eSPORTS

eSPORTS

Pokemon UNITE akan jadi sebahagian dari Kejohanan Dunia 2022

Siapa tak kenal permainan mudah alih Pokemon UNITE? Ia kini menjadi permainan mudah alih yang boleh dijadikan sebagai e-sukan.

Sejak dilancarkan pada September tahun lalu, UNITE berjaya mengumpul ramai pemain muda dan kanak-kanak untuk bermain. Malah, ia juga menyediakan kemaskini dengan kerap kepada pemain.

Baru-baru ini, Pokemon UNITE dikhabarkan akan menjadi sebahagian dari Kejohanan Dunia Pokemon 2022 yang akan diadakan di London.

Producer untuk Pokemon UNITE, Masaaki Hoshino mengatakan permainan ini berjaya di pasaran dan mempunyai strategi serta gaya permainan yang menarik. Ia juga sudah sedia untuk selangkah ke depan dalam aspek e-sukan.

Anda boleh membaca berita lanjut menerusi pautan di atas.

Bagi menyesuaikan UNITE dengan komuniti tempatan, pembangun juga bercadang mengadakan fungsi tukar bahasa namun ia bakal menyokong Bahasa Indonesia, Thai, Hindi, Russia, Portugis dan Turki pada masa akan datang.

Bahasa lain mungkin akan hadir kemudian.

Sumber: gamingonphone

Read More

eSPORTS

John Cena berminat meneroka dunia Twitch dan NFT

Ahli gusti terkenal, John Cena, amat aktif dalam dunia sosial media. Malah beliau manjadi sensasi panas denga pelbagai video di mana beliau fasih berbahasa Mandarin dan perkataan “bing qi lin” yang sekadar bermaksud ‘ais krim’ menjadi meme di sekitar dunia internet.

Kini, bekas ahli gusti itu ingin belajar lagi tentang dunia penstriman Twitch dan NFT.

Menurut satu temubual baru-baru ini di Spotify, Cena menerangkan sebab beliau aktif di media sosial. Beliau berkata beliau ingin melihat dunia dengan lebih luas.

“Ia sukar untuk mengikuti garis masa kerana jumlah orang yang saya ikuti, tetapi saya cuba mempelajari lebih lanjut tentang dunia,” kata bekas ahli gusti serta pelakon berumur 44 tahun itu.

“Saya baru sahaja menerokai budaya tarian EDM, dan NFT, dan juga pelantar Twitch kerana saya tidak tahu apa-apa tentang mana-mana perkara ini.”

Cena berkongsi juga tentang matlamat penerokaan beliau ke bidang-bidang baharu yang belum pernah beliau lalui ini.

“Matlamat akhir bagi saya ialah saya mendapat skop yang lebih luas tentang perkara yang berlaku, dan saya boleh mempelajari perkara yang saya tidak tahu, dan mudah-mudahan, dapat mewujudkan komuniti. Jika anda melihat orang yang saya ikuti di Twitter, mudah-mudahan anda akan melihat  apa yang saya maksudkan,”

Cena juga baru sahaja tamat dengan penggambaran siri PEACEMAKER untuk HBO Max, yang bakal ditayangkan pada 14 Januari. Jadi, beliau ingin menggunakan masa lapang barunya dengan perkara yang berfaedah seperti ini.

Sumber rujukan: Dexerto

Read More

eSPORTS

Pemain F1 2017 Esports Series ini berjaya menyertai perlumbaan Formula 2 tahun ini

Bermula dengan hanya bermain perlumbaan simulasi, kini Cem Bolukbasi berjaya menempah tempatnya dalam siri perlumbaan Formula 2.

Beliau juga adalah pemain F1 Esports pertama di dunia yang ditawarkan tempat untuk berlumba di siri itu. Siri Formula 2 menghasilkan ramai pemandu yang hebat di Formula 1, termasuk George Russell, Charles Leclerc dan Mick Schumacher dan menyokong F1 pada 14 perlumbaan musim ini.

Bercakap tentang pengalamannya bersaing dalam perlumbaan maya untuk peluang ini, pemain berusia 23 tahun itu berkata, “Jika saya tidak pernah menyertai F1 Esports, saya tidak akan pernah berpeluang memandu kereta sebenar. Saya tidak akan berada di tempat saya sekarang,”

Kerjaya perlumbaan Bolukbasi bermula dengan memenangi kejohanan motocross Turki pada umur yang sangat muda iaitu 6 tahun. Kemudian, beliau berlumba dengan go-kart sebelum akhirnya menjadi pemandu perlumbaan maya.

Antara 2017 dan 2019, beliau bersaing untuk Toro Rosso dalam Siri F1 Esports. Musim pertamanya menyaksikan beliau mencapai tempat kelima terbaik dalam kerjaya dalam kedudukan, meraih 35 mata dan memenangi satu perlumbaan.

