Moonton
Kapten EVOS Legends, Rekt bernilai RM5.8 Juta?
Pemain Profesional e-sukan kini menjanjikan pendapatan lumayan kepada individu itu untuk terus bermain di arena kompetitif.
Nilai seseorang pemain itu juga kian meningkat dan boleh mencapai sehingga jutaan ringgit untuk membeli seorang pemain.
Untuk kapten pasukan EVOS Legends iaitu Rekt, beliau mempunyai nilai yang besar sebagai seorang pemain profesional Mobile Legends.
Menurut analisis dari seorang pengulas iaitu Ryan KB Batistuta, dia berani menyatakan Rekt mempunyai nilai yang tinggi sebanyak 20 bilion Rupiah (RM5.8 juta).
“Harga 20 bilion, dengan nilai itu saya berani katakan sesiapa yang menyokong REKT akan menyokong pasukan barunya juga,” ucapnya ketika melakukan penstriman dengan wakil presiden EVOS Esports iaitu Aldean Tegar.
“Kedua, sesiapa pun individu yang bersiaran langsung bersama REKT, namanya akan naik. Nilai Rekt sebagai pemain terbesar saat ini,” katanya.
Adakah anda juga merasakan perkara yang sama? Sudah pasti menjadi seorang pemain profesional e-sukan akan memberikan pendapatan lumayan kepada indivitu itu sekaligus menjadikan beliau bernilai tinggi untuk dibeli.
Sumber: ONE Esports
Lemon buat comeback! Inilah lineup penuh RRQ Hoshi di MPL ID musim kesembilan
Pasukan RRQ Hoshi kini mendedahkan barisan penuh pemain mereka. Terdapat muka lama dan juga muka baru di dalam senarai kali ini.
Nampaknya, pemain veteran RRQ Hoshi, Muhammad Ikhsan “Lemon” membuat kemunculan kembali selepas beberapa lama menyepi dari menyertai MPL ID.
Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka.
https://www.instagram.com/p/CZEnZpsoylE/
RRQ Hoshi dianggotai oleh:
- Skylarrr
- Vyn
- R7
- Alberttt
- Clay
- Yummy
- Aether
- Violence
- Psychoo
- Lemon
Seperti yang dijangkakan, Xinnn tidak akan bermain untuk pasukan Sang Raja kali ini.
Adakah barisan pemain ini bakal menebus kekalahan mereka di Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI) dan Kejohanan Dunia Mobile Legends (M4) untuk tahun ini? Kita bakal saksikan.
Ahmad dan Leomurphy turun ke MDL?
Leomurphy dan Ahmad adalah pemain yang memegang role penting di dalam pasukan Alter Ego.
Kedua-dua pemain ini memberikan impak yang besar ke dalam pasukan.
Menerusi perkongsian dari @emak_moba, Leomurphy dan Ahmad dikatakan bermain bersama dengan Alter Ego X di pertandingan Dunia Games.
https://www.instagram.com/p/CY8UCD3rrXH/
Alter Ego X adalah pasukan MDL mereka, adakah ini bermakna Ahmad dan Leomurphy akan turun ke MDL dan pemain baru bakal menggantikan mereka?
Setakat ini, Alter Ego masih belum mendedahkan barisan pemain mereka untuk MPL ID musim ke-9. Sama-sama kita nantikan.
Sumber: @emak_moba
Mobile Legends melancarkan koleksi NFT pertamanya di Binance
Mobile Legends: Bang Bang atau dikenali ramai sebagai MLBB adalah salah satu permainan mudah alih yang terbesar di rantau Asia. Malah, ia juga terkenal di seluruh dunia. Kini, permainan MOBA itu melancarkan koleksi NFT pertamanya melalui pelantar matawang kripto Binance NFT.
Digelar sebagai ‘The Aspirants’, koleksi ini akan menawarkan dua NFT yang menampilkan dua watak wanita yang terkenal dalam permainan itu, Layla dan Fanny.
