Dota 2
Memang ramai minat OG, ESL One Malaysia catat 362,000 tontonan kemuncak
Kejohanan Dota 2, ESL One Malaysia 2022 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 23 Ogos hingga semalam mencatatkan angka tontonan yang menarik.
Menerusi data ditunjukkan oleh Esports Chart, sebanyak 362,000 tontonan kemuncak dicatatkan untuk kejohanan itu. Malah, tontonan purata adalah lebih 150,000 tontonan.
Tontonan tertinggi adalah pada Grand Final ketika wakil Eropah, OG Esports menentang skuad China, Team Aster yang mana pasukan dianggotai oleh Taiga, Bzm, Ammar, Chu dan Yuragi itu menewaskan Aster dengan kemenangan bersih 3-0.
View this post on Instagram
Kesemua perlawanan OG ke atas Fnatic, Thunder Awaken dan Team Secret mencatatkan tontonan tertinggi antara semua perlawanan milik pasukan lain.
Menerusi kejohanan itu, OG membawa pulang hadiah wang sebanyak AS$175,000 (RM785,000). Walaupun kejohanan ini tidak memberikan mata DPC, namun ia sangat meriah.
Arena of Stars mencatatkan lebih 15,000 pengunjung selama tiga hari yang rata-ratanya peminat Dota 2 hadir untuk menyaksikan perlawanan, membeli merchandise dan hadir sesi fan-signing.
Foto keseluruhan: Stephanie Lindgren | ESL
OG muncul juara ESL One Malaysia 2022
Perlawanan peringkat Grand Final ESL One Malaysia 2022 menyaksikan pasukan kegemaran ramai iaitu OG akan menentang Team Aster.
Di perlawanan pertama, pasukan OG mendominasi dengan pemilihan Shadow Fiend dan Bristleback sebagai core.
Rotasi dan corak permainan yang hebat ditunjukkan oleh OG di perlawanan pertama memberikan mereka kemenangan.
Perlawanan kedua diteruskan lagi dengan pemilihan Techies oleh pasukan OG untuk menentang Team Aster.
Team Aster menggunakan Phantom Assasssin dan perlawanan begitu sengit selepas PA berjaya mendapatkan barang core yang diperlukan.
Namun begitu, selepas pasukan OG berjaya menghentikan kemaraan Phantom Assassin dengan pembelian Hex maka pasukan OG berjaya mendapatkan kemenangan.
Pasukan OG semakin kuat di perlawanan ketiga dengan penggunaan Pit Lord yang sangat hebat oleh ATF.
OG meneruskan asakan demi asakan terhadap pasukan Team Aster untuk menjadi juara ESL One Malaysia 2022.
Tahniah diucapkan kepada pasukan OG, mereka bawa pulang AS$175 ribu (RM780 ribu).
ESL One Malaysia 2022: OG lebih mendominasi, Thunder Awaken gugur
Peringkat lower bracket ESL One Malaysia 2022 diteruskan lagi pada hari ini dengan perlawanan pasukan OG menentang Thunder Awaken.
OG berjaya merampas permainan pertama namun Thunder Awaken tidak mahu untuk menyerah kalah dan mereka memecahkan impian OG untuk mendapatkan kemenangan bersih.
Thunder Awaken melakukan draft berlainan di perlawanan ketiga. Mereka membawa masuk Terrorblade untuk bertahan di fasa late game.
Namun begitu, OG mempunyai Ember Spirit yang boleh menghancurkan clone yang dikeluarkan oleh Terrorblade.
Perlawanan yang begitu sengit di antara 2 pasukan hampir memberikan pasukan Thunder Awaken kemenangan.
🚨WHAT A GAME 🚨@OGesports manages to clutch out the win against @ThunderAwaken_ in Game 3! #ESLOne pic.twitter.com/JiNBVj3tyB
— ESL Dota2 @ ESLOne Malaysia 🇲🇾 (@ESLDota2) August 27, 2022
Akan tetapi, corak permainan yang ditunjukkan oleh OG untuk mengawal Terrorblade memberikan mereka kemenangan di perlawanan ketiga.
Pasukan OG akan bertemu Fnatic selepas ini di pusingan separuh akhir lower bracket.
