PC
Streamer diharamkan dari Twitch kerana bersenggama ketika bersiaran langsung
Twitch mengharamkan seorang streamer kerana sedang bersiaran langsung ketika sedang bersenggama.
Tidak pelik untuk Twitch mengharamkan seseorang itu disebabkan kandungan seksual namun kali ini ramai orang cuba untuk melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Twitch.
Siapa sangka ada individu yang begitu berani membuat penstriman siaran langsung seumpama ini.
If you’re going to try bang while streaming, make sure there isn’t a reflection pic.twitter.com/qmFrPAPeFO
— Dexerto (@Dexerto) August 25, 2022
Siaran langsung ini berlaku pada 24 Ogos lepas dan streamer itu menggunakan nama kimmikka.
Ketika strim, dia berdiri menghadap meja dan tidak lama kemudian ekspresi mukanya berubah sekaligus menarik perhatian chat.
Dia cuba untuk menutup perkara ini namun bayangan teman lelakinya jelas kelihatan di cermin dan jelas ternampak di dalam kamera.
Nampaknya, Twitch seolah-olah berubah sejak penambahan Hot Tub Stream.
If you’re going to try bang while streaming, make sure there isn’t a reflection pic.twitter.com/qmFrPAPeFO
— Dexerto (@Dexerto) August 25, 2022Logitech memperkenalkan siri produk terbaru, Aurora Collection
Logitech kini melancarkan koleksi Aurora, merangkumi Headset Gaming nirwayar G735, Papan Kekunci Gaming nirwayar G715, Papan Kekunci Gaming G713 dan tetikus Gaming G705. Rekaan bagi produk-produk ini adalah bebas jantina bermaksud wanita yang minat bermain game juga boleh menggunakannya di samping rekaan yang ranggi, kemas dan berjiwa muda dengan sentuhan elemen minimalistik. Ia juga mempunyai aksesori yang boleh dipadankan dengan bermacam jenis warna boleh dipilih. Teknologi LIGHTSPEED yang canggih untuk prestasi teknologi nirwayar dan teknologi mikrofon Blue VO!CE diperkenalkan. “Kebiasaannya industri permainan video tersekat dalam mentaliti yang satu saiz sesuai untuk semua. Tapi ia bukan menggambarkan pelbagai pengguna yang gemar bermain permainan video untuk keseronokan dan mereka yang suka menonjolkan diri. “Apabila kami lihat balik produk gaming kami, kami sedar kami boleh buat dengan lebih baik,” kata Naib Presiden dan Pengarah Bersama Logitech G, Ujesh Desai. Koleksi ini mempunyai tiga prinsip: Keselesaan: Mereka mengambil kira faktor rambut panjang, kaca mata, earrings dan tangan yang lebih kecil. Ia seterusnya menghasilkan produk yang sesuai untuk sesi permainan lebih lama dan bahan-bahan digunakan adalah ringan dan lembut apabila disentuh. Kebolehcapaian: Tiada lagi bucu yang tajam, warna hitam tapi sebaliknya mengutamakan tona lembut dan bahan lutsinar. Playfulness: Koleksi Aurora ini memfokuskan ekspresi diri. Produk ini hadir dalam warna asas White Mist yang boleh customize menggunakan aksesori Pink Dawn dan Green Flash. pemain juga boleh menunjukkan sisi kreatif mereka dengan beribu kombinasi pencahayaan yang tersedia di GHub bersama-sama pencahayaan ikonik Koleksi Aurora iaitu Play Moods. Koleksi ini merangkumi: ● G735 Wireless Gaming Headset (RM949) – Menampilkan warna White Mist dengan pencahayaan RGB dan dual-audo mixing. Ia juga menampilkan teknologi Blue VO!CE dan sesuai untuk pemain yang mempunyai saiz kepala lebih kecil. Ia boleh digunakan untuk sesi permainan video sehingga lebih 56 jam (tanpa pencahayaan) dan ia juga nirwayar. ● G715 and G713 Mechanical Gaming Keyboards (RM799 dan RM699) – Kedua-duanya mempunyai prestasi yang menarik kerana saiznya yang kompak dan layout tenkeyless serta ketinggian boleh diubah. Ia mempunyai ketahanan bateri selama 25 jam dan kedua-duanya disertakan dengan tempat rehat untuk tapak tangan. ● G705 Wireless Gaming Mouse (RM399) – Dibina khusus untuk mereka yang mempunyai tangan lebih kecil dengan rekaan kompak dan berteknologi tinggi. Ia juga ringan, hanya 85 gram saja dengan butang DPI mudah capai untuk anda bermain game dengan penuh keselesaan. Ia kini tersedia di Shopee dan Lazada.
