Moonton
Momo adalah salah seorang pemain Macro terbaik setakat ini dalam MLBB
Pasukan Todak adalah salah satu pasukan yang berjaya membawa nama Malaysia ke pentas dunia di dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 baru-baru ini.
Meskipun hanya mendapat tempat kelima/keenam secara keseluruhan, mereka sudah memberikan usaha yang terbaik. Bukan itu sahaja, pasukan Todak juga menunjukkan peningkatan prestasi mereka di M3.
Salah satu ahli pasukan Todak yang harus diberikan pujian adalah Idreen Abdul Jamal (Momo). Beliau boleh dikatakan seorang pemain yang mempunyai kemahiran Macro terbaik setakat ini.
Definisi Macro dalam MLBB: Konsep pemahaman tentang kesedaran pada mini-map, kepentingan mengambil objektif, keberadaan musuh dan memfokuskan sama ada untuk split push atau menyertai teamfight.
CORAK PERMAINAN AGRESIF
Kita dapat lihat di Kejohanan Dunia M3, Momo menggunakan Brody dengan cukup baik. Beliau bijak menggunakan peluang untuk mendapatkan farming untuk mendapatkan blade of despair dan endless battle untuk mula bermain agresif. Seperti kita sedia maklum, Brody adalah hero yang sesuai dimainkan secara agresif oleh kerana skill set hero itu mudah memberikan burst damage yang tinggi kepada musuh.
Mengikut data yang dikeluarkan oleh Moonton, Momo mencatatkan 859 Gold setiap minit, rekod paling tinggi bagi hero marksman dipilihnya dalam perlawanan ke atas Navi. Dia juga mencatatkan 76.92% kill participation.
PENGAWASAN PETA YANG TINGGI
Untuk menjadi seorang pemain yang memiliki kemahiran macro yang tinggi. Pemain itu harus mempunyai tahap pengawasan peta yang bagus di mana seperti kita lihat Momo mempunyai kadar kematian yang rendah di Kejohanan Dunia M3 kerana beliau tahu saat yang sesuai untuk masuk dan keluar di dalam perlawanan yang berlaku.
Rata-rata skor kematian adalah bawah daripada lima dan mata pembunuhan paling tinggi menggunakan Beatrix dan Brody sebanyak lapan mata.
PEMAHAMAN POTENSI HERO
Jika kita memahami bagaimana cara hero MLBB itu berfungsi, ianya sangat membantu di dalam segi penggunaan skill dan cara untuk bermain hero itu secara kompetitif. Momo berjaya menguasai hero popol & kupa, Beatrix dan juga Brody di Kejohanan Dunia M3. Ketiga-tiga hero ini membantu Todak di dalam perlawanan menentang pasukan Navi dan juga SeeYouSoon.
Sebagai pemain yang versatil, Momo juga menggunakan Gloo, Esmeralda, Yu Zhong dan Lapu-Lapu yang mana keempat-empat hero ini mempunyai kadar survival yang tinggi di EXP Lane dan boleh membantu dalam teamfight pada bila-bila masa. Namun, rekod K/D/A dan MVP bagi Momo masih berpihak kepada penggunaan marksman.
PERHATIKAN “TIMING” YANG TEPAT
Elemen ini sangat membantu anda untuk menjadi pemain yang lebih baik. Pengiraan cooldown skill pihak lawan pasti memberikan kita kelebihan untuk merancang strategi bagi menumbangkan pihak lawan. Elemen ini ada pada Momo, beliau bijak dalam mengira timing skill hero pihak lawan untuk memastikan beliau mempunyai kelebihan dalam mengejar objektif. Perkara ini juga terpakai di dalam bab pengiraan Turtle dan Lord respawn timer.
Sebagai contoh, penggunaan Beatrix dalam perlawanan ke atas Navi mencatatkan sebanyak 9,584 damage iaitu 91.99% dari keseluruhan serangan ke atas building.