Koleksi NFT ini akan menawarkan 12 kotak misteri unik dengan empat gred berbeza, setiap satu mengandungi figura digital dan animasi eksklusif watak-watak itu.
Bagi mereka yang tidak tahu, NFT ialah aset digital atau fizikal yang unik yang boleh dibeli atau dijual pada rantaian blok mata wang kripto. Setiap token atau item di pasaran adalah unik dan tidak boleh ditukar ganti, menjadikan sesetengah daripada mereka sangat mahal.
Mereka yang membeli kotak itu akan berpeluang memenangi EMOJI NFT ekslusif kostum siri Airdrop of The Aspirants.
Memandangkan NFT itu unik, kotak NFT ini akan dijual sebanyak 25,000 kotak sahaja.
Ini pula gred serta kostum yang ada:
Super Super Rare (SSR) – 0.60%
Blade of Kibou Fanny
Miss Hikari Layla
Super Rare (SR) – 7.40%
Skylark Fanny
Blazing Gun Layla
Rare (R) – 9%
Lightborn – Ranger Fanny
S.A.B.E.R. Breacher Layla
Christmas Carnival Fanny
Bunny Babe Layla
Normal (N) – 12%
Campus Youth Fanny
Green Flash Layla
Lifeguard Fanny
Blue Specter
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web Binance di sini.
Sumber rujukan: Global News Wire
Xinnn dedah barisan pemain RRQ Hoshi untuk MPL ID S9
MPL ID musim ke-9 bakal tiba di bulan Februari ini. Kesemua pasukan dari Indonesia sudah bersiap sedia dengan barisan pemain baru mereka.
Menurut ONE Esports, Xinnn membocorkan barisan pemain untuk pasukan RRQ Hoshi setakat ini adalah Skylar, Vynnn, R7, Alberttt dan Clay.
https://www.instagram.com/p/CY5vr-nNlCH/
Siapakah bakal menjadi pelengkap bagi pasukan RRQ Hoshi untuk musim MPL ID kali ini?
Terdahulu, mereka gagal membawa pulang piala M3 selepas ditewaskan pasukan Blacklist International dengan skor 3-0 tanpa balas.
4 cara nak counter Yin
Yin adalah hero baru Mobile Legends yang amat menjengkelkan bagi sesiapa yang berhadapan dengannya.
Ini kerana ulti yang digunakan, My Turn mampu menyekat seorang musuh ke dalam medan pertarungan tersendiri (hanya Yin dan musuh) selama beberapa saat. Yang merisaukan, ulti ini boleh digunakan kepada sesiapa saja termasuklah jungler musuh.
Dia juga akan bertukar jadi Lieh dan kuasanya dipertingkatkan lagi dengan banyak.
Jadi, tindakan terbaik sekarang di rank adalah mengenakan ban kepadanya sekali gus menghalang outplay yang bakal terjadi.
Tapi, bagi anda yang terpaksa melawan Yin kerana terlepas ban ataupun apa pun sebabnya, ini adalah tips yang penulis syorkan.
1. Jika terkena ulti, cuba lawan
Salah satu kesilapan pemain ketika melawan Yin adalah melarikan diri daripada beliau ketika dalam ulti. Yin kuat tapi itu tak bermakna anda tak boleh membunuhnya. Jika Lieh (transformasi Yin) menggunakan Frenzy Strike, cuba elak dengan sebaik mungkin.
Hero seperti Yi Sun Shin dan marksman dengan keupayaan mobiliti boleh mengelak dengan baik kuasa ‘mengetuk tanah’ ini. Malah, skill ini ada kelemahan di mana fasa awalnya akan sasar automatik dan fasa seterusnya memerlukan pemain menyasar sendiri. Jadi anda boleh kelirukan pemain Yin kurang berpengalaman untuk meneka di mana anda akan bergerak.
Bagi penulis, hero dengan kuasa atau item lifesteal mampu melawannya dengan baik.