Permainan NFT popular Axie Infinity hilang RM2.4 bilion
Axie Infinity adalah permainan video seakan-akan Pokemon tetapi menggunakan rekaan raksasa mereka tersendiri dan setiap Axie mempunyai keunikan tersendiri.
Dianggarkan sebanyak AS$600 juta(RM2.4 bilion) kriptowang dicuri dan digodam dari Ronin.
Ronin adalah salah satu blockchain yang menjaga permainan video NFT popular Axie Infinity.
Syarikat Sky Mavis kini sedang bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang untuk mengembalikan 173,600 Etherium yang bernilai lebih kurang RM1.8 bilion dan AS$25.5 juta (salah satu jenis kriptowang).
Menurut Sky Mavis, penggodam itu menggunakan kata kunci persendirian untuk menjejaskan rangkaian blockchain Ronin.
Sky Mavis juga memberitahu token NFT Axie yang perlu dibeli untuk bermain Axie Infinity masih belum terjejas.
Mereka juga masih bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang, ahli forensik kriptografi dan pelabur untuk memastikan pengguna tidak kehilangan dana mereka.
Sky Mavis akan meningkatkan lagi transaksi kepada lapan dan membuka semula Ronin selepas memastikan tiada dana yang hilang.
Kehilangan dari hasil penggodaman ini adalah kehilangan terbesar NFT setakat ini.
Rujukan: Ronin
Xbox PC Game Pass akan datang ke Malaysia: RM15 sahaja setiap bulan!
Sebagai sebahagian daripada pengembangan Xbox PC Game Pass di Asia Tenggara, Microsoft telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi negara seterusnya untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Filipina, juga bakal mendapat perkhidmatan itu.
Orang di Malaysia boleh mencuba perkhidmatan itu dengan mendaftar di aplikasi Xbox Insider.
Bayaran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM15 sebulan untuk perkhidmatan tersebut.
Untuk melakukan ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan Xbox Insider, yang boleh didapati di Microsoft Store pada Windows 10 atau Windows 11.
PC Game Pass menawarkan permainan video seperti Minecraft, Forza Horizon 5, Age of Empires IV, Sea of Thieves dan Microsoft Flight Simulator.
Permainan video Xbox Game Studios yang baharu seperti Halo Infinite juga akan tersedia pada hari pertama dilancarkan, bersama-sama dengan permainan terkenal seperti Fallout dan The Elder Scrolls daripada Bethesda Softworks.
EA Play juga turut disertakan di dalam perkhidmatan itu, dengan menampilkan beberapa francais terbesar dunia termasuk FIFA, Battlefield, The Sims dan Mass Effect.
Sebaik sahaja tahun ini berakhir, Microsoft akan mengumumkan dengan lebih lanjut mengenai PC Game Pass untuk Malaysia.
Walau bagaimanapun, tarikh yang tepat masih belum lagi diketahui.
Rujukan: Lowyat
Dua karakter baru Genshin Impact diumumkan untuk versi 2.7
Hoyoverse tanpa terlepas akan mengumumkan karakter baru bagi versi seterusnya.
Versi 2.6 akan dilancarkan minggu ini dan Kamisato Ayato bakal membuat kemunculan pertamanya di Genshin Impact.
Semalam, dua karakter baharu bagi versi 2.7 sudah pun diumumkan oleh Hoyoverse.
Kuki Shinobu – Inazuma
Kuki Shinobu adalah karakter empat bintang baharu dengan elemen electro.
Setakat ini senjata apa yang digunakan Kuki masih belum diketahui dan berkemungkinan senjata yang digunakan adalah Sword.
Kuki Shinobu adalah naib ketua untuk Arataki Gang dan bekerja di bawah Arataki Itto.
Konstelasi yang digunakan oleh Kuki Shinobu adalah Tribulatio Demptio.
Yelan – Liyue
Yelan merupakan karakter lima bintang baharu yang diperkenalkan Hoyoverse dengan elemen Hydro dan senjata Bow.
Yelan adalah karakter yang penuh misteri namun dikatakan bekerja di Kementerian Hal Ehwal Sivil Liyue.
Karakter ini dikatakan akan muncul secara misteri ke salah satu acara dan selalu menyamar sebagai orang biasa dan hilang tanpa disedari.
