eSPORTS
Ini senarai kolaborasi muzik dan e-sukan yang paling mantap setakat ini
Sepanjang dekad yang lalu, industri e-sukan berkembang dengan pesat sehingga beberapa kerjasama jenama dan penajaan merentas permainan yang berbeza sudah muncul.
Trend baharu artis yang bekerjasama dengan penerbit yang berbeza juga muncul.
Antara hasilnya adalah muzik rasmi, kerjasama acara, serta kumpulan muzik terkenal yang membuat persembahan di acara e-sukan dan konvensyen permainan.
Industri ini menyaksikan beberapa kolaborasi permainan dan muzik di pelbagai pelantar. Permainan seperti Fortnite menyaksikan pengalaman seperti konsert global dengan Marshmello, Travis Scott, dan terbaru Ariana Grande.
Mari kita lihat apa lagi kolaborasi muzik mantap setakat ini.
Monstercat – Rocket League
Bagi peminat Dota WTF di YouTube pasti mengenal siapa itu Monstercat. Monstercat adalah label muzik EDM yang berasal dari Kanada, dan muziknya terkenal dalam siri Dota WTF itu.
Monstercat juga adalah penyumbang muzik untuk permainan Rocket League.
Kedua-duanya sebelum ini telah bekerjasama pada 2017 dan mengeluarkan 40 lagu eksklusif untuk Rocket League.
Anda boleh menstrim kesemua 10 jilid Monstercat x Rocket League di Spotify. Psyonix juga menambahkan item kereta yang bertemakan Monstercat pada permainan, termasuk cetakan Monstercat dan bendera artis Monstercat, pelekat Monstercat dan topi Monstercat.
K/DA – League of Legends
Siapa tidak kenal kumpulan e-wanita Korea ini. Kumpulan ini terdiri daripada lima watak dalam permainan League of Legends iaitu Ahri, Akali, Kai’Sa, dan Evelynn. Mereka juga disertai oleh Seraphine pada album terakhir mereka iaitu More.
Kumpulan ini disuarakan oleh ahli-ahli kumpulan K-pop G-IDLE dan berkolaborasi juga dengan artis barat seperti Madison Beer, Jaira Burns dan lain lagi.
Harapnya kita dapat lihat lagi kumpulan ini pada masa hadapan.
BLACKPINK – PUBG Mobile
Pada September 2020, PUBG MOBILE mengumumkan kerjasama dengan kumpulan K-pop popular, BLACKPINK dalam kemas kini 13.1. Acara itu menampilkan peta Taego baharu, tugasan dalam permainan, muzik lobi, kostum kapal terbang dan airdrop, papan iklan, emote dan sejumlah 37 kostum yang direka oleh BLACKPINK.
Kerjasama itu turut menyaksikan rancangan permainan “Fun match” baharu yang menampilkan semua ahli kumpulan gadis K-pop BLACKPINK, penyanyi Korea Selatan Kim Hee-chul, dan penstrim popular DDEDDEDDEDDE dan BEENU.
MK K-Clique – PUBG Mobile
MK K-Clique juga tara-tara BLACKPINK di mana mereka pernah berkolaborasi dengan permainan genre battle royale itu. Beliau melancarkan muzik video yang dikenali sebagai Sapu Rata dan berjaya menerima lebih 1.4 juta tontonan di YouTube. Hebat kan?
K-Clique juga dinamakan sebagai duta PUBG Mobile di Malaysia.
M3 Main Theme – Mobile Legends Bang Bang
Sempena kejohanan dunia M3 MLBB di Singapura, Moonton melancarkan muzik video Rise To The Top iaitu lagu tema utama acara kejohanan ini. Tema muzik ini sungguh mantap dan memberi semangat kepada pendengarnya.
Kualiti video muzik ini sememangnya tinggi dan ini memberi harapan kepada peminat dan pemain bahawa mungkin akan ada lebih banyak lagi muzik video seperti ini akan muncul pada masa akan datang.
Ini lah muzik dan kolaborasi yang paling mantap dalam dunia e-sukan buat masa ini! Apakah lagi kolaborasi mantap yang anda tahu?
Xorn rehat dari main di MPL?