MENGETAHUI KEBERADAAN MUSUH
Momo menguasai kemahiran ini dengan selalu melihat di peta untuk mengetahui dimanakah musuh berada. Kemahiran ini perlu untuk mengelak dari terkena ganking dari pihak lawan. Anda juga boleh melakukannya dengan menggerakkan skrin anda ke Turtle, Lord atau creeps. Jika pihak musuh sedang farming, anda akan melihat attack animation dari skrin yang anda gerakkan.
Ini terbukti apabila Momo hanya mati beberapa kali dan kemahirannya menggunakan Beatrix dan Brody dengan tiada kematian ketika melawan EVOS SG dan Navi.
Elemen-elemen di atas menjadikan Momo antara pemain terbaik macro di Land of Dawn, Adakah Momo akan meneruskan prestasi yang begitu mantap sekali di musim kesembilan ini? Kita bakal saksikan.
Saya yakin Blacklist International tetap menjadi pasukan terkuat walaupun tiada V33 dan Wise – Bon Chan
Pasukan Blacklist International adalah pasukan yang paling kuat di Mobile Legends ketika ini. Mereka mendominasi Kejohanan Dunia M3 dengan corak permainan yang begitu sukar untuk ditewaskan musuh.
Meskipun mereka gagal untuk menjadi juara Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) selepas tewas di tangan ONIC ID, mereka berjaya bangkit semula untuk menewaskan ONIC ID di M3.
Menurut OhMyV33nus, pasukan mereka tidak pernah tewas terhadap lawan yang sama sebanyak dua kali di saat ini.
https://www.instagram.com/p/CYguoidv6hq/
Selepas pengumuman duo terhebat V33 dan Wise tidak akan bermain untuk musim ke-9. Bon Chan di dalam temubual bersama ONE Esports menyatakan beliau yakin pasukan Blacklist akan tetap menjadi yang terkuat.
“Itu semua bergantung kepada pemain baru, adakah mereka cepat mengadaptasi dengan gaya permainan kami atau tidak. Jika mereka cepat belajar, kami mampu mempertahankan gelaran (MPL) itu,” katanya kepada ONE Esports.
“Dex Star dan saya tidak pernah salah dalam memilih pemain. MPL PH musim ke-9 akan menjadi musim yang menarik,” ujar beliau.
Siapakah yang bakal menjadi pengganti OhMyV33nus dan Wise di MPL PH musim ke-9? Kita bakal saksikan.
Sumber: ONE Esports
Zeys mengacah pemain baru EVOS Legends pernah mengikuti Kejohanan Dunia MLBB sebanyak 3 kali
EVOS Legends pernah menjadi pasukan yang memegang gelaran juara M1 satu ketika dahulu.
Mereka juga bergelar juara MPL ID musim ketujuh selepas prestasi yang baik ditonjolkan oleh Ferxiic, seorang bocah ajaib yang menggantikan posisi Wannn ketika itu.
Namun begitu, EVOS Legends mula menunjukkan kemerosotan pada prestasi mereka selepas gagal mendapatkan slot ke Kejohanan Dunia M3.
Perubahan harus dilakukan dan jurulatih Zeys mula mengacah tentang pemain baru yang bakal sertai EVOS Legends.
@zans1996 Catat pemain baru evos legends pernah ikut M series tiga kali @gustianrekt_ @wannn0077 @evos.luch @z3zeys #fyp #rekt #wannn #deankt #mobilelegends ♬ suara asli – Zans
Menurutnya dalam sebuah perkongsian video aplikasi Tiktok, Zeys menyatakan pemain baru itu pernah mengikuti Kejohanan Dunia Mobile Legends sebanyak 3 kali.
Jika pemain itu berasal dari Indonesia, maka Vynnn dan juga Xinnn menjadi sebutan.
Adakah kita akan melihat pemain dari negara luar bakal mengisi slot di dalam pasukan EVOS Legends nanti? Kita bakal saksikan.
MPL PH musim kesembilan akan bermula pada 18 Februari ini
Liga Profesional Mobile Legends (MPL) PH menyaksikan ramai pemain-pemain yang mempunyai kemahiran mekanikal yang tinggi seperti Karltzy, Kairi, OhMyV33nus dan juga Oheb.
