun baru.

Sumber rujukan: Gaming on Phone

Read More

PC

Permainan anime Seven Deadly Sins baru diumumkan

Permainan baharu berdasarkan The Seven Deadly Sins didedahkan oleh pembangun Netmarble. The Seven Deadly Sins: Origin kini sedang dibangunkan untuk PC, konsol dan peranti mudah alih.

Ia akan menampilkan konsep dunia terbuka untuk diterokai pemain dan akan menampilkan protagonis baharu.

Walaubagaimanapun, permainan ini juga akan menampilkan beberapa watak yang boleh dimainkan daripada manga dan anime yang mengilhamkannya, termasuk Meliodas, Merlin dan banyak lagi. 

Lihatlah video treler untuk The Seven Deadly Sins: Origin di bawah.

Permainan ini  kelihatan seperti ia akan menawarkan beberapa persekitaran yang cantik untuk diterokai oleh pemain, pada waktu siang dan malam. Dunia itu sendiri kelihatan luas, dan akan ada kawasan bawah air untuk diterokai juga.

Setakat ini, belum ada tarikh pelancaran bagi permainan ini, namun ia dijangkakan untuk tiba di pasaran global beberapa bulan selepas pelancaran Jepun.

Sumber rujukan: Gematsu

Read More

MOBILE

Orange Esports kolaborasi bersama MAB?

Orange Esports nampaknya mengacah kolaborasi baru bersama pasukan MAB Esports.

Dalam satu hantaran di Instagram story @mplmy.offical sempena Media Day MPL MY S9 hari ini, Ciwing (Rush) menyebut tentang #BringItOn

Seperti yang kita tahu, tanda pagar itu banyak kali digunakan baru-baru ini merujuk kepada Abang Lord yang juga pemilik pasukan MAB Esports berkenaan isu joki yang mendapat perhatian warganet sejak beberapa minggu lepas.

Kelihatan kesemua pemain Orange Esports yang hadir juga seperti dari lineup MAB Esports.

Difahamkan, Orange Esports melepaskan kesemua pemain mereka pada musim lepas dan pemain-pemain itu ada yang menyertai pasukan seperti Caracal dan Axis Esports.

Namun, kita juga boleh melihat kelibat pengurus pada musim lalu, Alice yang kembali bersama pasukan.

Read More

MOBILE

[RASMI] Le Josette menjadi duta Todak Gaming

Selepas berteka-teki selama 2 minggu. Kini pasukan Todak mengumumkan Le Josette menjadi duta buat Todak Gaming.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi Todak sebentar sahaja tadi.

https://www.instagram.com/p/CZOsl1qh49o/

Beliau adalah seorang cosplayer dan juga streamer, sangat digemari oleh peminat tempatan dan memainkan peranan penting di dalam komuniti permainan video di Malaysia.

Ramai di antara peminat yang sudah dapat menduga tentang Le Josette ini dari saat Todak mula membuat pengumuman akan ada satu kolaberasi baru 2 minggu lepas.

Tahniah diucapkan dan selamat datang kepada Le Josette ke dalam keluarga Todak.

Foto: Le Josette

Read More

eSPORTS

[RASMI] Xorn pilih untuk rehat

Selepas pendedahan barisan pemain baru pasukan Geek Fam MY untuk MPL MY musim ke-9. Xorn tidak berada di dalam barisan pemain baru itu dan ada ura-ura mengatakan beliau akan rehat dari arena kompetitif buat sementara waktu.

https://www.instagram.com/p/CZOP7UXllMs/?utm_source=ig_embed&ig_rid=eb6ac424-b8ba-4454-abb0-c7e4c985885a

Geek Fam menyatakan mereka akan membuat satu pengumuman khas untuk menjelaskan hala tuju Xorn pada jam 8 malam.

Di dalam penstriman langsung di Youtube, Xorn menjelaskan bahawa beliau tidak akan bermain untuk MPL MY musim ke-9.

“Saya mengambil keputusan untuk berehat kerana sudah terlalu lama berada di dalam arena kompetitif dan diri saya perlu rehat, saya perlu mengambil masa untuk hilangkan tekanan. Saya bermain dari MPL musim pertama sehingga sekarang, tidak pernah menjadi pemain simpanan dan MPL MY musim ke-9 menjadi penamat buat saya.” ujar beliau.

“Keputusan dibuat selepas diberitahu kepada jurulatih dan kemudian pengurus dan ahli pasukan. Agak berat untuk mereka menerima keputusan ini, namun mereka sedar ia bukan sesuatu perkara yang boleh dipaksa. Jika pemain itu dipaksa sedangkan beliau ingin rehat, ia akan menjadikan situasi lebih sukar. Selepas ini saya akan lebih kerap melakukan penstriman dan akan buat lebih content untuk pasukan Geek Fam.” tambah beliau.

Anda boleh melihat video penuh di sini.

 

Read More

MOBILE

Adakah anda pemain Wordle terhebat?

Apabila pertama kami mendengar apa itu Wordle ramai tidak sangka Wordle bakal menjadi permainan teka perkataan yang sangat popular.

Wordle adalah permainan mudah teka perkataan dengan hanya lima huruf sahaja.

Permainan ini adalah percuma dan hanya sekali sahaja sehari anda boleh membuat Wordle anda. Anda kemudia akan mendapat satu skor yang menunjukkan kotak-kotak hijau, kuning dan hitam.

Hijau bermakna huruf itu berada di kedudukan yang betul. Kuning bermakna huruf itu betul tetapi berada di kedudukan yang salah. Hitam bermakna salah.

Wordle 222 X/6

⬛⬛🟨⬛⬛
⬛🟩🟩⬛⬛
🟩🟩🟩⬛⬛
🟩🟩🟩🟨⬛
🟩🟩🟩⬛🟨
🟩🟩🟩⬛🟩

Boleh dikatakan hampir setiap hari penulis akan cuba untuk meneka perkataan harian.

Jika betul anda akan mendapat skor yang banyak. Apa yang menarik permainan mudah ini seolah-olah menjadi report card sekolah.

Malah terdapat juga Wordle yang dapat bahasa lain seperti Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, German, Urdu, Jepun dan lain-lain.

https://aksiz.com/wp-content/uploads/2022/01/Katapat-Wordle-Melayu-02-950x513-1.jpg

Adakah anda pernah terlepas sehari? Atau pemain Wordle yang tidak pernah terlepas?

Jangan lupa cuba permainan mudah ini di mana-mana hanya dengan melayari laman powerlanguage.co.uk/wordle/.

Read More

Showing 25 - 36 of 269 Results