Pemain Geek Fam Mobile Legends, Mohammad Zul Hisham (Xorn) memuat naik satu hantaran di Instagram dengan menulis “Gonna Miss This Moment” (akan rindu saat ini). semalam.
Foto itu juga menunjukkan Xorn sedang bermain di Liga Profesional MLBB (MPL) MY.
View this post on Instagram
Malah, komen dari jurulatihnya, Ariff Iswandi (Amoux) yang menulis “Safe Flight” menambahkan lagi tanda tanya sama ada beliau akan bermain atau tidak di MPL MY musim kesembilan.
Terdahulu, rakan sepasukannya Feekz pernah menulis “The Last Ride” di kapsyen foto menandakan beliau bersara dari kompetitif.
Adakah Xorn sekadar rehat semusim dan akan kembali nanti? Kita bakal saksikan.
Foto: Xorn | Instagram
Team Secret dan 4RIVALS Alliance sudah bersedia di PMGC 2021
Selepas dua bulan bertempur, pasukan Malaysia, Team Secret dan 4RIVALS Alliance kini bakal bertempur di persada dunia mewakili Malaysia ke Grand Finals PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2021.
Mereka menjadi antara 16 pasukan terbaik serata dunia untuk berlawan.
Kemasukan ini adalah satu kejayaan buat Malaysia yang perlu disambut baik kerana berjaya menghantar dua pasukan ke peringkat antarabangsa.
Team Secret
Team Secret yang hanya bermain bersama selama setahun sahaja sudah berjaya membuktikan kerjasama mereka di kemuncak hasil latihan dan scrim dengan pasukan kuat yang lain.
Kini mereka juga berkeyakinan untuk memenangi PMGC dengan barisan pemain IShotz, MADTOI, Fredo, Jumper, KiD dan Y2k.
“Kami sangat teruja untuk berlawan dengan pasukan-pasukan kuat dari serata dunia. Sudah pasti hal ini tidak mudah, namun kami mempunyai kelebihan yang pasukan lain tidak ada. Dua In-Game-Leader yang mempunyai pengalaman lama dari pelbagai pertandingan antarabangsa bakal menjadi senjata rahsia kami.
“Kedua-dua mereka mempunyai cara bermain yang unik dan kami percaya kami berpeluang untuk memenangi PMGC,” ujar Muhammad Arif bin Badrul Hisham, selaku Pengurus Pasukan Secret.
4 RIVALS Alliance
Tidak dilupakan 4RIVALS Alliance, yang terpaksa menghadapai banyak batu penghalang sebelum berjaya.
Pasukan itu sudah mengharungi beberapa perubahan dalam dua tahun ini temasuk perubahan nama, penukaran pengurusan dan pemain.
Mereka terdiri daripada Rith, Eypul, Appy, PEMBURU dan Stoned.
“Hal ini merupakan antara perkara terbaik yang pernah berlaku kepada pasukan kami (perubahan-perubahan ini),” ujar Appy, selaku Support/In-Game-Leader.
Appy juga adalah satu-satunya pemain yang ada dalam barisan pasukan yang asal.
“Pada mulanya, banyak halangan yang kami perlu tempuhi dan saya bersyukur kami berjaya dan layak sebagai finalis ke PMGC,”
Eypul yang juga pemain Multirole memberitahu kejayaan mereka adalah semua peminat yang sentiasa bersama ketika dalam susah dan senang.
Selamat maju jaya dan tahniah diucapkan untuk Team Secret dan 4RIVALS Alliance mewakili Malaysia ke finals PMGC 2021.
Grand Finals PMGC akan diadakan pada hari ini hingga Ahad ini dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM24 juta untnuk dimenangi.
Pasukan Filipina Liyab Esports membawa bekas pemain League of Legends untuk mewakili pasukan Wild Rift mereka
Liyab Esports adalah sebuah pasukan Filipina yang hebat dalam arena League of Legends PC di rantau Asia Tenggara. Namun, divisiyen mudah alih pasukan yang memfokuskan kepada Wild Rift tidak dapat meniru kejayaan rakan sepasukan mereka dan terlepas peluang menyertai Wild Rift Horizon Cup 2021. Semenjak itu, pasukan itu dibubarkan.
Kini, Liyab Esports membawa kepakaran League of Legends terus ke arena Wild Rift.
