News Categories

eSPORTS

Bigetron Red Aliens mengubah langkah selepas gagal layak ke pusingan akhir PMGC

Pasukan PUBG Mobile terhebat di rantau Asia Tenggara, Bigetron Red Aliens atau lebih dikenali sebagai BTR, mempunyai barisan pemain yang baik, namun pasukan itu bergelut untu mengekalkan prestasi pada tahun ini.

Oleh itu, mereka bercadang untuk mengubah barisan pasukan mereka untuk cabaran akan datang.

Pengurus Pasukan Baharu

Pengurus pasukan BTR, Isfantasea atau nama penuhnya Isfan Satriya Wijaya, mengundur diri susulan prestasi pasukan BTR yang merudum pada musim lepas. Isfantasea bersama BTR sejak 2019 dan sempat melihat BTR menjulang piala dunia PMCO Global Final 2019.

Beliau kini digantikan oleh Jerroy yang sudah merancang pelbagai program untuk memastikan disiplin dan mewujudkan tabiat sihat untuk menjadikan pemain berkembang sebagai individu di samping memastikan mereka bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran.

JangS Sebagai Jurulatih

Muhammad Farhan atau JangS akan kekal sebagai jurulatih pasukan Bigetron RA. Walaupun terdapat pelbagai khabar angin bahawa beliau akan mengangkat kaki dari pasukan, khabar angin itu tidak benar.

Beliau dilaporkan sudah merancang pelan latihan menuju ke liga kompetitif seterusnya.

Nasib Ayam Tambatan, Ryzen

Muhammad Albi, atau Ryzen, adalah pemain teras pasukan BTR dan antara pemain rusher yang paling digeruni di seluruh dunia. Beliau juga memegang rekod kill tertinggi di peringkat global PUBG Mobile.

Namun, baru- baru ini, beliau kelihatan tidak mampu meniru gaya permainan lamanya yang dikenali ramai.

Tambahan pula, dengan ketibaan pemain Malaysia, Dhiya Ulhaq atau Uhigh, beliau sering diletakkan di bangku simpanan beberapa kali kerana prestasinya.

Kontrak Ryzen tamat pada penghujung 2021, dan tiada pembaharuan yang diluluskan daripada pihaknya walaupun BTR menawarkan kontrak baru kepadanya.

Ryzen dilaporkan meminta lebih masa untuk berfikir sama ada dia mahu berehat dari bersaing secara kompetitif atau memperbaharui kontraknya.

Asian Games 2022 

Pihak atasan Bigetron Red Aliens juga berkata bahawa mereka sanggup melepaskan barisan pemain ini untuk mewakili negara jika diminta berbuat demikian.

Semoga dengan langkah perubahan ini, BTR mampu mengembalikan zaman kegemilangan yang mereka pernah alami suatu ketika dahulu.

Sumber rujukan: Gaming on Phone

Read More

MOBILE

Duo kembar, Minn dan Mann akan main untuk Axis Esports di MPL MY S9?

Pasangan kembar, Aiman Zairie Anuar (Mannn) dan kembarnya, Aimin Zairie Anuar (Minnn) dilihat melakukan sesi penggambaran bersama sempena Media Day bagi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY S9 yang dijangka berlangsung pada Februari ini.

Yang menariknya, admin @mplmy.official meletakkan tag @axisesportsmy memberi bayangan bahawa organisasi itu akan bertanding di MPL MY S9.

Sebelum ini, duo kembar ini pernah bermain di pasukan Orange Esports.

 

Jadi pasukan manakah yang dijenamakan atau diambil alih oleh Axis Esports? Kita bakal saksikan.

Read More

MOBILE

COD Warzone 2 dalam pembangunan, akan dilancarkan tahun 2023

Call of Duty Warzone adalah salah satu permainan genre battle royale yang agak besar yang hadir ke gugusan permainan battle royale beberapa tahun lalu. Walaupun permainan ini masih baru, Activision Blizzard sudah ingin membangunkan sambungan kepada permainan itu.

Menurut penulis Bloomberg, Jason Schreier, Activision sedang giat membangunkan Warzone 2.

Setakat ini, idak diketahui studio Activision mana yang ditugaskan untuk projek itu, mahupun matlamat khusus permainan itu.

