MLBB

“Saya akan buat yang terbaik untuk MPL kali ini,” – Rival

Alif Akmal (Rival) adalah pemain baru untuk pasukan Todak. Dia menggantikan Ciku bermain di posisi jungler ketika menentang pasukan Suhaz Esports.

Di dalam kedua-dua perlawanan, Rival dilihat sangat lincah menggunakan Ling dan itu menyebabkan pasukan Suhaz Esports sukar untuk menghentikan pasukan Todak.

@mygameondotmy Macam mana perasaan @Rival bila masuk @todak.gaming Jom tengok video ni. #fyp #mlbb #mpl #mplmy #mplmys10 #todak #todaklanggar #mobilelegends #kakigaming ♬ original sound – My Game On

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemu bual Rival dan ketika ditanya tentang perasaannya dapat masuk pasukan Todak, dia berkata perasaan gembira dan gemuruh itu ada di dalam diri.

“Perasaan gembira dan agak gemuruh sikit kerana ini pertama kali saya bermain MPL dengan pasukan Todak namun Insya-Allah saya akan buat yang terbaik di MPL ini.

“Saya ingin bermain di Kejohanan Dunia M4 juga nanti,” kata Rival.

Ditanya tentang kelebihan yang ada pada dirinya kerana terpilih untuk bersama pasukan Todak. Rival menyatakan dirinya sama seperti pemain lain akan tetapi dia mempunyai semangat untuk membuat yang terbaik demi pasukan.

“Kelebihan saya sama sahaja macam pemain lain, akan tetapi saya akan buat yang terbaik untuk pasukan. Saya boleh bermain pelbagai hero antaranya assassin, mage dan juga marksman.” ucap Rival.

Anda boleh melihat temubual sepenuhnya di laman Tik Tok rasmi kami. Adakah Rival bakal mengekalkan momentum permainannya dan menjadikan Todak juara kali ketiga MPL MY? Kita bakal saksikan.

Foto: MOONTON Games

Read More

MPL MY: RED Esports berjaya mendapatkan kemenangan pertama mereka

Perlawanan kedua pada hari pertama peringkat liga MPL MY musim ke-10 menyaksikan pasukan Homebois akan bertemu dengan pasukan RED Esports.

Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan mereka akan menentukan kemenangan di perlawanan ketiga.

Mrul yang menggunakan Franco diasak teruk oleh Xpdea pada minit awal permainan. Dia terpaksa bermain dengan lebih berhati-hati untuk mengelakkan dari ditumbangkan Natalia.

Walau bagaimanapun, Homebois lebih fokus kepada objektif dan mereka berjaya mendapatkan turtle yang pertama.

RED Esports mula mengawal permainan apabila mereka berjaya memenangi pertempuran yang dipaksa oleh pasukan Homebois.

Lord pertama berjaya diambil oleh mereka dan inhibitor turret pasukan Homebois hampir dimusnahkan.

Akhirnya pasukan RED Esports berjaya mendapatkan kemenangan di minit ke-14 apabila Lord kedua didapatkan oleh Zaed.

Read More

Skin Estes M3 sudah tiba?

Pada Disember lalu, Blacklist International sepakat memilih Estes sebagai hero yang akan menerima skin kerana memenangi kejohanan dunia Mobile Legends, M3. Skin itu seterusnya akan bertemakan organisasi dari Filipina itu.

OhMyV33nus memberikan pandangannya terhadap skin Estes terbaru itu dan menyifatkan ianya menepati cita rasanya. Namun begitu, dia mahukan skin itu ditukar supaya warna keemasan di dalam efek skill tidak begitu ketara dan mereka sudah membincangkan perkara ini dengan pihak Moonton.

Kini, tular sekali lagi skin Estes yang sudah dikemaskini yang bertemakan pasukan Blacklist International. Anda boleh melihat pautan video yang dikongsikan oleh pengguna Youtube bernama Whiz Super di bawah untuk melihat efek skill skin itu sendiri.