Pasukan ini menandatangani beberapa mantan pemain League of Legends Liyab Esports untuk bermain Wild Rift di bawah sepanduk Liyab Esports.
Ini lah barisan pemain baharu pasukan itu:
- Jay ‘Speltz’ Tabarangao — Baron Lane
- Edrian ‘DoeDoii’ Brancia — Jungle Lane
- Ren ‘Kanji’ Motomitsu — Lorong Tengah
- Gabriel ‘Sho’ Sebastian Umali — Lorong Tengah
- Klyde Perfection ‘Klyde’ Abello — Dragon Lane
- Jhon ‘Xyliath’ Mike Tungol — Support
- Gerald ‘Tgee’ Gelacio — Jurulatih
Speltz, DoeDoii, Kanji, Xyliath ialah bekas pemain pro LoL PC Liyab Esports. Sho pula mantan ahli Universiti Fennel manakala Klyde dari Oasis Gaming. Tgee, jurulatih LoL PC Liyab Esports, juga akan menyertai bekas pasukannya.
“Ketika kami melangkah ke tahun 2022, kami yakin kami membuat langkah yang betul untuk membawa Liyab Esports ke peringkat seterusnya,” kata Ralph Aligada, Ketua Globe Games dan E-Sukan Liyab Esport.
“Kerjasama kami mewakili komitmen yang lebih mendalam untuk memupuk dan membangunkan adegan permainan tempatan,” sambungnya lagi.
Liyab Esports akan mula bertanding di PPGL Wild Rift Champion SEA: Filipina bulan depan.
Sumber rujukan: Facebook
Jurulatih ONIC bagi alasan kenapa pasukannya tak ‘perform’ di M3
Jurulatih ONIC Esports, Aldo mengatakan mood pemain ONIC Esports terganggu disebabkan faktor pemain penat, makanan kurang sesuai dan waktu kuarantin yang lama di Kejohanan Dunia Mobile Legends, M3.
View this post on Instagram
Prestasi ONIC Esports dikatakan merudum selepas tewas di tangan Todak pada peringkat kumpulan dan tewas di tangan Blacklist International.
Namun, hakikatnya ramai lagi pemain menunjukkan prestasi yang memberangsangkan seperti juara M3, Blacklist International yang memulakan kembara mereka dari lower bracket.
Stewie2k – Smoke Criminal kini ke Evil Geniuses
Evil Geniuses (EG) akhirnya mengumumkan ahli pasukan baru mereka untuk CS:GO musim 2022.
Pemain lagenda digelar Smoke Criminal dan pemenang Major, Jacky “Stewie2k” Yip kini menyertai EG.
Selepas keluar dari Team Liquid, ramai orang tertanya-tanya kemana hala tuju Stewie2k dan akhirnya persoalan terjawab.
Please join us in welcoming the Smoke Criminal himself to our CSGO lineup.
— Evil Geniuses (@EvilGeniuses) January 18, 2022
Welcome @Stewie. #LIVEEVIL pic.twitter.com/cgltxuFAGK
Adakah kita akan menyaksikan Stewie2k mencipta kejutan bersama lineup EG pula kali ini? Kita nantikan.
Ninja nak saman Pokimane?
Beberapa hari lepas terdapat satu drama di Twitch di antara Ninja, Pokimane dan JiDion.
Semua drama ini memuncak apabila pengurus dan isteri Ninja, Jessica Blevins menghantar satu mesej kepada Pokimane mengenai saman terhadap Pokimane.
Pokimane dikatakan sudah mengeluarkan satu fitnah yang tidak berkaitan terhadap mereka.
Semua ini bermula apabila JiDion menghantar raid ke strim Pokimane dan menyuruh penontonnya menulis “L + Ratio” kepada Pokimane.
JiDion akhirnya disekat daripada Twitch dan akhirnya bertukar menjadi larangan sepenuhnya di Twitch atas kesalahan mengajak dan menghantar kebencian ke satu individu.
Ninja tahu mengenai drama ini dan menghubungi JiDion untuk bersembang.
Pokimane pula menunjukkan satu ciapan di mesejnya mengenai saman yang akan dikenakan ke atasnya nanti.
Disebabkan Ninja menghubungi JiDion, Pokimane mengatakan Ninja sebenarnya mahu membantu JiDion untuk tidak disekat dari Twitch.
