News Categories
Pemain Roblox disaman AS$150 ribu, digantung dari bermain oleh mahkamah
Seorang pemain Roblox di Amerika Syarikat disaman sejumlah AS$150,000 (RM628,000) serta digantung secara kekal dari Roblox oleh arahan mahkamah Amerika Syarikat.
Benjamin Simon atau Ruben Sim adalah seorang pembangun kandungan untuk permainan itu. Menurut mahkamah, dia dituduh mengancam pengguna Roblox dan pembangunnya, bersama-sama dengan ‘cybermob‘nya.
Selain itu, mahkamah juga mengarah supaya Simon tidak menghampiri kompleks pejabat Roblox sejauh 100 kaki.
Dalam kes asal dari 2021, peguam Roblox mendakwa Simon membuat ‘ancaman pengganas’ yang menyebabkan Persidangan Pembangun Roblox di San Francisco pada Oktober ditutup buat sementara waktu. Dia menyebut “Jangan datang ke RDC (Persidangan Pembangun Roblox) esok,” di Twitter.
Di Twitter, Simon mengakui keputusan itu, dan berkata dia tidak akan mengakses platform itu lagi mengikut penghakiman. Bagaimanapun, dalam tweetnya mengenai perkara itu, dia berkata dia tidak membayar Roblox sebarang wang.
Pengajaran daripada kisah ini adalah elakkan daripada mengeluarkan kenyataan yang tidak bijak seperti mengancam keselamatan orang awam.
Sumber rujukan: Dexerto
PUBG New State mungkin akan dilancarkan di PC
PUBG: New State adalah keluaran PUBG di peranti pintar kedua selepas PUBG Mobile. Ia menawarkan grafik serta pengalaman yang dinaik taraf daripada permainan asal.
Baru-baru ini, media sosial PUBG: New State dilihat menggunakan judul New State Mobile sebagai judul rasmi permainan.
Playing NEW STATE MOBILE with friends AND earning rewards? Say no more! 🤯#NEWSTATEMOBILE #PUBGNEWSTATE #NEWSTATEEVENT pic.twitter.com/9Oe1WK8qlq
— NEW STATE MOBILE (@PUBG_NEWSTATE) January 22, 2022
Malah, di laman web rasmi permainan juga menunjukkan nama serta logo yang sudah berubah kepada New State Mobile.
Penggunaan nama New State Mobile memberi implikasi bahawa permainan ini akan tiba ke pelantar PC, dan mungkin akan diiklankan di rantau di mana PUBG: Battlegrounds yang baru-baru ini menjadi percuma, tidak begitu terkenal.
Selain itu, ini juga mungkin langkah untuk Krafton dan PUBG Studios membezakan antara tiga jenis permainannya yang hampir sama agar pemain tidak terkeliru.
Apa-apa pun, setakat ini, tiada pengumuman rasmi lagi tentang permainan ini akan muncul di PC.
Sumber rujukan: Gaming on Phone
Team Secret dedahkan kenapa sampai sekarang tak ada pasukan MLBB
Team Secret adalah salah satu pasukan e-sukan yang terkemuka di dunia. Mereka mempunyai pasukan VALORANT, Dota 2, PUBG Mobile, Wild Rift dan Rainbow Six Siege. Tetapi Team Secret tidak pernah ada skuad Mobile Legends Bang Bang (MLBB) sedangkan permainan itu agak terkenal di rantau ini.
Akhirnya, CEO Team Secret, John Yao, mendedahkan sebab mengapa mereka tiada pasukan MLBB.
Pada tahun 2017, Yao mengambil alih Team Secret dengan visi ingin mengembangkan jenama Team Secret ke persada dunia. Beliau bermula dengan rantau Asia Tenggara kerana kadar pertumbuhan dan penglibatan peminat di Asia Tenggara benar-benar kukuh. Yao juga memilih permainan yang seronok ditonton dan dimainkan oleh ramai peminat.
Jadi, mereka bermula dengan PUBG Mobile dan VALORANT dia Asia Tenggara kerana mempunyai kewujudan global serta jumlah penonton yang tinggi.
Ketiadaan skuad MLBB
Berdasarkan kriteria di atas, MLBB menepati ciri-ciri itu untuk permainan yang seronok ditonton serta ramai pemain.
Tetapi, menurut Yao, MLBB tidak mempunyai kewujudan global. Dalam kata lain, permainan itu tidak mendapat sambutan di sesetengah rantau seperti di Eropah atau Timur Tengah.
