PC
Agent VALORANT dari Filipina , Neon akhirnya didedahkan
Januari sudah tiba dan tempoh VALORANT Episod 3 Act 3 hampir tiba ke penamatnya. Dengan ini, Riot Games mendedahkan ejen yang bakal dilancarkan. Seperti yang dijangkakan tidak beberapa lama lalu, watak ini memang bertemakan petir dan berasal dari Filipina.
Nama ejen ini Neon dan beliau berasal dari Filipina. Watak ini juga berperanan sebagai Duelist, yang menjadikan beliau Duelist ke-6 permainan ini.
Sebagai watak Duelist, watak ini amat sesuai untuk menembusi barisan pertahanan pasukan lawan, dan semestinya kebolehan beliau amat membantu dalam perkara ini.
Pertama sekali, beliau boleh lari lebih laju daripada biasa. Kebolehan ini menjadikan peranan beliau penting dalam mencari entry frag apabila menembusi tapak Spike.
Nampaknya, Neon juga boleh bergelongsor seperti di Apex Legends jadi bagi pemain yang inginkan watak laju seperti bermain Apex Legends, inilah watak yang ada patut cuba.
Neon juga mempunyai beberapa lagi kebolehan yang membantu menembusi barisan pertahanan watak seperti letupan dan dinding.
Akhir sekali, kebolehan Ultimate beliau sungguh menyeronokkan. Pemain mampu menembak petir dari jarinya sambil belari dengan pantas.
Watak ini bakal dilancarkan dan dijangkakan akan berada di dalam permainan pada 11 Januari.
Pasukan VALORANT Thailand, X10 CRIT, dibubarkan
X10 CRIT dilaporkan sudah berpisah dengan barisan SEA VALORANT menjelang VALORANT Champions Tour (VCT) 2022.
Pasukan itu melebihi jangkaan di VALORANT Champions 2021 apabila mereka menyingkirkan antara pasukan terbaik kejohanan, Envy, pada awal peringkat kumpulan. Mereka kemudiannya mencabar juara VCT Berlin Gambit di suku akhir, sebelum akhirnya tewas dalam siri itu dalam kekalahan tipis 2-1.
Thank you for making us believe, when everyone counted us out.
— X10 CRIT (@X10CRIT) January 4, 2022
All the best in the next part of your journey ❤️#X10CRIT pic.twitter.com/XRGcYpitBG
Selepas tamatnya VCT Champions 2021, X10 CRIT mendedahkan bahawa bintang muda pasukan Patiphan ‘Patiphan’ Chaiwong akan kembali ke Overwatch bersama Los Angeles Gladiators.
Masa depan pemain yang tinggal tidak diketahui untuk jangka masa yang singkat, walaupun kini didedahkan bahawa pemain yang tinggal akan mencari pasukan baharu.
Pada masa ini tidak diketahui sama ada ahli yang tinggal akan mencari pasukan lain sebagai satu kumpulan atau jika mereka secara individu akan mengejar tawaran mereka sendiri.
Rantau SEA kini berada pada tahap tertinggi sepanjang masa selepas X10 CRIT dan Team Secret dapat mewakili rantau ini dalam playoff VCT Champions 2021.
X10 ialah organisasi e-sukan Thailand yang bermain di VCT SEA sepanjang 2021, sebelum bergabung dengan CRIT Esports pada November sebelum bermulanya VCT Champions 2021. Pasukan ini juga diketuai oleh Chow Weng Fai dari Malaysia.
Sumber: Twitter
Kini lebih sopan – Beberapa pakaian karakter Genshin Impact ditukarkan oleh miHoYo
Genshin Impact hari ini mengumumkan beberapa karakter akan ditukarkan pakaian mereka dengan sedikit kelainan pada rekaan.
Penukaran ini dibuat seiring dengan peraturan dari Parti Komunis China yang sudah mengeluarkan beberapa peraturan baru untuk industri permainan video di China.
Bagi Genshin Impact, empat karakter pertama yang mendapat perubahan ini adalah Jean, Amber, Rosaria dan Mona.
Perubahan ini boleh dikatakan untuk mengikut peraturan penapisan yang sudah dibuat.
Beberapa karakter dari Genshin Impact juga akan ditukarkan rekaan baju mereka.
Namun, penukaran pakaian karakter-karakter itu hanya akan berlaku di server China sahaja.