Skin Estes itu mempunyai gaya tangan yang sering dilakukan oleh OhMyV33nus dan mempunyai lagu apabila dia menggunakan Blessing of Moon Goddess. Apakah pendapat anda tentang skin ini? Adakah ianya sesuai dengan citarasa anda? 

Sumber: ONE Esports

Foto: Whiz Super

Read More

[RASMI] Dlar sah masuk EVOS Legends

Gerald Trinchera atau lebih dikenali sebagai Dlarskie adalah salah seorang pemain pasukan ONIC PH. 

Dia memulakan kariernya sebagai pemain profesional seawal tahun 2019 bersama pasukan itu di musim keempat MPL PH.

Sejurus sahaja pengumuman dirinya keluar dari pasukan ONIC PH sebelum ini, pelbagai sumber mengatakan dia akan memperkuatkan pasukan EVOS Legends untuk MPL ID musim ke-10.

Kini, khabar angin itu menjadi kenyataan apabila MPL ID memuat naik satu hantaran mengumumkan Dlarskie masuk ke dalam barisan pemain EVOS Legends.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Adakah kemasukan Dlarskie ke dalam EVOS Legends bakal membawa mereka untuk menjadi juara sekali lagi? Kita bakal saksikan.

Read More

“Kami hanya makan-makan saja dan lepak dengan Dlarskie,” – Ikuto

Dlarr atau Dlarskie adalah nama yang tidak asing di dalam komuniti Mobile Legends Filipina.

Bekas pemain pasukan ONIC PH ini dikatakan akan menyertai pasukan EVOS Legends namun masih belum diumumkan namanya di dalam pasukan itu.

Menerusi tangkap layar di Instagram Story milik Dlarr malam tadi, dia yang kini berada di Kuala Lumpur sempat singgah ke Homebois Pitstop dan makan bersama pasukan Todak.

Kami dari pihak MyGameOn cuba mendapatkan jawapan dari wakil Todak iaitu Ikuto.

Menurutnya, Dlarskie hanya datang makan dan minum bersama pasukan Todak sebagai kawan.

“Kami hanya makan-makan sahaja, bersembang dan lepak bersama sebagai kawan,” jelas Ikuto.

Adakah Dlarskie melakukan persinggahan ke Malaysia dan akan bersama pasukan Indonesia tidak lama lagi? Kita bakal saksikan.

Read More

Inilah barisan pemain EVOS Legends MPL ID S10, tiada Rekt, Wann dan Luminaire

Pasukan EVOS Legends mencipta nama di dalam arena kompetitif Mobile Legends apabila mereka muncul menjadi juara Kejohanan Dunia M1.

Mereka dianggap sebagai pasukan terkuat di Indonesia ketika itu akan tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila gagal melayakkan diri ke Kejohanan Dunia M2 dan juga M3.

Pada musim kali ini, satu rombakan harus dibuat dan mereka kini mengumumkan barisan pemain mereka untuk MPL ID musim ke-10.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

EVOS Legends akan dianggotai oleh:

  • Ferxiic – Jungler
  • Vaanstrong – Roamer
  • Clover – Gold Lane
  • Cr1te – Midlane
  • Tazz – Jungler
  • Bajan – Roamer
  • Pendragon – Exp Lane
  • Zeys – Jurulatih
  • Taxstump – Pembantu Jurulatih
  • Vellion – Pembantu Jurulatih
  • Age – Penganalisis

Berdasarkan perkongsian barisan pemain oleh EVOS Legends ini, kita tidak nampak nama seperti Wann, Luminaire dan juga Rekt.

Dlarskie dari Filipina yang dikatakan akan bermain bersama pasukan EVOS juga tidak kelihatan.

Adakah mereka bertiga akan berehat pada musim ini atau bakal bermain di pasukan lain? Kita bakal saksikan.