2. Main dengan selamat
Biasanya Yin memerlukan jarak dekat untuk menggunakan My Turn. Jadi jaga jarak anda dengan baik dengan melindungi di belakang tank. Kenakan damage dari jauh tapi berhati-hati dengan kuasa kedua Yin, Instant Blast yang membolehkannya Dash ke depan dan stun anda yang berada di belakangnya.
Selagi anda jaga jarak, selagi itu anda boleh selamat daripada Yin.
3. Kalaupun anda mati dengan ulti, Yin juga ‘tinggi’ peluang untuk mati
Kelemahan My Turn adalah lokasi di mana Yin dan musuh tetap takkan berganjak dan hanya berada di satu tempat. Jika pemain Yin seorang yang agresif dan bermain solo, anda boleh menghukumnya dengan mengajak pasukan lain melindungi jungler. Selepas tamat ulti, Yin tetap akan keluar di lokasi sama dan anda boleh menunggu untuk ‘spam’ kesemua kuasa kepadanya.
Namun, pemain Yin yang bijak akan melakukan ulti ketika teamfight di kawasan Lord dan Turtle sekali gus menghalang jungler anda menggunakan retribution.
4. Kadita, Argus dan fighter dengan pertahanan tinggi
Kadita boleh mengelirukan Yin dengan kuasa pertama ombaknya sekali gus melarikan diri daripada ditumbuk. Kuasa kedua juga boleh buat Yin terhenti seketika. Jika nyawanya sikit, Kadita boleh guna ulti untuk melambatkan lagi usaha Yin membunuhnya.
Badang pula sangat kuat dengan attack speed items. Golden Staff saja sudah mencukupi untuk menambah kelajuan serangan Badang yang boleh menyebabkan mini-stun kepada Yin. Namun, untuk lebih selamat, gunakan Argus di mana ultinya boleh menambah nyawa dan melambatkan kematian.
Gunakan juga fighter yang mempunyai pertahanan tinggi seperti Silvanna dan Yu Zhong untuk melawannya.
Pastikan anda menggunakan mana-mana ulti ketika berada dalam domain Yin dan bukannya SEBELUM terkena ulti.
Inilah senarai lengkap barisan pemain pasukan MPL PH musim ke-9
MPL PH adalah salah satu liga profesional Mobile Legends yang melahirkan ramai pemain-pemain berkaliber di Land of Dawn.
Mereka kini memegang gelaran juara dunia sebanyak dua kali bermula dari siri M2.
Bermula pada 18 Februari, MPL PH kini mendedahkan barisan pemain buat semua pasukan yang menyertai.
BLACKLIST INTERNATIONAL
Juara bertahan MPL PH dianggotai oleh:
- Edward
- Oheb
- Hadji
- Dex Star
- Kevier
- Eson
ONIC PH
Naib juara MPL PH musim ke-8 dianggotai oleh:
- Kairi
- Markyyyyy
- Ryota
- Micophobia
- Baloyskie
- Beemo
- Dlarskie
- Hatred
OMEGA ESPORTS
Omega Esports dianggotai oleh:
- Raizen
- Z4pnu
- E2Max
- Ch4knu
- Renzio
- Kelra
- Allidap
- Kielvj
- Amethyst
- Outplayed
ECHO
Echo dianggotai oleh:
- 3Martzy
- Kurtzy
- Hadess
- Killuash
- Bennyqt
- Yawi
- Rk3
- Rafflesia
- Aaronot
- Karltzy
RSG PH
RSG PH dianggotai oleh:
- Aqua
- Demonkite
- Emann
- Exort
- Wrecker
- Heath
- Kenji
- Kousei
- Light
- Nathzz
BREN ESPORTS
Bekas juara dunia M2 dianggotai oleh:
- Saxa
- Stowm
- Pheww
- Pandora
- Super Marco
- Flap
- Jowm
- Lusty
- Lord Malikk
- Joy Boy
TNC PRO TEAM
TNC dianggotai oleh:
- Escalera
- Sdzyz
- Kramm
- Kingsalman
- Yasuwo
- Benthings
NEXPLAY EVOS
Nexplay EVOS dianggotai oleh:
- Cadenza
- Yellyhaze
- H2wo
- S4gitnu
- Donut
- Elpizo
- Ureshiii
- Hesa
- Renejay
- MP The King
Inilah kesemua barisan pemain MPL PH musim ke-9. Pasukan manakah yang bakal muncul juara untuk musim kali ini?