Tetapi bagi server di luar China, pemain akan mendapat rekaan baju baru ini sebagai skin baru penambahan pakaian sedia ada.
Menurut miHoYom rekaan baju ini bukanlah rekaan terakhir dan berkemungkinan beberapa perubahan akan berlaku lagi.
Selepas ini karakter dari Liyue dan Inazuma juga pasti akan mendapat rekaan terbaru untuk mengikut peraturan industri permainan video di China.
Zeri dari Zaun – champion ADC baru League of Legends
League of Legends kini mengumumkan champion yang ke-158 mereka. Zeri, The Spark of Zaun akan datang nanti untuk musim ke-12 League of Legends.
Riot Games mengumumkan karakter ini dengan mengeluarkan biografinya di laman League of Legends.
Zeri berasal daripada Zaun yang menjadi salah satu tempat yang menonjol dalam Arcane.
Zeri dikatakan akan menjadi AD Carry baharu.
Senjata yang akan digunakan oleh Zeri ialah senapang yang menembak peluru berdasarkan emosinya.
Pistol ini juga akan menggunakan kuasanya yang mempunyai elektrik.
Champion ini juga akan menonjolkan kehebatan bergerak dengan pantas.
Nantikan maklumat lanjut dari Riot Games untuk pengumuman Zeri seterusnya.
Need For Speed mudah alih sedang dibangunkan oleh TiMi Studios
TiMi Studios salah satu pembangun permainan mudah alih yang amat berpengaruh di industri permainan. Antara permainan yang dihasilkan mereka seperti Pokemon UNITE, Call of Duty Mobile, Honor of Kings, Arena of Valor dan lain lagi.
Kini, TiMi Studios akan menghasilkan permainan Need For Speed baru untuk peranti mudah alih.
Perkara ini dijumpai di Reddit oleh pengguna bernama u/RemKiad di mana beliau terjumpa tawaran kerja Tencent Careers yang mencari animator 3D, pakar reka bentuk, perancang permainan dan pengurus projek antara jawatan lain di dalam dan di luar Shenzhen dan Shanghai.
Peluang perkejaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
“Reka bentuk pelbagai mod permainan permainan mudah alih perlumbaan realistik dunia besar atau reka bentuk pengalaman perlumbaan 3C; penyusunan pelbagai pelan reka bentuk yang berkaitan dan senarai permintaan; membuat keputusan dan susulan pelbagai tugas dalam proses penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan komunikasi yang berkualiti dan lancar dalam kumpulan; ikut Advance dan analisis data statistik, rumuskan rancangan pengoptimuman susulan berdasarkan data dan maklum balas, dan susulan pembangunan khusus.”
Berdasarkan kenyataan di peluang perkejaan itu, kita boleh memberi inferens bahawa permainan itu akan menjadi permainan mudah alih dan juga akan mempunyai dunia terbuka yang besar yang boleh diterokai oleh pemain.
Sebuah bukti yang dijumpai oleh pengguna Reddit itu juga adalah rancangan permainan yang menunjukkan permainan yang bakal hadir.
Setakat ini, belum ada makluman rasmi tentang permainan ini, tetapi ia dijangkakan akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.
Sumber rujukan: Reddit
Anime Dota 2, Dragon’s Blood mungkin ditangguhkan
Anime DOTA Dragon’s Blood yang dilancarkan pada Mac 2021 adalah salah satu anime yang menarik bagi peminat Dota 2. Ia dianggap perkembangan latar belakang penceritaan kepada dunia Dota dan pasti akan menjadi tarikan perhatian bagi yang ingin mendalami lebih lagi ke dunia Dota.
Namun, laporan menyatakan bahawa musim kedua Dragon’s Blood akan ditangguhkan.
Menurut halaman DOTA: Dragon’s Blood di Netflix, musim kedua “akan datang pada 18 Januari,” apabila sebelum ini ia menyatakan bahawa musim itu akan keluar pada 6 Januari tahun ini.
Bagi mereka yang sudah menonton musim pertama dan tidak sabar menanti musim kedua, mereka mungkin perlu menunggu pengumuman rasmi daripada Valve walaupun kemungkinan besar tarikh tayangan dipindahkan ke 18 Januari.
Musim pertama Dragon’s Blood mengandungi 8 episod jadi boleh dikatakan bahawa musim kedua mungkin mengandungi 8 episod juga.
