News Categories

MOBILE

PUBG Mobile kolaborasi dengan Dragon Ball!

PUBG Mobile hari ini mengumumkan kolaborasi bersama siri anime ikonik sepanjang zaman, Dragon Ball. Ia bersempena filem terbaru, Dragon Ball Super: Super Hero yang dilancarkan di panggung wayang.

Ia mengisahkan tentang Askar Red Ribbon yang dimusnahkan oleh Son Goku dan kini kembali dalam bentuk Androids, Gamma 1 dan Gamma 2. Inilah masanya wira bumi berganding bahu menewaskan mereka.

Dragon Ball Super: Super Hero sudah pun ditayangkan di panggung wayang berdekatan anda.

Sebelum ini, PUBG Mobile sudah pun berkolaborasi bersama Neon Genesis Evangelion, Jujutsu Kaisen dan Arcane.

Read More

CONSOLE

Streamer diharamkan dari Twitch kerana bersenggama ketika bersiaran langsung

Twitch mengharamkan seorang streamer kerana sedang bersiaran langsung ketika sedang bersenggama. Tidak pelik untuk Twitch mengharamkan seseorang itu disebabkan kandungan seksual namun kali ini ramai orang cuba untuk melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Twitch. Siapa sangka ada individu yang begitu berani membuat penstriman siaran langsung seumpama ini. Siaran langsung ini berlaku pada 24 Ogos lepas dan streamer itu menggunakan nama kimmikka. Ketika strim, dia berdiri menghadap meja dan tidak lama kemudian ekspresi mukanya berubah sekaligus menarik perhatian chat. Dia cuba untuk menutup perkara ini namun bayangan teman lelakinya jelas kelihatan di cermin dan jelas ternampak di dalam kamera. Nampaknya, Twitch seolah-olah berubah sejak penambahan Hot Tub Stream.

Read More

MOBILE

Gara-gara RRQ tewas, IG Player EVOS Legends hilang?

El Clasico di antara EVOS Legends dan RRQ Hoshi sudah tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends Indonesia. Kedua-dua pasukan ini dianggap sebagai dua kuasa besar dan mempunyai peminat yang sangat ramai dalam kalangan penyokong Indonesia. Baru-baru ini, EVOS Legends baru sahaja menewaskan pasukan RRQ Hoshi dengan skor 2-0 tanpa balas di musim liga MPL ID s10 dan perkara ini dilakukan dengan hanya menurunkan barisan pemain baru mereka.
Namun begitu, kemenangan EVOS itu menyebabkan segelintir netizen yang tidak berpuas hati lalu membuat laporan ke atas akaun Instagram milik pemain jungler EVOS Legends iaitu Sutsujin. Disebabkan laporan itu, akaun Instagram Sutsujin tidak boleh diakses dan ini menyebabkan peminat EVOS Legends berang terhadap individu yang membuat laporan itu. Akan tetapi, perkara ini sudah menjadi sinonim di Indonesia dan sikap provokasi itu harus dihentikan bagi melahirkan persekitaran e-sukan yang sihat.

