PC

PC

Square Enix berharap NFT dan blockchain bakal menjadi trend untuk permainan video

Yosuke Matsuda Presiden Square Enix baru-baru ini mengeluarkan surat tahun baru dimana beliau memberitahu tentang minat Square Enix dengan kemunculan trend seperti NFT dan teknologi blockchain.

Banyak syarikat permainan video lain juga sudah mula menjual barangan digital seperti Ubisoft walaupun ramai kritik yang berlaku akibat dari jejak karbon yang teruk.

The Morning After: Ubisoft's NFT struggles | Engadget

Dalam surat itu, Matsuda memberitahu NFT bakal menjadi satu trend baru bersama metaverse, teknologi cloud dan kriptowang dalam industri permainan video.

“Saya percaya hal ini mempunyai potensi untuk pembesaran permainan video,” tulisnya.

Matsuda juga mahu Square Enix untuk memperkenalkan kriptowang mereka sendiri.

“Saya juga sedar ramai permain bermain permainan video untuk berseronok sebagai majoriti tetapi, saya juga percaya terdapat beberapa pemain yang bermotivasi untuk menyumbang sambil bermain,”

Matsuda juga percaya bahawa ramai pasti akan cuba untuk menyumbang sambil mendapat insentif dan berseronok bermain permainan video dari Square Enix.

Apa pendapat anda? Patutkah permainan video menggunakan NFT atau blockchain.

Namun setiap pembina permainan video perlu ingat orang yang yang bakal menyumbang adalah minoriti sahaja.

Read More

PC

Industri Permainan Video Masih Bergelut Dengan Sikap Seksis

Industri permainan video telah lama mempunyai masalah seksisme dan banyak sejarah dalam industri ini juga yang menggunakan stereotaip jantina. Ditambah dengan beberapa masalah skandal yang melanda beberapa syarikat permainan video yang seolah-olah tidak pernah habis. Ini menunjukkan industri ini masih dalam fasa untuk cuba memperbaiki budaya bekerja dan akhirnya membaiki reputasi. Hal ini juga sudah terjadi lama lagi aoabila 10 tahun lepas wanita bertanyakan kepada para panel dari Activision Blizzard Inc yang terdiri daripada semua lelaki. “Saya suka dengan apa yang anda buat dengan karakter wanita yang kuat. Tetapi saya terfikir mengapa banyak karakter seolah-olah seperti melihat katalog Victoria’s Secret.” Sepatutnya mempertahankan wanita tersebut tetapi pembangun tersebut hanya mengejek wanita tersebut. Industri ini masih terus mempunyai masalah dengan terhadap wanita. Microsoft Corp. juga pernah membuat satu parti lima tahun lepas dengan para penari wanita yang memaikai pakaian yang menjolok mata. Phil Spencer Ketua Xbox ketika itu juga terpaksa memohon maaf atas perkara tersebut. Terbaru, hal ini juga terjadi kepada Riot Games Inc. yang terkenal dengan League of Legends atas sebab diskriminasi jantina, dan Ubisoft Entertainment dan Activition Blizzard Inc. yang juga terpaksa membuat beberapa eksekutif disebabkan gangguan seksual.

Ada perubahan?

Horizon Forbidden West PS5 gameplay video reveals Aloy's new tools - Polygon Namun disebalik semua itu, terdapat tanda-tanda ada orang cuba untuk memulihkan keadaan ini. Horizon Zero Dawn dari Sony di mana watak protagonis adalah seorang wanita yang tidak nampak seperti supermodel. Watak Aloy cuba untuk memberhentikan AI yang jahat dan boleh menghancurkan bumi. Para pencipta Horizon mahu mencipta watak hero yang realistik dan memberi inspirasi kepada semua. Hal ini menyebabkan sekuel Horizon Forbidden West yang kini menjadi antara permainan video paling ditunggu-tunggu untuk tahun 2022 dapat memberi fokus lebih kepada penceritaan dan kualiti permainan video terbaik. Terdapat banyak respon positif terutamanya kepada para gamer wanita sekaligus menarik mereka untuk mencuba permainan konsol. Karakter seperti Aloy adalah sangat jarang ditemui dalam permainan video. Menggambarkan wanita secara tidak baik adalah perkara biasa dalam industri permainan video. Perkara seperti ini haruslah diubah. Kita berharap industri permainan video boleh memperkasakan lagi wanita dan melambangkan wanita dengan lebih baik di dalam permainan video.

Read More

PC

Riot Games bersetuju untuk membayar RM400 juta terhadap kes diskriminasi jantina

Riot Games mengumumkan mereka akan membayar wang penyelesaian sebanyak RM400 juta kepada badan buruh California dan beberapa staf wanita yang telah membuat tuntutan mahkamah. Tuntutan mahkamah ini difailkan pada November 2018 oleh dua bekas pekerja Riot Games Melnie McCracken dan Jess Negron atas diskriminasi jantina dan beberapa masalah gangguan seksual. “Ini merupakan hari terbaik untuk wanita di Riot Games dan semua wanita yang berada di dalam industri permainan video dan teknologi.” “Mereka semua berhak untuk mendapat tempat kerja yang bebas gangguan dan diskriminasi” menurit plaintif. Riot Games just telah bersetuju untuk membuat reformasi dalam polisi bekerja mereka. Ini termasuk ketelusan mengenai pembayaran skala gaji dan tidak menggunakan gaji di takuk lama. Rujukan: WashingtonPost

Read More

PC

Yve dikenakan ban sebanyak 71 kali di dalam Kejohanan Dunia M3

Kejohanan Dunia M3 mengumpulkan 16 pasukan dari serata dunia bertanding untuk merebut gelaran juara serta piala kemenangan dan wang hadiah lumayan. Pasukan Blacklist International berjaya muncul juara selepas menewaskan pasukan ONIC PH dengan skor 4-0. Setiap perlawanan yang berlaku pasti akan melalui sesi drafting yang menjadi kunci kemenangan setiap pasukan. Pasukan yang dapat membaca draft pihak lawan akan mendapat kelebihan di dalam perlawanan. https://www.instagram.com/p/CYEHY9SBPE_/ Yve memegang tempat pertama dalam jumlah hero di ban di dalam Kejohanan Dunia M3 sebanyak 71 kali, manakala Hayabusa sebanyak 63 kali dan Phoveus sebanyak 47 kali. Seterusnya, Paquito di tempat keempat dengan 44 kali larangan dan Natan sebanyak 43 kali larangan. Kesemua hero ini mampu mengubah nasib pasukan M3 dan mereka menjadi salah satu hero meta ketika itu. Sumber dan foto: MPL MY

Read More

PC

Permainan RPG ikan yu Maneater akan dilancarkan pada hujung minggu ini

Jarang sekali kita mendengar tentang permainan video role-playing game (RPG) di mana kita bermain sebagai seekor ikan yu. Itulah premis permainan video Maneater, judul yang dibangunkan oleh Tripwire Interactive.

Read More

PC

Siri Dark Souls mencecah 27 juta unit jualan

Siri Dark Souls bermula pada tahun 2011 dengan pelancaran judul pertamanya iaitu Dark Souls dan judul terakhirnya Dark Souls: Remastered dilancarkan pada tahun 2018.

Read More

Showing 61 - 66 of 66 Results
1 4 5 6