Sumber rujukan: AFK Gaming
Permainan pencipta Bioshock seterusnya menghadapi masalah pembangunan
BioShock adalah salah satu permainan terbaik pada eranya hasil idea Ken Levine. Ia berjaya menggabungkan elemen seram bersama plot penceritaan yang amat mantap. Manakala, sambungannya, BioShock Infinite pula ditukar hala tuju dan permainan itu lebih ke arah permainan aksi. Walaupun begitu, BioShock Infinite masih mengekalkan tahap penceritaan luar biasa dan permainan itu masih hebat jika dimainkan pada waktu sekarang.
Namun demikian, laporan menyatakan permainan baru Ken Levine, ketua studio permainan itu, menghadapi masalah pembangunan.
Menurut wartawan industri permainan video Jason Schreier, bahawa Ghost Story, bahagian Take-Two Interactive yang mempunyai kakitangan bekas ahli studio lama Ken Levine, Irrational Studios, pada asalnya sepatutnya melancarkan permainan kecil pada tahun 2017. Projek itu adalah penembak sci-fi yang terletak di stesen angkasa lepas yang penuh misteri di mana tiga puak akan bertindak balas terhadap tindakan pemain tersebut.
Tetapi skop projek itu nampaknya lebih besar daripada yang boleh dikendalikan oleh pasukan 30 orang, termasuk ‘sistem dialog rumit yang akan berubah berdasarkan pilihan pemain.’ Sehingga 2022, projek itu nampaknya berulang semula beberapa kali dan masih tidak mempunyai nama atau tarikh pelancaran.
Levine juga dikatakan sebagai punca masalah ini kerana beliau inginkan kesempurnaan. Menurut beberapa staf yang pernah berkerja bersama beliau, mereka mengatakan bahawa projek akan tiba-tiba dibaik pulih atau dibatalkan selepas berbulan-bulan bekerja. Oleh itu, permainan ini dilaporkan sudah bertukar arah berkali-kali.
Sumber rujukan: GameRant
Shenhe kini tiba di Genshin Impact – Video Demo Karakter
Shenhe merupakan salah satu karakter baru lima bintang Cryo untuk Genshin Impact.
Shenhe akan datang ke Genshin Impact untuk kemas kini 2.4 bermula esok 5 Januari 2022.
Karakter baru ini akan menjadi karakter support atau sub-dps cryo yang menggunakan polearm.
Elemental Skill: Spring Spirit Summoning
Elemental Skill Shenhe digelar Spring Spirit Summoning apabila digunakan akan memberi satu buff kepada pasukan lain dengan efek Icy Quill sambil menyerang musuh.
Elemental Burst: Divine Maiden’s Deliverance
Elemental Burst pula digelar Divine Maiden’s Deliverance yang akan mengeluarkan satu Roh Cryo untuk menyerang musuh dan juga mengurangkan Cryo resistance terhadap musuh.
Sesuai untuk membuatkan karakter cryo anda mendapat lebih banyak damage.
Dalam cerita Genshin Impact Shenhe adalah seorang yang berkait rapat dengan Cloud Retainer.
Shenhe juga adalah makcik kepada Chongyun yang juga termasuk dalam clan yang sama.
Kemas kini terbaru Genshin Impact Versi 2.4 akan datang 5 Januari ini.
Juara TI10, Yatoro menyuarakan kebimbangannya tentang format DPC 2021-22
Illya “Yatoro” Mulyarchuk, salah seorang pemain dari pasukan juara The International 10, Team Spirit, menyatakan pendapat beliau tentang format Dota Pro Circuit (DPC) 2021-22 tahun ini.
Beliau berpendapat bahawa jumlah perlawanan yang rendah setiap minggu seperti disengajakan agar bootcamp menjadi lama dan ini amat meletihkan bagi seorang pemain.
Sebagai contoh, Yatoro menyatakan ia mencabar untuk beliau bermain 1 perlawanan profesional dalam tempoh 10 hari, dan ini bermakna ia akan menjadikan bootcamp selama dua bulan.
“Saya bercakap untuk diri saya sendiri – ia sangat menyakitkan apabila anda bermain satu perlawanan dalam sepuluh hari dan anda perlu menjalani dua bulan bootcamp sepanjang masa. Anda duduk di sana, anda bermain satu perlawanan, anda menang – hooray, perlawanan seterusnya adalah dalam 11 hari.