Namun, dengan pengumuman MPL di Timur Tengah serta Afrika Utara, Team Secret mungkin akan membangunkan pasukan MLBB tidak lama lagi.
Menurut Yao, Team Secret akan menyertai arena MLBB apabila waktunya sesuai.
“Ia tidak bermakna kita tidak akan menyertainya. Buat masa ini, ia tidak sesuai dengan apa yang kita mahukan,” kata Yao.
Mungkin kita akan lihat penyertaan Team Secret ke arena e-sukan MLBB tidak lama lagi.
Sumber rujukan: Yahoo! News
Xin dan Liam rehat sebentar, masih di dalam organisasi
RRQ Hoshi baru sahaja mendedahkan barisan pemain baru mereka sebelum ini. Xin dan Liam tidak kelihatan di dalam senarai itu.
Sebelum ini, Xin sempat bermain di MPL ID musim kelapan dan turut serta di MPLI dan juga Kejohanan Dunia M3.
https://www.instagram.com/p/CZHEFjOhlbC/
Menurut perkongsian dari sebuah hantaran Team RRQ, Xin dan Liam akan berehat sebentar untuk musim ini.
Namun begitu, mereka berdua tetap akan menyokong RRQ dan memohon peminat untuk menghormati keputusan itu.
Adakah kita akan melihat pasukan baru RRQ Hoshi akan memberikan kelainan untuk musim kali ini? Kita bakal saksikan.
Sumber dan foto: Team RRQ
Mobazane ingin ke Indonesia? Ini jawapan Aldean Tegar – wakil EVOS Legends
Mobazane pernah berhasrat untuk bermain di Indonesia. Pemain muda dari Amerika Syarikat itu menggegarkan pentas dunia M3 dengan kemahiran mekanikal beliau yang sangat hebat.
Menurut wakil presiden EVOS Esports iaitu Aldean Tegar, beliau menyatakan hasrat Mobazane ingin ke Indonesia dan sedia membantunya.
https://www.instagram.com/p/CZHLXWjjP6p/
“Mobazane ke Indonesia? Beliau memang ada perancangan ingin ke sini, jadi kami ingin membantu beliau di dalam perjalanannya namun tidak bererti beliau akan masuk ke dalam pasukan kami.” ujarnya.
Melihat kepada jawapan Aldean, adakah Mobazane akan meneruskan hasrat beliau untuk masuk ke dalam pasukan EVOS Legends? Kita bakal saksikan.
Sumber: ONE Esports
Foto: Moonton Games
Belletron Era muncul juara WSL musim keempat
Pasukan Belletron Era baru sahaja memenangi Liga Bintang Wanita Mobile Legends (WSL) musim keempat.
Pasukan wanita dari Indonesia ini berjaya mempertahankan gelaran mereka sebagai juara dari musim lepas.
Mereka menewaskan pasukan GPX Basreng dengan skor 4-1. Satu keputusan yang sangat menakjubkan buat pasukan ini.
Mereka menggunakan Paquito, Ling dan Yi Sun Shin sebagai jungler dan ternyata ia sangat berkesan ke atas pasukan pihak lawan.
https://www.instagram.com/p/CZE7CzXv3i1/
Belletron Era membawa pulang AS4.1 ribu (RM17 ribu) beserta piala pertandingan. Tahniah diucapkan.
Mereka berjaya membuktikan mereka adalah pasukan terbaik wanita untuk permainan peranti mudah alih Mobile Legends di Indonesia.
Nampaknya Nintendo tidak suka Pokemon FPS
Nintendo seperti biasa tidak sukakan dua perkara, iaitu permainan video yang ganas dan penggunaan harta intelek mereka untuk tujuan sendiri atau orang ramai.
Pokemon FPS yang ditunjukkan oleh pengguna Reddit Dragon_GameDev2 minggu lepas akhirnya telah dikenakan tindakan melanggar hak cipta oleh Nintendo.
Last month I started working on developing a Pokémon First Person Shooter. #IndieGameDev #pokemon pic.twitter.com/dZZTuYWq22
— Dragon (@Dragon_GameDev2) January 17, 2022
The Gamer mengesahkan semua video yang berkaitan dengan Pokemon FPS telah diturunkan.
Setakat ini Nintendo masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi mengenai perkara ini.
Rujukan: The Gamer
Ini masa depan e-sukan PUBG Mobile
PUBG Mobile adalah salah satu e-sukan yang terbesar di dunia dengan jumlah tontonan setinggi 3.8 juta penonton pada kejohanan PUBG Mobile tahun 2020 dan jumlah itu makin membesar pada tahun lepas.
