eSPORTS

eSPORTS

5 kisah gaming pelik setakat ini

Bulan Disember tahun lepas nyata menunjukkan beberapa berita gaming pelik yang ada.

Malah, ada yang tidak masuk akal dan ada yang macam pelik dengan persoalan mengapa tidak?

1. Sega Dengan PC terpantas di dalam dunia mencapai 100km/j

Sega baru-baru ini mengeluarkan PC terpantas di dalam dunia yang boleh mencapai 100Km/j.

Ia bukan sahaja PC terpantas malah juga mempunyai empat tayar yang boleh dikawal seperti kereta kawalan jauh.

Sega juga mahu memberikan PC pantas dan berkuasa ini secara percuma kepada peminat bertuah.

2. Cyberpunk 2077 haramkan mod persetubuhan Keanu Reeves.

Mod untuk permainan video di PC akan datang dalam pelbagai jenis dan bentuk.

Namun, Cyberpunk 2077 mempunyai satu mod yang membolehkan anda untuk mengubah satu model yang menunjukkan anda sedang melakukan persetubuhan dengan model Johnny.

CD Project Red sudah mengeluarkan kenyataan untuk tidak menukarkan mod bagi tujuan sebegini terutama sekali apabila membabitkan model yang betul.

3. Bauhutte mesin mengurut tangan

Anda boleh mengurut tangan, memulihkan peredaran darah dan simulasi sentuhan manusia.

Bauhutte ini adalah mesin mengurut tangan khas untuk para gamer di luar sana.

Mesin ini mempunyai mod shiatsu yang boleh mengurut jari anda dengan menarik dan meregangkan jari anda satu per satu.

4. Mod Doom 2 berlawan NFT

Betul anda tidak salah dengar.

Mood Doom 2 ini dibuat untuk menggantikan raksasa di dalam Doom 2 menjadi watak dan karakter monyet NFT.

Tidak tahu apa tujuan mod ini adakah untuk memberi kenyataan mengenai NFT yang wujud disebabkan kecurian atau bagi mempersendakan NFT itu sendiri.

5. CJ dari GTA dalam Elden Ring

Modders sudah menggodam Elden Ring Demo untuk memasukkan CJ dari GTA San Andreas.

CJ nyata nampak pelik di dalam Elden Ring sambil berlawan dengan karakter-karakter fantasi sangat pelik dan menarik untuk dilihat.

Apa lagi cerita pelik gaming yang anda tahu?

Read More

eSPORTS

Suhaz Junior sertai Kejohanan Jemputan Gorilla Putih

Suhaz Junior adalah pencabar baru di dalam arena kompetitif Mobile Legends. Mereka mula mendedahkan barisan pemain mereka sebelum ini.

Tujuan skuad ini ditubuhkan adalah untuk bersaing di dalam peringkat kelayakan MPL MY musim kesembilan.

https://www.instagram.com/p/CYXv91nom_B/

Kini, Suhaz Esports mengumumkan bahawa Suhaz Junior akan bertarung di Kejohanan Jemputan Gorilla Putih anjuran Team Baekdowh Esports.

Pengumuman itu dibuat di dalam Instagram rasmi Suhaz Esports. Pertandingan itu akan bermula pada 7-9 Januari ini.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Suhaz Junior. Semoga beroleh kemenangan dan menimba lagi pengalaman untuk bersiap sedia menghadapi pusingan kelayakan MPL MY musim kesembilan.

Sumber: Suhaz Esports

Read More

eSPORTS

E3 2022 akan diadakan secara dalam talian

Setiap para gamer pasti tahu apa itu E3.

E3 antara acara permainan video terbesar terpaksa ditukarkan kepada acara digital sahaja untuk tahun ini menurut Entertainment Software Association.

Hal ini disebabkan kerisauan yang melanda disebabkan varian baru COVID-19 iaitu Omicron.

Malah, E3 tahun lepas juga seolah-olah sudah digantikan oleh Summer Game Fest 2021.

Setakat ini pengumuman untuk E3 2022 masih belum ada.

Read More

eSPORTS

Pelayan Discord Amouranth digodam, semua ahli pelayan digantung olehnya

Salah satu ikon Twitch yang penuh kontroversi, Kaitlyn ‘Amouranth’ Siragusa, sering dilanda masalah. Sama ada masalah yang dicarinya sendiri atau masalah mencarinya, hidup beliau sentiasa dipenuhi kisah menarik.

