PC

PC

Nigma Galaxy melantik Ashraf Firdaus sebagai jurulatih pasukan VALORANT

Sekitar hujung tahun lepas Galaxy Racer dan Team Nigma, dua organisasi e-sukan bergabung bersama demi menggabungkan jenama e-sukan, kandungan e-sukan dan gaya hidup besar Galaxy Racer dengan kepakaran kompetitif Nigma.

Dengan langkah ini, Nigma dijenamakan semula kepada Nigma Galaxy dan mengetuai bahagian e-sukan Galaxy Racer dari ibu pejabatnya di Abu Dhabi.

Selain itu, mereka juga menubuhkan beberapa lagi pasukan seperti PUBG Mobile, Free Fire, CSGO dan VALORANT di samping pasukan utamanya iaitu Dota 2.

Dalam usaha membangun pasukan VALORANT Nigma Galaxy atau NGX, mereka melantik Kolenaw dari Finland sebagai penganalisis pasukan. Mereka juga menamakan Ashraf Firdaus dari Malaysia sebagai jurulatih VALORANT pasukan itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Nigma Galaxy (@teamnigma)

Ashraf Firdaus, atau dikenali sebagai acAp dalam permainan, adalah seorang veteran yang pernah bermain untuk kebanyakan pasukan CSGO terbaik Malaysia. Pemain berusia 28 tahun itu pernah bermain untuk pasukan MVP Karnal, FrostFire dan Fire Dragoon E-sports.

Beliau juga berjaya merangkul gelaran juara dalam pelbagai kejohanan seperti Taiwan Excellence Esports Cup 2019, eXTREMESLAND ZOWIE Asia CS:GO 2018, Asean Games for E-Sports 2016 dan banyak lagi kejohanan besar di sekitar rantau Asia.

Kini, beliau aktif dalam dunia VALORANT dan kali terakhir dilihat beliau bermain sebagai pemain pasukan UwU, kini dikenali sebagai Bleed eSports, dalam VCT Stage 3 – SEA Challengers Playoffs. Beliau kini menyandang peranan jurulatih pertamanya dalam kerjaya e-sukannya.

Ikuti beliau di laman Facebook rasminya di sini, atau Instagram beliau di sini.

Sumber rujukan: Instagram

Read More

CONSOLE

Kerana video lucah Tifa (Final Fantasy VII), mesyuarat kerajaan Itali terganggu

Para penggubal undang-undang di Itali baru-baru ini mengadakan satu mesyuarat di Zoom mengenai ketelusan data yang perlu dibuat untuk keputusan kerajaan Itali.

Namun malang tidak berbau, terdapat satu individu yang menganggu siaran itu dengan memainkan video lucah CGI Final Fantasy VII, Tifa Lockhart sedang bersetubuh.

Mesyuarat itu diketuai oleh Senator Five Star Movement, Maria Laura Mantovani dan pada setengah jam pertama semuanya berjalan lancar.

Tetapi ketika beliau mahu memperkenalkan Giorgio Parisi, salah seorang pemenang Nobel Prize, klip itu kemudiannya dimainkan.

Klip itu dimainkan selama 30 saat sebelum akhirnya ditutup oleh admin mesyuarat Zoom itu.

Mantovani ketika itu masih bercakap dan tidak sedar tentang apa yang berlaku dan berhenti apabila ada orang menjerit ‘pesalah seks’ di dalam bahasa Itali.

Kejadian ini bukan pertama kali berlaku. Sebelum ini juga di Facebook, video lucah FFVII juga pernah dimainkan ketika siaran langsung Senato TV.

Read More

CONSOLE

Microsoft mengambil alih Activision Blizzard, ini apa yang mungkin akan berlaku

Industri permainan video digemparkan dengan berita Microsoft yang mengambil alih syarikat Activision Blizzard dengan harga AS$68.7 billion (RM288 billion). Ini menjadikannya pembelian syarikat yang terbesar dan termahal dalam industri ini.

Activision Blizzard adalah studio yang bertanggungjawab membawa permainan yang pasti dikenali ramai seperti Call of Duty dan World of Warcraft. Tetapi, ia juga terkenal dengan pelbagai isu diskriminasi dan gangguan seksual di tempat kerja.