Nyatakan komen anda di ruangan yang disediakan.
Foto dan sumber: MPL PH
Kemahiran saya ada sekarang tidak setaraf di dalam MPL – Wannn
Wannn adalah salah seorang pemain profesional Mobile Legends untuk pasukan EVOS Legends.
Beliau adalah bekas juara dunia M1 dan prestasinya bermain sebagai jungler sangat hebat. Namun di musim ketujuh MPL ID, beliau mula rehat dan digantikan oleh Ferxiic.
Bermula musim kelapan, beliau kembali untuk melakukan comeback akan tetapi tidak bermain sebagai jungler sebaliknya bermain sebagai midlaner.
https://www.instagram.com/p/CY3cS_rKLua/
Kini, wannn menjelaskan di dalam sebuah penstriman langsung bahawa beliau akan turun bermain di MDL.
Wannn menyatakan kebolehan beliau dan kemahirannya tidak lagi setaraf di dalam MPL. Malah beliau turut menyatakan bahawa tidak mahu menjadi beban untuk pasukan.
Jika benar apa yang diperkatakan oleh Wannn, pasti akan ada pengganti buat beliau di dalam pasukan MPL EVOS Legends musim kali ini.
Sumber: @emak_moba
Xray sudah bertunang
Bekas pemain pasukan Todak iaitu Xray mengumumkan pertunangan beliau bersama insan tercinta semalam.
Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi beliau.
https://www.instagram.com/p/CY1Ot57PcNW/
Terdahulu, Xray mengesahkan bahawa beliau akan berehat dari arena kompetitif dan kini kembali bermain untuk pasukan Geek Fam bagi persediaan menghadapi MPL MY musim ke-9.
Tahniah diucapkan kepada Xray, semoga diberikan rezeki dan dipanjangkan jodoh untuk berkahwin kelak.
Foto: Xray
KARRA, On Air adalah wakil Malaysia di Kejohanan Jemputan Wanita Mobile Legends (MWI)
Liga Profesional Mobile Legends (MPL) setakat ini meraih ramai penonton dan peminat di serata dunia. Moonton mula melebarkan sayapnya ke negara-negara Timur Tengah, Amerika Utara dan Amerika Latin.
Namun begitu, tidak ada sebarang kejohanan jemputan yang memfokuskan para wanita untuk bersaing sesama mereka.
https://www.instagram.com/p/CYbV8nANEUm/
Kini, ONE Esports mengumumkan Kejohanan Jemputan Wanita Mobile Legends (MWI) bagi pasukan wanita dari Asia Tenggara.
Kejohanan ini akan menyaksikan 10 pasukan akan bersaing untuk merebut wang hadiah lumayan terkumpul berjumlah AS$15 ribu (RM63 ribu).
Kini, lapan pasukan sudah siap sedia dan hanya tinggal dua pasukan Indonesia belum ditemui.
View this post on Instagram
Adakah kita akan dapat melihat tahun ini akan menjadi tahun kebangkitan arena kompetitif Mobile Legends di kalangan wanita? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.
Foto: MPL MY
MLBB: Kurangkan kesilapan ini untuk menjadi pemain yang lebih baik
Untuk menguasai permainan peranti mudah alih Mobile Legends, seseorang pemain itu harus mengurangkan kesilapan di dalam permainan untuk meningkatkan kualiti sebagai pemain.