ESL One Malaysia 2022: TSM, Nigma Galaxy dan Entity dihantar pulang
ESL One Malaysia 2022 menyaksikan 12 pasukan dari seluruh dunia bertanding bagi merebut gelaran juara serta hadiah wang terkumpul sebanyak AS400 ribu (RM1.7 juta) yang diadakan di Genting Highlands.
Pertandingan ini sudah memasuki kali ketiga diadakan di Resorts World Genting pada tahun 2017 dan juga 2018.
Ramai di antara peminat Dota 2 Malaysia memeriahkan lagi suasana di Arena of Stars ini.
TSM VS ENTITY
Perlawanan pertama pusingan lower bracket dimulakan oleh dua pasukan iaitu Team Solo Mid menentang Entity.
Pada mulanya, perlawanan sangat sengit antara kedua-dua pasukan ini namun ia menjadi berat sebelah dan keadaan memihak kepada Entity.
Draft mereka sangat baik dan strategi Sven kombo bersama Pudge amat menyukarkan situasi pasukan Team Solo Mid.
Aksi yang cukup hebat ditunjukkan oleh pasukan Entity dengan Tobi berjaya mendapatkan savage pertamanya di ESL One Malaysia.
Pasukan Entity berjaya mendapatkan kemenangan bersih 2-0.
NIGMA GALAXY VS THUNDER AWAKEN
Team Nigma Galaxy sukar untuk melakukan strategi mereka tanpa kehadiran pemain bintang mereka iaitu Miracle oleh kerana faktor kesihatan.
Mereka menggantikan Miracle dengan membawa masuk pemain Dreamocel sebagai pemain ganti.
Draft Sven sebagai carry oleh pasukan Thunder Awaken membuahkan hasil apabila Sven berjaya outfarm Void yang digunakan Dreamocel sebanyak 2 kali ganda dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan kemenangan dengan skor 2-0 tanpa balas.
FNATIC VS ENTITY
Entity sangat kuat di perlawanan pertama, mereka berjaya menewaskan Fnatic dengan kehadiran Lycan di dalam draft.
Namun begitu, Fnatic kembali bangkit di perlawanan kedua selepas memahami draft yang digunakan Entity.
Mereka mengenakan ban ke atas Lycan, Beastmaster, Visage dan Enigma dan perkara ini menyebabkan pasukan Entity gagal untuk menghadapi Fnatic.
Pasukan Fnatic meneruskan draft Alchemist mereka dan ianya sangat berhasil dengan bantuan dari Undying seterusnya melenyapkan peluang pasukan Entity untuk mara kedudukan 6 terbaik.
Fnatic akan bertemu dengan pemenang di antara perlawanan OG menentang Thunder Awaken esok.
Kesemua foto adalah milik Adela Sznajder, ESL
Lebih 4,000 tiket terjual untuk ESL One Malaysia 2022
Nampaknya kejohanan Dota 2, ESL One Malaysia 2022 menerima sambutan yang begitu meriah dalam kalangan peminat tempatan.
Pengarah Urusan ESL Malaysia, Caitlin Kang mengatakan lebih 4,000 tiket sudah pun terjual.
“Tiket sudah pun terjual lebih 4,000 unit mengikut kapasiti lokasi kejohanan diadakan (Arena of Stars).
“Kami juga masih jalankan kerjasama dengan rakan kongsi, penaja dan media untuk mengedarkan sebilangan tiket,” katanya dalam satu sesi sidang media di Spacerubix, Puchong, Selangor, hari ini.
Dia juga berharap bagi pihak ESL Malaysia, kejohanan seumpama ini dapat diteruskan lagi sebagai acara tahunan.
“Malaysia adalah salah satu pilihan bagi arena e-sukan yang rancak. Kejayaan atlet e-sukan menginspirasikan ramai anak muda untuk menjadikan karier pemain profesional sebagai satu karier pilihan.
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan bagi menggilap bakat muda. Sokongan dari mereka sehingga kini adalah sangat menggalakkan,” katanya lagi.
Turut hadir di Sidang Media ESL One Malaysia adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI), Ahmed Faris Amir, Pembantu Naib Presiden Hiburan dan Acara Genting Malaysia Berhad, Roger Ong.