Malah karakter Yanfei yang menjadi peguam juga sangat berhati-hati dengan Yelan.
Konstelasi karakter ini digelar Umbrabilis Orchis.
Jangan lupa cuba Genshin Impact Versi 2.6 yang akan dilancarkan pada 30 Mac ini.
Saksikan video demo karakter Kamisato Ayato.
VALORANT tidak akan menerima watak baru di Episode 4 Act 2, Riot fokus memperbaiki permainan
Watak terkini VALORANT, Neon, ditambah ke permainan beberapa minggu lalu. Namun, pemain sudah mempersoalkan beberapa perkara seperti penambahbaikan Yoru serta watak seterusnya. Riot Games kini menjawab persoalan-persoalan pemain. Anna Donlan, ketua pasukan pembangun untuk VALORANT, menjelaskan rancangan Riot Games untuk Episode 4 Act 2 dalam segmen Dev Diaries baharu. Donlan bermula dengan imbasan ringkas 2021 sebelum beralih kepada perkara yang boleh diharapkan oleh peminat dalam Act seterusnya. Peminat biasanya boleh menjangkakan Agent atau peta baharu dalam setiap Act, tetapi ini tidak akan berlaku untuk Act 2. Sebaliknya, Riot Games menumpukan pada meningkatkan kualiti permainan VALORANT. Kemas kini baharu akan menumpukan pada ‘keseimbangan ejen, peta sedia ada, mempromosikan tingkah laku pemain yang baik’ dan pengalaman yang lebih baik. Donlon juga memberi jaminan kepada pemain bahawa mereka akan terus mendengar daripada mereka tentang kemas kini yang akan datang kepada permainan. Peminat masih boleh mengharapkan kandungan yang menarik dalam Act 2, seperti Battle Pass komuniti pertama dan kostum baharu. Agent baharu akan datang dalam Act 3, jadi pemain tidak perlu menunggu terlalu lama untuk watak lain menyertai barisan. Sumber rujukan: Dotesports
5 bos permainan video yang layak digelar bos testz
Banyak bos di dalam permainan video pasti akan membuat anda geram, terpegun dan berasa sangat berpuas hati untuk berlawan.
Namun tidak semua bos yang layak menjadi bos. Ada beberapa bos di dalam permainan video yang tidak layak untuk menjadi bos.
Tidak bermakna semua bos yang dilawan ini adalah susah.
Ini adalah 5 Bos Permainan Video yang layak menjadi Bos:
1. xxFatalis (Monster Hunter World : Iceborne)
Fatalis adalah Black Dragon yang dikatakan Elder Dragon yang lebih kuat dari biasa.
Bos ini sudah menjadi mimpi ngeri untuk ramai pemain Monster Hunter. Fatallis yang menjadi bos terakhir dari Iceborne ini membuat semua bos-bos yang sebelum ini tampak mudah.
Dia juga sangat hebat dan sangat susah untuk dilawan.
Anda perlu mematahkan tanduk Fatalis kerana jika anda membiarkan tanduk tersebut Fatalis akan membuat dunia anda bagaikan lautan api yang boleh membunuh serta-merta.
Jika anda tidak mempunyai Armor endgame anda tidak ada peluang langsung untuk berlawan dengan Fatalis.
Apa yang diperlukan untuk mengalahkan Fatalis adalah kordinasi yang sangat baik di dalam pasukan anda.
2. Myra (Evil Within 2)
Myra adalah bos dari permainan Evil Within 2 dan Myra sangat seronok untuk dilawan dan layak menjadi bos.
Dia akan mempunyai beberapa tempat kelemahan yang anda perlu tembak untuk berlawan.
Apabila menukar bentuk, Myra akan meletup dan mengeluarkan begitu banyak labah-labah yang sebenarnya membantu anda untuk bentuk seterunya dengan memberi peluru dan pelbagai barang lain.
Bos ini juga tidak semudah yang disangka.
3. Lady Maria (Bloodborne)
Walaupun Lady Maria tidak sesukar bos-bos lain di dalam Bloodborne tetapi mechanic yang Lady Maria ada membuatkan perlawanan sangat menyeronokkan.
Fasa kedua dan ketiga yang menjadikan Lady Maria unik.
Lady Maria akan menusuk diri dengan pedangnya dan mengeluarkan kuasa baru yang membuatkan serangan Lady Maria menjadi sangat jauh dan beberapa pergerakan lain yang menggunakan kuasa darah dengan api.
Satu kesilapan boleh terus membuatkan anda mati.
