MLBB

MOBILE

[RASMI] DarA, Ryeb dan Paaa dari Team OP dikenakan ban dua tahun

Tiga pemain Team OP, darA, Ryeb dan Paaa akhirnya dikenakan ban selama dua tahun dari menyertai kejohanan MPL dan kejohanan MLBB.

Dalam satu hantaran sebentar tadi, MPL SG mengenakan hukuman itu atas isu provokasi terhadap pemain Geek Fam, Nik Aqieff (Dominus).

Sementara itu, Bush pula dikenakan ban setahun saja dari kejohanan MLBB dan MPL.

Team OP pula dikenakan penolakan 10 mata kerana salah urus pemain.

Menurut MPL SG, mereka mula melakukan siasatan pada 29 Mac mengenai perlawanan ranked yang membabitkan pemain pasukan Geek Fam dan Team OP.

Didapati ketiga-tiga pemain meninggalkan komen berbaur agama di ruangan chat manakala Bush pula menimbulkan gangguan.

MPL SG juga berharap semua dapat menjalankan tanggungjawab sosial dan tidak melakukan perkara yang kurang senonoh.

Mereka juga akan memperbaiki segala operasi di masa depan bagi menangani isu seumpama ini.

Read More

MOBILE

Isu provokasi: Team OP mohon maaf, tiga pemain ditamatkan kontrak serta merta

Susulan isu provokasi antara pemain dari pasukan MPL Singapura, Team OP dengan pemain Geek Fam, Nik Aqieff (Dominus), akhirnya organisasi itu memuat naik permohonan maaf di laman sosial mereka.

Selain itu, tiga pemain, Ryeb, PA dan DarA dikenakan hukuman tamat kontrak serta merta. Pemain lain iaitu Bush akan dikenakan denda berjumlah besar yang akan didermakan kepada badan kebajikan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by OP (@teamop.xyz)

Selain itu, tiga pemain mereka yang terbabit juga sudah memuat naik permohonan maaf secara terbuka di satu posting berlainan, mengatakan mereka tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi.

Team OP juga meminta maaf kepada organisasi Geek Fam dan komuniti MLBB keseluruhannya di atas insiden ini.

Terdahulu, pemain Team OP dilaporkan mengeluarkan komen berbaur perkauman dan agama terhadap pemain Geek Fam, Dominus dalam satu perlawanan Ranked.

Tindakan itu seterusnya dirakamkan dan rata-rata netizen Malaysia mendesak organisasi itu membuang pemain yang terbabit dan mengenakan denda kerana menghina agama Islam.

Streamer mereka, NashGaming turut terpalit dan diserang netizen. Bagaimanapun, dia mengatakan dirinya tidak terbabit dalam insiden itu dan mengharapkan komuniti tidak menjadi toksik.

Read More

MOBILE

“Jangan pernah bawa isu agama dalam ‘game’,”- Kelvin Pang

Berikutan isu provokasi yang sedang hangat dibicarakan ini, seorang pengguna Facebook iaitu Kelvin Pang, meluahkan rasa kecewa terhadap isu ini.

Katanya, sebagai seorang individu yang mempunyai ramai kawan beragama Islam, dia menekankan hal berkaitan agama tidak sepatutnya dibawa ke dalam industri e-sukan.

“Saya tak kisah awak datang dari mana. Jangan gelar diri anda seorang profesional jika anda tidak mempunyai kesopanan dan tidak mempunyai sedikit pun toleransi berkaitan agama.

“Walaupun anda mahir dalam permainan, tetapi jika anda tidak boleh berusaha menjadi manusia yang baik di luar, tiada gunanya,” katanya.

Dia juga menyatakan, setiap tindakan yang dilakukan pasti mempunyai kesan.

“Seseorang pemain professional seharusnya menjadi contoh yang baik kerana apa yang dia cakap dan apa yang dia buat akan diperlihatkan kepada orang ramai.

“Kini tiba masa untuk membayarnya,” tulisnya.

Sama-sama kita jadikan perkara ini sebagai pengajaran agar tidak akan berlakunya isu provokasi ini.

Terdahulu, pemain Team OP dilaporkan menulis komen yang dianggap provokasi kerana membabitkan agama kepada pemain Geek Fam, Dominus.

MPL MY juga sedang menyiasat isu ini.

