Valorant
VALORANT Skin Champions 2022 – khas untuk Phantom dan Butterfly Knife
Skin Champions 2022 edisi terhad memberi anda makna menjadi juara.
Skin tahun ini memberi perubahan model dan dua fungsi baru sebagai dari Champion’s Aura iaitu efek visual yang akan berevolusi setiap 5 pemubuhan dan juga sama untuk senjata butterfly knife jika anda mendapat top frag.
Fungsi utama skin ini adalah untuk aspirasi, kompetitif, keamatan, tegas, penuh gaya dan epik.
Harga Bundle:
Harga: 6265 VP
Termasuk:
- Champions 2022 Phantom
- Butterfly Knife Champions 2022
- Gantungan Senjata Champions 2022
- Kartu Pemain Champions 2022
- Spray Champions 2022
Phantom
Butterfly Knife
Kedua-dua Phantom dan Butterfly Champions 2022 akan dijual mulai 23 Ogos sehingga 21 September ini.
50% dari keuntungan bersih dari Koleksi Champions 2022 akan diberikan kepada semua pasukan yang menyertai VCT Champions 2022.
Inspirasi Champion’s Aura kali ini adalah daripada logo, palet warna, musik video dan logo Champions 2022.
Shroud kata ‘kekurangan latihan’ menyebabkan Sentinels ‘balik awal’ di NA LCQ
Harapan Sentinels untuk ke kejohanan dunia (VALORANT Champions) nampaknya terkubur selepas mereka dihantar pulang oleh 100 Thieves dalam perlawanan kelayakan terakhir (VCT NA LCQ) yang berlangsung baru-baru ini.
Dalam perlawanan 2-1 itu, Shroud menjelaskan antara sebab mereka kalah kerana salah seorang pemain, Tyson “Tenz” Ngo jatuh sakit.
“Kami hanya ada lima hari untuk berlatih sebelum perlawanan 100 Thieves. Kami tak praktis kerana TenZ jatuh sakit. Sakit yang teruk.
“Kami ada perancangan sebelum ini dan ingin cuba mengubah komposisi. Kami memang nak enjoy saja (tapi lain pula terjadi),” katanya dalam satu penstriman langsung.
Satu berita kurang baik untuk peminat Shroud kerana streamer popular ini hanya menandatangani kontrak bersama Sentinels untuk NA LCQ dan kemungkinan Champions. Kekalahan mereka ini memberi bayangan samar-samar untuk Shroud terus bermain di Sentinels.
Memandangkan sistem francais juga akan hadir tahun depan, pastinya kita akan tahu nasib Sentinels kelak.
Pengulas VALORANT ini bertukar menjadi ‘Eminem’ ketika mengulas
ULISES adalah seorang pengulas VALORANT dari Sepanyol.
Dia terkenal sebagai salah seorang pengulas VALORANT yang boleh mengulas dengan sepantas kilat seolah-olah Eminem versi VALORANT.
Perlawanan ini adalah di antara G2 Esports berlawan Team Liquid.
Ketika ini, uLISES terus bertukar daripada pengulas biasa kepada rap god.
Siapa sangka pengulas sebegini ada dalam VALORANT sama seperti pengulas bola sepak arab.
Semuanya bermula apabila pemain TSM FTX seven menulis ciapan ini di Twitter.
he went from caster to rap god in a matter of a few milliseconds pic.twitter.com/ppFnlmzd7o
— TSM FTX seven (@sevvn) August 14, 2022
Rupa-rupanya masih ramai lagi pengulas seperti ini.
Walaupun tidak faham satu perkataan pun tetapi rasa teruja itu sangat terasa.
VALORANT x WEBTOON – Kolaborasi pertandingan seni digital dan komik
Riot Games bakal berkolaborasi dengan laman komik digital besar WEBTOON untuk peminat VALORANT.
Mereka perlu mencipta komik mereka sendiri di dalam dunia VALORANT.