Dari situ, beliau melompat dari perlumbaan maya kepada perlumbaan single-seater dan membuat penampilan sulungnya dalam perlumbaan GT4 pada 2019.

Cem Bolukbasi dan Pierre Gasly, pemandu Formula 1

Musim lalu menyaksikan beliau mengorak langkah, berlumba dalam Kejohanan Asia F3 dan mencapai kemenangan sulung pada penampilan sulungnya di EuroFormulaOpen, menamatkan musim ini dengan kedudukan kelima dalam tangga dengan dua kemenangan atas namanya.

Ketibaannya di grid F2 juga menjadikan beliau pemandu Turki pertama yang bersaing dalam siri itu.

Beliau juga berkata bahawa pentingnya beliau mampu menempah tempat di Formula 2 kerana ia memberi harapan kepada orang lain untuk melakukan kejayaan yang sama.

Sumber rujukan: Twitter

Read More

eSPORTS

Yana Samsudin dan anak sertai Galaxy Racer

Organisasi e-sukan dan gaya hidup, Galaxy Racer baru-baru ini mengumumkan Yana Samsudin dan anaknya Aisy Mateen kini menyertai mereka sebagai pencipta kandungan.

Yana Samsudin tidak lagi asing, dikenali sebagai pelakon, penyanyi, direktor, penulis skrip, model dan hos yang sudah banyak menyumbang ke layar perak dengan pengalaman lebih 20 tahun.

Sudah pasti ramai juga tahu  Yana juga banyak membuat penstriman di Facebook Gaming dan menjadi antara salah seorang individu yang paling menonjol dalam industri penstriman.

Aisy Mateen berumur 5 tahun juga mengikut jejak langkah ibu bapanya dan banyak membintangi kerja periklanan. Dia juga menjadi abang yang baik untuk adiknya.

Malah, Galaxy Racer juga sangat berminat untuk melihat perkembangan masa hadapan Aisy nanti.

Tidak dilupakan juga suami kepada Yana Samsudin, Fadzil Zahari yang juga menyertai Galaxy Racer.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Galaxy Racer MYSG (@galaxyracermysg)

Galaxy Racer juga banyak merekrut ramai lagi pencipta kandungan untuk mempromosikan Galaxy Racer di Malaysia dan Singapura.

Read More

eSPORTS

Galaxy Racer akan melabur RM42 juta ke dalam ekosistem e-sukan Malaysia

Galaxy Racer, organisasi e-sukan yang bertapak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu kini mahu membuat pelaburan sebanyak RM42 juta dalam masa lima tahun untuk ekosistem e-sukan Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Galaxy Racer Allan Phang, syarikat ini mahu menguatkan lagi posisi di dalam Malaysia sebagai salah satu kawasan hab digital dengan terbukanya ibu pejabat Asia-Pasifik di sini.

Selain itu, pelan untuk mengadakan acara e-sukan dan juga perlawanan e-sukan sekaligus memberi galakan untuk ekosistem e-sukan Malaysia.

Ditambah lagi, Galaxy Racer juga mahu menaikkan lagi penglibatan wanita dalam e-sukan sama seperti acara Girl Gamer Festival World Finals di Dubai yang sudah menjadi acara julung kali dan festival e-sukan yang pertama menyambut wanita secara kompetitif dalam permainan video.

Di samping itu, Galaxy Racer juga mahu membuat satu studio baru untuk efek visual taraf dunia dan animasi.

“Kami mengiktiraf Malaysia sebagai hab untuk animasi VFX dan kami juga sedang mencari lokasi yang sesuai,”

Bagi yang belum tahu, Galaxy Racer diasaskan oleh Paul Roy pada tahun 2019 dan kini menjadi organisasi e-sukan terbesar dengan lebih 100 pencipta kandungan di serata Asia Tenggara, Asia Tengah, Amerika Utara, Asia Selatan dan Eropah dan lebih 500 juta pengikut dengan 2.5 billion jumlah tontonan bulanan.

Rujukan: TheSunDaily

Read More

eSPORTS

“Dedikasi dan semangat arwah terhadap permainan video tidak pernah berakhir,” – jurnal Isteri mengenang arwah suami

Pasti amat sukar untuk sesiapa pun apabila kehilangan orang tersayang.

Ashura Izwani, isteri kepada Haziq sudah membuat satu jurnal di twitter suaminya @aziq_kirchhoff.

Jurnal itu menceritakan memori bersama suaminya dan dedikasi suaminya terutamanya dalam bidang industri permainan video.

Arwah Haziq adalah orang yang sangat berdedikasi dan juga salah seorang pekerja Streamline Studios, sebuah studio permainan video di Malaysia.