“Ia meletihkan. Seolah-olah sengaja dipanjangkan, untuk meletihkan kita,” kata Yatoro kepada RuHub Media.
Malah, pengurus Team Spirit juga menyatakan bahawa jadual seperti ini sangat hambar dan mengekang kebebasan pemain.
“Dengan jadual seperti itu, anda tidak mempunyai kehidupan. Anda datang ke sini, anda tinggal di sini selama sebulan setengah, kemudian anda pergi selama sepuluh hari.
“Kemudian anda datang ke bootcamp sebelum pusingan Major, dan kemudian anda sampai ke pusingan Major.
“Kemudian anda pergi lagi selama sepuluh hari dan kembali bootcamp semula. Dalam setahun, anda akan hidup tenang paling lama sebulan atau sebulan setengah,” kata Dmitry “Korb3n” Belov, pengurus pasukan itu.
Pemain lain seperti kpii, KuroKy, dan Puppey juga pernah menyuarakan pendapat yang sama tentang DPC musim lalu. Oleh itu, ini bukanlah masalah baru dan perlu dilihat oleh Valve dan penganjur acara.
Sumber rujukan: RuHub Media, CyberSport.ru, AFK Gaming
Pemain pro VALORANT tidak berpuas hati dengan susunan acara permainan tahun ini
VALORANT Challengers Tour (VCT) 2021 adalah acara besar pertama untuk permainan penembak taktikal itu, dan acara sepanjang tahun ini diterima dengan positif oleh pemain pro dan peminat seluruh dunia. Namun, dalam kejayaan mereka, Riot Games masih ingin meningkatkan taraf e-sukan VALORANT pada tahun ini.
VCT 2022 menerima beberapa perubahan ketara kepada jadualnya dan perubahan ini menerima maklumbalas yang kritikal dari pemain profesional VALORANT.
Perubahan format dan jadual ini bermaksud untuk memperbaiki VCT 2022, namun perubahan seperti kelayakan terbuka mungkin akan menyisihkan pasukan dan pemain profesional pada tahun ini.
Salah satu pemain profesional dari Envy, Jaccob ‘yay’ Whiteaker, menyatakan kebimbangan beliau tentang pusingan kelayakan terbuka itu.
isn’t it kinda messed up that for the upcoming VCT if you lose one open qualifier you’re out for the next 5-6 months in terms of riot events? 😅 especially since there’s about to be a ton of changes (balances + chamber/yoru rework/new agent)
— yay (@yayFPS) December 30, 2021
Beliau menyatakan jika pasukannya tertewas dalam salah satu pusingan kelayakan terbuka, maka pasukannya tidak dapat bertanding dalam 6 bulan seterusnya.
Pemain lain juga menyatakan mereka tentang perubahan VCT 2022. Menurut ketua pasukan Built By Gamers Jake ‘POACH’ Brumleve, satu kelayakan untuk membuktikan diri anda sepanjang tahun VCT adalah tidak munasabah.
Last year’s VCT was a bit confusing and overwhelming to understand but it was a near-perfect format. Seems like we just went backwards in progression for competition development. One qualifier to prove yourself for the entire year of VCT is unreasonable.
— POACH (@Poach) December 30, 2021
Kebimbangan ini juga disuarakan oleh jurulatih Ghost Gaming di mana beliau menyatakan bahawa format ini meletakkan pasukan serta pemain dalam posisi yang berbahaya kerana meta baharu yang bakal muncul tahun ini.
I’d understand if franchising had that 12-team format but this isn’t franchising. Like you said, it puts way too much in the hands of a single open qualifier, especially when the meta will be brand new. Potentially puts orgs, players, and coaches in a very insecure spot for ‘22.
— GHOST kaplan (@itskaplan) December 30, 2021
Namun demikian, Riot Games belum mendedahkan jadual rasmi serta tarikh tetap untuk VCT 2022.
Sumber rujukan: Dexerto
Pengarah permainan VALORANT meninggalkan pasukan pembangunan VALORANT
Populariti VALORANT sememangnya melonjak sejak dilancarkan pada tahun 2020, pembangunan dan penyelenggaraan pada permainan itu jelas menjadi keutamaan yang besar untuk pembangunnya, Riot Games. Ini menjadikan pemergian Pengarah Permainan, Joe Ziegler, baru-baru ini lebih memberi kesan apabila VALORANT terus menarik pemain baharu dan memperkenalkan kandungan baharu untuk memastikan pemain semasa kembali ke permainan.