Dalam langkah gergasi ini, terdapat beberapa perkara signifikan akan berlaku. Antaranya adalah penurunan Bobby Kotick sebagai CEO Activision Blizzard apabila selesainya penggabungan itu. Kotick dilaporkan bersubahat dalam kes-kes yang melanda pejabat Activision Blizzard. Semoga dengan ini, pekerja Activision Blizzard akan terlindung dari masalah yang kritikal itu.

Selain itu, untuk pemain, kita juga dijangka akan menerima lebih banyak permainan dalam servis langganan Game Pass.

Antara francais yang mungkin akan disertakan dalam Game Pass adalah seperti berikut:

  • Overwatch,
  • Diablo,
  • Call of Duty,
  • Warcraft,
  • Candy Crush,
  • Starcraft

Permainan Ekslusif

Ada yang berpendapat bahawa permainan-permainan seperti Call of Duty atau Overwatch akan menjadi ekslusif kepada konsol Xbox serta PC. Namun, Microsoft membidas dengan menyatakan hanya sesetengah permainan akan menjadi ekslusif kepada Xbox dan mereka akan terus menghasilkan permainan Activision untuk konsol saingannya, PlayStation.

Ironinya, disebabkan Activision menerbitkan Crash Bandicoot baru-baru ini, ini bermakna ikon PlayStation terkenal itu kini dimiliki oleh Microsoft. Ini juga bermaksud akan ada kemungkinan bahawa francais Crash Bandicoot boleh dijadikan permainan eksklusif Xbox.

Tamatkah Dominasi Sony?

Dengan gabungan ini, pelbagai permainan gred AAA akan disertakan dalam Game Pass yang tidak begitu mahal untuk dilanggan. Dengan hanya AS$9.99 (RM 40) sebulan, pelanggan dapat menikmati lebih ratusan permainan yang ditawarkan dalam langganan Game Pass. Ia berbeza jika dibandingkan dengan Sony dimana langganan PlayStation Plus akan menawarkan dalam 3 – 4 permainan setiap bulan.

Tambahan pula, strategi Microsoft dalam menangani krisis ketandusan konsol Xbox Series X/S kelihatan teguh. Manakala, Sony pula bercadang untuk menambah pengeluaran konsol PlayStation 4 demi mengurangkan tekanan permintaan konsol PlayStation 5.

Ia kelihatan seperti Microsoft akan merembat pasaran konsol pada generasi ini buat masa ini.

Pemain Yang Untung

Walau apa pun yang berlaku pada Activision Blizzard, Microsoft, malah pun Sony, yang jelas adalah para pemain dan peminat yang akan paling untung. Mereka akan menerima pelbagai kelebihan dan faedah daripada gabungan ini.

Adakah langkah ini akan membuka pintu untuk Sony melakukan sedemikian? Kita hanya mampu tunggu dan lihat.

Sumber rujukan: Bloomberg

Read More

PC

Ini sebab kenapa pemain Dota 2 Malaysia, MidOne, kecewa dengan pembatalan DPC

Pembatalan Dota Pro Circuit (DPC) 2021-2022 adalah sebuah keputusan yang terpaksa dilakukan oleh penganjur acara serta Valve. Keputusan sukar ini dilakukan atas kebimbangan penularan COVID-19 serta variannya.

Walaupun keputusan ini terpaksa dilakukan, ramai pemain profesional tidak berpuas hati dengan cara Valve menanganinya. Ini termasuklah MidOne, pemain profesional Dota 2 dari Malaysia yang kini bermain untuk Team SMG.

Prestasi Team SMG sepanjang musim DPC SEA agak menakjubkan, dengan hanya tewas 2 kali dalam 7 perlawanan. Pasukan ini sepatutnya layak ke pusingan Major tahun ini tetapi malangnya ia tidak dapat berlaku.

Menurut Yeik Nai Zheng atau dikenali sebagai MidOne, kejayaan mereka di DPC SEA 2021-2022 adalah sebuah kejayaan kecil.

