News Categories

PC

Ares dikenakan nerf selepas menjadi meta baru VALORANT dalam beberapa minggu

Kemas kini VALORANT 4.0 memperkenalkan beberapa perubahan yang mengoncang meta yang sedia ada. Antaranya adalah pengenalan watak Neon yang pantas ke dalam barisan watak VALORANT. Selain itu, senjata Ares juga menjadi terlebih kuat sehingga komuniti mengatakan ia adalah senjata meta terkini.

Riot Games meneliti keadaan dan terpaksa bercampur tangan dan terpaksa mengimbangi semula Ares serta berberapa aspek permainan lagi.

Ares

Harga senjata serta kadar taburan peluru senjata diubah agar senjata ini tidak sekuat beberapa minggu lalu. Ini menjamin agar Vandal dan Phantom masih senjata utama setelah memasuki pusingan lewat.

  • Harga dinaikkan dari 1550 ke 1600
  • Taburan peluru menegak ditingkatkan
  • Nilai taburan umum peluru diubah daripada 0.8 ke 0.7 selepas 10 das tembakan, dan 1.0 ke 0.7 selepas 13 das tembakan. Nilai makin tinggi makin stabil senjata
  • Pengurangan taburan apabila tunduk dikurangkan daripada 40% kepada 25%

Pisau

Senjata ini diimbangi lagi dengan menjadikannya lebih konsisten. Riot Games sudah memperbaiki senjata ini beberapa minggu lalu, tetapi ia ditambah lagi ketepatannya.

  • Hitbox klik kanan pisau dibesarkan sebanyak 1.5x. Hitbox kiri juga dibesarkan lebih dari klik kanan dan jaraknya ditambah.
  • Sasaran yang hampir pada tanda silang atau crosshair akan terkena dahulu, jadi anda masih mempunyai ketepatan.

Komunikasi

Permainan kompetitif seperti ini pasti ada pemain toksik, lebih-lebih lagi di rantau SEA, jadi Riot Games memperkenalkan ciri untuk menyekat perkataan atau mute words yang anda pilih.

Contohnya, jika anda menyekat perkataan ‘noob’ maka anda tidak akan nampak mesej itu dalam ruangan chat.

Riot Games senantiasa peka tentang perubahan dalam permainannya. Usaha ini dilakukan agar permainannya sentiasa berasa segar serta selamat untuk semua pemain. Walaupun permainan ini hanya berusia hampir 2 tahun, Riot Games membuktikan bahawa mereka tidak memandang remeh tentang permainan ini.

Sumber rujukan: Riot Games

Read More

eSPORTS

Team Secret dan 4RIVALS Alliance sudah bersedia di PMGC 2021

Selepas dua bulan bertempur, pasukan Malaysia, Team Secret dan 4RIVALS Alliance kini bakal bertempur di persada dunia mewakili Malaysia ke Grand Finals PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2021.

Mereka menjadi antara 16 pasukan terbaik serata dunia untuk berlawan.

Kemasukan ini adalah satu kejayaan buat Malaysia yang perlu disambut baik kerana berjaya menghantar dua pasukan ke peringkat antarabangsa.

Team Secret

Team Secret yang hanya bermain bersama selama setahun sahaja sudah berjaya membuktikan kerjasama mereka di kemuncak hasil latihan dan scrim dengan pasukan kuat yang lain.

Kini mereka juga berkeyakinan untuk memenangi PMGC dengan barisan pemain IShotz, MADTOI, Fredo, Jumper, KiD dan Y2k.

“Kami sangat teruja untuk berlawan dengan pasukan-pasukan kuat dari serata dunia. Sudah pasti hal ini tidak mudah, namun kami mempunyai kelebihan yang pasukan lain tidak ada. Dua In-Game-Leader yang mempunyai pengalaman lama dari pelbagai pertandingan antarabangsa bakal menjadi senjata rahsia kami.