Peminat VALORANT disyorkan untuk menunjukkan semua bakat mereka.
Anda perlu menghidupkan Fade dalam dunia komik.
Tema ini adalah ejen VALORANT termasuk Cypher, Sova, Neon dan Breach yang dalam misi ke Instanbul untuk menangkap Fade.
VALORANT and WEBTOON are teaming up… Are you in?
— VALORANT (@PlayVALORANT) August 15, 2022
Starting August 23, #VALORANTxWEBTOON are looking to bring the story of Fade’s Sting to life. #VALORANT #WEBTOON
Are you ready to Face Your Fears? Then, it’s time to start creating. https://t.co/V0B5AQLLIc pic.twitter.com/FFswxyZrkw
Peminat digalakkan untuk menggunakan gaya mereka sendiri menggunakan log audio di dalam acara permainan sebagai inspirasi.
Pertandingan ini akan dibuka bermula 23 Ogos ini.
Empat pemenang bakal dipilih dan akan menyertai sesi perbincangan idea selama satu jam bersama unit kandungan VALORANT.
Sesiapa yang ada akan mendapat peluang untuk mencipta rekaan pistol baharu untuk battle pass akan datang.
Peminat VALORANT boleh memuat naik komik panel 20 muka surat mereka ke laman rasmi VALORANT x WEBTOON.
TashBunny teruja terbang ke Dublin, Ireland jadi hos kejohanan VCT APAC LCQ
Berpeluang terbang ke negara Eropah bagi menggapai cita-cita mengulas atau menjadi hos kejohanan e-sukan pastinya menjadi impian ramai orang.
Bagi Natasha Hashim atau TashBunny, peluangnya menjadi hos kejohanan VALORANT Champions Tour (VCT) Asia Pasifik peringkat peluang kelayakan terakhir (last chance qualifier) adalah satu pengalaman berharga sepanjang kariernya.
Bercakap kepada penulis, Tash berkata dia tidak sangka boleh menjejakkan kaki ke pentas antarabangsa.
“Menjadi salah seorang ahli panel dan sebagai satu-satunya wanita dari Malaysia adalah satu penghargaan besar buat saya. Tak pernah dalam hidup terfikir untuk ke pentas antarabangsa.
“Malah, peluang berada bersama barisan talent lain di fasiliti Riot Games iaitu Project Stryker di Dublin, Ireland adalah satu pengalaman yang luar biasa,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.
Tash berkata, pengulas yang lain sememangnya penuh dengan inspirasi.
“Ramai yang hadir dari negara berlainan dan mereka membawakan tahap pengulasan dan persembahan yang berbeza. Sedikit sebanyak saya boleh belajar dengan mereka juga.
“Bagi saya yang paling mencabar bagi kejohanan ini adalah tahap keyakinan diri. Ini adalah kali pertama di pusat Riot Games bersama pengulas antarabangsa jadi saya sedikit gementar. Saya ingin lakukan yang terbaik!,” katanya.
Tash juga tidak terlepas berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan menerusi panggilan video.
LOOK WHO I RAN INTO IN IRELAND!!! pic.twitter.com/knrISnbarE
— Tashbunny ✨VCT APAC 2022 (@_tashbunny) August 1, 2022
Ketika ditanya siapa inspirasi dalam bidang pengulasan dan pengacaraan, Tash berkata dGon adalah individu yang menjadi inspirasi buatnya.
“Dia mempunyai pengalaman sangat luas bekerja dengan Riot dalam League of Legends, Wild Rift dan kini VALORANT.
“Kejayaannya adalah satu ‘standard’ yang saya letakkan dan ingin capai. Bertemu dengannya secara bersemuka sangatlah seronok,” katanya lagi.
Akhir sekali, Tash berkata, dia mengatakan kekuatannya dalam bidang pengacaraan terutamanya VALORANT adalah dengan menggabungkan hiburan dan informasi.