Foto: Facebook Kelvin Pang

Read More

MOBILE

Isu provokasi: MPL MY sedang siasat

Berikutan isu provokasi yang dilakukan oleh pemain dari Team OP, pihak MPL MY pantas membuat keputusan. Katanya, isu itu sedang dalam siasatan.

Ia berkaitan insiden membabitkan pemain Geek Fam dan Team OP yang berlaku pada pagi hari ini. 

https://www.instagram.com/p/CbriXiatJ3Y/

Mereka juga berkata maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat kerana siasatan sedang dijalankan.

Marilah kita sama-sama menantikan hasil siasatan mereka yang akan diumumkan nanti.

Terdahulu, Team OP dipercayai melakukan provokasi dengan menulis komen berbaur agama dan rasisme.

Sumber: MPL MY

Read More

MOBILE

Isu Rekt: Nocturn akan bersikap tegas terhadap netizen

Berikutan isu kapten EVOS Legends iaitu Rekt “dihujat” pada 25 mac, kini maldiansyahj atau lebih dikenali sebagai Nocturn mengeluarkan kenyataan.

Dia menyatakan bahawa mereka sudah menyelesaikan masalah dengan pihak yang terlibat dan dia secara peribadi sudah bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan.

Namun begitu, para netizen dan EVOS Fam tidak berpuas hati sehingga kini dan melakukan doxing ke atas dirinya serta mempersendakan pasangannya di dalam media sosial.

https://www.instagram.com/p/CbpR61vLk6u/

Oleh kerana itu, dia akan bersikap tegas dengan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab tentang isu ini kerana ianya sudah berada di luar kawalan.

Menurutnya juga, nombor peribadinya sudah disebarkan oleh netizen ketika ini. Diharap isu ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Sumber: @emak_moba

Foto: GGWP.ID

Read More

MOBILE

Team Lemah sertai RED Esports?

Pasukan RED Esports baru sahaja mengumumkan mereka akan bermain di MPL MY musim ke-9 selepas mereka mendapat slot dari Team Bosskurr. Kini RED Esports sekali lagi mengacah barisan pemain baru mereka yang terdiri dari pasukan Impact. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi mereka. https://www.instagram.com/p/CZYbuTfrJSw/ Menurut RED, pasukan Impact adalah pasukan MLBB yang berstatus underdog. Mereka juga menggunakan hashtag Team Lemah di dalam hantaran itu. Adakah Team Lemah akan menjadi pelapis untuk pasukan RED Esports? Setakat ini kita masih belum mengetahui barisan pemain MPL MY musim ke-9 untuk pasukan RED Esports. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi mereka tidak lama lagi.  

Read More

MOBILE

Bigetron Era muncul juara MWI 2022

Kejohanan Jemputan Wanita MLBB (MWI) kini sudah tamat, pemenang yang berjaya membawa piala ini tidak lain tidak bukan adalah Bigetron Era.

Bigetron Era sememangnya terkenal dengan kekuatan mereka di dalam liga wanita MLBB di Indonesia. Mereka kerap menjadi juara dan digelar queen of sea oleh para peminat.

https://www.instagram.com/p/CZWuUBiPe7F/?utm_medium=copy_link

Selepas menewaskan pasukan tanah air iaitu Karra, mereka mara ke peringkat akhir. Mereka menang mudah ke atas pasukan GPX Basreng dengan skor 3-1.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bigetron Era dan syabas diucapkan kepada Karra dan OnAir kerana sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama Malaysia.

Foto: Bigetron Esports

Read More

MOBILE

Moon kini sudah bertunang

Raja Mage Malaysia iaitu Todak Moon atau nama sebenarnya Zikry Shamsuddin kini sah bergelar tunang orang.

Moon memuat naik ucapan tahniah dari rakan-rakan serta peminat di Instagram Story beliau.

Tahniah diucapkan kepada Moon di atas ikatan pertunangan ini. Semoga beliau beroleh rezeki untuk meneruskan hasrat untuk mendirikan masjid tidak lama lagi.

Read More

MOBILE

Orange Esports kolaborasi bersama MAB?

Orange Esports nampaknya mengacah kolaborasi baru bersama pasukan MAB Esports.