Read More

News Categories

Logitech memperkenalkan siri produk terbaru, Aurora Collection

Logitech kini melancarkan koleksi Aurora, merangkumi Headset Gaming nirwayar G735, Papan Kekunci Gaming nirwayar G715, Papan Kekunci Gaming G713 dan tetikus Gaming G705. Rekaan bagi produk-produk ini adalah bebas jantina bermaksud wanita yang minat bermain game juga boleh menggunakannya di samping rekaan yang ranggi, kemas dan berjiwa muda dengan sentuhan elemen minimalistik. Ia juga mempunyai aksesori yang boleh dipadankan dengan bermacam jenis warna boleh dipilih. Teknologi LIGHTSPEED yang canggih untuk prestasi teknologi nirwayar dan teknologi mikrofon Blue VO!CE diperkenalkan. “Kebiasaannya industri permainan video tersekat dalam mentaliti yang satu saiz sesuai untuk semua. Tapi ia bukan menggambarkan pelbagai pengguna yang gemar bermain permainan video untuk keseronokan dan mereka yang suka menonjolkan diri. “Apabila kami lihat balik produk gaming kami, kami sedar kami boleh buat dengan lebih baik,” kata Naib Presiden dan Pengarah Bersama Logitech G, Ujesh Desai. Koleksi ini mempunyai tiga prinsip: Keselesaan: Mereka mengambil kira faktor rambut panjang, kaca mata, earrings dan tangan yang lebih kecil. Ia seterusnya menghasilkan produk yang sesuai untuk sesi permainan lebih lama dan bahan-bahan digunakan adalah ringan dan lembut apabila disentuh. Kebolehcapaian: Tiada lagi bucu yang tajam, warna hitam tapi sebaliknya mengutamakan tona lembut dan bahan lutsinar. Playfulness: Koleksi Aurora ini memfokuskan ekspresi diri. Produk ini hadir dalam warna asas White Mist yang boleh customize menggunakan aksesori Pink Dawn dan Green Flash. pemain juga boleh menunjukkan sisi kreatif mereka dengan beribu kombinasi pencahayaan yang tersedia di GHub bersama-sama pencahayaan ikonik Koleksi Aurora iaitu Play Moods. Koleksi ini merangkumi: ● G735 Wireless Gaming Headset (RM949) – Menampilkan warna White Mist dengan pencahayaan RGB dan dual-audo mixing. Ia juga menampilkan teknologi Blue VO!CE dan sesuai untuk pemain yang mempunyai saiz kepala lebih kecil. Ia boleh digunakan untuk sesi permainan video sehingga lebih 56 jam (tanpa pencahayaan) dan ia juga nirwayar. ● G715 and G713 Mechanical Gaming Keyboards (RM799 dan RM699) – Kedua-duanya mempunyai prestasi yang menarik kerana saiznya yang kompak dan layout tenkeyless serta ketinggian boleh diubah. Ia mempunyai ketahanan bateri selama 25 jam dan kedua-duanya disertakan dengan tempat rehat untuk tapak tangan. ● G705 Wireless Gaming Mouse (RM399) – Dibina khusus untuk mereka yang mempunyai tangan lebih kecil dengan rekaan kompak dan berteknologi tinggi. Ia juga ringan, hanya 85 gram saja dengan butang DPI mudah capai untuk anda bermain game dengan penuh keselesaan. Ia kini tersedia di Shopee dan Lazada.

Read More

MOBILE

[RASMI] Leixia kembali ke dalam Team Caracal

Di dalam satu video yang dimuat naik oleh Team Caracal sebelum ini, mereka mengacah pemain yang tidak diketahui namanya.

Spekulasi demi spekulasi dikeluarkan oleh netizen, kini Team Caracal mengesahkan bahawa Leixia kembali ke pasukan itu.

https://www.instagram.com/p/CbwwlKlltWD/

Sebelum ini, Leixia dipinjamkan ke Team SMG dan kemudian mengumumkan untuk berehat dan undur diri dari pasukan itu.

Team Caracal akan menentang Team SMG pada hari Jumaat ini.

Adakah kita akan menyaksikan Leixia menggantikan tempat LinkEzaa sebagai jungler nanti atau adakah dia akan diberikan role baru pada minggu ketujuh ini? Kita bakal saksikan.

Foto: Team Caracal

Read More

MOBILE

PMPL CIS dibatalkan, slot akan diberikan kepada Turki dan Eropah Barat

PUBG Mobile Esports kini membatalkan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) CIS Spring kerana pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Liga ini adalah yang pertama diperkenalkan di rantau ini.

Beberapa pemain dari Rusia dan Ukraine juga turut bertanding dalam liga ini.

Sehubugan dengan itu, PUBG Mobile memutuskan untuk membatalkan acara ini.

Mereka tidak menyatakan isu (konflik Rusia-Ukraine) yang sedang berlaku ini dalam kenyataannya, sebaliknya merujuk sebagai “senario dunia semasa”.

“Ini adalah keputusan yang sukar untuk dibuat, tetapi jelas bahawa kami tidak dapat mengekalkan kualiti produksi di tahap terbaik dan persaingan yang layak diterima oleh pemain dan peminat kami,” tulis kenyataan itu.

Pasukan yang memenangi PMPL CIS sepatutnya layak ke Kejohanan Eropah PMPL.

Disebabkan pembatalan itu, slot dari rantau ini akan diberikan kepada pasukan PMPL di Eropah Barat dan Turki.

Selain itu, PUBG Mobile Club Open (PMCO) peringkat CIS juga turut dibatalkan.

Pendaftaran untuk pertandingan peringkat amatur akan dibuka di seluruh dunia bermula esok, tetapi pemain dari rantau CIS tidak akan layak untuk bertanding.