“Saya rasa ini adalah satu kemahiran sukar disempurnakan tapi saya masih cuba belajar untuk menjadi mahir,” akhirinya.
Jika anda ingin mengikuti perjalanan TashBunny sebagai hos di VCT APAC LCQ, ikutinya di Twitter @_tashbunny
Selain mengulas VALORANT, Tash juga pernah mengulas PUBG Mobile (PMPL), Free Fire (MCP Majors) dan menjadi pencipta kandungan Galaxy Racer.
VALORANT tidak akan menerima watak baru di Episode 4 Act 2, Riot fokus memperbaiki permainan
Watak terkini VALORANT, Neon, ditambah ke permainan beberapa minggu lalu. Namun, pemain sudah mempersoalkan beberapa perkara seperti penambahbaikan Yoru serta watak seterusnya. Riot Games kini menjawab persoalan-persoalan pemain. Anna Donlan, ketua pasukan pembangun untuk VALORANT, menjelaskan rancangan Riot Games untuk Episode 4 Act 2 dalam segmen Dev Diaries baharu. Donlan bermula dengan imbasan ringkas 2021 sebelum beralih kepada perkara yang boleh diharapkan oleh peminat dalam Act seterusnya. Peminat biasanya boleh menjangkakan Agent atau peta baharu dalam setiap Act, tetapi ini tidak akan berlaku untuk Act 2. Sebaliknya, Riot Games menumpukan pada meningkatkan kualiti permainan VALORANT. Kemas kini baharu akan menumpukan pada ‘keseimbangan ejen, peta sedia ada, mempromosikan tingkah laku pemain yang baik’ dan pengalaman yang lebih baik. Donlon juga memberi jaminan kepada pemain bahawa mereka akan terus mendengar daripada mereka tentang kemas kini yang akan datang kepada permainan. Peminat masih boleh mengharapkan kandungan yang menarik dalam Act 2, seperti Battle Pass komuniti pertama dan kostum baharu. Agent baharu akan datang dalam Act 3, jadi pemain tidak perlu menunggu terlalu lama untuk watak lain menyertai barisan. Sumber rujukan: Dotesports
Pemain profesional VALORANT Vietnam ditangkap menipu di VCT APAC Stage 1 2022
Pemain VALORANT Vietnam Tất Cẩm “Nomsenpai” Khôn digantung selama setahun selepas menipu dalam perlawanan rasmi VCT. Pasukannya Ice Cee Jay Too juga hilang kelayakan daripada VCT APAC Stage 1 2022.
Vietnamese player NomSenpai has been banned for 12 months for cheating in an official VCT match.
— Liquipedia VALORANT (@LiquipediaVAL) January 25, 2022
Additionally his team “Ice Cee Jay Too” has been disqualified from VCT APAC 2022 Stage 1.
🔗 https://t.co/QnxAf5grXK pic.twitter.com/SvTiDQmlPn
Dia dilihat menggunakan aplikasi ‘hack‘ semasa VCT 2022 Stage 1: Vietnam Open Qualifications apabila pasukannya Ice Cee Jay Too bermain perlawanan kompetitif di Haven.
Nomsenpai dilihat menggunakan gabungan wall hack dan aimbot kerana dia dilihat membidik dan menembak musuh disebalik lindungan asap dan dinding.
Lihatlah sendiri bukti penipuan di bawah.
Riot Games menerangkan, “Menipu dalam mana-mana perlawanan VALORANT adalah bertentangan dengan peraturan permainan kompetitif dan melanggar peraturan permainan adil.”
Penggantungan Nomsenpai daripada semua kejohanan rasmi Riot Games akan bermula pada 26 Januari dan berakhir pada tahun berikutnya. Manakala, pasukannya Ice Cee Jay Too perlu menunggu sehingga VCT Stage 2 2022 untuk bersaing semula.