Ini senarai pasukan yang akan menyertai ESL One Malaysia 2022:
View this post on Instagram
Di bawah pula adalah senarai pengulas dan talents yang akan memeriahkan lagi perlawanan berlangsung:
View this post on Instagram
Kejohanan yang mempertandingkan AS$400,000 (RM1.78 juta) akan bermula dengan peringkat kumpulan pada 23 Ogos bagi merebut lapan slot ke playoffs menerusi format best of 2 round-robin.
Playoffs pula akan bermula pada 26 Ogos hingga 29 Ogos ini dan peminat boleh menyaksikan perlawanan ini selama tiga hari di Arena of Stars, Resorts World Genting ataupun menerusi laman penstriman rasmi di Twitch dan Youtube.
Topson dan Ana sah kembali, kini di T1 – DOTA2
TI pada awalnya adalah pasukan League of Legends yang paling dikenali ramai sehingga hari ini.
Namun mereka cuba untuk menembusi dunia profesional Dota 2 sejak 4 tahun lepas.
Semalam, T1 mengumumkan 2 pemain baharu mereka dan kini bersedia untuk bertempur di Kelayakan Asia Tenggara The Internationals 11.
ANNOUNCEMENT TIME!🤯
— T1 (@T1) August 16, 2022
We’d like to officially welcome the newest addition to our #DOTA2 roster, @TopsonDota(stand-in) & @anadota99.💚💜
Please support us as we prepare for TI11’s SEA Qualifier.#T1WIN #T1Fighting #T1DOTA2 pic.twitter.com/2cSsQYnxo3
Nampaknya, Ana akan bermain position 1 sebagai Carry dan Topson position 2 di Midlane.
Topson pula sebenarnya adalah stand in di T1.
Tiga lagi pemain untuk T1 adalah Kuku (Kapten), Xepher dan Whitemon.
Siapa sangka Ana yang telah banyak kali mengatakan dia akan berhenti namun sentiasa kembali ke Dota 2.
Tetapi kali ini bersama-sama bekas rakan pasukan OG-nya iaitu Topson.
Topson pula baru-baru ini mengumumkan dia akan menyertai pasukan lain setelah kebenaran OG dan kini di T1.
Penambahan Topson dan Ana menunjukkan T1 memang mahu berubah untuk mendominasi dunia profesional Dota 2.
Senarai lengkap pasukan Asia Tenggara bertanding pusingan kelayakan The International 11
The International 11 sudah semakin hampir. Pertandingan e-sukan yang paling berprestij ini dijangka bermula pada 15 Oktober ini.
Bagi pasukan yang tidak layak ke International 11 melalui sistem DPC (Dota Pro Circuit), mereka masih mempunyai peluang di pusingan kelayakan.
Untuk pusingan kelayakan Asia Tenggara, 15 pasukan akan bertanding bagi merebut 1 slot untuk ke TI 11.
Senarai pasukan yang akan bertanding adalah:
- Fnatic
- Talon Esports
- T1
- RSG
- Polaris Esports
- Team SMG
- Nigma Galaxy SEA
- Neon Esports
- Execration
- LilGun
- Army Geniuses
- Summit Gaming
- Atlantis
- Xerxia
- TNC Predator
Difahamkan, terdapat pasukan yang dibarisi penuh oleh pemain Malaysia iaitu Atlantis dan Summit Manakala pasukan seperti Team SMG juga dibarisi tiga pemain negara.
Siapakah di antara 15 pasukan ini yang bakal layak ke The International 11 nanti? Kita bakal saksikan.
The International 11 akan diadakan di Suntec Arena, Singapura. 20 pasukan akan bertarung bagi merebut gelaran juara serta wang hadiah lumayan.
Foto: Facebook/ South.gg
“Skuad Wanita Dota 2 berjaya mengeluarkan potensi penuh di E-Sukan Komanwel,” – Tiffani Oling
Kejayaan Skuad Wanita Dota 2 mewakili Malaysia tempoh hari ke Kejohanan E-Sukan Komanwel (CEC) di Birmingham, United Kingdom berjaya menambat hati ramai rakyat malaysia.