Maklumat ini datang sebagai sebahagian daripada laporan yang lebih besar yang menjelaskan status siri permainan Call of Duty pada konsol PlayStation berikutan pengambilalihan Microsoft untuk penerbit Activision Blizzard.

Permainan ini mungkin menerima pelbagai penaiktarafan, sistem baharu, acara dalam permainan yang menarik, atau hanya pengalaman yang lebih lancar secara umum.

Setiap kemas kini Warzone baharu lazimnya disertakan dengan set masalah permainannya sendiri, menyebabkan ramai yang menuntut ‘permulaan baharu’ selepas ini.

Tetapi, antara yang diharapkan pemain adalah saiz permainan yang gergasi dapat dikurangkan. 

Sumber rujukan: Bloomberg

Read More

PC

s1mple ingin ke VALORANT selepas tamat bermain CSGO

Pemain Counter Strike Global Offensive (CSGO) pasti mengenali legenda NAVI iaitu s1mple. Pemain berasal dari Ukraine ini membawa impak berbisa kepada permainan dengan kepakaran AWPnya. Beliau juga dianggap antara pemain terbaik CSGO di dunia.

Dalam satu temubual Oleksandr Kostyliev bersama Dexerto, beliau menunjukkan minatnya untuk menyertai arena kompetitif VALORANT selepas tamatnya bermain CSGO secara kompetitif.

Walaupun sudah lama bergiat dalam dunia CSGO, s1mple bukan calang-calang pemain di permainan penembak taktikal hasil Riot Games itu. Beliau juga dilihat bermain dengan nama-nama besar di VALORANT

Selain VALORANT, s1mple juga berkata bahawa beliau mungkin akan bermain FIFA secara kompetitif.

Selepas temubual ini, peminat berkata bahawa s1mple sudah selesa dengan idea berpindah kepada VALORANT kerana beliau sudah menjuarai PGL Stockholm Major pada tahun lepas. Ini kali pertama beliau menjuarai kejohanan peringkat Major. 

Namun, ramai pemain CSGO yang dahulu berpindah ke VALORANT kini kembali ke CSGO atas sebab-sebab tertentu seperti nitr0 dan Autimatic. 

Setakat ini, s1mple masih bermain CSGO bersama NAVI dan belum ada pengumuman beliau bersara dari permainan Valve itu.

Sumber rujukan: Dexerto

Read More

eSPORTS

Ana mungkin kembali ke Dota 2 kompetitif di pasukan SEA?

TNC Predator adalah pasukan Dota 2 Filipina yang disegani ramai. Diketuai oleh Febby dari Korea Selatan, pasukan ini antara pasukan yang menyertai DPC SEA 2021/22 Tour 1: Division I. Namun pasukan itu gagal untuk melayakkan diri malah direlegasikan ke Division II selepas tewas 6 kali dari 7 perlawanan.

Tamatnya DPC SEA Tour 1 ini menandakan permulaan pasukan dalam mengubah langkah masing-masing untuk memperkukuh barisan pemain.

Menurut Febby, terdapat pelbagai perubahan yang bakal berlangsung di arena kompetitif Dota 2 SEA.

“Antara pasukan yang akan mengalami perubahan adalah BOOM Esports, T1 dan Motivate.Trust Gaming,” kata Febby.

Selain itu, beliau juga memberi petunjuk bahawa salah satu pemain terbaik di dunia, Ana, akan kembali.

Anathan ‘ana’ Pham adalah pemain Dota 2 profesional Australia yang kali terakhir bermain untuk pasukan OG. Beliau mengumumkan persaraannya daripada kancah persaingan pada 14 Jun 2021.

 Selepas meninggalkan permainan , ana mula bermain banyak pub semula sejak beberapa bulan lalu. Malah, aktiviti ini telah menyaksikan peningkatan yang ketara pada minggu lalu. Pemain yang bersara itu sudah bermain 120 permainan dalam lapan hari yang lalu menurut Dota 2 Pro Tracker, iaitu purata 15 permainan sehari.

Dengan perubahan ini, arena kompetitif Dota 2 SEA akan menjadi makin mantap dengan pemain-pemain berkaliber seperti ana.

Sumber rujukan: AFK Gaming

Read More

eSPORTS

Mom kembali ke Red Esports bersama bekas jurulatih Orange Esports, Sora?