Sumber rujukan: Riot Games
Inilah panduan hero-hero Hyper Front
Hyper Front adalah permainan yang baru dikeluarkan dari NetEase dan masih di dalam fasa awal.
Permainan ini membawa dunia futuristik sains fiksyen di mana anda boleh memilih karakter dengan kuasa masing-masing.
Hyper Front masih dalam fasa beta dan setakat ini hanya sembilan karakter sahaja yang ada yang dibahagikan kepada enam kelas iaitu: Breachers, Guardians, Brawlers, Scouts, and Supporters.
Breacher: Tukang Strategi
Breacher sangat pandai dalam menggunakan kelemahan musuh.
Mereka selalunya akan mempunyai kuasa yang rumit seperti teleportasi, perisai dan bom pegun.
Setakat ini hanya Storm, Blink dan Valkyrie sahaja dari kelas Breacher.
Storm
Storm mempunyai skill untuk membaling bom yang akan mengenakan damage kepada musuh dan kuasa Cloudburst yang mengeluarkan sfera awan mengurangkan kadar penglihatan musuh.
Blink
Blink pula boleh membuat teleportasi di serata peta.
Dia adalah hero mudah untuk dimain yang mempunyai keupayaan untuk bersembunyi dan menggunakan kemahirannya bagi membutakan musuh.
Kuasa Ultimate Blink membolehkan Blink pergi ke mana-mana sahaja di dalam peta dan mudah untuk bertahan dari musuh yang mahu menggunakan Starcore (bom).
Valkyrie
Valkyrie boleh digunakan untuk situasi menyerang atau bertahan.
Skill pertama Valkyrie mengeluarkan satu turret yang boleh menembak musuh yang berada di hadapan.
Ultimate Vaklkyrie membolehkannya menghantar satu bom yang akan jatuh dari langit di dalam satu kawasan.
Guardians: Menjaga Pasukan
Coldcast
Coldcast adalah hero yang menguasai kuasa ais.
Dia mampu untuk memperlahankan musuh dan perangkapnya akan meletup dalam satu masa.
Coldcast mampu membuat satu dinding ais yang akan menghalang pihak musuh dari menyerang.
Hero ini juga mampu membekukan pihak musuh dengan Supreme Skill yang akan membuat satu ribut taufan ais yang sangat besar.
Brawlers: Hero Jarak Dekat
Jika and suka bermain FPS tetapi berlawan dalam jarak dekat Brawlers sangat sesuai untuk anda.
Blast
Blast mampu membaling tiga bom dan mempunyai jetpack yang boleh memberi Blast bergerak ke tempat yang tinggi dan selamat.
Digunakan dengan Ultimate Skill, Mega Shark Rocket, Blast akan menembak roket dan melakukan damage yang sangat besar.
Blood Raider
Hero ini adalah karakter yang sangat kuat jika anda dapat menguasai kebolehannya.
Blood Raider mampu memulihkan diri sendiri apabila berjaya mengalahkan musuh.
Dia juga mampu untuk menghidupkan dirinya kembali apabila berada di dalam range mode.
Scout
Scout adalah karakter yang lebih baik menembak dari jarak jauh. Mereka juga akan menjadi hero yang penting untuk mengetahui kedudukan pihak musuh
Sentinel
Sentinel adalah hero support dan debuffer.
Dia boleh menghantar dron untuk melihat jauh ke hadapan.
Sentinel juga mempunyai bom pegun yang boleh memberi stun kepada pihak musuh dan membunuh secara mudah.
Ultimate skill Sentinel memberinya dua dron yang boleh memegunkan musuh.
Faith Arrow
Sudah semestinya akan ada karakter dengan busur dan panah.
Faith Arrow boleh menggunakan skill anak panahnya untuk melihat musuh di hadapan.
Terdapat juga anak panah yang boleh melakukan damage dan boleh melantun mengikut kehendak pemain.