Mereka berjaya membawa pulang pingat emas sekaligus mengharumkan nama Malaysia di dalam pentas dunia.
Semasa ketibaan Kontinjen Malaysia ke tanah air, kami sempat menemubual mereka untuk bertanya rancangan mereka selepas ini.
@mygameondotmy Pasukan Dota 2 wanita berpuas hati menang emas dengan rekod tiada kekalahan di CEC (Komanwel) 2022 #commonwealth2022 #fyp #kakigaming #esports #dota2 ♬ Summer day – TimTaj
Ketika ditanya tentang perasaan mereka memenangi pingat emas, Aurora selaku kapten berkata mereka sangat berpuas hati dengan prestasi masing-masing di Sukan Komanwel itu.
“Saya rasa semuanya berjalan dengan baik memandangkan kami bermain agak teruk ketika latihan sebelum kejohanan bermula. Namun begitu, semua orang bersemangat ketika bermain di kejohanan.
“Persiapan yang seterusnya harus dirancang semula kerana pertandingan seterusnya berbaki empat bulan lagi. Kami harus merancang dengan teliti, kita lihat apa yang kita mampu buat nanti,” ujar Aurora.
Ditanya tentang prestasi Team Malaysia ketika kejohanan berlangsung, Tiffani selaku Pengurus mereka menyatakan mereka bermain mengatasi prestasi mereka sendiri.
“Saya rasa mereka benar-benar mengatasi prestasi mereka sendiri. Sebelum ini, ketika latihan ianya tidak berjalan dengan begitu baik.
“Akan tetapi, setiap kali mereka bermain di pertandingan LAN dan offline, mereka seperti mengeluarkan potensi penuh mereka,”
Tonton video penuh temubual bersama Skuad Dota 2 Wanita di laman rasmi Tiktok kami.
Foto: Instagram @globalesportsfed
BOOM Esports pasukan Indonesia pertama mendapat jemputan terus ke TI11
Boom Esports kini menjadi pasukan e-sukan di Asia Tenggara yang pertama yang terus mendapat jemputan ke The Internationals 11.
Pasukan Indonesia itu layak selepas kemenangan penuh usaha 2-1 terhadap Team Liquid di Arlington Major.
Sebelum ini Fnatic juga pernah pergi ke TI11 tetapi tidak melalui jemputan terus.
THE LONG WAIT HAS FINALLY ENDED! 😭
— BOOM Esports (@boomesportsid) August 10, 2022
BOOM Esports have finally qualified for The International! 🤩
Our win against @TeamLiquid not only prolongs our campaign at the Major, but also secures us a direct TI invite!
SINGAPORE, HERE WE COME! #HungryBeast pic.twitter.com/a85ZrhAQ1p
Highlights BOOM Esports lawan Team Liquid semalam Game 1:
BOOM Esports juga sudah mendapat 1,130 mata untuk melayakkan mereka terus ke TI11.
Ini juga adalah pertama kali BOOM Esports pergi ke T1 dengan 4 daripadanya adalah pemain pertama kali ke TI iaitu JaCkky, Yopaj, Fbz, skem manakala Tims ada kali ke-5 berada di TI.
Kontinjen E-sukan Malaysia raih 3 Pingat Emas di Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022 – Tahniah!
Kontinjen e-sukan Malaysia berjaya mengharumkan negara dengan tiga pingat emas diraih di Kejohanan E-Sukan Komanwel (CEC) 2022 baru-baru ini di Birmingham, England.
What a fantastic time at #CEC2022, as all the athletes fought to bring glory to their teams and countries. 👏
— Global Esports Federation (@GE_Federation) August 7, 2022
Here is the overall #esports medal count of all the teams across both days. 🥇🥈🥉
We hope everyone had as much fun as we did. ✨#worldconnected #CommonwealthSport pic.twitter.com/x5BxymDyCt
Pada 6 Ogos lepas, Mohamad Nor Haikal Mohamad Noh yang memenangi emas pertama untuk eFootball mengalahkan pemain Scotland Gary McInnes.
“Saya bersyukur kerana ini adalah impian saya. Saya sudah menunggu untuk masa yang lama. Kemenangan ini juga sangat bermakna untuk orang di rumah, yang menonton secara atas talian.” ujar Haikal.