Dalam satu hantaran di Instagram story @mplmy.offical sempena Media Day MPL MY S9 hari ini, Ciwing (Rush) menyebut tentang #BringItOn

Seperti yang kita tahu, tanda pagar itu banyak kali digunakan baru-baru ini merujuk kepada Abang Lord yang juga pemilik pasukan MAB Esports berkenaan isu joki yang mendapat perhatian warganet sejak beberapa minggu lepas.

Kelihatan kesemua pemain Orange Esports yang hadir juga seperti dari lineup MAB Esports.

Difahamkan, Orange Esports melepaskan kesemua pemain mereka pada musim lepas dan pemain-pemain itu ada yang menyertai pasukan seperti Caracal dan Axis Esports.

Namun, kita juga boleh melihat kelibat pengurus pada musim lalu, Alice yang kembali bersama pasukan.

Read More

MOBILE

[RASMI] Le Josette menjadi duta Todak Gaming

Selepas berteka-teki selama 2 minggu. Kini pasukan Todak mengumumkan Le Josette menjadi duta buat Todak Gaming.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi Todak sebentar sahaja tadi.

https://www.instagram.com/p/CZOsl1qh49o/

Beliau adalah seorang cosplayer dan juga streamer, sangat digemari oleh peminat tempatan dan memainkan peranan penting di dalam komuniti permainan video di Malaysia.

Ramai di antara peminat yang sudah dapat menduga tentang Le Josette ini dari saat Todak mula membuat pengumuman akan ada satu kolaberasi baru 2 minggu lepas.

Tahniah diucapkan dan selamat datang kepada Le Josette ke dalam keluarga Todak.

Foto: Le Josette

Read More

eSPORTS

[RASMI] Xorn pilih untuk rehat

Selepas pendedahan barisan pemain baru pasukan Geek Fam MY untuk MPL MY musim ke-9. Xorn tidak berada di dalam barisan pemain baru itu dan ada ura-ura mengatakan beliau akan rehat dari arena kompetitif buat sementara waktu.

https://www.instagram.com/p/CZOP7UXllMs/?utm_source=ig_embed&ig_rid=eb6ac424-b8ba-4454-abb0-c7e4c985885a

Geek Fam menyatakan mereka akan membuat satu pengumuman khas untuk menjelaskan hala tuju Xorn pada jam 8 malam.

Di dalam penstriman langsung di Youtube, Xorn menjelaskan bahawa beliau tidak akan bermain untuk MPL MY musim ke-9.

“Saya mengambil keputusan untuk berehat kerana sudah terlalu lama berada di dalam arena kompetitif dan diri saya perlu rehat, saya perlu mengambil masa untuk hilangkan tekanan. Saya bermain dari MPL musim pertama sehingga sekarang, tidak pernah menjadi pemain simpanan dan MPL MY musim ke-9 menjadi penamat buat saya.” ujar beliau.

“Keputusan dibuat selepas diberitahu kepada jurulatih dan kemudian pengurus dan ahli pasukan. Agak berat untuk mereka menerima keputusan ini, namun mereka sedar ia bukan sesuatu perkara yang boleh dipaksa. Jika pemain itu dipaksa sedangkan beliau ingin rehat, ia akan menjadikan situasi lebih sukar. Selepas ini saya akan lebih kerap melakukan penstriman dan akan buat lebih content untuk pasukan Geek Fam.” tambah beliau.

Anda boleh melihat video penuh di sini.

 

Read More

MOBILE

Inilah harapan CEO BTR pada gabungan Era dan Ace ke dalam Bigetron

Pasukan Belletron Ace dan Era baru saja diumumkan bergabung dengan Bigetron Esports.

Belletron ditubuhkan pada 2018 untuk menjadi salah satu pasukan yang akan memperkasakan e-sukan wanita di Indonesia.

https://www.instagram.com/p/CZLrJNmrCoI/

Kini, impian itu sudah tercapai dan sudah tiba masanya untuk mereka bergabung dengan Bigetron Esports bagi mencapai prestasi yang lebih tinggi dan cemerlang.

Menurut CEO Bigetron Esports, harapan beliau buat gabungan ini adalah untuk mewujudkan sinergi dan kerjasama untuk memberikan usaha kepada pencapaian yang lebih besar.

Adakah BTR Era dan juga Ace dapat memberikan pencapaian yang lebih besar dari sebelum ini? Kita bakal saksikan.

Read More

Showing 49 - 60 of 134 Results