“Kedua-dua mereka mempunyai cara bermain yang unik dan kami percaya kami berpeluang untuk memenangi PMGC,” ujar Muhammad Arif bin Badrul Hisham, selaku Pengurus Pasukan Secret.

4 RIVALS Alliance

Tidak dilupakan 4RIVALS Alliance, yang terpaksa menghadapai banyak batu penghalang sebelum berjaya.

Pasukan itu sudah mengharungi beberapa perubahan dalam dua tahun ini temasuk perubahan nama, penukaran pengurusan dan pemain.

Mereka  terdiri daripada Rith, Eypul, Appy, PEMBURU dan Stoned.

“Hal ini merupakan antara perkara terbaik yang pernah berlaku kepada pasukan kami (perubahan-perubahan ini),” ujar Appy, selaku Support/In-Game-Leader.

Appy juga adalah satu-satunya pemain yang ada dalam barisan pasukan yang asal.

“Pada mulanya, banyak halangan yang kami perlu tempuhi dan saya bersyukur kami berjaya dan layak sebagai finalis ke PMGC,”

Eypul yang juga pemain Multirole memberitahu kejayaan mereka adalah semua peminat yang sentiasa bersama ketika dalam susah dan senang.

Selamat maju jaya dan tahniah diucapkan untuk Team Secret dan 4RIVALS Alliance mewakili Malaysia ke finals PMGC 2021.

Grand Finals PMGC akan diadakan pada hari ini hingga Ahad ini dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM24 juta untnuk dimenangi.

Read More

MOBILE

Ryzen masih bersama Bigetron Red Aliens?

Bigetron Red Aliens adalah salah satu kuasa besar di dalam PUBG Mobile baik di Indonesia mahupun dunia.

Pencapaian mereka di tahun 2020 begitu baik sekali dengan mendapat tempat kedua di musim liga Kejohanan Dunia PUBG Mobile.

https://www.instagram.com/p/CY8cSNDBrWx/

Namun begitu, prestasi mereka di tahun 2021 kurang memuaskan apabila mereka gagal ke peringkat grand final PMGC 2021.

Di dalam penstriman Nimo TV BTR Starlest, Edwin Chia menyuarakan pandangan tentang kedudukan Ryzen di dalam pasukan.

“Apakah Ryzen tetap di Bigetron Red Aliens? Saya tidak tahu, isnin depan kami akan mengadakan sidang media untuk divisi PUBG Mobile Bigetron 2022,” ujarnya.

Adakah kita akan melihat BTR mengubah barisan pemain mereka untuk musim baru kali ini? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONE Esports

Read More

MOBILE

Hyper Front dilancarkan untuk 4 negara Asia Tenggara di peranti Android

Hyper Front adalah permainan baru FPS di pelantar mudah alih dari NetEase.

Permainan ini dilancarkan di empat negara Asia Tenggara iaitu Malaysia,Thailand, Filipina dan Singapura.

Semua akaun dan kemajuan di beta test juga akan disimpan.

Hyper Front juga sudah memperkenalkan beberapa hero mereka dengan video treler baharu. Anda akan bermain 5 lawan 5 dengan beberapa mod berbeza.

Ini juga bermakna ranked dan unranked terbahagi kepada mod seperti Search and Detroy dan Arms Battle.

Permainan ini banya memerlukan 2GB RAM dan versi Android 6.0 ke atas.

Read More

MOBILE

Ahmad dan Leomurphy turun ke MDL?

Leomurphy dan Ahmad adalah pemain yang memegang role penting di dalam pasukan Alter Ego.

Kedua-dua pemain ini memberikan impak yang besar ke dalam pasukan.

Menerusi perkongsian dari @emak_moba, Leomurphy dan Ahmad dikatakan bermain bersama dengan Alter Ego X di pertandingan Dunia Games.

https://www.instagram.com/p/CY8UCD3rrXH/

Alter Ego X adalah pasukan MDL mereka, adakah ini bermakna Ahmad dan Leomurphy akan turun ke MDL dan pemain baru bakal menggantikan mereka?