Seterusnya, Skuad Dota 2 Wanita Malaysia juga telah memenangi pingat emas setelah mengalahkan England di Grand Finals.
Representing 🇲🇾 Malaysia at the Commonwealth Esports Championships 2022 Dota 2 Women’s event.
— Tiffani ‘Oling’ Lim (@babyolingg) August 3, 2022
Roster: @Caelestra, @istarx, HG, Auroraa, Shizuma, Joe (Coach), Oling (Sub/Manager) pic.twitter.com/TaByKDr2xj
Seterusnya, pasukan lelaki Dota 2 terus lagi mengharumkan nama negara apabila membawa pingat emas untuk Dota 2 apabila mengalahkan England 2-1.
3️⃣ 🥇🥇🥇
— Global Esports Federation (@GE_Federation) August 7, 2022
🔝 of the medals table
🗣 the loudest end to the night!
Congratulations on a sensational Commonwealth Esports Championships Team Malaysia! 🇲🇾@MalaysiaEsports @thecgf @British_Esports @ICC_Birmingham #CEC2022 #worldconnected #CommonwealthSport pic.twitter.com/66EVNJKIQq
Nampaknya, e-sukan Malaysia boleh dikatakan yang terkuat setakat ini di Kejohanan E-Sukan Komanwel.
Hanya satu permainan e-sukan yang tidak dihantar oleh Malaysia iaitu Rocket League.
Tahniah diucapkan untuk semua para atlet e-sukan kita!
Majulah e-sukan untuk negara!
Dota 2: Skuad Wanita negara raih pingat emas
Skuad wanita Dota 2 negara yang menentang England sebentar sahaja tadi meraih kemenangan bersih 2-0 di dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022.
Kemenangan itu berjaya didapatkan apabila Team Malaysia membawa masuk Alchemist di perlawanan terakhir.
Pasukan England sukar untuk menyekat farming Alchemist dari semasa ke semasa menyebabkan tower mereka hancur dimusnahkan.
Alacrity yang diberikan oleh Invoker kepada Alchemist memperkuatkan lagi kekuatan hero itu.
Selain itu, bantuan stun yang diberikan oleh Dragon Knight dan Nyx Assassin membuatkan mereka mudah untuk merusuh ke arah pasukan England.
Skuad wanita negara mengakhiri permainan dengan rampage yang berjaya didapatkan oleh iStarx.
Tahniah diucapkan kepada skuad wanita negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dan membawa pulang pingat emas.
Mereka membuktikan mereka adalah skuad wanita Dota 2 terbaik negara dengan rekod tanpa kalah sepanjang Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022 ini berlangsung.
Gadis Sibu: anak Sarawak pertama wakil Dota 2 Wanita ke Sukan Komanwel 2022
University of Technology Sarawak (UTS) kini akan membuka pusat e-sukan di kampus universiti mereka dan menjadi peneraju pembangunan e-sukan di antara universiti di Sarawak.
Menurut Dr Annuar Rapaee selaku Pengerusi UTS, pembangunan e-sukan ini akan menjadi tempat inovasi permainan video baharu dan memupuk lebih ramai pemain.
Dr Annuar yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat juga mengatakan UTS kini sudah mempunyai infrastruktur yang sesuai.
“Tambahan lagi, Nadrah Saufi juga kini akan menjadi wakil sukan Komanwel di Birmingham,” katanya.
View this post on Instagram
Nadrah, gadis 25 tahun kelahiran Sibu ini sedang menjalani pengajian Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dan menjadi anak Sarawak mewakili Malaysia bersaing dalam pertandingan e-sukan Dota 2 di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.
Pertandingan ini bermula pada 1 hingga 8 Ogos ini dalam kategori Wanita Dota 2.
“Semuanya adalah disiplin diri. Nadrah menjadi contoh terbaik yang berkecimpung dalam e-sukan dan masih cemerlang dalam pembelajarannya di UTS,” tambah Dr Annuar lagi.
Selamat maju jaya untuk Nadrah dan pasukan nanti di Sukan Komanwel!
Rujukan: The Borneo Post