Foto dan Rujukan: dotesports

Read More

eSPORTS

Usain Bolt menjadi pemilik bersama syarikat e-sukan WYLDE

Juara Olimpik lapan kali, Usain Bolt, kini menyertai syarikat e-sukan WYLDE sebagai pemilik bersama.

Organisasi e-sukan Ireland ini menyatakan bahawa pelari pecut Jamaica itu akan “terbabit dalam pelbagai aktiviti yang memfokuskan jenama WYLDE yang semakin berkembang”.

“Sudah tiba masanya untuk saya memiliki francais e-sukan profesional.

“Saya sangat teruja dan bersedia untuk sesuatu yang besar!” tulisnya di Twitter.

Bolt, 35, adalah ‘gamer’ sejak kecil lagi. Beliau dianggap sebagai pelari pecut terbaik sepanjang masa.

Beliau memegang rekod dunia dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter bersama pasukan kebangsaan Jamaica. 

Pada tahun 2017, Bolt mengumumkan persaraannya daripada sukan olahraga.

Foto: WYLDE

Rujukan: OutlookIndia

Read More

MOBILE

Permainan NFT popular Axie Infinity hilang RM2.4 bilion

Axie Infinity adalah permainan video seakan-akan Pokemon tetapi menggunakan rekaan raksasa mereka tersendiri dan setiap Axie mempunyai keunikan tersendiri.

Dianggarkan sebanyak AS$600 juta(RM2.4 bilion) kriptowang dicuri dan digodam dari Ronin.

Ronin adalah salah satu blockchain yang menjaga permainan video NFT popular Axie Infinity.

Syarikat Sky Mavis kini sedang bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang untuk mengembalikan 173,600 Etherium yang bernilai lebih kurang RM1.8 bilion dan AS$25.5 juta (salah satu jenis kriptowang).

Menurut Sky Mavis, penggodam itu menggunakan kata kunci persendirian untuk menjejaskan rangkaian blockchain Ronin.

Sky Mavis juga memberitahu token NFT Axie yang perlu dibeli untuk bermain Axie Infinity masih belum terjejas.

Mereka juga masih bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang, ahli forensik kriptografi dan pelabur untuk memastikan pengguna tidak kehilangan dana mereka.

Sky Mavis akan meningkatkan lagi transaksi kepada lapan dan membuka semula Ronin selepas memastikan tiada dana yang hilang.

Kehilangan dari hasil penggodaman ini adalah kehilangan terbesar NFT setakat ini.

Rujukan: Ronin

Read More

MOBILE

Leixia kembali ke lineup utama Team Caracal?

Jendela perpindahan terakhir bagi  MPL Malaysia musim ke-9 kini dibuka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Caracal (@team_caracal)

Menerusi satu hantaran video Instagram Team Caracal, mereka sudah memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang pemain misteri menyarung jersi pasukan Team Caracal.

Para peminat Team Caracal membuat spekulasi bahawa pemain misteri itu adalah Leixia.

Seperti yang kita sedia maklum, Leixia kembali kepada Team Caracal cumanya tidak dimasukkan ke dalam lineup MPL sahaja.

Sebelum ini, Leixia dipinjamkan ke Team SMG mengumumkan untuk berehat dan undur diri dari pasukan itu.

Team Caracal akan menentang Team SMG pada hari Jumaat ini.

Adakah kita akan menyaksikan Leixia menggantikan tempat LinkEzaa sebagai jungler nanti?

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Team Caracal mengenai pemain misteri ini.

Lineup Team Caracal sekarang terdiri daripada:

  • Muhammad Aiman Mohamad Abas – Aim
  • Ealtond Rayner – Lolealz
  • Mohd Norhadim Yusup – LinkEzaa
  • Izme Haqeem Hamsjid – Kaizer Kim
  • Jamil Nurolla – Zaraki
  • Muhammad Azam Ahmad – Neo
  • Ajwad Mohd Yusof – Kuja (jurulatih)

Foto: MPL Malaysia

Read More

MOBILE

Moonton akhirnya mengurangkan kekuatan Masha

Masha adalah salah satu hero yang paling kerap dikenakan ban di dalam MPL MY musim ke-9. Ini kerana hero ini sangat menjengkelkan untuk pasukan lawan hadapi.

Hero ini mampu memperlahankan kadar farming jungler pasukan musuh dengan merusuh ke arah buff di minit awal permainan.