Pemain-pemain ini menggegarkan pentas dunia Kejohanan Dunia M3 sebelum ini. Mereka menewaskan pasukan dari Indonesia untuk membuktikan mereka adalah pencabar yang paling hebat ketika itu.
https://www.instagram.com/p/CYZC_wRheur/
Kini, MPL PH musim kesembilan akan dimulakan sekali lagi pada 18 Februari ini untuk menentukan pasukan manakah yang layak bergelar juara.
Terdahulu, pasukan Blacklist International berjaya muncul juara musim kelapan dan menjadi pasukan yang memegang gelaran back to back champion.
Adakah musim kesembilan ini kita bakal menyaksikan pasukan-pasukan seperti Bren Esports meningkatkan kembali momentum mereka yang hilang sebelum ini? Kita bakal saksikan.
Foto: MPL PH
Inilah perjalanan Rippo ke dalam arena kompetitif Mobile Legends
BTR Rippo adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends.
Dia mengharumkan nama Malaysia di negara Indonesia dengan mewakilkan pasukan Bigetron Alpha untuk bertanding di Liga Profesional Mobile Legends (MPL).
Kemahirannya menggunakan hero seperti Phoveus dan Esmeralda hampir menjadikan mereka juara di MPL ID musim ketujuh. Hanya tewas di tangan EVOS Legends di peringkat akhir.
https://www.instagram.com/p/CYgH3p1rZmq/
BTR mendedahkan perjalanan Rippo ke dalam arena kompetitif Mobile Legends. Ketika bermain Mobile Legends bersama teman-teman di kedai makan, dia mula mendapat tawaran untuk menjadi pemain profesional.
Akan tetapi, dia berasa gembira dan takut pada masa yang sama. Rippo sangat berusaha keras untuk menjadi pemain yang terbaik dan sanggup berbelanjakan wang dan menggunakan masa yang banyak untuk sampai ke tahap seperti sekarang.
Dia juga gemar memberikan hadiah kepada streamer supaya kehadiran dirinya di dalam stream akan disedari.
Sumber: BigetronEsports
Team SMG melepaskan Saiyajinn, Loong, Myzer dan Eshaa
Team SMG adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends. Mereka mengejutkan para peminat, menjuarai MPL MY musim kelapan dengan menewaskan pasukan Todak dengan skor 4-0.
Mereka membawa masuk Sasa dan juga James dan terus menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang. Namun begitu, mereka tewas dan pulang awal di Kejohanan Dunia M3.
https://www.instagram.com/p/CYf-6l0vkAI/
Kini, Team SMG mengumumkan mereka akan berpisah dengan Saiyajinn, Loong, Myzer dan Eshaa. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka.
Loong sudah bersama dengan Team SMG selama 3 musim dan menjadi salah satu pemain yang mewakilkan pasukan di Kejohanan Dunia M3.
Kemanakah hala tuju 4 pemain ini di dalam arena kompetitif Mobile Legends? Kita bakal saksikan.
MobaZane sanggup bermain di Asia, mahu organisasi dari sana menghubunginya
MobaZane adalah salah seorang pemain profesional Mobile Legends yang sebelum ini mengejutkan para penonton di seluruh dunia.
Kemahiran mekanikal beliau menggunakan hero seperti Roger dan juga Yi Sun Shin amat ditakuti oleh pasukan-pasukan di Kejohanan Dunia M3.
Mereka melakukan respect ban ke atas hero itu ketika bertemu dengan pasukan BTK. Lihat sahaja di perlawanan BTK dan Blacklist International. Pasukan Blacklist mengenakan ban ke atas hampir kesemua hero kegemaran Mobazane.
https://www.instagram.com/p/CYbDC0er9Mc/
Kini, MobaZane mendedahkan bahawa beliau terbuka untuk bermain di Asia. Di dalam perkongsian Instagram Story beliau, Mobazane memberitahu “Mana-mana pasukan yang terbuka untuk melamar saya (saya akan berpindah ke Asia) sila hubungi saya,” tulisnya.