“Saya tak kata kemenangan Team SMG sebagai kejayaan tapi pastinya, ia adalah kemenangan kecil buat saya. Anda tahu, semua pemain menyasarkan Aegis.

Selain daripada itu, MidOne juga kecewa kerana tidak mampu membuktikan dirinya di Major.

“Kecewa tak dapat bermain secara LAN. Saya tak dapat buktikan diri saya di sana. Saya rasa semua orang mahu bersaing dengan setiap pasukan di seluruh dunia dan bukannya hanya di rantau. Tak sabar nak main di Major tapi kini dibatalkan pula,” katanya.

 

Selepas memberi ruang kepada Anathan Pham atau dikenali sebagai ‘ana’, MidOne ingin membuktikan diri serta dapat menunjukkan bahawa beliau berbeza sekali dengan ana.

Nampaknya kita bakal melihat MidOne beraksi dengan garang demi membuktikan diri beliau dan menghilangkan dahaganya untuk menjulang piala Aegis of the Champions pada The International akan datang.

Sumber rujukan: AFK Gaming

Read More

PC

Ini beberapa Agent VALORANT yang tidak lagi meta, tukar Agent anda sekarang

Permainan penembak taktikal VALORANT sentiasa menerima penambahbaikan serta kandungan baru. Baru-baru ini, kita menerima watak atau Agent baru iaitu Neon, seorang watak berperanan Duelist yang pantas. Dengan penambahan Neon serta beberapa perubahan kita dapat lihat bahawa permainan serba sedikit berubah metanya.

Ini beberapa watak yang sudah tidak meta dalam VALORANT.

Omen

Omen salah satu watak paling penting untuk dimainkan oleh sebuah pasukan. Ini kerana keupayaan ‘smoke‘ nya yang hampir tiada had jarak serta keupayaan blind yang baik. Keupayaan Ultimatenya juga baik untuk bermain di sekitar peta.

Namun, nilai keupayaan beliau diganti oleh Astra di mana Astra lebih fleksibel dengan asapnya serta beberapa pantas waktu diperlukan antara penggunaan asap. Omen memerlukan lebih kurang 40 saat, manakala Astra tidak mengambil masa lama, bawah 10 saat.

Daripada kadar pilihan tertinggi pada acara kompetitif hingga kini antara yang terendah, Omen kini mungkin sudah tiada tetapi beliau tidak dilupakan.

Agent yang lebih baik: Astra. Keupayaan beliau serta cooldown yang pantas menjadikan beliau Controller yang lebih bernilai dalam mana-mana perlawanan. Ultimatenya, Cosmic Divide, berguna untuk pusingan yang memerlukan laluan selamat dari setempat ke setempat.

Brimstone

Seorang lagi Agent berperanan Controller, beliau juga mengutamakan permainan asap disekitar peta. Kelebihan Stim Beacon beliau juga tidak memberi impak yang besar kepada permainan. Tetapi, kelebihan beliau bergantung kepada kelebihan Ultimatenya, Orbital Strike. 

Namun, Astra dan Viper lebih bernilai dari segi utiliti mereka. Jadi, penggunaan Brimstone dalam ruang kompetitif berkurang hari demi hari.

Agent yang lebih baik: Sekali lagi, Astra. Brimstone dan Astra mempunyai tempoh halangan asap paling lama dalam permainan. Tetapi asap Brimstone terhad kepada tiga sahaja, manakala asap Astra bergantung kepada cooldown serta bintang yang masih tinggal.

Yoru

Antara watak Duelist yang paling sukar digunakan tapi beliau juga watak yang paling kurang digunakan dalam permainan ini.

Set keupayaannya amat terhad dalam apa-apa situasi, malah ia juga mudah untuk ditentang. Keupayaan Blindside juga tidak boleh diharapkan kerana lantunan yang agak sukar untuk diagak lalu membutakan seluruh pasukan sendiri.

Tetapi gabungan keupayaan E serta Ultimatenya adalah gabungan yang kuat jika dapat dipakai, tetapi ia tidak mampu memberi nilai yang sama berbanding watak lain dalam permainan.