Kekuatan Masha yang susah untuk ditumbangkan mengakibatkan jungler pasukan musuh tidak dapat menghentikan asakannya di minit awal permainan.

Malah, perubahan pada bar nyawa memberikan Masha kelebihan dari segi HP dan pada masa sama mengenakan damage berterusan tanpa berbalas kecederaan sangat.

Oleh kerana faktor ini, Moonton sudah melakukan kemaskini dan mengurangkan kekuatan Masha. Kekuatan pertahanan fizikal dan pertahanan magik dikurangkan.

Selain itu, skill pertamanya dikurangkan damage dan ultimate Masha yang begitu menyakitkan dilemahkan oleh Moonton.

Adakah kita akan melihat Masha diambil pada minggu ke-7 ini? kita bakal saksikan.

Sumber: Mobile Legends fandom

Read More

MOBILE

[RASMI] DarA, Ryeb dan Paaa dari Team OP dikenakan ban dua tahun

Tiga pemain Team OP, darA, Ryeb dan Paaa akhirnya dikenakan ban selama dua tahun dari menyertai kejohanan MPL dan kejohanan MLBB.

Dalam satu hantaran sebentar tadi, MPL SG mengenakan hukuman itu atas isu provokasi terhadap pemain Geek Fam, Nik Aqieff (Dominus).

Sementara itu, Bush pula dikenakan ban setahun saja dari kejohanan MLBB dan MPL.

Team OP pula dikenakan penolakan 10 mata kerana salah urus pemain.

Menurut MPL SG, mereka mula melakukan siasatan pada 29 Mac mengenai perlawanan ranked yang membabitkan pemain pasukan Geek Fam dan Team OP.

Didapati ketiga-tiga pemain meninggalkan komen berbaur agama di ruangan chat manakala Bush pula menimbulkan gangguan.

MPL SG juga berharap semua dapat menjalankan tanggungjawab sosial dan tidak melakukan perkara yang kurang senonoh.

Mereka juga akan memperbaiki segala operasi di masa depan bagi menangani isu seumpama ini.

Read More

MOBILE

“Kenapa siasatan mengambil masa terlalu lama?” – Geek Fam

Organisasi e-sukan, Geek Fam meluahkan rasa kecewa terhadap insiden provokasi yang membabitkan pemain MLBB mereka, Nik Aqieff (Dominus) dengan pemain Team OP dari Singapura.

Dalam satu perlawanan rank, pemain Team OP melemparkan komen yang berbaur perkauman dan agama malah tindakan mereka itu dirakam secara langsung (di mana Dominus sedang livestream).

Wakil Geek Fam ketika dihubungi berkata, pihak Moonton mengambil masa lebih dua hari untuk menyiasat kes ini sedangkan ia boleh diselesaikan tanpa mengambil masa yang lama.

“Pertama sekali, kami tak berkenan dengan masa siasatan insiden ini yang mengambil masa lebih dua hari.

“Semalam kami dijanjikan untuk keputusan siasatan tapi sehingga hari ini belum menerima apa-apa,” katanya kepada MyGameOn.

Selain itu, mereka juga berkata permohonan maaf Team OP mengeruhkan keadaan dengan menyebut pihak lawan (Dominus) yang memulakan taunting itu (lihat rajah di atas).

“Mereka tak ikhlas dalam permohonan maaf kerana menyebut Dominus yang memulakan segalanya. Ini tak benar. Moonton sendiri ada tangkap layar dan recording siaran langsung,” katanya.

Tambah Geek Fam lagi, mereka adalah organisasi e-sukan yang berbilang kaum dan tidak mengamalkan rasisme.

“Jurulatih kami warga Singapura dan hampir semua pemain kami adalah Muslim. Pemilik Geek Fam pula seorang berbangsa Cina.

“Kami tak pernah sekalipun rasis atau menimbulkan isu sebegini di dalam atau di luar organisasi.

“Itulah sebabnya kami kecewa akan hal ini kerana ia tidak selari dengan visi dan pendirian kami,” katanya.

Geek Fam menambah, mereka berharap Moonton menyegerakan siasatan ini dan keadilan dapat dituntut oleh mereka yang menjadi mangsa.

Kini, tiga pemain Team OP sudah ditamatkan kontrak dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kami sudah menghubungi pihak Moonton untuk mendapatkan kenyataan mengenai status siasatan ini namun masih belum berjaya.

Read More

Showing 1 - 12 of 269 Results
1 2 3 23