Adakah kita akan dapat melihat pasukan dari Indonesia, Malaysia mahupun Filipina akan mengambil beliau sebagai pemain jungler terbaru nanti? Kita bakal saksikan.
Sumber: @emak_moba
Suhaz Junior sertai Kejohanan Jemputan Gorilla Putih
Suhaz Junior adalah pencabar baru di dalam arena kompetitif Mobile Legends. Mereka mula mendedahkan barisan pemain mereka sebelum ini.
Tujuan skuad ini ditubuhkan adalah untuk bersaing di dalam peringkat kelayakan MPL MY musim kesembilan.
https://www.instagram.com/p/CYXv91nom_B/
Kini, Suhaz Esports mengumumkan bahawa Suhaz Junior akan bertarung di Kejohanan Jemputan Gorilla Putih anjuran Team Baekdowh Esports.
Pengumuman itu dibuat di dalam Instagram rasmi Suhaz Esports. Pertandingan itu akan bermula pada 7-9 Januari ini.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Suhaz Junior. Semoga beroleh kemenangan dan menimba lagi pengalaman untuk bersiap sedia menghadapi pusingan kelayakan MPL MY musim kesembilan.
Sumber: Suhaz Esports
Roster Lock MPL ID S9 bermula 11 Januari ini?
Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Indonesia musim kesembilan akan bermula di dalam sebulan lagi. Juara musim kelapan iaitu ONIC Esports akan mempertahankan gelaran mereka di musim kesembilan.
Sebelum ini, Clover membocorkan roster lock akan berlaku pada 11 haribulan ketika sedang podcast bersama Zeys, Donkey dan Luch.
Meskipun tidak menyebut bulan berapa namun kita dapat menduga ianya akan berlaku pada bulan ini oleh kerana MPL Indonesia akan bermula di bulan hadapan.
https://www.instagram.com/p/CYL9NMGKtjD/
Jika benar apa yang dibocorkan oleh Clover, pasti banyak pasukan sudah bersiap sedia dengan pemain baru atau lama yang bakal bermain di musim kesembilan ini.
Namun begitu, Donkey menyatakan bahawa kemungkinan bulan Februari oleh kerana masih ada pasukan yang sedang mencari pemain-pemain baru.
Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Nyatakan di ruangan komen.
Sumber: @emak_moba
PABZ Esports melepaskan kesemua pemain MLBB mereka
PABZ Esports adalah satu pesaing arena kompetitif Mobile Legends di Indonesia, mereka mula melebarkan sayapnya ke Malaysia selepas membawa masuk bekas ahli pasukan Orange Esports.
Namun begitu, tidak berapa lama kemudian, LinkEzaa dilihat menyertai pasukan baru iaitu Team Caracal.
https://www.instagram.com/p/CYWWzJrJKYn/
PABZ Esports kini melepaskan kesemua ahli pasukan MLBB mereka. Mereka turut mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua ahli pasukan mereka untuk bermain di pasukan baru.
Kemanakah hala tuju bekas ahli pasukan PABZ Esports ini? Kita bakal saksikan.
Foto: PABZ Esports
Moonton mendedahkan rancangan penambahbaikan Mobile Legends sepanjang 2022
Pembangun MOBA paling terkenal seluruh dunia, Moonton, mendedahkan rancangan penambahbaikan untuk permainan terulungnya, Mobile Legends: Bang Bang. Rancangan ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang sekian lama diadu oleh pemain dan meningkatkan taraf permainan ini.
Ini lah beberapa langkah yang Moonton umumkan untuk tahun ini.
Matchmaking lebih seimbang
Moonton berdedikasi untuk mencari titik pengimbangan optimum yang akan memadankan pemain dengan lawan yang paling padanan sekata dalam masa paling singkat yang boleh dilaksanakan, tanpa mengira keadaan.
Dedikasi mereka membuahkan hasil yang menjanjikan. Dengan pengenalan pilihan giliran pantas tahun lepas, masa mencari perlawanan berkurangan dengan ketara.