— pokimane ⚔️ (@pokimanelol) January 18, 2022
Kes ini banyak membawa pertelingkahan yang tidak baik untuk komuniti Twitch.
Banyak penstrimer besar lain xQc, Hasanabi, Ludwig, Mizkif dan lain-lain juga ada bercakap mengenai perkara ini dan menyokong Pokimane.
Dato’ Sri Najib Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada 4Rivals
Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Najib Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada 4Rivals yang akan bertanding di Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) peringkat akhir nanti.
Ucapan itu dibuat di dalam sebuah hantaran Facebook beliau semalam. Beliau sempat minum petang bersama pasukan tanah air serta mendengar perancangan mereka.
Selamat maju jaya juga diucapkan kepada pasukan 4Rivals dan Team Secret yang akan mewakili Malaysia untuk merebut gelaran juara dunia PUBG Mobile.
Nantikan perlawanan mereka pada hari jumaat sehingga ahad ini. Jangan lupa untuk berikan sokongan yang padu kepada mereka.
Foto: Najib Razak
Amouranth meminta Twitch mendedahkan punca streamer digantung
Penstrim wanita terbaik Twitch, Kaitlyn Siragusa, atau lebih dikenali sebagai Amouranth meminta agar Twitch mendedahkan sebab-sebab seseorang penstrim digantung di pelantar itu atas beberapa sebab.
Ikutan amaran serta gantungan yang terlalu banyak disebabkan larangan DMCA yang menggantung ramai ikon seperti Pokimane, DisguisedToast dan beberapa lagi, Twitch tidak menjelaskan sebab-sebab tindakan itu diambil. Ia menjadi tanggungjawab penstrim untuk menjelaskan apa yang berlaku.
Menurut Amouranth, Twitch tidak menjelaskan punca gantungan agar dapat mengelakkan tanggungjawab atau kesilapan yang berlaku atas sesuatu gantungan.
Amouranth juga berkongsi bahawa beliau cuba mencari kesalahan yang dilakukanmya berikutan gantungan Twitch tahun lalu, dan beliau tidak pernah dimaklumkan tentang kesilapannya itu.
Beliau bersangka bahawa aktiviti di strim beliau menyumbang kepada gantungan itu. Tetapi, beliau berkata ia adalah ironik kerana permainan-permainan yang disiarkan di Twitch juga mempunyai elemen-elemen mengghairahkan.
Kata Siragusa, “Dead Or Alive mempunyai wanita berbikini, GTA ada penari mengghairahkan dan ia tidak menjadi masalah,”
“Ia menjadi masalah apabila terdapat wanita sebenar dan kami tidak dapat menerima seksualti kami,” sambungnya lagi.
Namun, isu Twitch ini mungkin tidak akan menolak beliau keluar dari pelantar itu.
Sumber rujukan: Dexerto
Team Mikey raih slot pertama ke MPL MY musim kesembilan
Pusingan kelayakan MPL MY musim ke-9 menyaksikan 4 pasukan terakhir akan merebut slot untuk bermain di MPL MY musim ke-9.
Team Lemah bertemu dengan pasukan Mikey pada permainan pertama. Team Lemah memberikan Eymal menggunakan Ling untuk mendominasi di dalam permainan.
Mereka juga menggunakan draft Esmeralda bersama Yve untuk mengenakan crowd control ke atas pasukan Mikey.
Namun begitu, pasukan Mikey tetap tenang dengan pemilihan Hayabusa sebagai jungler. Azim menggunakan hero itu dengan baik sekali untuk menumpaskan Team Lemah.
Lord pertama dan kedua berjaya didapatkan pasukan Mikey dan I’m offended yang digunakan oleh Ohaha pada pertarungan terakhir menghentikan perjalanan Team Lemah di dalam perjuangan mereka mendapatkan slot.
Pasukan Mikey berjaya mendapatkan slot pertama MPL MY musim ke-9. Seterusnya kita akan menyaksikan Team Caracal akan bertemu dengan pasukan THQ bagi menentukan slot terakhir ke MPL MY musim ke-9.