Di sini kita dapat lihat bahawa Yoru amat sesuai sebagai Agent solo kerana keupayaannya yang kurang berkesan untuk bermain sebagai sebuah pasukan.

Agent yang lebih baik: Untuk Agent pantas, penulis menyarankan Jett atau Neon. Ini kerana set kebolehan Neon dapat membantu ahli pasukan menembusi tapak Spike dgn mudah berbanding Yoru. Jett juga berguna dalam aspek membawa nilai kepada pasukan dengan asap Cloudburst serta lebih fleksibel dari segi pergerakan.

Ini beberapa saranan untuk anda memperbaiki pilihan watak anda di VALORANT. Apakah lagi Agent yang sudah lama anda tidak nampak dalam sebuah perlawanan VALORANT.

Read More

PC

Lelaki Filipina melamar cinta hati dalam Genshin Impact

Siapa kata pemain game tidak romantik?

Ronica Pilar Mejica Cabasag dilamar oleh teman lelakinya Jerome Javillonar melalui Genshin Impact.

Jerome pada malam itu mengajak Ronica untuk ke rumahnya kerana ada kejutan yang dibuat olehnya.

May be an image of text that says "Jessie UID 805893455 GENSHIN IMPACT"

Teman lelakinya adalah seorang yang sangat pendiam dan jarang sekali menunjukkan kasih sayang secara berdepan.

Cabansag hanya mengjangkakan cuma malam yang biasa.

Namun, Jerome sudah membuat satu kejutan yang paling comel melalui Serenity Teapot.

Selepas beberapa ketika, Jerome terus melamar teman wanitanya dengan memberikan cincin.

No photo description available.

Tidak sangka Genshin Impact yang menjadi permainan kegemaran dan kesukaan ramai boleh menjadi medium untuk sesuatu seperti ini.

Read More

PC

Ramai marah dengan Valve kerana batalkan Dota Pro Circuit Winter Tour Major 2022

Sejak pembatalan Dota Pro Circuit Winter Tour Major 2022 (DPC), Valve sudah banyak menerima kritikan dari pemain profesional dan juga peminat.

Valve bertindak untuk membatalkan Major itu dan membuat pengumuman di blog mereka.

Pemain profesional, pencipta kandungan, krew penyiaran dan juga peminat tidak menyukai keputusan ini.

Sumail juga sudah mengeluarkan pendapat beliau mengenai hal ini.

“Jika semua pasukan membuat keputusan untuk tidak bertanding mungkin sistem akan lebih stabil, komunikasi yang lebih baik atau Dota mati sepenuhnya. Kedua-dua ini lebih baik dari apa yang berlaku sekarang,”

Ponlodota juga membuat kenyataan beliau mengenai hal ini.

“Kenapa sedikit daripada prize pool tidak diberikan secara adil kepada semua pasukan yang layak atau akan layak?”

DPC major ini mempunyai jumlah wang terkumpul yang besar iaitu AS$500,000 yang membawa banyak pasukan hebat dari pelbagai negara untuk DPC.

Ada juga orang yang mengatakan Valve sebenarnya tidak melihat pengulas, pemain dan pasukan sebagai partner tetapi sebagai kontraktor yang hanya dibayar asalkan mereka menolong.

Valve juga sudah mengeluarkan kenyataan mohon maaf dan juga sedang membuat pelan baru untuk LAN kedua.

Read More

PC

Ares kini senjata paling berbaloi dan kuat di VALORANT

Baru-baru ini, VALORANT menerima kemas kini yang memperkenalkan watak ke-19 iaitu Neon dari Filipina yang pantas dan berkuasa petir. Selain itu, pelbagai senjata serta peta menerima perubahan yang ketara. Anda boleh membaca perubahan dengan terperinci di sini. Pendek kata, Ares menerima penambahbaikan yang tidak dijangka dan kini mendominasi permainan penembak taktikal itu.

Jelasnya, VALORANT kini diambang meta baharu pada musim ini.

Menurut nota kemas kini, Spectre menerima perubahan signifikan kepada sifatnya sebagai senjata run-and-gun. Spectre kini dijadikan tidak konsisten agar dapat mengurangkan kejadian run-and-gun.