Memadankan dengan rakan sepasukan dan lawan dari peringkat yang hampir sama juga membantu meningkatkan jurang kedudukan. Perlawanan berat sebelah tidak akan lagi menjadi perkara biasa. Perbezaan Gold antara kedua-dua pasukan kini agak kecil selepas setiap perlawanan, menunjukkan bahawa pemain dari kedua-dua pasukan mempunyai jumlah pengalaman yang hampir sama.
Sistem Senarai Hitam
Anda juga mampu menghalang pemain yang anda tidak minat melalui sistem senarai senarai hitam. Jadi, pemain yang disenaraihitamkan tidak akan muncul lagi dalam perlawanan anda.
Ciri ‘Dodge’ Diperkenalkan
Kadangkala perlawanan tidak menyebelahi anda, dan ini sangat mengecewakan lebih-lebih lagi pada fasa pemilihan hero. Kini, anda boleh ‘dodge’ atau elakkan daripada menyertai perlawanan itu.
Penggunaan AI dalam Sistem Matchmaking
Moonton kini menggunakan sistem AI atau kecerdasan buatan untuk menjaminkan pemain dapat bertarung dengan adil di Land of Dawn. Sistem ini akan menilaikan beberapa metrik seperti kedudukan, Gold dalam perlawanan dan lain-lain.
Pemain akan digandingkan dengan pemain lain yang mempunyai tahap kebolehan yang sama seperti mereka berkat sistem padanan baharu yang dikuasakan oleh sistem AI.
Ia akan mengenal pasti peranan pilihan yang seseorang itu mahu lakukan kebanyakan masa dalam sesuatu situasi. Akibatnya, mereka akan digandingkan dengan pemain dalam pelbagai posisi, menghasilkan barisan permulaan yang sangat berkuasa.
Pengimbangan Item dalam Permainan
Perubahan item yang berlaku pada bulan Jun adalah salah satu penambahbaikan paling ketara yang berlaku di Mobile Legends pada tahun lepas.
Item untuk hero Roamer dan Jungler yang dirombak juga menawarkan peluang baharu untuk dua peranan itu yang kini mempunyai lebih banyak pilihan berbanding sebelum ini. Dengan item baru ini, Roamer dan Jungler kini boleh memilih daripada pelbagai pasif roaming dan jungling yang disesuaikan dengan barisan lawan yang mereka hadapi.
Vexana dan Feramis
Dua hero ini adalah salah satu daripada golongan hero yang jarang dipilih kerana kebolehan mereka yang tidak menyerlah dalam meta terkini.
Moonton menjanjikan rombakan kepada dua hero ini pada masa akan datang. Selain Vexana dan Feramis, Hanabi dan Akai juga mungkin akan menerima perubahan kepada set kebolehan mereka.
Perubahan Lain
Selain yang diumumkan di atas, Moonton juga sudah merancang beberapa lagi perubahan penting dalam Mobile Legends seperti perubahan kepada hero-hero lama seperti Karina, Sun, Alpha, Balmond dan sebagainya.
Moonton juga merancang untuk mengemas kini sistem Emblem agar pemain dapat memahami sistem dengan lebih jelas. Ia juga akan menerima perubahan visual yang lebih menarik.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke YouTube rasmi Mobile Legends: Bang Bang di sini.
Sumber rujukan: YouTube
Seorang pemain profesional MLBB terkena santau angin dan masih belum sembuh
Pemain profesional yang hebat pasti akan menjadi buah mulut di bibir setiap peminat. Namun begitu, di saat individu itu mengecapi kejayaan dan populariti, pasti akan ada individu lain yang menaruh sifat dengki dan iri hati.
Itulah yang terjadi kepada salah seorang pemain profesional MLBB. Kami dari pihak MyGameOn tidak ingin mendedahkan nama beliau di atas dasar menghormati privasinya.
Sebelum ini, beliau adalah seorang pemain yang berjaya mengharumkan nama negara di Kejohanan Dunia namun mula bergerak secara tidak aktif selepas mengetahui dirinya tidak berada di dalam keadaan baik.