4. Lernie, The Bone Hydra (Hades)
Lernie adalah bos yang sangat unik dan sukar. Setiap kepala juga akan bertukar setiap kali anda berlawan Lernie.
Dari tembakan laser, serangan api dan banyak kepala lain yang hanya ada untuk menyusahkan anda.
Lernie pada awal adalah antara bos yang sangat sukar tetapi lama kelamaan dia akan menjadi mudah untuk anda.
Tetapi Lernie masih menjadi bos yang sangat seronok untuk dilawan.
5. Sigrun (God of War)
Sigrun adalah Permaisuri Valkyrie.
Walaupun hanya bos rahsia dalam God of War, Sigrun menaikkan tahap kesusahan permainan ini ke tahap yang anda tidak sangka.
Apa yang membuatkan Sigrun susah ialah terlalu banyak jenis serangan yang anda perlu ambil tahu.
Dia boleh bergerak sepantas kilat di dalam arena, menyerang dari udara yang sudah pasti akan membunuh anda dalam satu serangan.
Sigrun adalah bos yang menghukum pemain-pemain yan tamak dan tidak sabar. Sedikit kesilapan bakal menjadi kejatuhan anda.
Siapa lagi bos yang anda rasa layak untuk menjadi bos?
Battle royale keluaran Ubisoft, Hyper Scape, akan ditutup
Ubisoft mengumumkan bahawa ia akan menutup permainan battle royale Hyper Scape, kurang daripada dua tahun selepas ia dilancarkan. Dibangunkan oleh Ubisoft Montréal, Hyper Scape ialah FPS battle royale 100 pemain percuma untuk dimainkan dalam persekitaran bandar futuristik yang dipanggil Neo-Arcadia. Permainan ini dilancarkan dalam bentuk beta terbuka pada Julai 2020. Walau bagaimanapun, hanya setahun selepas dikeluarkan Ubisoft telah berhenti mengeluarkan kemas kini utama untuk permainan itu. Musim terakhirnya dilancarkan pada Mac 2021. Dengan strim langsung E3 Ubisoft pada bulan Jun, Hyper Scape tidak disebut sama sekali. Hyper Scape juga salah satu permainan yang mempunyai watkak dari Malaysia iaitu Noor Casulin. Nama sebenar watak itu adalah Noor Azimah Binti Yusof, dan watak itu terkenal di majalah VR Remaja 2054 dalam permainan itu. “Kami membuat keputusan yang sukar untuk menamatkan pembangunan Hyper Scape dan menutup permainan pada 28 April,” kata Ubisoft. “Kami berhasrat untuk mencipta pengalaman penembak yang unik, jarak dekat dan pantas dan kami amat berterima kasih kepada komuniti kami kerana menyertai kami dalam perjalanan kami. “Kami akan mengambil pembelajaran penting daripada permainan ini ke dalam produk masa hadapan,” katanya. Sumber rujukan: Polygon
Cyber Space, permainan battle royale mirip Apex Legends, dilancarkan
Cyber Space, sebuah permainan mirip Apex Legends yang disulam bersama tema Cyberpunk, dilancarkan dalam akses awal.
Permainan ini dibangunkan menggunakan enjin yang sama seperti di Final Fantasy 7 Remake dan Fornite, iaitu Unreal Engine 4. Ini menunjukkan bahawa permainan itu semestinya akan kelihatan mantap.
Now the server has opened, first regional beta test begins!
— Cyber Space (@CyberSpace_M) January 26, 2022
You could download Cyber Space from:
TapTap: https://t.co/bs1YxitJFn
Google Play: https://t.co/nISa35iTDL
Welcome to our world!#CyberSpace #cyberpunk #battleroyale pic.twitter.com/TsU6WlVTwk
Seperti battle royale yang lain, pemain akan memasuki peta dan melengkapkan senjata, perisai dan bahan lain untuk membantu mereka bertahan.
Pemain akan melarikan diri daripada zon yang dinamakan Ring. Selain bertarung dengan pemain lain, pemain juga boleh bertembung dengan raksasa dan musuh yang berkeliaran di peta. Seperti Apex Legends, permainan ini sungguh pantas dan lancar.
Secara visual, permainan ini kelihatan sungguh menarik, cuma ia terdapat beberapa masalah visual yang akan diperbaiki.
Video treler Cyber Space ini pasti akan menarik minat anda.