Streamline Studios juga bukan calang-calang studio dan berjaya mengeluarkan beberapa permainan video dan portfolio yang kuat.

Dalam jurnal yang dibuat oleh Ashura, terdapat satu ciapan yang menceritakan betapa minatnya arwah Haziq terhadap industri permainan video.

Arwah Haziq juga mempunyai satu fail excel yang mempunyai lebih 500 permainan video untuk dijadikan rujukan dan berjaya menarik perhatian Streamline Studios sebagai pereka, pengaturcara dan pelbagai lagi.

Arwah juga tidak terlepas dalam membuat ciapan mengenai populariti permainan video yang dibuatnya dengan statistik sendiri.

Penulis juga menjadi salah seorang yang menunggu-nunggu ciapan mingguan untuk mengetahui apakah permainan video yang popular untuk minggu ini.

Tidak sangka arwah juga ada mengikuti MyGameOn di Twitter.

Senarai di bawah ini adalah senarai yang terakhir dikeluarkan oleh Arwah Haziq.

Sedikit penambahan dari Ashura, arwah Haziq sangat suka membaca berita-berita permainan video, berdiskusi dengan para pemain yang lain dan mendengar podcast permainan video dari luar negara.

Arwah juga bercita-cita untuk menubuhkan syarikat permainan videonya satu hari nanti.

Walaupun dengan cita-citanya sendiri, arwah tidak pernah terlepas tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa dan sangat mementingkan keluarga.

Anda boleh membaca jurnal yang dibuat secara penuh di akaun Twitter arwah Haziq.

Akaun itu kini diuruskan oleh isterinya dan kami berdoa agar arwah tenang dan baik-baik di sana.

Semoga Ashura dan keluarga kekal tabah menghadapi ujian Allah ini. InsyaAllah.

Read More

eSPORTS

Pokimane digantung buat kali pertama di Twitch

Penstrim terkenal, Imane ‘Pokimane’ Anys, menerima gantungan pertama daripada platform utamanya Twitch.

Keputusan daripada Twitch untuk menggantung beliau muncul selepas Pokimane memilih untuk menguji ‘meta’ baharu di tapak, yang hanya melibatkan menonton rancangan TV.

Ini melanggar Digital Millennium Copyright Act (DMCA).

Pokimane menganjurkan strim langsung selama 10 jam di saluran Twitchnya di mana beliau dan penontonnya menonton episod Avatar: The Last Airbender.

Strim itu sendiri yang memaparkan episod Avatar ini sudah ditapis supaya sebarang bantahan hak cipta berpotensi dapat dielakkan.

Sewaktu penulisan ini, akaun Twitch Pokimane sudah dikembalikan dan gantungan itu adalah sekadar gantungan sementara. 

Meta baharu ini juga tidak berakhir dengan baik untuk beberapa penstrim lain seperti HasanAbi di mana beliau juga menerima amaran DMCA selepas menayangkan rancangan TV seperti MasterChef.

Nampaknya ‘meta’ baharu ini tidak tahan lama, dan menayangkan rancangan TV yang dilindungi secara terbuka dan besar-besaran pasti akan datang dengan akibat.

Twitch perlulah menjalankan tanggungjawab dan meletakkan had yang jelas kepada aktiviti-aktiviti yang mungkin merosakkan imej platform itu.

Sumber rujukan: USA Today

Read More

eSPORTS

VR ini sesuai untuk lelaki yang masih bujang

Pernahkah anda terbayang seorang idol yang comel menyuapkan gula-gula untuk anda?

Sebenarnya teknologi VR ini sudah lama dikeluarkan pada tahun 2018 oleh syarikat gula-gula Puccho.

Digelar Puccho A-N 4D Goggles yang akan menunjukkan Kanna Hashimoto memuji dan menyuapkan gula-gula ke mulut anda.

Tetapi anda perlu meletakkan gula-gula di VR itu.

Inilah yang sedang berlaku di Jepun dengan kolaborasi VR bersama Kanna Hashimoto yang menjadi idol menyuapkan gula-gula ke mulut anda.

Tetapi bukan Kanna Hashimoto sendiri tetapi hanya pengalaman VR seakan-akan sama.

Apa lagi gajet-gajet pelik yang anda pernah tahu?

Read More

eSPORTS

SEM9 Wild Rift layak ke playoffs SEA Esports Championship

Pasukan SEM9 Wild Rift berjaya layak ke playoff SEA Esports Championship selepas mendapat tempat ketiga dalam kumpulan A dengan pengumpulan tujuh mata.