Ini kerana selepas dihubungi pihak MyGameOn, beliau menyatakan keadaan dirinya tidak seperti dahulu sejak dua tahun lepas dan sekarang sedang beransur pulih akibat dari buatan orang iaitu “santau angin”.
Menurut beliau, kerjayanya sebagai pemain profesional terhenti seketika oleh kerana perbuatan hasad dengki yang tidak seharusnya ada di kalangan komuniti MLBB.
Kami sempat menanyakan pandangan dari seorang ustaz yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz Hanafi tentang bagaimana karakteristik santau angin ini.
DEFINISI
Ketika ditanya tentang definisi santau angin, beliau memaklumkan kepada kami “Santau angin adalah sejenis sihir yang menggunakan ramuan tertentu dan dihantar melalui angin oleh jin yang dibuat oleh bomoh atau mereka yang mempunyai ilmu mengenainya. Santau itu akan masuk ke dalam makanan, rumah atau tubuh manusia tertentu,” kata ustaz Hanafi.
KESAN-KESAN
“Kesan kepada mereka yang terkena sihir atau santau angin itu adalah gatal-gatal, miang jika terkena miang buluh. Yang keduanya adalah kalau terkena serbuk kaca akan mengakibatkan muntah darah kerana santau angin itu sudah masuk ke dalam makanan. Yang ketiga ketika individu itu terkena santau angin yang masuk ke dalam rumah, mereka akan berasa panas dan sakit,” tambah beliau.
CARA MEMBUAT
Ditanya tentang cara membuat sihir itu, beliau menjawab. “Kebanyakkan santau angin dibuat mengikut kepakaran, ada yang menggunakan serbuk kaca. Ada juga yang menggunakan bisa binatang yang berbisa seperti lipan, ular dan ada juga yang menggunakan miang buluh. Mereka akan larutkan dengan najis, tepung dan juga bentuk makanan dan minuman seperti kopi. Kopi itu akan dibawa oleh jin melalui angin selepas ditiup kepada orang itu atau gambar dan rumah yang ingin ditujukan.”
PENGALAMAN MERAWAT
“Berdasarkan pengalaman saya merawat santau angin sebelum ini, tujuan mereka melakukan sihir atau bertemu dengan bomoh yang melakukan sihir adalah kerana dendam dan sakit hati.
“Ada juga yang memberikan pendapat bahawa orang yang terkena sihir ini sudah melakukan kejahatan dan kezaliman seperti meminjam wang dan tidak memulangkannya. Ada juga mereka yang berbohong di dalam perniagaan.
“Selain itu, ada individu yang terkena sihir ini boleh juga berlaku tanpa sebab iaitu mereka lalu di sebuah kedai untuk makan dan ada orang yang ingin menghantar sihir kepada tuan kedai dan terkena kepada pelanggan,” kata beliau.
CARA RAWATAN
“Cara rawatan mereka yang terkena sihir ini bergantung kepada pengamal perubatan masing-masing. Jika dalam perubatan Islam, ia dirawat menggunakan limau, daun nangka dan juga daun bidara. Limau nipis dan limau purut digunakan sebanyak 7 biji dan digunakan bersama mangsa ketika mandi pada petang dan malam.”
“Pada hari pertama mereka mandi 7 biji limau purut dan hari kedua dimandikan dengan 7 biji limau nipis yang sudah diruqyah menggunakan ayat Al-Quran. Ada juga yang menggunakan daun bidara, daun itu akan direbus dan memberikan mangsa mandi. Akhir sekali, ada yang hanya menggunakan ruqyah sahaja tanpa mandi. Waallahualam. Air yang diruqyah dengan kaedah mandi adalah lebih berkesan,” ujarnya.
Ustaz Hanafi adalah seorang pengamal perubatan Islam dan beliau sudah mempunyai pengalaman selama 15 tahun untuk merawat mangsa-mangsa terkena sihir ini. Beliau bergerak secara solo dan tidak terikat dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO).
Mari kita sama-sama doakan agar pemain profesional itu sembuh sepenuhnya dari santau angin ini dan semoga beliau akan kembali sihat untuk menghiburkan kita dengan corak permainan beliau yang hebat dan bertenaga.