Soloz Club menang tempat kelima bagi kategori Youtubrity Terbaik Malaysia
Personaliti e-sukan popular tanah air, Faris Zakaria atau Soloz berjaya menggondol tempat kelima bagi anugerah Youtubrity Terbaik Malaysia, semalam.
Kemenangan itu diraih mengikut populariti yang diperoleh saluran Youtubenya iaitu Soloz Club.
View this post on Instagram
Sementara itu, Nureddy Nursal (DaddyHood) pula memenangi anugerah kategori Saluran E-Sukan Terbaik.
View this post on Instagram
Tahniah diucapkan kepada Soloz dan DaddyHood atas kemenangan mereka!
Untuk rekod, Soloz Club mencatatkan 1.55 juta subscribers manakala saluran DaddyKr3w kini dengan 599 ribu subscribers.
Daddy menerusi salurannya gemar merakam aktiviti sosial bersama ahli-ahli HomeBois seperti jamming dan sebagainya manakala Soloz pula lebih kepada video highlight bermain MLBB.
“Dah dua tahun tunggu nak jadi juara,” – Erin (KARRA)
Baru sahaja minggu lepas Squad Up Athena Mobile Legends: Bang Bang sudah berlangsung untuk peringkat negara dan peringkat antarabangsa bakal berlangsung esok.
Bagi kapten pasukan Karra, Erin, dia ingin berkongsi tentang kejayaan pasukannya yang berjaya bergelar juara bagi kejohanan wanita ini.
1. Apa perasaan anda dan pasukan kini berjaya mewakili Malaysia untuk peringkat antarabangsa Squad Up Athena MLBB?
“Bila fikirkan balik pertandingan ini adalah sesuatu yang besar dan selama dua tahun kami sudah bercita-cita untuk menjadi juara.
“Banyak kekangan yang kami hadapi dan ada yang tidak kesampaian tetapi dengan masa dan orang yang betul ditambah lagi dengan platform yang betul, Alhamdulillah kami dapat menjadi juara untuk hari itu.
“Lebih-lebih lagi kami juga akan membawa nama Malaysia. Boleh dikatakan pencapaian ini adalah sangat tinggi dan kami akan buat yang terbaik,”
2. Apa persiapan pasukan Karra untuk perlawanan nanti?
“Disebabkan semua dah sedia tahu mengenai pertandingan dari November, jadi kami terus berlatih.
“Namun, disebabkan ramai pemain kami adalah streamer, kami banyak berlatih pada setiap minggu termasuklah dengan scrim.
“Untuk scrim kami pernah berlawan dengan pasukan lelaki dan di Facebook juga ada banyak group mencari skuad untuk Karra berlawan.
“Dari segi meta pula, kami akan cuba bermain benda baru dan sentiasa mengambil tahu meta baru untuk bermain dengan cara terbaik.
“Kami juga ada membuat analisis sendiri dan banyak mengambil pelajaran dari M3 dan MPL,”
3. Pasukan yang paling susah untuk dilawan?
“Bren Esports Victress dengan Team Volt dari Indonesia,”
4. Berbanding Indonesia dan Filipina yang mempunyai banyak pasukan MLBB, apa pandangan terhadap arena MLBB di MY untuk wanita?
“Perkara ini sudah lama cuba diketengahkan oleh ramai orang seperti Mariah Ahmad, ChuChuGaming dan ramai lagi.
“Tetapi bagi Erin, sebenarnya susah untuk perkara ini membuahkan hasil. Bajet pertandingan di Malaysia juga tidak setinggi negara jiran Indonesia.
“Adap penganjur pernah cuba untuk mengetengahkan perkara ini tetapi impak yang didapati tidak begitu membuahkan hasil.
“Liga-liga yang besar juga tidak ada lagi untuk menarik lebih ramai pelabur,”
5. Pernah terdetik tak Erin dan pasukan untuk pergi ke MWI.
“Ya. saya percaya dengan rakan pasukan yang baik, bukan sahaja kebolehan tetapi keserasian juga boleh memberikan kemenangan untuk kami.
“Kami akan cuba untuk menang dengan dengan sedaya upaya. This is the time,”
Squad Up Athena dianjurkan oleh IGN SEA dan disokong oleh Moonton. Kejohanan ini menyediakan dua slot Malaysia untuk menyertai Kejohanan Jemputan MLBB Wanita (MWI).