Sumber dan foto: MPL ID

Read More

Nur Aisyah Khaliesha (Sushi) sahut cabaran menguruskan pasukan HomeBois MLBB

Pengurus pasukan e-sukan kebanyakannya lelaki. Namun, ia bukan penghalang bagi Nur Aisyah Khaliesha Ishak ataupun mesra dikenali sebagai Sushi menyahut cabaran sebagai Pengurus Pasukan HomeBois MLBB yang baharu.

Ujar gadis berusia 21 tahun ini, menyertai HomeBois sebagai pengurus adalah satu pengalaman menarik buatnya.

“Ini adalah kali pertama saya menguruskan pasukan e-sukan yang terkenal.

“Mula-mulanya mencabar namun dengan pertolongan dari HomeBois, mereka banyak membantu saya dan memberikan tunjuk ajar dalam pengurusan.

“Saya sendiri tak letakkan jangkaan tapi bagi saya pasukan baru bermakna banyak pengalaman dan stail baru saya akan belajar,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Anak muda yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini juga mengatakan dia banyak meluangkan masa bermain Mobile Legends bersama pemain HomeBois.

“Biasanya kami akan main MLBB bersama dan lepak makan untuk eratkan silaturrahim tapi kebanyakan masa mereka diluangkan bagi latihan dan scrims untuk menaik taraf gaya permainan.

“Sekarang saya banyak tolong menguruskan jadual tidur mereka kerana mereka perlu bangun awal untuk memulakan latihan.

“Walaupun saya seorang introvert tapi mereka semua ramah. Saya selesa dan ‘sekepala’ bila lepak bersama mereka,” katanya yang pernah bermain kompetitif sebelum ini.

Sushi yang juga seorang streamer dan cosplayer juga mempunyai nasihat kepada wanita di luar sana untuk terus berjaya dalam e-sukan.

“Anda tak perlu takut mengambil risiko dan peluang. Ia akan menjadi sukar kerana industri ini didominasi lelaki tapi ia akan berbaloi apabila anda dah mula menemui rentak. 

“Percaya, yakin dan anda akan berjaya menggapainya,” katanya yang gemar menonton anime pada waktu lapang.

MPL MY musim kesepuluh akan memulakan musim liganya pada 5 Ogos ini.

HomeBois memperkenalkan beberapa pemain baru antaranya Ombong Haha, Xpdea dan Makdi pada musim kali ini manakala Saiful pula menjadi jurulatih.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Read More

Dlar di Malaysia? Tapi MPL MY dah nak bermula

Pemain Mobile Legends dari Filipina, Dlar dikhabarkan berada di Malaysia jika diperhatikan status Instagram Story miliknya. 

Bekas pemain Onic PH itu membuat status bertanyakan tempat makan yang enak di Kuala Lumpur, Malaysia.

Yang menjadi persoalannya, roster pemain MPL MY S10 sudah pun dikunci dan ini bermakna Dlar tak mungkin menyertai pasukan MPL dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, terdapat satu klausa dalam peraturan MPL di mana pemain baru boleh ditambah selepas beberapa minggu dan peraturan ini sudah digunapakai dalam musim lepas.

Adakah Dlar akan menyertai pasukan MPL MY? Atau dia hanya bergurau menyatakan dirinya berada di Malaysia?

Sebelum ini Dlar dikhabarkan menyertai EVOS Legends dan akan bermain di MPL ID S10.

Read More

[RASMI] Leixia kembali ke dalam pasukan RSG MY

Sebelum ini, pasukan RSG MY sudah mengacah pemain baru yang bakal menyertai pasukan mereka untuk musim ke-10.

Teka teki yang bermain di fikiran para peminat RSG MY kini sudah berakhir. Leixia kini kembali ke dalam pasukan untuk memperkuatkan lagi RSG MY.