Kisah terkini olehnya, pelayan Discord beliau digodam dan ahlinya turut digantung oleh penggodam itu.

Asalnya, Amouranth mendedahkan di Twitter bahawa pelayan Discord beliau sedang diselenggarakan apabila ia mula digodam dan hanya beberapa ahli yang digantung.

Tetapi, selepas beberapa lama, beliau akhirnya mengaku dan berkata, “Sebenarnya Discord digodam. Tetapi kami cuba memulihkannya.”

Ruang sembang umum pelayan penstrim ini dihidupkan semula pada 3 Januari dengan pengguna membincangkan penggodaman itu. Menurut beberapa ahli di pelayan, seorang penggodam menendang mod dari saluran dan ‘mengambil alih segala-galanya’ dan menghantar pautan spam yang membawa pengguna ke pelayan penggodam.

Mujurnya, segala masalah dapat diselesaikan selepas individu bermasalah dapat dikenalpasti dan dibuang dari pelayan itu. Setakat ini, masalah itu hanya melibatkan pelayan Amouranth dan tiada maklumat peribadi ditiriskan oleh penggodam.

Sumber rujukan: Dexerto

Read More

eSPORTS

#MOONTONCares sumbangkan bantuan kepada mangsa Taufan Odette

Pencipta Mobile Legends, Moonton kini sudah melancarkan #MOONTONCares sebagai satu inisiatif untuk membantu mangsa bencana seluruh dunia.

Menurut NDRRMC, seramai 1,082,910 jumlah keluarga yang terjejas akibat Taufan Odette.

#MOONTONCares memberi bantuan pertama mereka kepada mangsa Taufan Odette yang sudah melanda Filipina.

Moontoncares, Moonton, Topan Odette

Moonton mahu membawa perubahan untuk membantu dan membawa masyarakat yang positif, berperikemanusiaan, dan perubahan iklim untuk menjadikan komuniti yang lebih mampan untuk masa hadapan.

Antara sumbangan yang diberikan oleh Moonton untuk Taufan Odette ialah minuman, makanan tin, topeng muka dan tuala wanita.

“Doa dan simpati kami adalah untuk mereka yang mengenak impak bencana ini. Kami berharap bantuan ini dapat meringankan sedikit beban yang dialami dan menjadi cahaya di dalam kegelapan.” ujar Matt Jaron, Pembangun Perniagaan dan Pengurus Pemasaran MOONTON Games.

Moonton games akan terus memberi kerjasama bagi memberi bantuan kepada semua mangsa-mangsa bencana pada masa akan datang nanti.

Read More

eSPORTS

Ribo mahu berehat dari Bren Esports, tak bertanding di MPL PH Season 9

Carlito Ribo Jr mengumumkan bahawa beliau akan berehat dari acara kompetitif Mobile Legends selama satu musim.

Pemain profesional MLBB ini adalah antara pemain terbaik side laner di Filipina.

Pengumuman dari Ribo ini dibuat olehnya di akaun Facebook sendiri.

“Saya akan berehat satu musim untuk MPL. Semoga berjaya,” ujar Ribo.

Nyata Bren Esports kehilangan permata yang bernilai apabila Ribo ingin berehat. Malah, rakan seperjuangan Ribo, KarlTzy juga pergi ke ECHO.

Bren Esports nyata mempunyai prestasi yang sedikit merosot apabila tidak berjaya mendapatkan slot ke kejohanan dunia, M3.

Read More

eSPORTS

Gordon Ramsay tidak tau Twitch, akaun Twitch menukar bio sebagai respons

Gordon Ramsay adalah seorang chef yang dikenali ramai. Beliau amat aktif di TikTok bersama anak-anaknya. Pada episod perdana rancangan baharu Gordon Ramsay, Next Level Chef, chef British itu mendedahkan bahawa beliau langsung tidak mengetahui apa itu Twitch.

Perkara yang menarik ini didedahkan apabila Ramsay bertanya kepada peserta Tricia Wang apa yang dia lakukan untuk mencari rezeki, dan diberitahu bahawa beliau seorang penstrim profesional yang pakar dalam memasak.