Mereka dianggotai oleh:

  • Poon Kok Sing – OzoraVeki
  • Jonathan Chan Mun Shum – Chilly
  • Chan Roong Han – ArrHedge
  • Chun Chin Wee – Winter
  • Liew Kuan Chuen – Sagi

Dalam peringkat kumpulan, mereka bertembung dengan pasukan hebat seperti Buriram United dari Thailand dan MBR Esports dari Indonesia. Kedua-dua pasukan ini mempunyai rekod yang agak baik dalam kejohanan Wild Rift diadakan sebelum ini.

Di peringkat suku akhir dijangka berlangsung 13 Januari ini, mereka akan lawan dalam pusingan kalah mati bertemu skuad Singapura, Team XD.

Kejohanan ini disertai Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam. Difahamkan, ia diadakan sebagai persediaan (rehearsal) bagi Sukan SEA ke-31 akan datang.

Foto: Instagram @sem9.gg

Read More

eSPORTS

UiTM Vendetta menang Cyberathlete Collegiate Mobile Legends, bawa pulang RM21,000

Kuala Lumpur: Wakil Malaysia ke Cyberathlete Collegiate Mobile Legends, UiTM Vendetta dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya menjuarai edisi pertama kejohanan itu semalam.

Selepas menewaskan Gunadarma (Indonesia) di peringkat final dengan kemenangan bersih 3-0, mereka layak untuk ke Grand Final yang dijadualkan berlangsung Disember tahun ini sekali gus berpeluang merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$250,000 (RM1.05 juta).

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Cyberathlete (@cyberathleteofficial)

Tahniah diucapkan kepada mereka berjaya membawa nama Malaysia di peringkat ini!

UiTM Vendetta diwakili oleh Muhammad Nabil Japri (Abey), Muhammad Badrun Ahmad Puad (Ahmad Jennie), Danish Haziq Azrul Yussaini (Deft), Akmal Hakim Mohd Hisham (Toyz), Muhammad Zafri Che Moh Zulkifli (Squpoz) dan Muhammad Zulhafiz Md Yusuf (Pengurus).

Kejohanan ini mengumpulkan pasukan dari institut pengajian tinggi (IPT) di serata Asia Tenggara.

Read More

eSPORTS

Team SMG melepaskan Saiyajinn, Loong, Myzer dan Eshaa

Team SMG adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends. Mereka mengejutkan para peminat, menjuarai MPL MY musim kelapan dengan menewaskan pasukan Todak dengan skor 4-0.

Mereka membawa masuk Sasa dan juga James dan terus menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang. Namun begitu, mereka tewas dan pulang awal di Kejohanan Dunia M3.

https://www.instagram.com/p/CYf-6l0vkAI/

Kini, Team SMG mengumumkan mereka akan berpisah dengan Saiyajinn, Loong, Myzer dan Eshaa. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka.

Loong sudah bersama dengan Team SMG selama 3 musim dan menjadi salah satu pemain yang mewakilkan pasukan di Kejohanan Dunia M3.

Kemanakah hala tuju 4 pemain ini di dalam arena kompetitif Mobile Legends? Kita bakal saksikan.

Read More

eSPORTS

MEC: “Leixia tak main sebab rehat, ada urusan keluarga,” – Kuja

Kuala Lumpur: Pemain jungler Team Caracal, Ali Huzaify atau Leixia tidak bermain untuk kejohanan Malaysia Esports Championship kerana sedang berehat dan memfokuskan pada urusan keluarga.

Jurulatihnya, Ajwad Mohd Yusof (Kuja) mengatakan Mohd Hadim (LinkEzaa) diambil sebagai ganti.

Lineup untuk MEC ini agak last minute sebab Leixia mempunyai urusan keluarga dan kami perlukan pemain yang boleh bagi komitmen dengan cepat.

“Alhamdulillah LinkEzaa tidak terikat dengan mana-mana pasukan jadi dia masuk ke Team Caracal,” katanya ketika ditemui di KL Gateway Mall, di sini, hari ini.

Malah, katanya, Leixia juga kurang latihan bersama pasukan kerana perlu fokus urusan keluarga.

Team Caracal akan lawan HomeBois dalam perlawanan grand final MLBB hari ini.

MEC 2021/2022 mempertandingkan empat e-sukan iaitu Dota 2, MLBB, PUBG Mobile dan FIFA. Ia menerima lebih 12,000 penyertaan yang diterima menerusi empat permainan ini.

Kejohanan ini berlangsung sejak semalam hingga esok, mengumpulkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Difahamkan, Team Caracal dan Mikey sudah layak ke 8 teratas di pusingan kelayakan Liga Profesional MLBB (MPL) MY S9 selepas berjaya mendapat tempat empat teratas.

Foto: Instagram @team_caracal

Read More

Showing 25 - 36 of 50 Results