Dalam menghadapi musim baru MPL MY yang kini sudah memasuki musim kesembilan, Adib Rusydi “Mom” Ahmad Tarmizi kini kembali ke skuad lamanya iaitu Red Esports.

Menerusi satu hantaran di IG Story @mplmy.official hari ini, mereka turut menunjukkan bekas jurulatih pasukan Orange Esports, Farhan “Sorapayung” turut menyertai dengan memakai jersi Red Esports berwarna merah itu.

Difahamkan, hari ini adalah Media Day bagi pasukan MPL yang bertanding.

 

Selain itu, dalam satu Instastory lain, pemain Red, Ashif (Ash) turut menunjukkan satu sesi menggunting rambut yang mana Mal juga kelihatan.

Pastinya Red Esports akan mengumumkan lineup penuh mereka tak lama lagi.

Mom sebelum ini pernah menyertai RSG MY dan kemudian membawa hala tuju ke Team Bosskurr.

Read More

MOBILE

Blacklist International bubar pasukan PUBG Mobile

Pasukan Blacklist International yang baru-baru ini sudah menempah nama dengan MLBB tetapi apakah daya squad PUBG Mobile mereka tidak mempunyai prestasi yang cemerlang.

Blacklist Inernational membuat pengumuman ini di laman rasmi Facebook mereka mengumumkan pembubaran pasukan itu.

“Terdapat beberapa faktor atas keputusan ini dan salah satunya adalah pasukan ini tidak berjaya mecapai apa yang kami mahu dan capai,”

Di pusingan kelayakan Liga Profesional (PMPL MYSGPH), Blacklist hanya berjaya memperoleh tempat kelima dan terlepas peluang untuk ke liga besar itu. Slot itu dimenangi oleh KHI Esports.

Terima kasih Blacklist International PUBG Mobile dan semoga berjaya di luar sana.

Read More

MOBILE

Luiizz terima peluang jika negara lain mahu memiliki pasukan MPL Brazil

Vivo Keyd adalah salah satu organisasi yang besar berasal dari Brazil. Mereka berjaya ke peringkat grand final MPL BR musim pertama.

Meskipun tewas di tangan Red Canids ketika itu, kekalahan itu sangat tipis dan mereka kecundang di perlawanan kelima.

https://www.instagram.com/p/CY7IV_UNLWh/

Menerusi perkongsian dari media e-sukan Brazil iaitu @o_buff, kini pasukan Vivo Keyd membubarkan divisi MLBB mereka.

Perkara ini disahkan oleh Luiizz kepada ONE Esports. “Vivo Keyd meninggalkan MPL BR. Barisan pemain kami saat ini tak memiliki penaja. Kami membuka peluang kepada pasukan Indonesia atau negara lain untuk memiliki divisi MLBB Brazil yang bermain di Brazil,” katanya eksklusif.

Adakah pasukan dari luar Brazil akan tampil untuk berkolaberasi bersama mereka bagi mewujudkan divisi MLBB di Brazil? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONE Esports

Foto: Mobile Legend Esports

Read More

MOBILE

Siapakah pemain baru pasukan RSG Malaysia?

RSG Malaysia adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends.

Juara MPL musim ke-7 ini menjadi pencabar hebat ketika itu namun mereka mula kehilangan momentum di musim ke-8.

https://www.instagram.com/p/CY1CfuwN-60/

Selepas Leixia mendedahkan bahawa beliau dan pasukan tidak lagi bersama RSG Malaysia. Perkara ini menyebabkan pasukan RSG hanya tinggal Zacus, Tiktok dan Izanami.

Malah, di MEC 2021/2022, mereka menggunakan lineup baru yang mana kelibat bekas pemain Orange Esports, Iris dilihat bermain untuk kejohanan itu.

MPL MY musim ke-9 kini makin hampir dan ramai peminat masih ternanti-nanti pengumuman barisan pemain baru pasukan RSG Malaysia.

Siapakah yang bakal mengisi kekosongan itu, sila nyatakan di ruangan komen.

Read More

eSPORTS

Era dan Ace kini rasmi bergabung bersama Bigetron Esports

Selepas mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Belletron Ace dan juga Era, kini Bigetron Esports membuat pengumuman baru.