Pengumuman itu dibuat melalui sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram RSG MY. Terdahulu, Leixia pernah bermain untuk Team Caracal di MPL MY musim ke-9.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG Malaysia (@rsg.malaysia)

Leixia akan bermain sebagai flex pada musim ini. Adakah kita akan melihat kebangkitan RSG MY seperti musim ketujuh yang lalu? Kita bakal saksikan.

Sumber dan foto: RSG MY

Read More

MOBILE

[RASMI] Leixia kembali ke dalam Team Caracal

Di dalam satu video yang dimuat naik oleh Team Caracal sebelum ini, mereka mengacah pemain yang tidak diketahui namanya.

Spekulasi demi spekulasi dikeluarkan oleh netizen, kini Team Caracal mengesahkan bahawa Leixia kembali ke pasukan itu.

https://www.instagram.com/p/CbwwlKlltWD/

Sebelum ini, Leixia dipinjamkan ke Team SMG dan kemudian mengumumkan untuk berehat dan undur diri dari pasukan itu.

Team Caracal akan menentang Team SMG pada hari Jumaat ini.

Adakah kita akan menyaksikan Leixia menggantikan tempat LinkEzaa sebagai jungler nanti atau adakah dia akan diberikan role baru pada minggu ketujuh ini? Kita bakal saksikan.

Foto: Team Caracal

Read More

MOBILE

Leixia kembali ke lineup utama Team Caracal?

Jendela perpindahan terakhir bagi  MPL Malaysia musim ke-9 kini dibuka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Caracal (@team_caracal)

Menerusi satu hantaran video Instagram Team Caracal, mereka sudah memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang pemain misteri menyarung jersi pasukan Team Caracal.

Para peminat Team Caracal membuat spekulasi bahawa pemain misteri itu adalah Leixia.

Seperti yang kita sedia maklum, Leixia kembali kepada Team Caracal cumanya tidak dimasukkan ke dalam lineup MPL sahaja.

Sebelum ini, Leixia dipinjamkan ke Team SMG mengumumkan untuk berehat dan undur diri dari pasukan itu.

Team Caracal akan menentang Team SMG pada hari Jumaat ini.

Adakah kita akan menyaksikan Leixia menggantikan tempat LinkEzaa sebagai jungler nanti?

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Team Caracal mengenai pemain misteri ini.

Lineup Team Caracal sekarang terdiri daripada:

  • Muhammad Aiman Mohamad Abas – Aim
  • Ealtond Rayner – Lolealz
  • Mohd Norhadim Yusup – LinkEzaa
  • Izme Haqeem Hamsjid – Kaizer Kim
  • Jamil Nurolla – Zaraki
  • Muhammad Azam Ahmad – Neo
  • Ajwad Mohd Yusof – Kuja (jurulatih)

Foto: MPL Malaysia

Read More

MOBILE

Moonton akhirnya mengurangkan kekuatan Masha

Masha adalah salah satu hero yang paling kerap dikenakan ban di dalam MPL MY musim ke-9. Ini kerana hero ini sangat menjengkelkan untuk pasukan lawan hadapi.

Hero ini mampu memperlahankan kadar farming jungler pasukan musuh dengan merusuh ke arah buff di minit awal permainan.

Kekuatan Masha yang susah untuk ditumbangkan mengakibatkan jungler pasukan musuh tidak dapat menghentikan asakannya di minit awal permainan.

Malah, perubahan pada bar nyawa memberikan Masha kelebihan dari segi HP dan pada masa sama mengenakan damage berterusan tanpa berbalas kecederaan sangat.

Oleh kerana faktor ini, Moonton sudah melakukan kemaskini dan mengurangkan kekuatan Masha. Kekuatan pertahanan fizikal dan pertahanan magik dikurangkan.

Selain itu, skill pertamanya dikurangkan damage dan ultimate Masha yang begitu menyakitkan dilemahkan oleh Moonton.

Adakah kita akan melihat Masha diambil pada minggu ke-7 ini? kita bakal saksikan.

Sumber: Mobile Legends fandom

Read More

Showing 37 - 48 of 134 Results