Ultimate Skill Faith Arrow membolehkan dia menembak satu anak panah yang sangat luas dan jauh dari mana-mana lokasi yang Faith Arrow ada.
Supporter
Elixir
Satu-satunya supporter dalam Hyper Front dan boleh dikatakan Elixir wajib ada di dalam mana-mana pasukan.
Elixir boleh sembuhkan diri sendiri dan juga pasukannya.
Hero ini juga mempunyai skill Slowing Vortex yang akan memperlahankan pihak musuh.
Yang terakhir sekali Ultimate Skill Elixir mampu untuk mengembalikan pasukan yang sudah mati dan meneruskan perlawanan.
Ini adalah semua hero-hero dalam Hyper Front.
Jangan lupa cuba Hyper Front di pelantar Android dan menjadi penembak terbaik.
s1mple ingin ke VALORANT selepas tamat bermain CSGO
Pemain Counter Strike Global Offensive (CSGO) pasti mengenali legenda NAVI iaitu s1mple. Pemain berasal dari Ukraine ini membawa impak berbisa kepada permainan dengan kepakaran AWPnya. Beliau juga dianggap antara pemain terbaik CSGO di dunia.
Dalam satu temubual Oleksandr Kostyliev bersama Dexerto, beliau menunjukkan minatnya untuk menyertai arena kompetitif VALORANT selepas tamatnya bermain CSGO secara kompetitif.
Walaupun sudah lama bergiat dalam dunia CSGO, s1mple bukan calang-calang pemain di permainan penembak taktikal hasil Riot Games itu. Beliau juga dilihat bermain dengan nama-nama besar di VALORANT
Selain VALORANT, s1mple juga berkata bahawa beliau mungkin akan bermain FIFA secara kompetitif.
Selepas temubual ini, peminat berkata bahawa s1mple sudah selesa dengan idea berpindah kepada VALORANT kerana beliau sudah menjuarai PGL Stockholm Major pada tahun lepas. Ini kali pertama beliau menjuarai kejohanan peringkat Major.
Namun, ramai pemain CSGO yang dahulu berpindah ke VALORANT kini kembali ke CSGO atas sebab-sebab tertentu seperti nitr0 dan Autimatic.
Setakat ini, s1mple masih bermain CSGO bersama NAVI dan belum ada pengumuman beliau bersara dari permainan Valve itu.
Sumber rujukan: Dexerto
TSM melengkapkan barisan pemain VALORANT untuk VCT 2022
Pasukan VALORANT Amerika Utara Team Solo Mid atau TSM sudah mengunci barisan pemain untuk VALORANT Champions Tour (VCT) tahun ini yang akan bermula pada 27 Januari.
5 pemain yang bakal bermain di bawah panji TSM pada tahun ini adalah:
- Matthew “WARDELL” Yu
- Yassine “Subroza” Taoufik
- Aleko “LeviathanAG” Gabuniya
- Corey “Corey” Nigra
- Daniel “Rossy” Abedrabbo
Rebuild complete.
— TSM FTX (@TSM) January 20, 2022
Time to don the black and white. pic.twitter.com/F4I2Sthito
Pasukan TSM berjaya merembat kedudukan tempat pertama pada VCT 2021: North America Stage 3 Challengers 2, tetapi mereka tewas pada pusingan pertama bracket bawah di VCT 2021 NA Stage 3 Challengers Playoffs. Ini menyebabkan kegagalan mereka untuk maju ke kejohanan antarabangsa VALORANT.
Kini, barisan pemain pasukan itu sudah berlatih bersama selama beberapa minggu dan setiap pemain ditandatangani sejurus selepas tempoh percubaan berakhir akhir tahun lalu.
TSM dijangka akan beraksi di pusingan kelayakan terbuka VCT 2022 yang akan berlangsung pada 27 Januari nanti.