Mereka mendedahkan Ace dan Era sudah bergabung bersama Bigetron Esports dan sekarang dikenali sebagai Bigetron Ace dan Era.

Pengumuman itu dibuat melalui sebuah pautan video di Instagram rasmi mereka.

https://www.instagram.com/p/CZJvIXgKz7A/

Menurut mereka, gabungan itu akan membuatkan pasukan itu menjadi lebih kuat dan mempunyai satu tujuan iaitu menjadi juara.

Adakah organisasi Bigetron Esports melakukan perkara ini untuk memudahkan lagi mereka mengurus pasukan wanita divisi PUBG Mobile dan Mobile Legends itu? 

Sumber dan foto: Bigetron Esports

Read More

PC

Penggodam boleh mengawal PC orang lain melalui eksploitasi permainan Dark Souls 3

Penggodam atau ‘hacker’ dalam permainan dalam talian biasanya memberi pengalaman yang tidak baik kepada pemain, samaada dengan memberi kelebihan tertentu seperti bidikan tepat atau duit tidak terhad. Tetapi, di permainan Dark Souls 3, penggodam boleh mengakses komputer anda dan mengawalnya secara terus.

Ini sungguh berbahaya kerana penggodam itu boleh melihat fail-fail peribadi di PC anda.

Eksploitasi itu dilihat dalam semasa strim The__Grim__Sleeper’s bermain Dark Souls 3 dalam talian. Pada penghujung strim, permainan The__Grim__Sleeper ditutup, dan suara robot milik penjana teks-ke-ucapan Microsoft tiba-tiba mula mengkritik permainannya.

The__Grim__Sleeper kemudian melaporkan bahawa Microsoft PowerShell dibuka dengan sendirinya, tanda bahawa penggodam menggunakan program untuk menjalankan skrip yang mencetuskan ciri teks-ke-ucapan.

Mujurnya, penggodam itu tidak berniat jahat. Di sebaliknya, menurut pelayan Discord SpeedSouls, penggodam terjumpa eksploitasi itu dan cuba menghubungi FromSoftware, pembangun Dark Souls, tentang isu itu. Aduan beliau diabaikan, jadi beliau mula menggodam permainan penstrim untuk menarik perhatian kepada masalah itu.

Cuba bayangkan jika sesorang yang berniat jahat dapat melakukan eksploitasi itu. Eksploitasi ini digelar sebagai RCE (Remote Code Execution) dan boleh menyebabkan kerosakkan kekal kepada komputer anda, menurut pakar keselamatan siber, Kaspersky.

Semoga Elden Ring tidak akan dibelenggu masalah ini. Jika tidak, ia pasti akan memberi impak kepada pelancaran permainan itu.

Sumber rujukan: Comicbook.com

Read More

CONSOLE

Mad Maggie akan menyertai barisan watak Apex Legends pada musim depan, ini tarkih ia bermula

Apex Legends musim ke-11, Escape, bakal berakhir tidak lama lagi dalam beberapa minggu. Musim ini akan tamat pada 7th Febuari dan bakal digantikan dengan musim ke-12 Apex Legends iaitu, Defiance.

Musim ini juga akan memperkenalkan watak baru yang pernah dilihat dalam treler sebelum ini iaitu Mad Maggie.

Margaret “Mad Maggie” Kohere berasal dari dunia Salvo yang dilanda konflik, di mana beliau dibesarkan bersama watak Fuse, pakar letupan yang diperkenalkan pada musim 8. Beliau berjuang dalam pemberontakan Salvo menentang Syndicate, yang menjanjikan keamanan untuk Salvo jika ia menyertai pakatan itu.

Namun, Mad Maggie dihukum mati dengan menyertai Apex Games, iaitu permainan disertai yang watak-watak Apex Legends, atas jenayah-jenayah yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.

Apex Legends musim ke-12, Defiance, akan bermula pada 8 Februari dengan berakhirnya musim 11 di syurga tropika bernama Escape.

Pemain juga akan disajikan video treler musim ke-12 pada 27 Januari ini. Jadi, nantikan kupasan video treler itu dalam beberapa hari lagi.

Sumber rujukan: YouTube

Read More

Showing 49 - 60 of 269 Results