Hal ini menjadikan Ares yang sudah ditambah baik sebagai senjata yang lebih bermanfaat pada pusingan awal.

Ares juga menawarkan klip peluru yang besar serta kebolehan untuk menembus beberapa permukaan.

Malah, Ares kini menjadi pilihan yang berdaya maju kerana ia lebih berbahaya daripada Vandal dan Phantom kerana kepantasan senjata itu.

Tambahan pula, Ares hanya bernilai 1,550 manakala Vandal dan Phantom hampir dua kali ganda lagi mahal, bernilai 2,900.

Pemain profesional juga bersetuju bahawa Ares musim ini akan mengubah meta permainan. Tangkapan layar dari kicauan di bawah ini diambil dari kejohanan NSG yang menunjukkan 9 Ares dalam pusingan awal perlawanan.

Nampaknya musim ini meta baru akan muncul, dan ini menunjukkan pemain terpaksa menyesuaikan diri dengan meta baharu ini.

Sumber rujukan: Twitter

Read More

PC

Shroud menggesa Valve untuk menambah baik CSGO agar boleh bersaing dengan VALORANT

Streamer terkenal Michael Grzesiek atau lebih dikenali sebagai Shroud, memulakan kerjayanya sebagai seorang pemain profesional Counter Strike Global Offensive (CSGO) untuk pasukan Amerika Syarikat Cloud9. Selepas beliau bersara dari arena kompetitif CSGO, beliau memulakan saluran strimnya di mana beliau sering menyiarkan permainan PUBG dan kini, VALORANT.

Oleh itu, Shroud amat mengenali kedua-dua permainan penembak taktikal iaitu CSGO dan VALORANT, dan kini beliau menggesa agar Valve untuk menambah baik CSGO.

Menurut Shroud, CSGO adalah permainan yang ‘ketinggalan zaman’ dan ‘jauh dari sempurna’.

Shroud jelas kecewa kerana Valve tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki CSGO yang dibelenggu oleh penipu dan baru-baru ini mula menghadapi masalah prestasi di mana pemain secara rawak mengalami penurunan bingkai yang agak merisaukan.

“Apa yang Counter Strike sedang lakukan? Tiada apa-apa! Mereka (Valve) membenarkan Riot Games dan VALORANT merentasi mereka! Tidak mengapa! Jika Valve tak kisah, kami pun tak perlu kisah. Betul tak?” marah Shroud dalam salah strimnya baru-baru ini.

Bukan Shroud sahaja yang menyedari isu penipu ini, malah seorang bekas pembangun Riot Games juga menyedari isu ini dan menawarkan diri untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

Shroud juga berkata bahawa isu ini bukan sahaja isu utama permainan. Beliau juga menyarankan agar Valve mengambil contoh penambahbaikan dari Dota 2 di mana Valve mengemas kini enjin permainan ke Source 2. Valve juga sudah mempertimbangkan pengemaskinian enjin CSGO kepada Source 2 dalam beberapa bulan lalu.

Nampaknya Shroud masih kisah tentang permainan lamanya walaupun sudah lama meninggalkan dunia kompetitif CSGO. Riot Games dan Valve kedua-duanya hebat membangunkan permainan kompetitif VALORANT dan CSGO, tetapi mereka perlu sentiasa peka dengan perubahan dan memperbaiki permainan mereka.

Sumber rujukan: AFK Gaming

Read More

PC

Mondstadt dari Genshin Impact direka semula dengan sempurna di Minecraft

Setiap pemain Genshin Impact pasti mengenali bandar Mondstadt kerana ia adalah hab utama yang pemain akan lawati sepanjang permainan. Mondstadt juga salah satu bandar yang cantik dan penuh dengan watak sampingan yang menarik.

Kini, sekumpulan pemain Minecraft sudah mencipta Mondstadt dengan hampir sempurna dalam Minecraft.

Sebuah kumpulan Jerman bernama Skyblock Squad, diketuai oleh Marvin Schmidt, menghabiskan lebih lima bulan mencipta semula Mondstadt di Minecraft pada skala hampir 1:1.