Ramsay membalas dengan terkejut, bertanya “apa kejadahnya Twitch?”

Dialog ini boleh ditonton melalui sedutan video di bawah.

Selepas sedutan video itu dikongsi di Twitter, Ramsay mengubah bio Twitter seperti di bawah.

Twitch pula membalas sedemikian.

Lantaran itu, pelbagai penstrim berminat untuk berkerjasama bersama chef British itu untuk bersama di Twitch. Pokimane berkata bahawa dia sebenarnya memiliki keratan kadbod Ramsay yang boleh dilihat semasa strimnya, malah secara terbuka memintanya menyertainya untuk segmen memasak. 

xQc malah menawarkan untuk memberikan nombor telefonnya, supaya dia dan Ramsay boleh membincangkan sesuatu.

HasanAbi pula berkata bahawa Twitch adalah platform di mana ramai orang menonton Ramsay.

Ramsay dan Twitch juga berbalas kicauan secara gurau.

Adakah ini petanda bahawa Ramsay bakal menggunakan Twitch tidak lama lagi? Mungkin juga, kerana beliau memang aktif di pelantar media sosial seperti Twitter dan TikTok.

Sumber rujukan: Twitter

Read More

eSPORTS

Ini azam tahun baru DrDisrespect

DrDisrespect salah seorang penstrim profesional yang dikenali dengan pakaiannya yang menarik itu. Beliau juga seorang yang bercita-cita tinggi dengan membangunkan studio permainannya tersendiri, Midnight Society.

Kini beliau berkongsi akan azam tahun ini yang melibatkan beberapa perkara di bawah pengelolaan beliau.

Azam pertama dalam senarai beliau ialah ‘AS$100 Juta Dikumpul untuk Midnight Society.’ Beliau ingin mengumpul dana demi memperkukuhkan studionya, yang diasaskan oleh DrDisrespect dengan sekumpulan pembangun Halo dan Call of Duty. 

Azam kedua beliau adalah sedikit lain daripada lain dengan beliau menyatakan ingin membuka bisnes bourbon, sejenis minuman keras. Ini mungkin bermaksud sama ada belau ingin membuka kilangnya tersendiri atau hanya melabur dalam rangkaian minuman keras.

Seterusnya, beliau juga ingin melancarkan album muziknya tersendiri.Apabila bercakap mengenai muzik, DrDisrespect pernah membuat muzik, jadi ini bermaksud beliau mungkin sudah merancang beberapa lagu untuk dilancarkan.

Beliau juga menyenaraikan  ‘Doc-Con 2022’ di dalam senarai azamnya. Ini mungkin sebuah perhimpunan, tetapi apa sebenarnya yang ada pada strim itu tidak diketahui. Beliau mungkin hanya bergurau dengan Twitch. DrDisrespect digantungkan secara kekal daripada platform pada 26 Jun 2020. Twitch akan menganjurkan TwitchCon pada satu ketika pada bulan Julai.

Akhir sekali, azam beliau yang paling istimewa kerana beliau menonjolkan azam itu adalah untuk ‘tidak digantung dan dibayar besar’. Ini mungkin berkaitan dengan senarai azam sebelumnya di mana beliau sinis terhadap Twitch.

Apakah azam tahun baru anda?

Sumber rujukan: Twitter

Read More

eSPORTS

Juara TI10, Yatoro menyuarakan kebimbangannya tentang format DPC 2021-22

Illya “Yatoro” Mulyarchuk, salah seorang pemain dari pasukan juara The International 10, Team Spirit, menyatakan pendapat beliau tentang format Dota Pro Circuit (DPC) 2021-22 tahun ini.

Beliau berpendapat bahawa jumlah perlawanan yang rendah setiap minggu seperti disengajakan agar bootcamp menjadi lama dan ini amat meletihkan bagi seorang pemain.

Sebagai contoh, Yatoro menyatakan ia mencabar untuk beliau bermain 1 perlawanan profesional dalam tempoh 10 hari, dan ini bermakna ia akan menjadikan bootcamp selama dua bulan.

“Saya bercakap untuk diri saya sendiri – ia sangat menyakitkan apabila anda bermain satu perlawanan dalam sepuluh hari dan anda perlu menjalani dua bulan bootcamp sepanjang masa. Anda duduk di sana, anda bermain satu perlawanan, anda menang – hooray, perlawanan seterusnya adalah dalam 11 hari.