Menurut bual bicaranya bersama Polygon, Ziegler adalah individu yang muncul dengan idea VALORANT semasa beliau berfikir tentang permainan lain yang Riot Games boleh usahakan.
Perlu diingat bahawa Ziegler meninggalkan pasukan pembangunan VALORANT bukanlah bahawa pengarah berpisah sepenuhnya dengan Riot Games, tetapi sebaliknya berkaitan dengan projek baharu yang sedang dimulakan.
Selain itu, pembangunan masa depan tidak akan berjalan tanpa kepimpinan, kerana Ziegler menamakan pengganti sebagai Pengarah Permainan dalam kenyataan rasmi yang mengumumkan perubahan dalam pembangun.
Andy Ho, yang dilantik oleh Ziegler sebagai pengganti untuk mengambil alih gelaran Pengarah Permainan untuk pasukan VALORANT agar pembangunan diteruskan ke hadapan. Memandangkan usaha dan kerja Ho sebelum ini dalam permainan, permainan ini pasti akan dikembangkan dalam gaya yang baik serta masih dikenali oleh peminat sedunia.
Buat masa ini, Ziegler akan menjalankan projek terbaharu beliau bersama Riot Games, walaupun tiada maklumat lanjut yang diumumkan beliau tentang projek ini. Mudah-mudahan, projek baharu ini akan dapat memanfaatkan semangat dan kerja berdedikasi Ziegler seperti mana VALORANT membangun dan bertambah baik dengan ejen baharu seperti Chamber.
Tambahan pula, dengan sebahagian besar pengurusan yang tinggal adalah veteran untuk pembangunan VALORANT, judul FPS terulung Riot Games masih berada di tangan yang baik apabila pembangun terkemuka beralih.
Walau bagaimanapun, pengumuman ini juga membuatkan peminat membuat spekulasi tentang apa yang mungkin dirancangkan oleh Riot Games yang memerlukan set kemahiran Ziegler untuk mula mengerjakan projek baharu ini.
Sumber rujukan: Dotesports, Polygon
Parodi Battlefield 2042 dilancarkan di Steam dengan ulasan baik
Riverside Sports melancarkan Clownfield 2042, parodi Battlefield 2042 serta maklumat lanjut tentang mod permainan berbilang pemain yang berbeza.
Pemain yang mendalami Clownfield 2042, sebagai contoh, boleh mengharapkan peta yang dipenuhi dengan cuaca hambar dan kejadian yang biasa-biasa sahaja. Sementara itu, sistem AI musuh yang ‘mudah’ akan mencukupi untuk keperluan pengalaman penembak orang pertama poli rendah.
Idea permainan ini muncul selepas pelancaran Battlefield 2042 yang sungguh mengecewakan dan penuh kontroversi kerana status permainan yang sangat bermasalah. Ia juga menerima status sebagai 10 permainan yang tercorot di Steam.
Permainan Battlefield terkini mengalami masalah dari segi prestasi di semua platform serta mempunyai banyak isu grafik.
Sekurang-kurangnya, DICE cuba menambah baik pengalaman dengan mengeluarkan banyak tampung selepas pelancaran dan menjanjikan pembaikan tambahan pada tahun akan datang.
Battlefield 2042 dilancarkan pada pertengahan November dan ia menandakan perbezaan yang ketara daripada judul terbaru francais yang lain. Battlefield baharu tidak mempunyai unsur cerita tersendiri tetapi ceritanya boleh difahamkan dari sedutan treler yang pelbagai di YouTube.
Yang menimbulkan rasa tidak puas hati ramai peminat lama, Battlefield 2042 juga meninggalkan sistem Class lama demi sesuatu yang mempromosikan Specialist.
Dengan penerbit Electronic Arts merancang untuk mengembangkan lagi alam Battlefield dengan visi baharu yang diketuai oleh Vince Zampella, adalah selamat untuk menganggap francais itu tidak akan berhenti membuat pelarasan kepada formula asas dalam masa terdekat.
Anda boleh mendapatkan Clownfield 2042 di Steam dengan harga RM3 sahaja.
Sumber: Steam