Pasukan itu terpaksa menggunakan skala 1:1.15 kerana batasan permainan itu untuk menambah perincian dan khususnya perincian dalaman bangunan Mondstadt di Minecraft. Pilihan ini dapat membenarkan Skyblock Squad untuk membina bandar dan bangunan-bangunan ikonik mempunyai dalaman yang tepat.

“Membina semula seluruh City daripada permainan lain adalah agak mencabar kerana anda perlu mengambil ukuran dan mendapatkan skala yang betul supaya ia kelihatan betul dalam Minecraft,” kata Skyblock Squad tentang rekaan ini.

“Bandar Minecraft ini sebenarnya lebih besar sedikit daripada skala 1:1 memandangkan Minecraft menggunakan cara terhad untuk mendapatkan perincian ke dalam binaan ini. Marvin mula merancang segala-galanya pada awal Ogos dan akhirnya kami menyelesaikannya, jadi ini adalah jumlah lima bulan,” terang mereka lagi.

Jika anda berminat untuk melawati Mondstadt versi Minecraft, anda boleh mendapatkan failnya di sini.

Sumber rujukan: Gaming on Phone

Read More

PC

Serious Sam Siberian Mayhem akan dilancarkan hujung bulan ini

Pemain yang sering ke kafe siber pasti mengenali siri permainan Serious Sam ini. Malah ada pemain yang sangat hebat dengan permainan dan pasti dikenali di kafe siber tempatan mereka. Kini, terdapat permainan Serious Sam baru yang akan dilancarkan.

Devolver Digital dan pemaju Croteam mengumumkan Serious Sam: Siberian Mayhem, pengembangan kendiri kepada Serious Sam 4 2020, yang dibangunkan bersama oleh Timelock Studio.

Pengembangan baharu itu termasuk lima misi baharu dengan lokasi unik.


Pengembangan kendiri ini adalah ‘projek yang bercita-cita tinggi’ daripada pasukan mod Serious Sam, Timelock Studio. Pengumuman itu menyatakan bahawa ia kemudiannya berkembang menjadi pengembangan kendiri rasmi dengan bimbingan daripada pemaju Serious Sam 4 Croteam.

Serius Sam: Siberian Mayhem menampilkan Sam yang meneroka lokasi Rusia sambil menghadapi musuh-musuh berbahaya. Senjata baharu seperti busur silang eksperimental, serta kereta salji dan mecha, seharusnya dapat membantu pemain menewaskan musuh dengan kadar yang pantas.

Anda boleh melihat lebih lanjut tentang pemainan ini di laman Steam. Permainan ini akan dilancarkan pada 25 Januari di Steam.

Sumber rujukan: Twitter

Read More

PC

Genshin Impact – permainan video paling popular dibincangkan di Twitter

Genshin Impact dilancarkan pada September 2020 dan sudah menjadi permainan video RPG yang dimainkan oleh ramai orang sejak pandemik.

Twitter sudah mengeluarkan satu blog tentang permainan video pada tahun 2021.

Terdapat sebanyak 2.4 billion tweet sudah dikeluarkan yang berkaitan dengan permainan video.

Statistik dari Twitter Gaming dan Genshin Impact mendapat tempat pertama, Apex Legends tempat kedua dan Fortnite di tempat ke-10.

10 Permainan Video yang banyak dibincangkan (tweet):

  1. Genshin Impact
  2. Apex Legends
  3. Ensemble Stars!
  4. Closing Fantasy
  5. Destiny/Grand Order
  6. Animal Crossing: New Horizons
  7. Knives Out
  8. Minecraft
  9. Undertaking Sekai (Colourful Stage feat. Hatsune Miku)
  10. Fortnite

Terdapat juga senarai beberapa negara yang paling banyak membuat tweet mengenai permainan video:

  1. Jepun
  2. Amerika Syarikat
  3. Korea Selatan
  4. Thailand
  5. Brazil
  6. Filipina
  7. Indonesia
  8. United Kingdom
  9. Perancis
  10. India

Twitter Gaming mengatakan terdapat kenaikan sebanyak 14% pada setahun lepas dan sepuluh kali ganda lebih banyak tweet dari tahun 2017.

Read More

Showing 25 - 36 of 66 Results