Sumber rujukan: Dexerto
Pemain VALORANT meminta mod latihan ‘retake’ dari CSGO
VALORANT dan Counter Strike Global Offensive (CSGO) adalah permainan yang berkongsi beberapa elemen penting. Antaranya adalah konsep pasukan menyerang dan pasukan bertahan. Pasukan menyerang akan cuba mengaktifkan Spike dan pasukan bertahan akan cuba untuk menghalang daripada itu berlaku.
Di CSGO, terdapat sebuah mod yang dinamakan sebagai ‘retakes‘ yang hanya memfokuskan kepada bahagian serangan semula pasukan bertahan untuk menyelamatkan tapak itu.
Video di bawah sebagai contoh.
Idea ini ditekankan oleh pengguna Reddit bernama gl1ch yang menerangkan situasi keperluan mod ini.
Menurut beliau, mod seperti Spike Rush tidak menekankan elemen ‘retake’ manakala mod seperti Escalation pula tidak menawarkan elemen strategik dalam permainan itu.
Malah, peminat VALORANT dari dahulu lagi meminta untuk membuat pelayan tersuai untuk mod-mod seperti ini dan lain lagi, contohnya mod ‘ Headshot Only’.
Harapnya, Riot Games dapat mengimplementasikan idea ini serta idea pelayan tersuai untuk meningkatkan nilai permainan penembak taktikal itu pada masa hadapan.
Sumber rujukan: Reddit
Ares dikenakan nerf selepas menjadi meta baru VALORANT dalam beberapa minggu
Kemas kini VALORANT 4.0 memperkenalkan beberapa perubahan yang mengoncang meta yang sedia ada. Antaranya adalah pengenalan watak Neon yang pantas ke dalam barisan watak VALORANT. Selain itu, senjata Ares juga menjadi terlebih kuat sehingga komuniti mengatakan ia adalah senjata meta terkini.
Riot Games meneliti keadaan dan terpaksa bercampur tangan dan terpaksa mengimbangi semula Ares serta berberapa aspek permainan lagi.
Ares
Harga senjata serta kadar taburan peluru senjata diubah agar senjata ini tidak sekuat beberapa minggu lalu. Ini menjamin agar Vandal dan Phantom masih senjata utama setelah memasuki pusingan lewat.
- Harga dinaikkan dari 1550 ke 1600
- Taburan peluru menegak ditingkatkan
- Nilai taburan umum peluru diubah daripada 0.8 ke 0.7 selepas 10 das tembakan, dan 1.0 ke 0.7 selepas 13 das tembakan. Nilai makin tinggi makin stabil senjata
- Pengurangan taburan apabila tunduk dikurangkan daripada 40% kepada 25%
Pisau
Senjata ini diimbangi lagi dengan menjadikannya lebih konsisten. Riot Games sudah memperbaiki senjata ini beberapa minggu lalu, tetapi ia ditambah lagi ketepatannya.
- Hitbox klik kanan pisau dibesarkan sebanyak 1.5x. Hitbox kiri juga dibesarkan lebih dari klik kanan dan jaraknya ditambah.
- Sasaran yang hampir pada tanda silang atau crosshair akan terkena dahulu, jadi anda masih mempunyai ketepatan.
Komunikasi
Permainan kompetitif seperti ini pasti ada pemain toksik, lebih-lebih lagi di rantau SEA, jadi Riot Games memperkenalkan ciri untuk menyekat perkataan atau mute words yang anda pilih.
Contohnya, jika anda menyekat perkataan ‘noob’ maka anda tidak akan nampak mesej itu dalam ruangan chat.
Riot Games senantiasa peka tentang perubahan dalam permainannya. Usaha ini dilakukan agar permainannya sentiasa berasa segar serta selamat untuk semua pemain. Walaupun permainan ini hanya berusia hampir 2 tahun, Riot Games membuktikan bahawa mereka tidak memandang remeh tentang permainan ini.
Sumber rujukan: Riot Games