Setakat ini, Alter Ego masih belum mendedahkan barisan pemain mereka untuk MPL ID musim ke-9. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: @emak_moba

Read More

MOBILE

5 permainan video dengan transaksi mikro paling teruk baru-baru ini

Banyak sebenarnya permainan video yang boleh dikatakan ‘Pay-2-Win’. Pada pemain, anda pasti tidak suka tetapi selalunya para pengeluar permainan video menyukai kaedah ini.

Lebih banyak kesusahan untuk pemain lebih banyak duit mereka akan dapat.

Jom lihat 5 permainan video baru dengan transaksi mikro paling teruk.

1.Marvel’s Avengers

Sebelum keluar Marvel’s Avengers, pembina permainan ini mengatakan mereka tidak akan menggunakan loot box dan menjadikan permainan ini Pay-2-Win.

Namun, ramai orang seolah-olah ditipu, terdapat satu booster di dalam Marvel’s Avengers yang akan memberi anda kelebihan berbanding orang lain.

Malah experience yang anda dapat juga sudah direndahkan sekali gus menjadikan permainan ini memerlukan grind yang sangat banyak dan lama.

Disebabkan ramai tidak menyukai perkara ini akhirnya Crystal Dynamics terpaksa akur dan membuang ciri ini.

Tetapi nasi sudah menjadi bubur.

2. Call of Duty Warzone

Skin Operator ini adalah Awoken Francis.

Ia hanya boleh didapati pada tier 100 dalam battle pass COD Warzone.

Sebenarnya skin ini sudah terkena satu pepijat yang membuat ia tidak dapat dilihat dari jarak tertentu.

Apa yang anda nampak hanya kepala yang terbang.

Hanya orang yang membelanjakan wang sahaja boleh mendapatkan skin itu.

Walaupun pepijat ini sudah dibuang tetapi, beberapa minggu yang penuh kesengsaraan sudah pun berlaku untuk ramai pemain CoD Warzone.

3. Pokemon Unite

Item Enhancers dari Pokemon Unite pada mulanya sangat-sangat ‘Pay-2-Win’.

Hanya pemain yang membelanjakan wang untuk meningkatkan item ke level 30 akan mendapat banyak stats ekstra yang sudah pasti memberi kelebihan kepada penggunanya.

Namun, Timi Studios akhirnya akur dan sudah membuat beberapa penukaran untuk menjadikan item enhancer mudah didapati oleh ramai pemain.

Jarang sekali kita mendengar studio permainan video yang menukarkan pengewangan permainan video mereka demi orang ramai.

4. NBA 2k22

Seperti biasa permainan video sukan pasti akan ada transaksi mikro yang boleh membuatkan pasukan anda sangat-sangat kuat.

Malah untuk menaik taraf karakter anda, anda perlu menggunakan VC, duit di dalam 2k22.

Mahu karakter kuat? Gunakan VC.

Jika tidak mahu keluarkan duit? Anda perlu bersiap sedia untuk grind yang mengambil masa sangat lama.

5. Fortnite Skin Spiderman

Fornite memang terkenal dengan beberapa skin yang dikeluarkan sedikit Pay-2-Win disebabkan gimik yang ada.

Dengan skin Spiderman ini anda akan menggunakan satu emote untuk bergantung terbalik di mana-mana tempat yang akan membuat pemain musuh sukar untuk mencari anda.

Skin ini seperti biasa memerlukan duit untuk mendapatkanya.

Apa lagi transaksi mikro yang tidak masuk akal dan menyusahkan yang anda pernah jumpa?

Read More

MOBILE

Mobile Legends melancarkan koleksi NFT pertamanya di Binance

Mobile Legends: Bang Bang atau dikenali ramai sebagai MLBB adalah salah satu permainan mudah alih yang terbesar di rantau Asia. Malah, ia juga terkenal di seluruh dunia. Kini, permainan MOBA itu melancarkan koleksi NFT pertamanya melalui pelantar matawang kripto Binance NFT.