Jika anda mengurangkan kesilapan di dalam permainan, pasti anda akan menjadi pemain yang lebih baik dari sebelum ini.
PENGAWASAN PETA
Ramai di antara pemain yang kurang mahir dan tidak ingin mengambil tahu apa yang berlaku di dalam peta. Pengawasan peta ini penting untuk melihat di manakah pihak musuh atau pasukan anda yang akan datang membantu anda melakukan serangan. Kemahiran pengawasan peta yang tinggi akan dapat membantu anda merancang apa yang harus dilakukan di dalam permainan seperti mengambil objektif dan melakukan rotasi. Perhatikan peta sekiranya anda melakukan pushing berseorangan, ada kemungkinan besar musuh akan datang untuk menumbangkan anda.
PENGGUNAAN SKILL
Ada pemain yang hanya mengeluarkan skill secara rambang dan tidak menunggu timing yang tepat. Seperti kita lihat pemain yang menggunakan Lancelot, Lancelot adalah hero yang memerlukan kemahiran skill shot yang tinggi. Jika anda hanya menekan butang skill hero itu tanpa menyasarkan tepat ke arah musuh, skill anda akan miss dan pihak musuh akan berjaya melarikan diri. Jadi penggunaan skill ini sangat penting dan tidak harus dilakukan secara auto.
PEMAHAMAN ROLE
Elemen ini sangat penting untuk membentuk satu pasukan yang kuat. Jika anda melihat salah satu ahli pasukan anda menggunakan hyper, anda tidak perlu menggunakan hyper lagi sebaliknya perlu mengisi role yang sesuai di dalam pasukan. Jika terdapat 2 hyper di dalam pasukan, ia akan menyebabkan kesulitan untuk melakukan farming dan pasukan anda akan mula tewas di dalam lane mereka oleh kerana kurang rotasi dari pasukan.
TOXIC PLAYER
Untuk menjadi pemain yang baik serta berdisiplin, anda harus mengurangkan dan membuang secara langsung sifat toxic di dalam diri anda. Ini kerana, jika anda mula toxic dengan pasukan, ia akan menyebabkan moral pasukan anda semakin menurun dan mencacatkan permainan mereka. Sebaliknya, anda harus memberikan sokongan kepada mereka. Jika mereka melakukan kesilapan, tunjukkan cara yang betul dan ajar mereka untuk menjadi pemain yang lebih baik.
Adakah anda melakukan kesilapan seperti di atas? Cuba tips ini untuk mengurangkan kesilapan anda di dalam permainan dan seterusnya mendominasi di dalam Land of Dawn.
LinkEzaa bakal menggunakan Lancelot di MPL MY musim ke-9?
Perlawanan peringkat kelayakan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim kesembilan menyaksikan dua pasukan berjaya mendapatkan slot itu.
Di musim kelapan, pasukan EBLZ dan Rahasia mara ke peringkat akhir untuk menyertai MPL.
Team Mikey dan Team Caracal berjaya membuktikan mereka adalah pasukan Mobile Legends yang terbaik untuk memperolehi slot ke MPL MY musim ke-9.
Di dalam pertemuan Team Caracal dan pasukan THQ. LinkEzaa menggunakan hero seperti Hayabusa, Paquito dan Alucard untuk memenangi perlawanan.
Jika kita lihat kembali ketika LinkEzaa bermain di musim kelapan, beliau hanya menggunakan hero fighter.
Namun bermula di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) dan peringkat kelayakan MPL MY, beliau mula menggunakan Lancelot dan juga Hayabusa.
Terdahulu, LinkEzaa berjaya mendapat ranking top global Lancelot menerusi perkongsian di laman sosialnya.
Ini membuktikan bahawa beliau sudah sangat mahir menggunakan hero assassin.
Peringkat regular season MPL MY musim ke-9 pasti akan lebih mendebarkan dengan pemilihan hero untuk Team Caracal.