Setakat ini, Cyber Space hanya dilancarkan di Android dan hanya terdapat di Amerika Syarikat. Tetapi anda masih boleh memuat turun permainan ini menggunakan VPN dan mencipta akaun baru.
Sumber rujukan: Gaming on Phone
Permainan anime Seven Deadly Sins baru diumumkan
Permainan baharu berdasarkan The Seven Deadly Sins didedahkan oleh pembangun Netmarble. The Seven Deadly Sins: Origin kini sedang dibangunkan untuk PC, konsol dan peranti mudah alih.
Ia akan menampilkan konsep dunia terbuka untuk diterokai pemain dan akan menampilkan protagonis baharu.
Walaubagaimanapun, permainan ini juga akan menampilkan beberapa watak yang boleh dimainkan daripada manga dan anime yang mengilhamkannya, termasuk Meliodas, Merlin dan banyak lagi.
Lihatlah video treler untuk The Seven Deadly Sins: Origin di bawah.
Permainan ini kelihatan seperti ia akan menawarkan beberapa persekitaran yang cantik untuk diterokai oleh pemain, pada waktu siang dan malam. Dunia itu sendiri kelihatan luas, dan akan ada kawasan bawah air untuk diterokai juga.
Setakat ini, belum ada tarikh pelancaran bagi permainan ini, namun ia dijangkakan untuk tiba di pasaran global beberapa bulan selepas pelancaran Jepun.
Sumber rujukan: Gematsu
Steam Deck akan dilancarkan pada hujung Februari secara rasmi
Valve mengumumkan bahawa Steam Deck akan mula dilancarkan mulai 25 Februari. Menurut blog syarikat itu, pelanggan yang membuat tempahan akan mendapat e-mel pada hari itu dan mempunyai tiga hari untuk membuat pesanan.
Mereka juga mengatakan bahawa ia akan mengeluarkan batch baharu setiap minggu, jadi jika anda sudah membuat tempahan, sila perhatikan ruang e-mel anda pada.
Steam Deck launches on February 25th, 2022! 🎉https://t.co/6WKynbibkv pic.twitter.com/Un54Jwdq1H
— Steam (@Steam) January 26, 2022
Tarikh pelancaran bertepatan dengan ramalan Valve baru-baru ini bahawa konsol akan mula dihantar kepada pemain pada akhir Februari. Valve mengatakan bahawa pesanan yang dibuat pada 25hb akan mula dihantar pada 28hb.
Jika belum menempah konsol ini, Valve masih menawarkan pesanan tetapi ia mungkin memakan masa kerana anda mungkin akan diletakkan di bawah senarai menunggu.
Untuk Malaysia, belum ada tarikh rasmi pelancaran tetapi bagi yang mampu, anda sudah boleh menghubungi pengimport konsol masing-masing untuk maklumat lanjut.
Sumber rujukan: Steam
Pemain profesional VALORANT Vietnam ditangkap menipu di VCT APAC Stage 1 2022
Pemain VALORANT Vietnam Tất Cẩm “Nomsenpai” Khôn digantung selama setahun selepas menipu dalam perlawanan rasmi VCT. Pasukannya Ice Cee Jay Too juga hilang kelayakan daripada VCT APAC Stage 1 2022.
Vietnamese player NomSenpai has been banned for 12 months for cheating in an official VCT match.
— Liquipedia VALORANT (@LiquipediaVAL) January 25, 2022
Additionally his team “Ice Cee Jay Too” has been disqualified from VCT APAC 2022 Stage 1.
🔗 https://t.co/QnxAf5grXK pic.twitter.com/SvTiDQmlPn
Dia dilihat menggunakan aplikasi ‘hack‘ semasa VCT 2022 Stage 1: Vietnam Open Qualifications apabila pasukannya Ice Cee Jay Too bermain perlawanan kompetitif di Haven.
Nomsenpai dilihat menggunakan gabungan wall hack dan aimbot kerana dia dilihat membidik dan menembak musuh disebalik lindungan asap dan dinding.
Lihatlah sendiri bukti penipuan di bawah.
Riot Games menerangkan, “Menipu dalam mana-mana perlawanan VALORANT adalah bertentangan dengan peraturan permainan kompetitif dan melanggar peraturan permainan adil.”
Penggantungan Nomsenpai daripada semua kejohanan rasmi Riot Games akan bermula pada 26 Januari dan berakhir pada tahun berikutnya. Manakala, pasukannya Ice Cee Jay Too perlu menunggu sehingga VCT Stage 2 2022 untuk bersaing semula.
Sumber rujukan: Riot Games