Digelar sebagai ‘The Aspirants’, koleksi ini akan menawarkan dua NFT yang menampilkan dua watak wanita yang terkenal dalam permainan itu, Layla dan Fanny.

Koleksi NFT ini akan menawarkan 12 kotak misteri unik dengan empat gred berbeza, setiap satu mengandungi figura digital dan animasi eksklusif watak-watak itu.

Bagi mereka yang tidak tahu, NFT ialah aset digital atau fizikal yang unik yang boleh dibeli atau dijual pada rantaian blok mata wang kripto. Setiap token atau item di pasaran adalah unik dan tidak boleh ditukar ganti, menjadikan sesetengah daripada mereka sangat mahal.

Mereka yang membeli kotak itu akan berpeluang memenangi EMOJI NFT ekslusif kostum siri Airdrop of The Aspirants.

Memandangkan NFT itu unik, kotak NFT ini akan dijual sebanyak 25,000 kotak sahaja.

Ini pula gred serta kostum yang ada:

Super Super Rare (SSR) – 0.60%

Blade of Kibou Fanny

Miss Hikari Layla

Super Rare (SR) – 7.40%

Skylark Fanny

Blazing Gun Layla

Rare (R) – 9%

Lightborn – Ranger Fanny

S.A.B.E.R. Breacher Layla

Christmas Carnival Fanny

Bunny Babe Layla

Normal (N) – 12%

Campus Youth Fanny

Green Flash Layla

Lifeguard Fanny 

Blue Specter

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web Binance di sini.

Sumber rujukan: Global News Wire

Read More

eSPORTS

Pasukan Filipina Liyab Esports membawa bekas pemain League of Legends untuk mewakili pasukan Wild Rift mereka

Liyab Esports adalah sebuah pasukan Filipina yang hebat dalam arena League of Legends PC di rantau Asia Tenggara. Namun, divisiyen mudah alih pasukan yang memfokuskan kepada Wild Rift tidak dapat meniru kejayaan rakan sepasukan mereka dan terlepas peluang menyertai Wild Rift Horizon Cup 2021. Semenjak itu, pasukan itu dibubarkan.

Kini, Liyab Esports membawa kepakaran League of Legends terus ke arena Wild Rift. 

Pasukan ini menandatangani beberapa mantan pemain League of Legends Liyab Esports untuk bermain Wild Rift di bawah sepanduk Liyab Esports.

Ini lah barisan pemain baharu pasukan itu: 

  • Jay ‘Speltz’ Tabarangao — Baron Lane
  • Edrian ‘DoeDoii’ Brancia — Jungle Lane
  • Ren ‘Kanji’ Motomitsu — Lorong Tengah
  • Gabriel ‘Sho’ Sebastian Umali — Lorong Tengah
  • Klyde Perfection ‘Klyde’ Abello — Dragon Lane
  • Jhon ‘Xyliath’ Mike Tungol — Support
  • Gerald ‘Tgee’ Gelacio — Jurulatih

Speltz, DoeDoii, Kanji, Xyliath ialah bekas pemain pro LoL PC Liyab Esports. Sho pula mantan ahli Universiti Fennel manakala Klyde dari Oasis Gaming. Tgee, jurulatih LoL PC Liyab Esports, juga akan menyertai bekas pasukannya.

“Ketika kami melangkah ke tahun 2022, kami yakin kami membuat langkah yang betul untuk membawa Liyab Esports ke peringkat seterusnya,” kata Ralph Aligada, Ketua Globe Games dan E-Sukan Liyab Esport.

“Kerjasama kami mewakili komitmen yang lebih mendalam untuk memupuk dan membangunkan adegan permainan tempatan,” sambungnya lagi.

Liyab Esports akan mula bertanding di PPGL Wild Rift Champion SEA: Filipina bulan depan.