Jelas sekali, PUBG Mobile bukanlah permainan e-sukan dingin tetapi ia sebuah permainan yang diraikan ramai.
PUBG Corporation kini mengumumkan perubahan signifikan terhadap ekosistem e-sukan PUBG Mobile pada tahun ini.
Perubahan termasuk wajah baharu untuk PUBG Mobile Pro League, rantau-rantau baharu dalam PUBG Mobile Club Open, serta perubahan kepada PUBG Mobile National Championship (PMNC).
PUBG Mobile Pro League
Perubahan pertama berkenaan dengan PUBG Mobile Pro League (PMPL). Liga PUBG Mobile terbesar ini akan menggunakan format baharu dan menukar format penyingkiran bermusim sedia ada kepada kitaran satu tahun.
PMPL juga akan melihat perubahan di wilayah tertentu, terutamanya EMEA dan MENA & SA.
Wilayah ini kini akan dikelaskan sebagai Eropah, Asia Selatan dan Timur Tengah & Afrika.
Akhir sekali, PUBG Mobile akan memperkenalkan dua wilayah baharu kepada PMPL: PMPL Afrika dan PMPL Pakistan.
PUBG Mobile Club Open
PUBG Mobile Club Open (PMCO) juga akan distruktur semula. Kejohanan itu akan beralih ke peringkat amatur dan separa pro serantau dengan kejohanan baharu berlangsung di Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Asia.
Pasukan PMCO tidak lagi layak terus ke PMPL, sebaliknya akan bersaing melalui piala PMNC dan PMNC Regional dengan peluang untuk mencapai PMPL pada 2023.
Perubahan-perubahan ini dilakukan agar pasukan amatur dan separa pro mampu bersaing sekali dalam kejohanan rasmi PUBG Mobile.
Menurut Pengarah PUBG Mobile, James Yang, perubahan dibuat untuk memperkasakan wilayah dan membenarkan lebih ramai pesaing untuk menyertai PMPL.
Sumber rujukan: AFK Gaming
Pelaku ‘scam’ PS5 terbesar Malaysia akhirnya diberkas dan didakwa
Pada hujung tahun lalu, komuniti gamers digemparkan dengan kisah penipuan terbesar yang melibatkan konsol Sony PlayStation 5, nilai wang yang besar serta jumlah mangsa yang tidak terkira. Kisah ini terlalu hangat sehingga menggerakkan ramai ahli komuniti untuk berdepan dengan si pelaku itu di kawasan kediamannya seperti yang dilaporkan.
Tetapi, tiada penyelesaian pada waktu itu.
Kini, si pelaku, atau dikenali dengan namanya, Bryan Tan Pei Er, 24, diberkas baru-baru ini dan didakwa menipu 7 individu sebanyak RM30,608 pada hujung tahun lepas. Bryan Tan tidak mengaku bersalah di hadapan dua mahkamah berbeza.
Graduan jurusan farmasi itu dituduh di hadapan Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menipu empat mangsa dengan janji untuk memberikan PS5 Disk Version.
Namun, janji itu tidak ditunaikan.
Wang mangsa-mangsa semuanya dijumpai disalurkan ke akaunnya serta akaun ibunya.
Selain pemperdayaan konsol PlayStation 5, Bryan Tan juga berdepan dengan pertuduhan memperdaya seorang individu sebanyak RM68,880 untuk sejenis patung figura Bearbrick yang tidak wujud pun sebenarnya.
Jumlah wang yang diterima Bryan Tan mungkin berbeza dengan laporan sebelum ini. Ini mungkin kerana sejumlah mangsa tidak berjaya melaporkan insiden ini dan menjadikan nilai wang rasmi pemperdayaan sebanyak Rm30,608.
Bryan Tan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Manakala, di hadapan Majistret Wong Chai Sia, Bryan Tan menghadapi pertuduhan yang sama yang melibat kan dua mangsa lain dengan kerugian RM22,958.
Bryan Tan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama maksimum lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan mengikut dan Seksyen 420 kanun sama.
Dia kini dibenarkan diikat jamin sebanyak RM16,500 dan kes akan disebut semula pada 3 dan 4 Mac ini.
Sumber: Sinar Harian
Pemain Battlefield 2042 ‘mengamuk’ di Steam, menuntut pulangan wang kerana menjual permainan ‘tidak siap’ yang bakal jadi ‘percuma’
Battlefield 2042 dilancarkan pada November tahun lepas dalam keadaan yang amat tidak sempurna.