“Ia meletihkan. Seolah-olah sengaja dipanjangkan, untuk meletihkan kita,” kata Yatoro kepada RuHub Media.

Malah, pengurus Team Spirit juga menyatakan bahawa jadual seperti ini sangat hambar dan mengekang kebebasan pemain.

“Dengan jadual seperti itu, anda tidak mempunyai kehidupan. Anda datang ke sini, anda tinggal di sini selama sebulan setengah, kemudian anda pergi selama sepuluh hari.

“Kemudian anda datang ke bootcamp sebelum pusingan Major, dan kemudian anda sampai ke pusingan Major.

“Kemudian anda pergi lagi selama sepuluh hari dan kembali bootcamp semula. Dalam setahun, anda akan hidup tenang paling lama sebulan atau sebulan setengah,” kata Dmitry “Korb3n” Belov, pengurus pasukan itu.

Pemain lain seperti kpii, KuroKy, dan Puppey juga pernah menyuarakan pendapat yang sama tentang DPC musim lalu. Oleh itu, ini bukanlah masalah baru dan perlu dilihat oleh Valve dan penganjur acara.

Sumber rujukan: RuHub Media, CyberSport.ru, AFK Gaming

Read More

eSPORTS

Pandangan komuniti Malaysia mengenai PMPL MY/SG/PH – Baik Atau Tidak?

PUBG Mobile di Filipina sudah mengumumkan bahawa mereka akan menjadi wilayah PMPL ketiga bersama MYSG (Malaysia dan Singapura) dan membuatkan PMPL MY/SG/PH terbentuk. Penukaran ini akan berlaku pada tahun hadapan 2022 untuk PMPL Musim Ke-5 dan musim seterusnya. Kenapa PUBG Mobile Esports memperkenalkan Filipina ke PMPL? Keputusan dibuat oleh Tencent dan PUBG Mobile Esports supaya menjadi lebih inklusif dan mempunyai kepelbagaian. Ramai peminat nampaknya ada yang tidak menyukai keputusan ini. Menurut mereka pertandingan ini hanya inklusif untuk Malaysia dan Singapura, namun tiada satu pun pasukan Singapura di dalam versi PMPL ini yang berjaya mendapat kedudukan yang baik. Ini membuatkan ramai peminat menyuruh Singapura untuk dijadikan wildcard region. Peminat dari Malaysia memohon PMPL Malaysia sahaja. Beberapa peminat juga mempersoalkan keputusan ini dan menyatakan pendapat mereka di laman Facebook. Ada pendapat yang konstruktif dan ada juga yang memberitahu keputusan ini tidak menghilangkan inklusif PMPL. Terdapat juga satu klip dari Master Ramen yang meluahkan pendapat mengenai perkara ini. “Kenapa Filipina dicampur dengan Malaysia? Kenapa bukan Thailand mahupun Vietnam? “Kebaikan gabungan ini sebenarnya adalah meningkatkan viewership,” Ada peminat yang bersetuju dengan keputusan ini dan ada ramai juga yang tidak bersetuju. Keputusan ini sudah pasti dibuat oleh Tencent dan PUBG Mobile dengan berhati-hati. Terdapat banyak kebaikan dan keburukan untuk membuat PMPL mempunyai tiga negara. Apa pendapat anda?

Read More

eSPORTS

Berhati mulia, golongan gamers ini beri sumbangan kepada yang memerlukan

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, hidup kita mula berubah. Tidak Call of Duty Warzone’s longest running mystery is over – but several more have popped up in its place.Call of Duty Warzone’s longest running mystery is over – but several more have popped up in its place.Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, hidup kita mula berubah.

Read More

eSPORTS

PUBG Mobile: PMPL Sudah Bermula, 24 Pasukan Kejar PrizePool RM627,000

Buat pertama kalinya, Liga Profesional PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) kini berlangsung untuk Malaysia dan Singapura.Call of Duty Warzone’s longest running mystery is over – but several more have popped up in its place.Call of Duty Warzone’s longest running mystery is over – but several more have popped up in its place.

Read More

Showing 37 - 48 of 50 Results