Sumber rujukan: Facebook

Read More

MOBILE

Pencipta PUBG, PlayerUnknown, ingin membangunkan permainan gergasi baharu

Brendan Greene atau lebih dikenali sebagai PlayerUnknown yang mencipta PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) adalah salah satu nama besar dalam industri permainan video. Nama beliau disemat dalam minda semua pemain sebagai pencipta permainan battle royale pertama yang menjadi pemangkin kepada pembangunan genre itu.

Greene sudah tidak membangunkan PUBG, tetapi kini beliau berminat untuk membangun permainan lain pula.

Menurut sebuah kicauan beliau di Twitter, beliau sedang mencari kepakaran untuk membangunkan permainan ‘dengan dunia sebesar planet’.

Setakat ini, beliau tidak menunjukan apa-apa petunjuk tentang permainan itu selain video acah yang dikongsikan beliau.

Malah, ia tidak diketahui sama ada permainan itu akan kekal dengan genre battle royale atau pun akan menceburi genre lain. Pendapat peminat menunjukkan permainan itu akan menjadi permainan dunia terbuka.

Sumber rujukan: Twitter

Read More

PC

Playdate Pulp – buat permainan video anda sendiri

Playdate adalah konsol mudah alih buatan Malaysia yang akan keluar tidak lama lagi.

Mereka juga kini mengeluarkan Playdate Pulp yang membolehkan semua orang untuk membuat permainan video mereka sendiri.

Anda boleh membuat permainan video ini hanya melalui browser anda sahaja.

Banyak fungsi akan diberikan untuk anda membina permainan video tersendiri dari banyak grafik pixel, levels sendiri, penulisan musik malah font anda sendiri.

Selepas selesai membina, anda boleh mencuba permainan video anda terus di browser.

Bagi penulis fungsi ini nampak mudah walaupun penulis bukan seorang pembangun permainan video.

Dengan keluarnya public beta ini, Pulp akan memberi lebih banyak makna untuk Playdate nanti kerana pelbagai jenis permainan video yang akan ada dan wujud nanti.

Read More

PC

Counter Strike bergabung dengan Pokemon?

Selepas 26 tahun, pelbagai generasi Pokemon sudah dibuat dan ramai juga peminat-peminat Pokemon membuat spin-off mereka sendiri.

Dari permainan video strategi, pinball, pokemon versi sendiri dan pelbagai lagi.

Satu genre yang tidak pernah dibuat dan ramai mengelak untuk membuat iaitu genre FPS Pokemon.

Seorang pengguna Reddit bernama Dragon_GameDev sudah membangunkan Pokemon FPS melalui Unreal Engine.

Permainannya mudah, anda akan mengembara di beberapa tempat dan akan diserang pelbagai jenis Pokemon.

Ada akan mendapat beberapa jenis senjta api untuk digunakan.

Malah lebih menakjubkan, apabila anda berlawan dengan Pokemon Legendary anda akan berasa seperti berlawan dengan bos yang mempunyai kuasa tersendiri.

Namun terdapat beberapa individu yang risau Nintendo akan mengambil tindakan terhadap Dragon_GameDev jika dia menularkan permainan ini.

Read More

eSPORTS

Jurulatih ONIC bagi alasan kenapa pasukannya tak ‘perform’ di M3

Jurulatih ONIC Esports, Aldo mengatakan mood pemain ONIC Esports terganggu disebabkan faktor pemain penat, makanan kurang sesuai dan waktu kuarantin yang lama di Kejohanan Dunia Mobile Legends, M3.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONE Esports Indonesia (@oneesportsid)

Prestasi ONIC Esports dikatakan merudum selepas tewas di tangan Todak pada peringkat kumpulan dan tewas di tangan Blacklist International.

Namun, hakikatnya ramai lagi pemain menunjukkan prestasi yang memberangsangkan seperti juara M3, Blacklist International yang memulakan kembara mereka dari lower bracket.

Read More

Showing 85 - 96 of 269 Results