Peminat dan pemain sungguh kecewa sehinggakan permainan yang ditunggu-tunggu ramai ini berjaya mengambil tempat sebagai salah satu permainan yang paling teruk di Steam tahun lepas.
Dengan berita yang dikatakan bahawa Battlefield 2042 mungkin akan menjadi percuma, pemain yang sudah berbelanja untuk permainan yang ‘tidak siap’ itu mengamuk dan menuntut ganti rugi dari EA.
“Sepatutnya kita tidak perlu mencuba beberapa kali. Permainan ini bukan seperti yang diiklankan dan tidak sepatutnya dijual,” kata seorang pengguna Reddit tentang beberapa cubaan mereka yang gagal untuk menuntut kembali wang.
Ramai pemain cuba meminta pulangan wang di luar polisi biasa Steam iaitu tiada pulangan wang selepas 2 jam bermain permainan, kerana EA dilihat menutup sebelah mata tentang pulangan wang Battlefield 2042.
Namun, ramai masih gagal menerima pulangan wang mereka.
Beberapa pengguna Reddit juga menyarankan untuk menghubungi Steam secara terus dan menerangkan keadaan permainan agar lebih mudah untuk menerima pulangan wang.
Dengan insiden seperti Cyberpunk 2077 dan Battlefield 2042, diharapkan pembangun permainan tidak melancarkan permainan dengan keadaan tidak sempurna lagi pada masa hadapan.
Sumber rujukan: Dexerto
Riot Games bakal menyaman syarikat permainan video di Vietnam
Riot Games kini bakal menyaman satu studio permainan video dari Vietnam.
Imba Network dikatakan telah meniru permainan video autobattler League of Legends, Teamfight Tactics dengan permainan video mereka sendiri iaitu I am Hero: AFK Tactical Teamfight.
Syarikat itu dikatakan meniru beberapa perkara dari TFT seperti nama karakter, rekaan, penceritaan dan beberapa penukaran yang sedikit.
Tindakan undang-undang ini juga menunjukkan perbezaan di antara satu karakter League of Legends Teemo dan Tomee dari I am Hero.
Hanya dengan menukarkan nama dan menggunakan penceritaan yang sama dari Teemo.
Riot memohon ke mahkamah untuk menyaman Imba sebanyak $ASD 150,000 atau RM600,000 kerana melanggar hak cipta.
Ini bukan pertama kali Riot Games menyaman syarikat permainan video lain.
Perkara ini telah berlaku dengan Moontoon juga iaitu Mobile Legends.
Lihat Grand Theft Auto V dimainkan di peranti mudah alih Game Boy
Cuba bayangkan jika anda dapat memainkan sebuah permainan moden pada konsol klasik.
Itulah yang berjaya dilakukan oleh seorang peminat bernama Sebastian Staacks dari saluran YouTube There Oughta Be.
Beliau berjaya memainkan Grand Theft Auto V di peranti mudah alih klasik, Nintendo Game Boy, yang dilancarkan lebih 30 tahun lalu.
Cuba lihat video ini.
Permainan GTAV itu tidak diproses dan dimainkan oleh peranti berumur 3 dekad itu, tetapi ia menggunakan katrij Wi-Fi Game Boy untuk menstrim permainan terus ke skrin peranti itu.
Pada dasarnya, aliran sistem itu bermula pada konsol PlayStation yang menjalankan permainan itu dan distrim ke komputer riba Linux yang memancarkan visual permainan ke katrij Wi-Fi Game Boy itu.
Walaupun ia dianggap sebagai suatu yang hebat untuk dilakukan, ia mempunyai beberapa masalah kecil, seperti skrin tidak berwarna dan resolusi yang amat rendah, iaitu pada 160×144 pixel sahaja.
Audio juga menjadi isu kerana permainan itu bermain tanpa bunyi di Game Boy.
Sebenarnya, Staacks boleh menyiarkan apa-apa sahaja ke Game Boy itu dengan syarat ia boleh dimainkan di komputer riba Linuxnya.
Cuma ia terbatas dengan kuasa peranti yang digunakan.
Tetapi, projek ini menunjukkan kercerdikan Staacks serta potensi yang boleh digunapakai pada masa hadapan seperti menggunakan katrij Wi-Fi untuk menstrim sesuatu media ke peranti yang jauh.
Semoga Nintendo tidak menutup projek ini.
Sumber rujukan: Comicbook.com